Rabu, 4 Mei 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


3 kanak-kanak dikhuatiri lemas

Posted: 03 May 2011 11:40 PM PDT

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas
Utusan Malaysia 4 Mei 2011




Ibu kepada tiga kanak-kanak yang dihanyutkan air deras, Wan Azlela Wan Abdullah (kanan), ditenangkan oleh rakannya di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan tinggi di Gunung Angsi dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus.

Bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Syed Ahmad dan Alwani kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Usaha mencari oleh beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan pasukan pacuan empat roda Kuala Pilah yang kesemuanya berjumlah 40 orang masih diteruskan sehingga lewat petang ini.

Lelaki yang berjaya menyelamatkan pasangan itu, Turiman Bostam, 42, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berjalan menyusuri sungai.

Dia ternampak dua kanak-kanak sedang tenggelam timbul dibawa arus yang kemudiannya tidak lagi kelihatan dalam tempoh beberapa saat.

"Saya kemudian turun ke gigi air dan ketika itu saya ternampak seorang wanita sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus dan berjaya menariknya ke tepi.

"Selepas itu, saya ternampak seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak sambil menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

"Lelaki itu berjaya diselamatkan tetapi kanak-kanak itu hilang dibawa arus yang sangat deras ketika itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Ibu tiga beradik masih berharap anaknya selamat

KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya.

Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang.

"Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini.

Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Posted: 03 May 2011 09:38 PM PDT


Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


Tiada ulasan:

Nuffnang