Selasa, 12 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Mendaftar Skim MES di Taman Mewah

Posted: 10 Apr 2011 07:00 PM PDT

Taman Mewah Jaya, Klang, 10 April – Beberapa kaunter telah dibuka kepada orang ramai bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan seterusnya mendaftar skim-skim Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Selain mendaftar Skim Warga Emas, TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor), Mammogram dan pendaftaran pengundi, turut dibuka pendaftaran bagi membuat pemeriksaan mata yang akan diadakan pada 23 April 2011 nanti. Program tersebut telah diuruskan oleh Ahli Majlis MPK dalam kawasan DUN Sri Andalas, Encik PS Rajoo.

Sukarelawan telah membuka kaunter dan bekerja bersungguh-sungguh dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Sambutan orang ramai sangat menggalakkan. Seramai 25 pengundi beau telah didaftarkan dan seramai 19 orang wanita telah mendaftar untuk program mammogram.

Turut diedarkan oleh para sukarelawan dari rumah ke rumah di sekitar taman tersebut adalah surat khabar Selangor Time dan Selangor Kini



Dr Xavier Jayakumar yang berada di Sarawak mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah bekerja keras. 




Calon Keadilan Dun Krian Paling Menyerlah

Posted: 10 Apr 2011 04:00 AM PDT

Saratok, Sarawak 10 April 2011 - Calon bagi N34 Krian, Ali Anak Biju merupakan salah seorang calon yang paling menyerlah dalam PRN Sarawak ke 10 ini.

Semasa hari penamaan calon lebih 3,000 penyokong parti telah mengiringi beliau berarak sekitar pekan Saratok  selepas beliau diisytiharkan sebagai calon PKR di Dun tersebut .

Ramai kalangan masyarakat setempat menyatakan bahawa ini lah pertama kali sebuah parti pembangkang mampu mengadakan perarakan sebesar itu di bandar tersebut jauh berkali ganda mengatasi BN. 

Yang lebih menakjubkan ialah kemampuan jentera PKR setempat untuk meletakan 5 buah 'billboard' besar  (bersaiz 15' X 25' ) di lokasi strategi di pekan Seratok dan kawasan sekitaran.


Ujar Ali Biju lagi beliau begitu yakin merampas Dun tersebut dari penyandang Peter Nyarok ak Entrie yang telah 5 kali bertanding di kawasan tersebut.

Dengan mengguna slogan "Aram Berubah Kitai Rakyat Sarawak " (Berubahlah Kita Rakyat Sarawak ) "Angkat Semua ... Tan Ka Reta Pesaka Kitai" ( Bangkitlah...Kita Pertahankan Tanah Kita) beliau yakin masyarakat Iban yang menetap di lebih 240 buah rumah panjang dalam Dun Krian akan mengundi beliau pada 16 haribulan (hari penggundian) ini.  

Beliau turut dibantu oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor sepanjang kempen pilihanraya tersebut. Tegas Dr. Xavier bahawa setelah beberapa hari berkempen di beberapa buah rumah panjang beliau dapati kaum Iban mahukan perubahan dan akan menggundi calon PKR kali ini.    

Dun Krian mempunyai lebih 10,800 penggundi yang terdiri dari lebih 90% penggundi dari kalangan masyarakat kaum Iban. Terletak di dalam Parlimen Saratok bersama sebuah lagi kawasan dikenali sebagi Dun Kalaka (N. 33) yang juga ditandingi oleh calon PKR.  

Calon BN Dun Krian Ugut 'Potong' Pemimpin/Petugas PKR Selangor

Posted: 10 Apr 2011 02:05 AM PDT

Saratok, Sarawak 10 April - Petugas-petugas PKR yang datang dari Selangor menggesa pihak Polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Datuk Peter Nyarok ak Entrie yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Pertanian Negeri Sarawak kerana telah mengugut untuk 'memotong' salah seorang petugas PKR kerana kononnya cuba mengubah budaya masyarakat Iban di Sarawak.

Insiden berlaku semasa Peter Nyarok (calon BN) bagi Dun N.34 Krian keluar dari dewan penamaan calon di Dewan Perpustakaan Saratok pada 6 April, Rabu lepas.

Beliau telah menghampiri sekumpulan petugas-petugas PKR yang berada di luar dewan dan meluru kepada Abdul Razak Bin Ismail, pembantu Khas kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor dan terus memberi amaran sambil berkata "U jangan cuba ubah budaya orang Sarawak...nanti kami 'Potong' U" dan kemudiannya terus berlalu menuju ke kumpulan penyokong-penyokong BN yang berada tidak jauh dari situ.  
  

Sebelum ini, beliau turut memberi amaran yang sama kepada YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor dalam ceramah beliau di beberapa rumah panjang dan satu laporan telah dibuat oleh kepimpinan PKR setempat seperti rujukan artikel lampiran (http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/11/kill-the-indian-remark-lands-nyarok-in-trouble/)

Peter Nyarok merupakan Timbalan Presiden Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) sedang mempertahankan kerusi tersebut buat kali ke 5 menentang calon PKR Ali Anak Biju.

Ujar Dr. Xavier bahawa Peter Nyarok merasa begitu tertekan apabila masyarakat Iban di rumah-rumah panjang memberikan sokongan yang cukup hebat terhadap calon PKR tersebut.  

Tambah merisau Nyarok ialah apabila Dr. Xavier mengumumkan pemberian bantuan dana sebanyak RM360,000 oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membina semula sebuah rumah panjang yang hangus terbakar di Sungai Jerak, Krian baru-baru ini.   

Tiada ulasan:

Nuffnang