Selasa, 12 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PERTEMUAN PAS TELUK INTAN DAN DHPP TELUK INTAN PENUH KEMESRAAN

Posted: 12 Apr 2011 04:40 AM PDT


TELUK INTAN, 11 April - Sebagai meraikan kehadiran sayap bongsu parti maka PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan pertemuan ramah mesra antara pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

PAS Kawasan Teluk Intan diketuai oleh Yang DiPertua, Ustaz Hj. Ismail Che Nik berserta ahli jawatankuasanya manakala DHPP Teluk Intan telah diketuai sendiri oleh Sdr. Hacharan Singh a/l Saudagar Singh bersama-sama barisan ahli jawatankuasanya.Majlis telah dipengerusikan oleh Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional merangkap Naib YDP kawasan iaitu Sdr. Ahmad Kabir Mahdin. Seramai 25 orang ahli DHPP telah hadir ke majlis penuh bersejarah itu.
YB Anuar menyampaikan ucapan alu-aluan.

Antara saf pimpinan PAS kawasan yang hadir.

Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Beliau banyak menyentuh tentang peranan wakil rakyat serta peranan sayap-sayap PAS termasuklah DHPP dalam melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan. Setakat ini, beliau amat berpuashati akan kerjasama yang telah diberikan oleh DHPP terhadap setiap program ADUN dan parti itu sendiri.
Saf pimpinan DHPP Teluk Intan.

Ketua Penerangan DHPP Teluk Intan, Sdr. Kee Choon Keong turut hadir.

Para ahli DHPP mendengar penerangan oleh Sdr. Ahmad Kabir.

Selepas itu, Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan Hj. Mohd. Azhar Rafaei telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan gerak kerja pilihan raya serta prestasi parti pada PRU12. Beliau berharap kerjasama erat antara PAS kawasan dan DHPP dapat diteruskan dan dimantapkan bagi menghadapi PRU13 akan datang.

Beliau sempat mengingatkan kepada ahli-ahli DHPP akan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh yang menyentuh isu keagamaan semoga mereka memahaminya. Namun setakat ini, pihak PAS kawasan tidak menghadapi masalah menghadiri program-program anjuran DHPP kerana mereka menghormati agama Islam itu sendiri.
Ketua Muslimat kawasan (kanan) dan Timbalannya, Pn. Hjh. Faridah.

Ucapan yang begitu baik daripada Ketua Muslimat kawasan.

Ustaz Ismail menyampaikan amanat kepada DHPP.

Ketua Dewan Muslimat kawasan, Puan Robiatun Abas turut berpeluang menyampaikan ucapan. Beliau menyentuh akan hasrat pihak muslimat untuk mewujudkan Lujnah Perpaduan Nasional agar hubungan antara muslimat dan wanita DHPP dapat dieratkan melalui pertemuan dan program yang dianjurkan. Beliau juga menyentuh tentang konsep kehidupan seorang Muslim.
Ucapan penghargaan daripada Hj. Akram, PA YB.

Pembantu Khas ADUN Changkat Jong turut menyampaikan ucapan meraikan kehadiran rakan-rakan seperjuangan dalam DHPP.  Bagi beliau begitu banyak pengalaman yang dikutip semasa bekerjsama memenangkan PAS dalam PRU12 yang lalu.
Sdr. Hacharan Singh menyerahkan borang keahlian DHPP kawasan kepada Ustaz Ismail.

Berpegangan tangan melafazkan ikrar taat setia dalam parti.

Bergambar kenangan.

Akhir sekali, Ustaz Ismail Che Nik telah menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran seluruh AJK DHPP Teluk Intan serta ahli-ahlinmya pada malam tersebut. Bagi beliau, kepelbagaian kaum di negara ini telah ditakdirkan oleh Allah SWT agar setiap kaum itu dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.

"Malah adalah lebih manis lagi, kita bekerjasama dalam memperjuangkan keadilan yang sememangnya wujud dalam Islam," ujar beliau.
Kemesraan terjalin.

AJK kawasan, Hj. Azam berbual dengan Sdr. Hacharan Singh.

Ustaz Ismail bermesra dengan Timbalan Ketua DHPP, Sdr. Sarguna.

Sebelum itu, Sdr. Hacharan Singh telah menyampaikan ucapan serta memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa DHPP Teluk Intan. Beliau juga telah menyerahkan 27 borang keahlian DHPP Teluk Intan kepada YDP PAS Teluk Intan.

Pertemuan penuh kemesraan itu telah diakhiri dengan menikmati jamuan ringan. Semasa jamuan, setiap yang hadir telah sempat bertukar-tukar pandangan serta beramah-mesra antara pimpinan PAS dan ahli DHPP.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang