Rabu, 6 April 2011

Siti Zailah | Home

Siti Zailah | Home


SATU LAGI KES TERJUN BANGUNAN DALAM MASA SIASATAN SPRM

Posted: 06 Apr 2011 12:27 AM PDT

TAKZIAH KITA UCAPKAN KEPADA KELUARGA PEGAWAI KASTAM YANG BERTUGAS DIPORT KLANG BARU SAJA MENINGGAL DUNIA HARI INI KERANA TERJATUH DARI TINGKAT 3 BANGUNAN SPRM DI JALAN COCHRANE KUALA LUMPUR.PEGAWAI KASTAM YANG DISOAL SIASAT ATAS ISU MEMILIKI WANG DAN JONGKONG MAS YANG SEDANG DISIASAT OLEH SPRM.INSIDEN INI MENJEJASKAN KREBILITI KERAJAAN BILA MANA KES SEUMPAMA TEOH BENG HOCK BERULANG LAGI DALAM NEGARA KITA.APAKAH SESIAPA YANG AKAN DISOAL OLEH SPRM HENDAKLAH BERSEDIA DENGAN KAIN KAPAN???.
PEGAWAI KERAJAAN HANYA MENUNAIKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB,KITA TIDAK MAHU ADA TANGAN GHAIB YANG BERADA DIBELAKANG SESUATU INSIDEN DALAM NEGARA KITA

PAS LETAK 2 CALON MUSLIMAT DAN 3 CALON MUSLIMIN DI SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 12:11 AM PDT

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)

Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.

Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.

Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.

Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya.

DUA ORANG CALON MUSLIMAT DISARAWAK DIHARAP MENDAPAT SOKONGAN WANITA DAN PENGUNDI DISARAWAK...

Posted: 05 Apr 2011 11:53 PM PDT

KUCHING, 6 April: Tahniah atas kepercayaan pimpinan PAS kerana memberi kepercayaan kepada calon muslimat untuk menghadapi PRU Sarawak.Kewibawaan ,kesungguhan dan kerajinan YB dan calon muslimat dalam PRU12 dan PRK sebelum ini membuka mata masyarakat untuk meletakkan kepercayaan kepada calon muslimat.Sokongan dan kerjasama semua pehak amat penting untuk capai kemenagan.Rakyat Sarawak harus berani bangkit untuk buat perubahan.Muslimat bertanding kali ini di DUN Tanjong Datu dan DUN Muara Tuang .HARAPAN pimpinan kita, "Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

HARAPAN PAS CERAH DI BETING MARO,HARAP RAKYAT SARAWAK JANGAN TAKUT UNTUK BUAT PERUBAHAN

Posted: 05 Apr 2011 11:48 PM PDT

BATANG LUPAR, 6 April: PAS yakin calon mereka di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mampu mencipta sejarah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS pertama di Sarawak.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, ianya berdasarkan mood dan sokongan positif pengundi yang sangat baik berbanding mood pilihan raya negeri Sarawak 2006 lalu.

Beliau yang ditemui selepas mengiringi calon ke pusat penamaan berkata, rakyat di sini bukan sahaja semakin menerima PAS malah menunggu kehadiran wakil PAS di kawasan mereka.

"Kita merasakan ini era baru bagi PAS di Sarawak. Kita punya iltizam untuk menjadikan Beting Maro Dun pertama bakal dimenangi di sini.

"Kita dapat rasakan mereka cukup menyambut kehadiran kita. Tiada lagi faktor ketakutan mereka kepada PAS seperti 2006 dahulu," katanya.

Tambahnya lagi, perubahan besar yang berlaku itu menunjukkan sikap rakyat negeri ini yang dahagakan perubahan selepas kecewa dengan kerajaan BN negeri ini.

Ianya termasuk isu tanah adat yang gagal diselesaikan BN sejak sekian lama memerintah.

"Pada 2006 lalu walaupun kalah, tapi majoriti yang kecil itu sudah membanggakan kita.

"Saya bangga PAS boleh diterima di Sarawak, boleh bertanding di Sarawak, tapi Umno tidak boleh diterima di sini," tambahnya lagi.

Mengulas faktor calon pula, beliau berkata Abang Ahmad mempunyai kelebihan sendiri yang boleh diterima rakyat disini.

"Kita mengemukan calon terbaik, orang muda, orang tempatan, profesional, peguam dan berpengalaman dalam parti.

"Kita tawarkan gaya politik baru kepada rakyat," katanya.

Semantara itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN Razaili Gapor bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

BANTUAN WANG KWAPM DALAM PARLIMEN RANTAU PANJANG SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK TAHUN 2008 HINGGA 2011..

Posted: 05 Apr 2011 11:23 PM PDT

DALAM MENJAWAB SOALAN AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG KEPADA MENTERI PELAJARAN BERKAITAN ISU PELAJAR YANG MENERIMA BANTUAN WANG KWAPM MENGIKUT SEKOLAH DALAM SELURUH PARLIMEN RANTAU PANJANG SEJAK TAHUN 2008,2009,2010 DAN 2011 ADALAH SEPERTI BERIKUT;
TAHUN 2008 BERJUMLAH 10108 0RANG
TAHUN 2009 BERJUMLAH 8877 ORANG
TAHUN 2010 BERJUMLAH 7331 ORANG
TAHUN 2011 BERJUMLAH 358 ORANG

MAKLUMAT YANG KITA TERIMA ,BANYAK SEKOLAH YANG TAK BERPUAS HATI DALAM PEMBERIAN BANTUAN INI,ADA SEKOLAH YANG MEMPUNYAI JUMLAH PELAJAR MISKIN TEGAR LEBIH DARI 400 ORANG SEBUAH SEKOLAH,TAPI PELAJAR YANG TERPILH TAK SAMPAI SATU PERATUS (1%)SAJA,APAKAH KERANA NAK TINGKATKAN NILAI PENCAPAIAN GTP NEGARA,BANYAK NASIB RAKYAT YANG SEPATUTNYA DIBELA TAPI DICICIRKAN.

Tiada ulasan:

Nuffnang