Rabu, 6 April 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang,DS Nizar beri sokongan.

Posted: 05 Apr 2011 07:29 PM PDT






Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional. Pertandingan melibatkan antara PAS dan PPB. Proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

Pimpinan PAS yang hadir termasuklah Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak.

Laporan akan menyusul dari semasa ke semasa dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sarawak.

oleh: kijang59

CALON-CALON PAS SARAWAK BERBAI'AH DI HADAPAN PRESIDEN

Posted: 05 Apr 2011 07:43 AM PDT

Tuan Guru sedang memberi amanat kepada calon dan wakil calon

Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau sedang berbai'ah &
menerima watikah


Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang sedang berbai'iah dan menerima watikah
di hadapan Presiden

Calon Tanjung Datu


Abang Ady calon Saadong Jaya

Pagi tadi lima calon PAS berbai'ah taat setia kepada parti di hadapan YB Datuk Tuan Guru Presiden di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut disaksikan olehTimbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang & penyokong calon itu sendiri.

Presiden memberi amanatnya kepada semua calon & wakil calon. Menurutnya bai'ah merupakan perjanjian taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya selagi pimpinan parti tidak menyeleweng dari syariat Islam. Bai'ah juga sebagai satu jaminan dan amanah yang tidak boleh dikhianati, calon PAS hanya memikul amanah ini dan wajib memelihara amanah ini. Presiden mengingatkan sesiapa sahaja yang mengkhianati parti kelak pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.

Pilihanraya kali ini julung-julung kali PAS bertanding sehingga lima kerusi, ini merupakan pentanda baik dan peluang PAS diperkenalkan kepada rakyat Sarawak melalui lima dun yang ditandingi. PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang.
Ketiga-tiga calon PAS telahpun diumumkan malam tadi di tempat masing-masing, manakala malam ini dua lagi calon akan diisytiharkan.sumber misbahul munir

Calon Sarawak:2 wanita 3 lelaki dipilih PAS untuk keputusan terbaik

Posted: 05 Apr 2011 03:16 AM PDT

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.



Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)


Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.



Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.



Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.



Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.


Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.


Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.



Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.



Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.


Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.


Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.


Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.


Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya

Tiada ulasan:

Nuffnang