Khamis, 21 April 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 20 Apr 2011 09:44 PM PDT

Progam Khas Mesra Rakyat (PKMR) Negeri Selangor Peringkat Daerah Klang

Wednesday, 20 April 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 20 April - Pejabat YAB Dato' Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Pejabat Tanah/Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang akan mengadakan program Khas Mesra Rakyat (PKMR) peringkat daerah klang pada Jumaat 22 April ini.

Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan meninjau lebih dekat permasalahan rakyat di Daerah Klang.

Sehubungan itu, beberapa program yang dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor telah diaturkan yang melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah Klang

Aturcara program seperti berikut :

8.00 pagi : Perjumpaan Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Kakitangan Awam Dan Pemipin Masyarakat Daerah Klang

Tempat : Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah/Daerah Klang

1.30 Tgh : Solat Jumaat Dan Makan Tengah Hari Bersama Kariah Masjid Dan Penduduk

Tempat : Masjid Sultan Abdul Aziz, Kg. Perigi Nenas, Pulau Indah

3.30 Ptg : Lawatan Tapak Ke Pusat Pengembangan Hasil Rakyat

Tempat : Sekitar Pulau Indah

8.00 Mlm : Majlis Ceramah Perdana Bersama Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Tempat : Kompleks Sukan Pandamaran, Klang

Untuk sebarang maklumat, pihak YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Setiausaha Bahagian Korporat Kerajaan Negeri Selangor, Encik Muhammad Hanafi Ahmad di talian 013-2577107 atau 03-55447041/7040


Sumber: Selangorkini

Tiada ulasan:

Nuffnang