Khamis, 28 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


VETERAN PAS TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

Posted: 28 Apr 2011 05:49 AM PDT

TELUK INTAN, 28 April - Seorang veteran PAS Kawasan Teluk Intan, Haji Asmui bin Ridzwan telah meninggal dunia pagi tadi. Beliau meninggal dunia di kediaman beliau di Kg. Selabak dekat sini.
Kenangan : Allahyarham Hj. Asmui semasa menerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada YB Hj. Mahfuz Omar.

Allahyarham merupakan bekas ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PAS Cawangan Kg. Selabak dan juga merupakan penggerak utama kepada PASTI di sana. Kawasan halaman rumah Allahyarham sering menjadi tempat ceramah oleh pihak PAS Teluk Intan.

Sebagai menghargai jasa Allayarham terhadap parti, pihak PAS Kawasan Teluk Intan pernah menganugerahkan sijil Jasamu Dikenang semasa mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Teluk Intan pada 26 April 2009. Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mahfuz Omar selaku perasmi mesyuarat.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kg. Selabak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Selabak selepas solat Asar. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong  YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan kawasan dan cawangan.

PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah...

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang