Ahad, 20 Mac 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Melawat Tapak Ribut Hujan di Kota Kemuning Pada 15/03/2011

Posted: 19 Mar 2011 10:19 AM PDT

Wacana Ekonomi di MBSA 15/03/2011

Posted: 19 Mar 2011 10:09 AM PDT


          

Akhbar pemfitnah no 1 Negara!

Posted: 19 Mar 2011 06:26 AM PDT

Laporan akhbar Utusan hari in 18 Mac 2011 jelas berniat jahat dengan memesongkan fakta sebenar. Utusan cuba menghasut pemikiran pembaca dengan cara penulisan sempit dan tidak bertanggungjawap. Laporan sebegini tidak membangunkan minda masyarakat bahkan mencemar etika kewartawanan yang sewajarnya disanjung tinggi.

Tapak lombong di Olak Lempit adalah tanah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu diatas sebahagian PT 28750, HS(Ð) 26426 dan PT 24578, HS(D) 24199, Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, seluas 120 ekar.

Mengikut rekod Pentadbir Tanah Kuala Langat, tanah ini bukanlah tanah yang di wartakan sebagai kawasan rizab orang asli atau kawasan rayau orang asli. Dulunya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan prelombongan bijih timah.

Kebenaran memungut hasil kepada 10 keluarga Orang Asli (OA) di Bukit Perah, Pulau Kempas dan Bukit Kemandol, tidak bermaksud kawasan tersebut menjadi tanah rizab OA atau kawasan rayau OA.

Kebenaran di buat mengikut The Forest Enactment 1918 bukan Akta 134 OA. Di bawah Sek 340 Kanun Tanah Negara 1962, PKPS mempunyai hak untk mentadbir, mengurus dan menggunakan tanah tersebut.

Di dalam hal ini PKPS telah membenarkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk mengalih bahan batuan (pasir) dan KSSB mematuhi peraturan dan dasar kerajaan negeri Selangor.

Dakwaan mengatakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengesahkan bahawa mukim Tanjung 12 adalah kawasan OA berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Nov 1965, telah di salah tafsirkan.

Di dalam surat tersebut, JHEOA hanya mengesahkan bahawa Kg OA Pulau Kempas, Bkt Cheeding, Bkt Kecil, Bkt Serdang, Bkt Kemandol dan Tg Rabok adalah kawasan penempatan OA sejak 1965, susulan MMKN pd 26 nov 1965. Di dalam surat PT/D K. Lngt, Bil (6) dlm P.L.B.D. K.Lgt 279 bertarikh 17 Dis 1965, mengatakan bahawa kawasan tanah kerajaan yang terkandung di dalam kawasan simpan orang melayu dan di duduki oleh OA di tukar status kepada kawasan OA di bawah sek 6, Aboriginal People Ordinance 1954.

Kawasannya adalah
1. Bukit Lambak
2. Bukit Tanjung Mengkuang
3. Bukit Kemandol ( Bukit Madol)
4. Bukit Tanjung Rabok
5. Bukit Cheeding dan
6. Bukit Serdang.

Keluasan tanah yang di luluskn oleh MMKN, Bukit kemandul, Tanjung Keluang dan Tanjung Rabok - 544.20 hektr. Bukit Cheeding - 123 hektr. Bukit Serdang - 110 hektr. Bukit Kecil (Bukit Lamabak) - 16.20 hektr. Jumlah 793.4 hektr sahaja.

Bukan seluas 7243 hektr seperti dalam Utusan!

Jelas laporan khas Utusan ini sengaja mengelirukan rakyat di Selangor dan sengaja memutarbelitkan kenyataan sebenar.

Nasihat saya pada pengurusan akhbar ini, jika telus, berani dan menepati maksud penyebar fikiran rakyat yang sebenar, maka keluarkan jenyataan ini dengan tepat dan betul. Jika tidak jadilah Utusan sebagai akhbar penyesat fikiran rakyat dan akhbar penipu serta pemfitnah no satu dalam negara ini.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ahli Lembaga Pengarah KSSB,
Ketua Penerangan Keadilan Selangor,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan,
ADUN Sri Muda

KENYATAAN MEDIA - Ketua Penerangan Keadilan Selangor

Posted: 19 Mar 2011 06:04 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan YB Dato' Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi UMNO (Baru) Selangor yang disiarkan di Sinar Harian di halaman 3, sisipan Selangor (Sentral), bertarikh 19 Mac 2011 (Sabtu) yang bertajuk 'MB Patut Letak Jawatan: Noh'.

Sebelum YB Dato' Seri Noh Omar meminta YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, saya silakan beliau berbuat demikian terlebih dahulu. Jika isu berkenaan pengurusan Yayasan Selangor hendak dijadikan alasan, sebaiknya beliau menjelaskan dahulu kegagalan beliau meneraju kementeriannya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan petani tempatan serta menjalankan program subsidi untuk rakyat termiskin.

Sebagaimana yang telah dibangkitkan media bertanggungjawab (media bebas dari kongkongan Kerajaan) sebelum ini, isu berkenaan program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (SUBUR) yang dicanang-canang oleh YB Dato' Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada November 2009, masih belum dinikmati oleh rakyat termiskin.

Bagi menutup kegagalan program SUBUR, pelbagai alasan seperti penangguhan oleh Kabinet, senarai penerima tidak lengkap dan masalah pentadbiran Kementerian diberikan. Kita diberi maklumat semasa program perasmian SUBUR oleh Perdana Menteri, sebanyak RM750,000.00 digunakan untuk khemah sahaja. Kontraknya di beri pada Pemuda UMNO yang rapat dengan Noh Omar. Dari November 2009 hinggalah 18 Mac 2011, YB Dato' Seri Noh Omar terus menjadi menteri yang bertanggungjawab melaksanakan program SUBUR yang gagal. Apakah SUBUR sudah terkubur? Atau 'nasi sudah menjadi bubur'? Noh patut merasa malu kerana menipu Perdana Menteri.

Kegagalan membekalkan benih padi berkualiti juga menjadi sebahagian dari rekod buruk YB Dato' Seri Noh Omar. Protes, demonstrasi dan rungutan petani yang kecewa dengan pengagihan benih padi yang diberikan kepada dua syarikat kroni BN tidak langsung menginsafkan YB Dato' Seri Noh Omar untuk meletak jawatan sebagai menteri. Saya hairan, mengapa kementerian beliau boleh merelakan 2 syarikat swasta tersebut membekalkan benih padi kurang bermutu dengan harga yang lebih tinggi berbanding ketika pengagihan dibuat oleh Jabatan Pertanian? Siapakah yang mendapat keuntungan dari manipulasi ini, petani miskin atau kroni yang kaya-raya? Sebanyak RM35 juta wang rakyat dibazirkan hanya supaya kroni mendapat keuntungan, sementara petani miskin mendapat beban yang berganda.

Jelas, individu yang perlu meletak jawatan sekarang adalah Noh Omar. Selagi beliau disitu, seluruh kakitangan agensi yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merasa malu mempunyai seorang menteri yang angkuh, sombong dan hanya membela syarikat Pemuda UMNO tertentu dan membiarkan golongan petani terus terhimpit kemiskinan.

Shuhaimi Haji Shafiei
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan Keadilan Selangor

Tiada ulasan:

Nuffnang