Ahad, 20 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


YB ADUN BUKIT PAYONG MENGULAS TENTANG INSIDEN KHALWAT YANG MELIBATKAN WARIS TERDEKAT BELIAU BELIAU

Posted: 19 Mar 2011 09:11 PM PDT

Dalam satu temuramah pendek dengan blog Dun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan bahawa  insiden bapa saudaranya ditangkap khalwat baru-baru ini sebagai satu insiden yang sangat malang, tidak diduga dan amat menyedihkan hatinya.

Namun begitu, beliau menjelaskan orang yang bersalah tidak akan dilindungi dan mestilah dihukum mengikut undang-undang syara' ,sekali pun orang itu adalah bapa saudaranya sendiri.

Beliau menyatakan, "Kita telah berusaha dan sentiasa berdoa agar keluarga kita dan masyarakat umum diberikan hidayah oleh Allah Ta'ala tetapi hidayah itu bukan milik kita, ia adalah  milik mutlak Allah Ta'ala, sehingga bapa saudara Rasulullah SAW sendiri pun tidak mendapat anugerah hidayah itu, begitu juga anak Nabi Nuh tidak mengikutinya dan isteri Nabi Luth juga tidak mengikut suaminya".

"Saya berharap beliau bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan hukuman Allah di dunia disertai dengan taubat nasuha akan membersihkannya daripada dosa sebelum kembali mengadap Allah SWT."


Tambahnya lagi, "Dalam kisah Ma'iz al-Aslami yang direjam berdasarkan hukuman hudud, Rasulullah SAW menyifatkan orang yang menghina maruah Ma'iz yang telah bertaubat itu sebagai lebih teruk daripada memakan najis keldai, dan dalam kes ini, entah apalah faedahnya penyebaran peristiwa ini secara besar-besaran kepada masyarakat, walhal orang yang bersalah itu hanyalah orang biasa, bukannya pemimpin masyarakat yang perlu dikaji dan diselidiki kesesuaiannya untuk memimpin".


Ditanya tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan tidak mengenali orang ditangkap khalwat itu, beliau berkata pada peringkat awal laporan akhbar menyebutkan, orang terlibat itu sebagai pegawai khas  beliau dan mempunyai bilangan anak yang kurang tepat, dan ia memerlukan sedikit usul periksa  untuk dikenal pasti kerana beliau sememangnya tidak mempunyai pegawai khas.    


Tiada ulasan:

Nuffnang