Sabtu, 5 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


YB ANUAR ZIARAH REMAJA MENINGGAL DUNIA DI AIR HITAM /يب انوار زياره رماج منيڠݢل دنيا د اير هيتم

Posted: 05 Mar 2011 02:28 AM PST


TELUK INTAN, 5 Mac - Petang tadi ADUN Changkat Jong telah sempat menziarahi majlis pengebumian seorang remaja di Kg. Air Hitam. Mohd. Irfan bin Zainuddin, 18, telah meninggal dunia pagi tadi akibat mengalami kemalangan jalan raya di Batu 11 Jalan Bidor dekat sini.
YB Anuar mengiringi bapa remaja mangsa kemalangan. (kiri)

YB Anuar mendengar penerangan daripada Sdr. Mohd. Nor.

Menurut Ketua Cawangan PAS Kg. Air Hitam, Sdr. Mohd. Nor Yatim, Mohd. Irfan telah terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya telah bertembung dengan sebuah bas yang menyebabkan beliau telah diseret beberapa meter oleh bas tersebut.

Mohd. Irfan sedang menunggu keputusan SPM yang bakal dikeluarkan pada minggu depan dan sedang mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Komuniti Teluk Intan.

YB Anuar telah menyampaikan ucapan takziah kepada bapa mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan.

intanhijau.blogspot.com

ADUN CHANGKAT JONG BERI SUMBANGAN KEPADA PASUKAN FUTSAL BELIA / ادون چڠکت جوڠ ممبري سومبڠن ڤاسوکن فوتسل بليا

Posted: 05 Mar 2011 02:15 AM PST


Prihatin dengan aktiviti remaja dan belia, maka Dewan Muslimat PAS Teluk Intan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada dua pasukan futsal belia Teluk Intan yang akan menyertai kejohanan futsal belia di Kuala Lumpur. Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong kepada wakil dua pasukan tersebut yang telah diadakan di rumah ADN Changkat Jong.

Beliau berharap semoga kedua-dua pasukan tersebut akan berjaya di dalam pertandingan tersebut. Bagi wakil pasukan pula, mereka amat berterima kasih kepada Dewan Muslimat PAS Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong yang sudi memberikan sumbangan kepada pasukan mereka dan berjanji akan mencapai kejayaan di dalam pertandingan itu kelak.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang