Jumaat, 12 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Calon PAS sedia berdebat isu masa depan OKU

Posted: 12 Apr 2013 02:57 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: "Atas dasar keprihatinan itulah saya merasa terpanggil untuk menawarkan diri berbincang, berbahas dan berdialog antara saya selaku calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Mohammad Faizal mewakili OKU Bangkit serta calon Umno khususnya di Parlimen Titiwangsa," ujar Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Bahkan calon PAS P119 Parlimen Titiwangsa pada PRU13 itu bersedia untuk bertemu dan bersemuka dengan mana-mana pemimpin Umno bersama Mohammad Faizal Che Yusof bagi membuktikan masa depan orang kelainan upaya (OKU) bersama PR lebih terjamin berbanding kehidupan mereka selama ini di bawah BN.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. Susulan daripada berita yang disiarkan oleh media melalui akhbar The Sun yang bertajuk "The disabled want debate on their rights" pada hari semalam oleh Mohammad Faizal Che Yusof yang mencadangkan suatu debat dilakukan antara calon Pakatan Rakyat bersama calon Barisan Nasional mengenai nasib dan masa depan Orang Kelainan Upaya (OKU).

2. Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Mohammad Faizal Che Yusof itu. Beliau mengemukakan keluhan bagaimana layanan dan nasib yang diterima oleh OKU di seluruh negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama ini. Lebih-lebih lagi keadaan yang mendesak ketika ini, dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat, masalah pengangguran, ekonomi yang menjerat rakyat, kadar kemiskinan terutama di kawasan bandar semakin meningkat, adalah wajar OKU membangkitkan kebimbangan mereka apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke 13. Dianggarkan seramai 2.8 juta atau 10% rakyat Malaysia yang mengalami OKU pelbagai kategori. Sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, mampukah mana-mana pemenang PRU ke 13 kelak membela nasib dan mengangkat martabat OKU, ia perlu diketahui dan diperjelaskan terhadap seluruh rakyat.

3. Sdr Mohammad Faizal telah mencadangkan debat memandangkan keluhan dan rintihan selama ini tidak pernah dilayan, didengari atau diambil perhatian. Kehidupan OKU masih lagi di takuk lama, bahkan kebanyakan OKU dipandang remeh oleh masyarakat seolah-olah mereka ini adalah golongan kelas kedua yang terpaksa menagih simpati dan berharap belas ihsan masyarakat hidup. Kerajaan BN pula tidak memandang golongan ini dengan perhatian utama dengan membiarkan golongan ini terkial-kial hidup dalam masyarakat sehingga ada kalangan mereka yang tersisih daripada pembangunan.

4. Pakatan Rakyat telah melancarkan manifesto pada 25 Februari 2013 dan menekankan pelbagai aspek untuk diberi perhatian dan OKU antara salah satu daripadanya. PR melihat OKU adalah golongan rakyat yang mesti diberi perhatian sewajarnya. Sebagai kerajaan menanti (in waiting government) PR berazam dan berikhtiar membantu OKU sedaya upaya supaya golongan ini mempunyai kedudukan dan hak setaraf insan sempuna.

5. PR berazam memastikan setiap golongan OKU dibantu, diberi perhatian, pendidikan yang mencukupi dan meliputi pelbagai kecacatan yang mereka alami, diberi sumbangan sejajar dengan keperluan dan taraf hidup mereka, memberikan pekerjaan sesuai dengan kemampuan mereka, kemudahan perumahan dan lain-lain.

6. Atas dasar keprihatinan itulah saya merasa terpanggil untuk menawarkan diri berbincang, berbahas dan berdialog antara saya selaku calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Sdr Mohammad Faizal mewakili OKU Bangkit serta calon UMNO khususnya di Parlimen Titiwangsa. Bahkan saya bersedia untuk bertemu dan bersemuka dengan mana-mana pemimpin UMNO bersama sdr Faizal bagi membuktikan masa depan OKU bersama PR lebih terjamin berbanding kehidupan mereka selama ini di bawah BN. Saya menyerahkan kepada saudara Faizal untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat perdebatan ini dilangsungkan. Saya juga mengharapkan respons yang positif dari pemimpin UMNO khususnya calon UMNO Titiwangsa supaya mereka mampu menjelaskan apakah masa depan yang akan mereka tawarkan kepada rakyat terutama kepada golongan OKU.

Harakahdaily/-

Abdul Ghani Terima Panggilan PM

Posted: 12 Apr 2013 02:54 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


LEDANG: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui ada menerima panggilantelefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom atau bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
"Tadi saya ada dapat panggilan daripada Perdana Menteri, tetapi saya tidak dapat beritahu kerana orang surat khabar ada di sini. Mohon doa-doakanlah semuanya selamat.
"Walau apa kemungkinan, Insya-Allah, apa pun kemungkinan tiap-tiap minggu saya datang, terutama hari Jumaat balik ke Ledang (juga) hujung-hujung minggu (balik ke Ledang), apa pun kemungkinan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jalinan Mesra Bersama Rakyat Kampung Hang Tuah, Melepang dan Termil dan Penyampaian Hak Milik Geran Tanah Kurnia Jaya Mukim Gersik di Balai Raya Kampung Melepang, dekat sini, Jumaat.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang, Ir. Hamim Samuri dan Setiausaha Badan Perhubungan MIC Johor, M. Asojan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri.
Sebelum majlis itu bermula, Abdul Ghani mengambil masa kira-kira 15 minit berbual dengan Perdana Menteri sebelum kelihatan ceria dan bersemangat untuk menyampaikan ucapan.
Sebelum ini, Abdul Ghani disebut-sebut calon yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada PRU-13 kerana dikatakan paling sesuai menjadi calon di kawasan berkenaan.
Sementara itu, selepas merasmikan menyampaikan geran tanah berkenaan, ketika diminta mengulas perbualan telefon antara beliau dan Perdana Menteri, Abdul Ghani berkata: "Tunggulah dua tiga hari lagi akan diumumkan (pencalonan saya)."
mStar/-

Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin

Posted: 12 Apr 2013 02:15 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akan berlaku konfrantasi kaum jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah boleh menghancurkan negara ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika hancur negara ini kerana tercetusnya konfrontasi kaum akibat hasutan secara tidak langsungnya itu, Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab.

"Kalau berulang lagi rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathirlah pencetusnya," tegas beliau.

Bagi Salahuddin, bekas Presiden Umno itu amat jelas anti-perpaduan dan sangat tidak bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya konfrontasi kaum akan menggantikan kerjasama Melayu Cina di negara ini jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah.

Malah, katanya lagi, semakin terbukti dengan amat jelas kepada rakyat bahawa perbuatan mengapi-apikan kebencian antara kaum adalah satu-satunya senjata Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Menulis dalam blognya, Perdana Menteri keempat itu berkata, "Apabila Kit Siang memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.

"Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika Kit Siang menang di Gelang Patah".

Salahuddin menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu secara tidak langsung menghasut supaya dicetuskan konfrontasi antara kaum jika Kit Siang menang.

"Walaupun beliau tidak menghasut secara langsung, tetapi apa yang ditulisnya jelas merupakan taktik untuk menghasut secara tidak langsung.

"Ia taktik lama yang sudah biasa kita lihat," katanya.

Salahuddin berkata, sukar untuk ditolak kemungkinan mereka yang terpedaya dengan hasutan tidak langsung Dr Mahathir itu akan mengamuk dan mencetuskan konfrontasi antara kaum," katanya.

"Dr Mahathir mungkin memerah otak supaya tulisannya tidak dilihat menghasut tetapi semakin ia cuba untuk tidak kelihatan menghasut semakin terdedah niat yang cuba disembunyikannya itu.

"Kalau Dr Mahathir fikir cara dia menulis itu dapat menyembunyikan niatnya untuk mencetuskan konfrontasi kaum, ia tak ubah seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru," katanya.

Bagi Salahuddin, Dr Mahathir hanya tahu melihat apa sahaja yang berlaku dari sudut pandangan perkauman Umno sahaja.

"Saya tidak mahulah kata Dr Mahathir menulis dari sudut pandangan perut busuk Umno tetapi bekas Presiden Umno itu sendiri pernah menulis Umno busuk hingga ke usus atau 'rotten to the core'.

"Dia hanya mampu melihat dari sudut itu sahaja dan tidak tahu apa-apa tentang perpaduan kaum yang semakin berjaya dibina oleh Pakatan Rakyat setelah dimusnahkan oleh sentimen perkauman yang tidak henti-henti diapi-apikan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu," katanya.

Salahuddin menegaskan, tidak ada sebab sesiapa pun hendak berkonfrontasi jika Kit Siang menang di Gelang Patah.

"Kit Siang tidak membawa mesej perkauman sempit seperti Umno.

"Malah, beliau membawa semangat Datuk Onn Jaafar yang membuka keahlian Umno kepada semua kaum ketika beliau menjadi pemimpin parti itu," katanya.

Kit Siang sebelum ini menyeru semua pihak mencontohi pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dengan bersikap melampaui sentimen perkauman dalam pilihan raya umum di Gelang Patah.

Calon Pakatan bagi Parlimen itu berharap "pertempuran" di kerusi itu merealisasikan "impian Malaysia" Datuk Onn ke arah penyatuan bangsa berbilang kaum, seperti tergambar daripada tindakannya untuk membuka keahlian Umno kepada semua pada 1951.

"Malah, saya merujuk kepada pengundi Gelang Patah sebagai rakyat Malaysia, bukan pengundi Cina, Melayu atau India demi mencapai 'impian Malaysia' masyarakat bersatu-padu," katanya.

Harakahdaily/-

Husam menang saman NST

Posted: 12 Apr 2013 02:13 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.


Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.

Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.

Harakahdaily/-


Adun Manjoi umum tidak tanding PRU13

Posted: 12 Apr 2013 02:07 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
IPOH - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.
Beliau berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin BN peringkat bahagian.
"Saya berharap semua penyokong BN di Dun Manjoi akan terus memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang ditetapkan oleh Pengerusi BN pada PRU13 ini," katanya dalam satu kenyataan.
Nadzri, yang juga bekas Pengerusi Kelab Adun BN SeMalaysia, berkata beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di Dun Manjoi selama empat penggal.
"Saya amat yakin kesinambungan khidmat saya akan diteruskan oleh calon baru dengan cemerlang," kata ahli politik berusia 56 tahun itu yang mula memegang kerusi itu pada pilihan raya umum 1995.
Katanya beliau akan terus membantu jentera parti untuk memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, Nadzri mengalahkan calon Pas Zulkurnaini Ibrahim dengan majoriti 348 undi. - Bernama

Suami isteri maut, anak dua tahun parah nahas jalan raya

Posted: 12 Apr 2013 02:06 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUANTAN - Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka yang berusia dua tahun parah apabila motosikal mereka dilanggar sebuah kereta di km341 Jalan Kuala Lumpur - Kota Baharu dekat Raub, semalam.
    
Pasangan yang maut itu ialah Mohd Fareez Ramli, 26, dari Kampung Pia, Dong dan isterinya, Siti Mariam Hashim, 25, manakala anak mereka Danial Fitri Syahmi, cedera parah di kepala.
    
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2 petang semalam itu, motosikal yang dinaiki tiga beranak itu dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan sebuah kereta Proton Tiara tidak sempat membrek dan melanggar mereka.
    
"Akibat itu, motosikal mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan menyebabkan Mohd Fareez mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala isterinya mati ketika dirawat di Hospital Raub," katanya di sini hari ini.
    
Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar.
    
Pemandu kereta berkenaan, Wan Ahmad Firdaus Wan Dzulkiffli dan seorang penumpang hadapan, Nurul Ashikin Mad Hashim, masing-masing berusia 25 tahun cedera ringan. - Bernama

Hakim masih diulit rasuah

Posted: 12 Apr 2013 01:26 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Jakarta: Kajian terbaru menunjukkan institusi kehakiman Indonesia masih terbabit dengan kegiatan rasuah walaupun usaha untuk meningkatkan pendapatan pegawainya sudah dilaksana.

Kumpulan pemerhati institusi berkenaan, Meja Bulat Undang-Undang Indonesia (ILR) semalam mendedahkan apa yang dinamakannya Indeks Tanggapan Undang-Undang 2012.

Antara isu utama yang ditonjolkan menerusi kaji selidik itu ialah 60 peratus responden percaya hakim negara itu mudah dirasuah. Dua puluh tiga peratus pula percaya sebaliknya.
Untuk kaji selidik itu, ILR mewawancara 1,200 responden di 33 wilayah negara itu antara 4 hingga 16 Disember tahun lalu.

Peguam terkenal, Todung Mulya Lubis dari ILR berkata, hasil kajian itu menunjukkan institusi kehakiman Indonesia masih kekal sebagai antara institusi yang paling lemah di negara itu.

"Dengan begitu banyak kes rasuah membabitkan hakim, tidak hairanlah hanya 23 peratus responden percaya hakim tidak boleh dirasuah," katanya.
Beliau juga memberitahu, 47 peratus responden tidak melihat institusi kehakiman sebagai bebas apabila membicarakan kes di mahkamah.

Tiga puluh dua peratus responden menunjukkan mereka percaya ahli perniagaan boleh dengan mudah mempengaruhi hakim dan 30 peratus berpendapat parti politik juga mempunyai pengaruh terhadap hakim.
Responden turut percaya anggota kehakiman memperoleh pendapatan lumayan dan sekali gus membolehkan mereka bersikap berkecuali dan bebas.

"Lebih 57 peratus responden beranggapan gaji hakim lebih daripada cukup," kata Todung.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Mahkamah Daerah Bandung, Setyabudi Tejocahyono ditangkap oleh penyiasat Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) kerana didakwa menerima rasuah berjumlah Rp150 juta (RM47,000) yang dibayar oleh seorang defendan dalam kes penggelapan wang. Sepanjang tempoh 11 bulan memegang jawatan itu, Setyabudi menguruskan sejumlah kes besar rasuah.

Suruhanjaya Kehakiman berkata, rasuah dalam institusi kehakiman, khususnya selepas kenaikan gaji untuk hakim, sepatutnya tidak lagi wujud. - Jakarta Post

Wajah ‘ngeri’ Triny kembali normal

Posted: 12 Apr 2013 01:23 AM PDT

Foto1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

London: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang hampir hilang mukanya akibat ketumbuhan bersaiz bola sepak berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pakar bedah Britain.

Triny Amuhirwe dari Uganda kini memperoleh wajahnya semula hasil usaha badan kebajikan Britain 'Facing The World' dan pasukan perubatan yang menjalankan pembedahan ke atas mukanya dengan percuma.

Ketika muncul dalam rancangan televisyen This Morning semalam, ibunya Sarah memuji kumpulan yang menyelamat anaknya itu. "Terima kasih kepada pakar bedah dan badan kebajikan itu kerana menyelamat nyawa Triny. Anak saya mungkin mati jika tidak kerana usaha mereka," katanya.
Menurut Sarah, dia mula menyedari ketumbuhan itu pada bahagian kanan muka Triny ketika dia berusia empat tahun.

"Saya sangka ia akan hilang. Sebaliknya ketumbuhan itu semakin membesar. Saya kemudian ke hospital. Tetapi doktor berkata, mereka perlu menunggu dan melihat apa yang akan terjadi," kata Sarah.

Ketumbuhan itu mula membesar dan apabila Triny berusia tujuh tahun, Sarah membawanya semula ke hospital dan doktor memutuskan sudah tiba masanya untuk melakukan pembedahan.
WAJAH Triny sebelum dibedah.
Mulanya pembedahan itu kelihatan berjaya. Tetapi, ia tumbuh semula dalam masa dua minggu saja.

Pembedahan kedua juga gagal dan ketumbuhan itu kembali, lebih besar daripada sebelumnya.
"Ia lebih besar daripada yang pertama sehingga meliputi seluruh muka Triny," kata Sarah.

Dalam pada itu, Triny yang menghidap masalah yang dinamakan fibrous dysplasia, mengalami kesakitan yang teruk, termasuk pening, sukar makan dan bernafas serta akhirnya gagal melihat menerusi mata kanannya.

Untuk menjadikan keadaan lebih buruk, dia diminta berhenti sekolah kerana gurunya tidak dapat menangani keadaan yang dihadapi kanak-kanak itu.

Bagaimanapun nasib Triny akhirnya berubah apabila seorang jiran menemui jururawat warga Amerika Syarikat yang bekerja di Uganda dan menceritakan keadaan kanak-kanak itu.

Jururawat berkenaan berhubung dengan 'Facing The World' yang membantu mengumpulkan dana untuk membawa Triny ke Britain bagi menjalani pembedahan.

November lalu, Triny tiba di London dan menjalani pembedahan selama 15 jam bagi membuang ketumbuhan itu.

Kali ini doktor percaya mereka berjaya membuang sama sekali ketumbuhan itu.

Ditanya apa akan terjadi jika pembedahan itu tidak dilakukan, seorang pakar bedah terbabit, Jonathan Collier memberitahu rancangan berkenaan, "Lebih baik kita tidak berbincang mengenai perkara itu." - Daily Mail

Penyokong PAS London buat video balik kampung undi Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 01:01 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



(Video balik kampung dari penyokong PAS di London)


LONDON: Para penyokong PAS di United Kingdom dan Ireland berjanji akan pulang ke tanah air bagi mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

Dengan berlindung di bawah PrCukeire Productions, mereka mengeluarkan satu video klip yang sangat menarik.

Ia dibuat dengan berlatarbelakangkan Stadium bolasepak Mancester United dan gambar-gambar tentang kegemilangan kelab bola sepak Britain itu.

"Kami warga Malaysia di United Kongdom menyeru para perantau untuk balik mengundi.

"Kepada yang berada di tanahair, mengundilah dengan bijak," kata Dr Jupri Bade, Presiden PAS Representative Council of UK & Ireland dalam video itu.

Mengikut SPR, rakyat Malaysia di luar negara boleh mendaftarkan diri mereka untuk membolehkan mereka mengundi awal.

30 April telah ditetapkan sebagai hari mengundi awal dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Di samping rakyat di luar negara, SPR menetapkan polis, tentera, wartawan dan petugas SPR boleh mengundi awal.

harakah/-

Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa

Posted: 12 Apr 2013 01:00 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.

Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa.

Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit.

Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.

Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding.

Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini.

Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat.

Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.

Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung

Ummi Hafilda tawar diri cabar Azmin

Posted: 12 Apr 2013 12:59 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin pada PRU ini
Ummi Hafilda
BALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.
  
Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.
  
"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.
   
Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. - Bernama

Debat politik Anwar-Najib bermanfaat untuk rakyat

Posted: 12 Apr 2013 12:42 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa kerana budaya fitnah dan manipulasi media dibuka seluas-luasnya tetapi debat yang lebih bertamadun dan bermaruah pula diketepikan.
"Apakah ini menandakan bahawa politik Malaysia lebih bersifat fitnah dan serangan peribadi?

"Kenapa ahli politik BN memandang serong kepada debat, dialog dan forum yang sihat?" ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Mapim berpendirian sudah sampai masanya debat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib Razak dilaksanakan.

"Salah satu dari reformasi politik yang akan meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini ialah debat terbuka antara pihak yang menyertai politik pilihanraya," katanya lagi.

Menurutnya, walaupun debat belum menunjukkan ia satu budaya di negara ini agar mana-mana pihak kumpulan politik yang bertelagah pendapat mengenai bagaimana negara ini harus ditadbir didebat secara bersemuka, namun Mapim berpandangan ia adalah wajar dibudayakan untuk memungkinkan pandangan masing-masing diketengahkan secara bersemuka untuk dihujah di hadapan khalayak awam.

Katanya, dalam Islam, munaqasyah (debat) adalah suatu anjuran yang dibolehkan agar kebenaran dapat dijelaskan dan dengan sebab itu kebenaran akan dapat dipertahankan dengan lebih meyakinkan.

Beliau berkata, pilihanraya adalah soal membentangkan program untuk rakyat membuat pilihan, justeru debat yang berjalan dengan baik pasti akan dihormati oleh semua pihak kerana masa depan negara sangat penting ditentukan dengan rasional oleh pihak yang mahu meraih mandat dari rakyat.

Katanya, dua tokoh tertinggi negara iaitu PM dan Ketua Pembangkang adalah figur penting dalam Pilihan raya Umum ke-13 dan rakyat berhak melihat secara sendiri kemampuan kedua-duanya membentangkan pandangan dengan hujah yang ilmiah dan matang.

Tambahnya lagi, tidak ada kecurigaan yang harus dirisaukan selain kedua pendebat bersedia dan berlapang dada mendengar hujah lawan mengenai isu-isu urus tadbir negara.


"Jika kedua pemimpin ini dapat menunjukkan kematangan berhujah, maka rakyat akan bertambah yakin bahawa reformasi politik benar-benar akan berlaku," katanya.

harakah/-

Dokumen pun Umno langgar, inikan janji mulut

Posted: 12 Apr 2013 12:39 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Tak perlu kepada aku janji baru, tunaikan dahulu apa yang terkandung dalam perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perjanjian yang ada dokumen itu sudah berusia 38 tahun pun gagal ditunai kerajaan Persekutuan sehingga sekarang.

"Itu perjanjian yang berdokumen secara jelas dan bukan cakap mulut-mulut seperti aku janji dalam manifesto BN Kelantan yang dilancar semalam.

"Apakah rakyat Kelantan boleh terpengaruh dengan segala janji-janji baru, sedangkan apa yang termenterai secara sah dalam dokumen pun pemimpin Umno langgar," katanya di sini.

Semalam BN Kelantan melancarkan manifesto yang mengandungi tujuh teras iaitu orang muda, pusat kecemerlangan ilmu, kemudahan asas, ekonomi, tanah milik rakyat, bela rakyat terpinggir dan wanita.

Di bawah tajuk ekonomi disebut "Melipat gandakan usaha mencari gali sumber asli dan hasil bumi negeri Kelantan."

Selain itu banyak aku janji PRU 13 BN mengulangi semula manifesto 2008 termasuk melaksanakan tebatan Sungai Golok, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, projek perumahan rakyat dan membina grand bazar.

Manakala janji-janji kempen Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Januari 2004 antara mewujudkan Bandar baru Tangok, pelabuhan Kemasin, hotel dan membina kilang.

Sekarang apa yang ada di Bachok di bawah pimpinan Timbalan Menteri Kewangan.

Dr Fadzli berkata, rakyat Malaysia masih ingat pemimpin mana yang menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) dengan alasan tidak masuk akal.

"Sekarang Umno berjanji pula hendak memperkasa SAR dan memantapkan sekolah pondok. Hasil politik sempit pemimpin Umno menyebabkan ada sekolah SAR terpaksa ditutup di luar Kelantan.

"SAR di Kelantan bernasib baik kerana mendapat bantuan kerajaan negeri. Setiap tahun kita memperuntukkan kira-kira RM80 juta kepada Yayasan Islam Kelantan bagi mengurus sekolah agama," katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, di mana Takaful Merdeka yang pernah diwujudkan Umno Kelantan sebelum ini bagi membela ahli Umno.

"Apa peranan Yayasan Kemiskinan Kelantan yang tersegam indah di Peringat sejak dahulu sehingga sekarang.

"Kita hendak tahu berapa ramai penduduk miskin yang dibantu, atau Yayasan itu sekadar tempat Umno Ketereh menganjurkan program sahaja," katanya.

Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, janji projek tebatan banjir di Sungai Golok dibuat sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan.

Begitu juga projek lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu pernah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelima pada 1986, namun sampai sehingga hanya sekadar omongan semata-mata.

harakah/-

Isteri Allahyarham Yahya Sulong meninggal

Posted: 12 Apr 2013 12:12 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Dikemaskini


Alisah Ali
PETALING JAYA: Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dua bulan selepas kematian suaminya pelawak Datuk Yahya Sulong.
Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi mStar Online pagi Jumaat.
Alisah, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bandar Baru Sentul berdekatan rumahnya di Flat Sri Perak, untuk disembahyangkan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, dekat sini selepas solat Jumaat.
Alisah dan Yahya semasa hayatnya hidup dalam keadaan daif dan mengharapkan bantuan Baitulmal dan wang pencen bekas salah seorang isteri Yahya masing-masing sebanyak RM400 sebulan bagi menyara kehidupan mereka.
Suami beliau meninggal dunia di hospital yang sama pada 6 Februari lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma dan dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.
mStar/-

Lebih 80 rumah rosak akibat ribut di Kuala Kedah

Posted: 12 Apr 2013 12:05 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 80 rumah di Kuala Kedah dekat sini rosak teruk terutama pada bahagian bumbung susulan kejadian ribut yang berlaku petang semalam. 
Dalam kejadian jam 5 petang yang membabitkan kawasan berhampiran laut itu, banyak rumah kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kuat yang beserta hujan lebat. 

Penyelaras Parlimen Kuala Kedah, Syed Zainuzman Syed Yahaya berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah di Pengkalan Kundor kerana membabitkan rumah kampung. 

"MKN (Majlis Keselamatan Negara) akan datang hari ini untuk membuat penilaian. Ketika ini kami masih tak dapat jumlah sebenar tetapi berdasarkan lawatan saya ke kawasan terbabit setakat ini dah lebih 80 rumah terjejas," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Sayang, dekat sini, hari ini. 

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, pihaknya akan memberi bantuan segera terutama di Taman Sayang yang melibatkan lima buah rumah dan sebuah surau. 

"Saya nasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis supaya anggaran kerugian dapat dibuat segera," katanya. - BERNAMA

Bapa rayu salur maklumat kehilangan anak lelaki

Posted: 11 Apr 2013 11:59 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Seorang bapa merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung anak lelakinya, Muhammad Yunus Yazaljala, 9, yang gagal dikesan sejak Rabu lepas.
Yazaljala Muhamad Noor, 53, berkata anaknya yang keluar bermain bersama adik lelakinya, Muhammad Yaakub, 5, berhampiran kawasan perumahannya di Bandar Tasik Puteri Rawang, menghilangkan diri sejak pukul 5.30 petang, dua hari lepas.
"Pada hari kejadian, adiknya pulang ke rumah seorang diri dan memberitahu isteri saya bahawa Yunus menaiki sebuah kereta.
Yazaljala berkata dakwaan anak bongsunya dikukuhkan lagi apabila keesokannya kakaknya yang pulang dari sekolah berkata rakan Yunus ternampak dia menaiki sebuah kereta yang dipandu orang tidak dikenali di kawasan perumahan itu.
"Yunus anak keempat daripada lima beradik itu mempunyai ramai kawan, dan mula-mula kami sangka dia akan pulang ke rumah, namun tidak balik dan tidak menghubungi kami sampai sekarang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, Yunus berpakaian kemeja T berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru pada hari tersebut.
Berikutan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tasik Puteri Rawang, pada kira-kira 3.30 petang Khamis mengenai kehilangan anaknya itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa Yunus boleh menghubungi talian 019-6053591 atau menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Syed Hamid Albar umum tidak tanding PRU13

Posted: 11 Apr 2013 11:50 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Syed Hamid Albar

Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Menganggap kerjanya selama ini telah selesai, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, berkata telah tiba masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baru.
"Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya beliau telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota parlimen selama lima penggal dan tempoh itu satu jangka masa yang panjang dan amat memuaskan kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat Kota Tinggi secara khasnya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota Parlimen," katanya.
Beliau berharap pengundi di Kota Tinggi akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon sepertimana sokongan diberikan kepada beliau sebelum ini.
Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi. - Bernama

Nelayan maut dipanah petir

Posted: 11 Apr 2013 11:37 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SETIU - Seorang nelayan maut dipanah petir ketika memukat ikan bersendirian di tengah laut berhampiran Pulau Lang Tengah, Penarik di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu,  Abd Wahab Sulong, 59, dari Kampung Baru, Penarik meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di badan, lengan dan badan akibat dipanah petir.

Kejadian itu disedari kira-kira 20 nelayan lain yang turut memukat ikan di sekitar kawasan berkenaan ketika kejadian malang itu berlaku.

Ketua Polis Daerah,  Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai ketika hujan lebat yang disusuli dengan dentuman petir.

Menurutnya, sebelum kejadian, rakan mangsa, Saiful Bahari Abd Aziz, 33, yang berada kira-kira 500 meter dari mangsa terlihat kelibat Abd Wahab sedang berdiri menarik pukat.

"Ketika itu hujan lebat berserta bunyi petir kuat dan sebaik keadaan reda, kelibat mangsa tidak kelihatan lagi menyebabkan Saiful Bahari pergi menghampiri perahu mangsa untuk memeriksa apa yang berlaku," katanya.

Ab Rahman berkata, sebaik menghampiri perahu itu, mangsa sudah terbaring dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan terbakar, manakala serpihan kayu memenuhi badan mangsa.

Katanya, mangsa dipercayai dipanah petir yang menyambar bingkai sauknya yang diperbuat dari besi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

sinar/-

Lagi pegawai tentera sertai KEADILAN, bantu kempen Pakatan

Posted: 11 Apr 2013 10:36 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUCHING 12 APRIL: Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.
Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.
Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu.
Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. – NS

Bakar tayar cegah ancaman

Posted: 11 Apr 2013 10:35 PM PDT

Foto1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Sekumpulan belalang melintasi sempadan dari Mesir ke jirannya, Israel dan menimbulkan kebimbangan sekiranya negara itu dilanda serangan kumpulan serangga terbabit selama percutian sempena perayaan 'Passover' atau 'Pesach' akan datang.
Kumpulan serangga itu yang dianggarkan 30 juta sudah merosakkan pelbagai tanaman di Mesir membuatkan Israel berada di dalam keadaan berjaga-jaga.
Tetapi sekumpulan daripadanya yang mempu­nyai bentuk lebih kecil kira-kira 1 juta belalang kini melanda Israel.

Kementerian Pertanian negara terbabit melakukan pelbagai cara termasuk menyediakan pesawat yang digunakan untuk menyembur racun perosak ke atas kawasan pertanian selain menubuhkan talian kecemasan dan meminta orang ramai melaporkan sebarang pergerakan serangga terbabit.
KEMENTERIAN Pertanian mengambil langkah penyelesaian untuk melindungi tanaman.

"Serangga itu memenuhi hampir 809.3713 hektar padang pasir," ujar se­orang pegawai pertanian.

Israel menyembur racun perosak dari udara, tanah dan cuba untuk membunuh serangga itu pada awal lagi.

Pengarah Perlindungan Tumbuhan di Kementerian Pertanian, Miriam Freund berkata, ia dipanggil sebagai 'kumpulan belalang bersaiz sederhana'.

Manakala, talian kecemasan untuk petani ditubuhkan di pejabatnya untuk membantu perjuangan petani menentang ancaman belalang di samping mencari penyelesaian yang lebih baik.

"Kami berharap tindakan ini berkesan. Salah seorang juruterbang yang menyemburkan racun di kawasan pertanian terbabit turut berharap kerosakan pertanian hanya di peringkat minimum," katanya.

Laporan mengatakan, serangga terbabit hanya tertumpu di kawasan selatan Israel tetapi ia turut dilaporkan kelihatan di merata tempat.

Amaran serangan belalang menjelma sewaktu menjelangnya perayaan Pesach (perayaan yang disambut masyarakat Yahudi).

Menteri Pertanian Mesir berkata, belalang yang melintasi negaranya merupakan sebahagian daripada penghijrahan yang normal dilakukan dari utara timur Sudan ke Arab Saudi.

Dia turut menekankan bahawa negara Mesir hanya bertindak sebagai 'stesen pemindahan' belalang terbabit yang mempunyai jumlah besar tahun ini.

Serangga terbabit yang tertumpu di ladang pertanian terutama di Giza dan Kaherah, menyebabkan berlakunya kerosakan yang besar.

Sekali gus, mencetuskan kebimbangan merebaknya masalah sedemikian ke Israel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan belalang itu yang digambarkan sebagai 'kumpulan tidak matang' muncul pada sebelah petang di timur Kaherah iaitu di daerah New Kaherah dan Mokattam, lalu membentuk kumpulan belalang yang lebih kecil.

"Pembiakan belalang itu bermula sejak November di tenggara Mesir iaitu antara Berenice dan sempadan Sudan.

"Apabila tumbuh-tumbuhan mengering, kumpulan kecil dan kawanan belalang dewasa matang berpindah perlahan-lahan ke utara di sepanjang pantai Laut Merah seterusnya menuju ke Marsa Alam, Hurghada dan Zafarana.

Israel, Lebanon dan Jordan turut dimaklumkan.

Di Kaherah, orang ramai mula membakar tayar untuk mewujudkan kepulan asap hitam bagi menghalau dan menghalang belalang terbabit daripada mendarat.

Terdapat laporan kawanan belalang ini singgah di bandar Qena dan dilihat berada di tiga buah kampung.

Menteri Pertanian Mesir, Dr Salah Abd Al Mamon berkata, tentera Mesir dan pengawal sempadan cuba melawan kumpulan belalang itu sekali gus ingin melupuskannya.

"Saya mohon agar orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan serangga itu agar tidak membakar tayar. Perbuatan terbabit tidak mampu mengusir belalang tetapi hanya menimbulkan banyak kerosakan dan mampu mencetuskan kebakaran besar-besaran yang boleh mengancam banyak nyawa.

"Angin bakal bertiup kencang dan berharap keadaan itu akan memaksa kumpulan serangga untuk berhijrah ke Laut Merah dan Arab Saudi. Pesawat pembersihan tani turut digunakan untuk mengatasi serangan belalang," katanya.

Mesir dan Israel mula dikunjungi belalang sejak 2004. Pegawai pertanian Israel memulakan operasi pembersihan tani di udara sewaktu Afrika Utara dilanda serangan pertama pada 1959.

Petani di 15 daripada 27 kawasan di Mesir mengalami kerugian dan kerosakan hasil tani apabila serangga itu memakan pelbagai bunga dan tanaman. - DM


Serangan Perkasa tidak patah semangat Tolak

Posted: 11 Apr 2013 10:32 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



GEORGETOWN: Tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang mengugut untuk memukul sekiranya tidak segera keluar daripada Pulau Pinang tidak sedikit pun menakut dan merencatkan perjuangan Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN (Tolak) yang mengadakan demontrasi aman di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.

Pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safian (gambar) ketika menceritakan pada Harakahdaily beranggapan cubaan mengugut dengan kata-kata kesat itu adalah sebahagian kecil daripada apa yang dihadapi oleh pejuang Islam ketika Islam berada di bawah.

Kini terangnya, Islam sudah berkembang jika masih ada segolongan manusia berfikiran sempit dan dangkal berlagak 'samseng' nyata mereka jauh dari ketamadunan dan kebebasan bersuara.

"Siapa tak kenal dengan Perkasa yang berlagak samseng kampung.  Bagi kami perjuangan tetap diteruskan dengan mengajak anak muda khususnya golongan cerdik pandai bersatu memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat dengan menolak BN," ujarnya.

Menurutnya,  ketika berkunjung ke Pasar Bayan Baru, Megamall dan Komtar masalah tidak timbul malahan memberansangkan terutamanya masyarakat Tionghua dan India  yang sedia memberikan sokongan.

Namun,  bila sudah berjemaah di sebuah surau berhampiran Komtar, Perkasa datang menengking sebahagia kecil aktivis Tolak dengan berbagai kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang mengaku beriman.

"Selepas solat Asar kami berpecah kerana ada yang nak cari makan.  Tiba-tiba saya didatangi sekumpulan Perkasa dalam keadaan marah-marah. Saya cuba pertahankan tindakan Konvoi Tolak tetapi mereka terus bersuara lantang menghina Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz serta berbau ugutan demi ugutan," katanya yang datang secara berkonvoi seramai 200 orang.

Beliau terus mempertahankan tindakan tanpa rasa gentar sehingga geng Perkasa berlalu apabila rakan-rakan Tolak mengelilingi mereka.

Negeri Pulau Pinang adalah negeri ke tiga konvoi NGO Tolak dan ia dianggap satu kejayaan ekoran terdapatnya rintangan yang boleh meningkatkan lagi prestasi Tolak di mata rakyat.

Semasa di Bagan Serai, dua kereta aktivis Tolak dipecahkan cerminnya.

Bidang kuasa kerajaan sementara

Posted: 11 Apr 2013 09:58 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Feb 2012 telah meluluskan garis panduan yang disediakan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor berhubung fungsi dan had kuasa sebuah kerajaan sementara.

Garis panduan berkenaan disedia berasaskan Perlembagaan Negeri Selangor (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959).

Garis panduan itu antara lain menyatakan kerajaan sementara terdiri daripada Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri Selangor dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik.

Kerajaan sementara mesti mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

Oleh itu, kerajaan sementara bebas meneruskan polisi, program serta melaksanakan keputusan yang telah dibuat dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan mesyuarat MMKN sebelum Dewan Negeri dibubarkan.

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menyatakan bahawa;

"Ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera Kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik.

"Harta tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan awam sahaja. Sebagai contoh, kenderaan rasmi, premis Kerajaan dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya oleh mana-mana parti politik."

Mengenai pemberian bonus RM300 kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh BERSIH, perlu ditegaskan bahawa pemberian bonus ini diputuskan dalam Mesyuarat MMKN pada 3 April 2013 iaitu tarikh sama kerajaan negeri meluluskan geran untuk polisi komuniti.

Pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada program pemilikan rumah yang dilancarkan pada 2010.

Pada tahun yang sama, kerajaan negeri memberi kelonggaran pemilik tanah  yang tidak mampu membayar premium minima RM1,000 boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan yang dipantau oleh pegawai kerajaan sebagai pertukaran.

Merujuk kepada kenyataan oleh BERSIH, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa;

"Kerajaan sementara  hanya mengimplementasikan sahaja keputusan yang telah dibuat demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor tidak terjejas dan senantiasa terpelihara dalam tempoh kerajaan sementara.

"Juga ditegaskan  keputusan serta tindakan yang dibuat ini sama sekali bukan untuk meraih undi atau seumpamanya dan tidak bercanggah dengan code of conduct kerajaan sementara."

Kerajaan Negeri berharap agar BERSIH menentukan kesahihan semua fakta dan undang-undang dengan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan.

Sebagai kerajaan sementara di Selangor, Pakatan Rakyat komited untuk memastikan birokrasi berfungsi tetapi sentiasa berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan dana awam untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

harakah/-

Tiada sekatan media asing buat liputan PRU13

Posted: 11 Apr 2013 09:52 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 12 April — Media asing tidak dihalang daripada membuat liputan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Malaysia, kata ketua pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Media asing berkenaan sama ada yang sudah mempunyai pewarta mereka di Malaysia, ataupun datang semata-mata untuk PRU13, bagaimanapun perlu mendapatkan pas akreditasi daripada Jabatan Penerangan untuk memudahkan pergerakan mereka membuat liputan.

"Pihak media asing yang datang ke Malaysia untuk PRU13 perlu membuat pas akreditasi (media berwarna merah) untuk memudahkan mereka mendapat akses ke majlis dan acara rasmi sepanjang PRU13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRU13 negeri di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini hari ini.

Beliau berkata untuk mendapatkan pas akreditasi itu mereka hanya perlu melalui beberapa proses mudah di Jabatan Penerangan selain perlu memaklumkan kepada Wisma Putra (Kementerian Luar).

Pas media itu boleh disiapkan dalam tempoh dua hari, dan dengan pas itu mereka boleh memohon mendapatkan pas khas media untuk liputan PRU13, daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu Ibrahim menasihati wartawan dan jurugambar tempatan agar berhati-hati ketika bertugas di lapangan dan tidak terperangkap dalam situasi persaingan penyokong parti-parti yang bertanding. – Bernama

Semenanjung Korea menuju perang termonuklear

Posted: 11 Apr 2013 09:50 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




 
Menteri-menteri Luar Asean melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap keadaan keselamatan di Semenanjung Korea yang semakin buruk berikutan amaran Korea Utara bahawa Semenanjung tersebut sedang menuju perang termonuklear.

Mereka menyeru semua pihak yang berkonflik agar dapat mengawal diri dan mengambil langkah segera untuk mengekal ketenangan dan mengurangkan ketegangan.

Ini terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia sempena mesyuarat peringkat menteri Asean di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, sebagai persediaan kepada Sidang Kemuncak Asean ke-22 yang dijadual pada 24 dan 25 April ini.

Dilaporkan Korea Utara akan mengadakan satu lagi ujian peluru berpandu pada 'bila-bila masa', sehingga menimbulkan ketegangan di wilayah yang sudah bergolak itu.

Kenyataan itu berkata para menteri berkenaan turut membincangkan perkembangan di Laut China Selatan.

- Bernama

Siapa arah padam Bancian Manifesto portal Sinar?

Posted: 11 Apr 2013 09:47 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini berasa terkejut dengan sikap luar biasa yang ditunjukkan oleh portal Sinar Harian apabila beberapa kotak bancian online di sebelah kanan portal tersebut telah dipadam.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, sebagai media arus perdana baru yang mengamalkan 'media baru', SAMM memuji portal Sinar Harian di atas pelbagai bancian yang dipaparkan di satu sudut demi mendapat maklum balas dari pembaca, berbeza dengan era media konvensional yang sehala.

Namun, ujarnya bancian undian yang berkisar mengenai pilihan di antara manifesto Barisan Nasional dan juga manifesto Pakatan Rakyat tidak bertahan lama seperti kebiasaannya.

Katanya, kali terakhir bancian tersebut kelihatan di portal Sinar Harian ialah pada lewat malam tadi.

Tambahnya, terdapat tiga bancian mengenai manifesto pilihanraya hilang dari paparan. Salah satu bancian berbunyi "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda?".

Hasil bancian dari lebih 10 ribu responden menunjukkan 81% memilih manifesto PR manakala selebihnya 19% berpihak kepada BN.

"Mengapa bancian online tersebut hilang secara tiba-tiba?" soal beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sedangkan, kata beliau sering kali bancian online di portal Sinar akan terpapar sepanjang masa dan tidak hilang walaupun bancian yang baru masuk mengambil tempat.

Beliau bertanya, apakah ada tekanan dari Kementerian Dalam Negeri atau SKMM agar tiada bancian mengenai manifesto dipapar.

"Apakah bancian mengenai manifesto pilihan itu mengancam keselamatan negara dan boleh menimbulkan huru-hara sehingga perlu dipadam?" katanya lagi.

Dalam perkara ini, ujarnya SAMM sesekali tidak menyalahkan pihak portal Sinar Harian.

Menurutnya, SAMM yakin dan percaya bahawa Sinar Harian merupakan media yang telus dan berani dengan penyiaran berita yang neutral dan dengan keberanian itu juga, Portal Sinar Harian telah menyiarkan bancian manifesto yang kemudiannya dipadam.

Justeru, kata beliau SAMM tidak menolak kemungkinan ada tekanan besar dari pihak yang terdesak agar bancian online itu ditarik dari terus dipaparkan.

Tambahnya, SAMM juga mendesak supaya pihak portal Sinar Harian memberi sedikit penjelasan apa yang sebenarnya telah berlaku.

"Jika benar Sinar Harian ditekan, nyatakanlah kebenaran itu dan rakyat akan bersama dengan kebenaran.

"Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan syabas kepada media neutral Sinar Harian kerana acap kali melaporkan berita tanpa berselindung seperti mana yang diamalkan oleh media konvensional arus perdana yang lain," katanya lagi.

harakah/-

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Lagi Pegawai Tentera Sertai KEADILAN, Bantu Kempen Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 12:15 AM PDT

KeadilanDaily

Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu.

Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut.

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bukan Najib, Saya Berani Lawan

Posted: 11 Apr 2013 10:13 PM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – PERAK

Posted: 11 Apr 2013 09:18 PM PDT

15 April 2013 (Isnin)

1) 8.30 –12.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng

2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

& Pengmuman Calon PKR Perak
Lokasi: Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YB Lee Boon Chye

iv. YB Chang Lih kang

v. Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khattab

vi. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid

vii. YBhg Siti Aisyah Mohd Shaik Ismail

viii. YBhg Ustaz Zulkifli Ismail

ix. Che Gu Bard

x. Pimpinan PKR Perak

KENYATAAN AKHBAR 12 April 2013 Pakatan Rakyat Selangor Jelas Bidang Kuasa Kerajaan Sementara

Posted: 11 Apr 2013 09:16 PM PDT

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Feb 2012 telah meluluskan garis panduan yang disediakan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor berhubung fungsi dan had kuasa sebuah kerajaan sementara.
Garis panduan berkenaan disedia berasaskan Perlembagaan Negeri Selangor (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959).
Garis panduan itu antara lain menyatakan kerajaan sementara terdiri daripada Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

 

Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri Selangor dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik.

 

Kerajaan sementara mesti mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

 

Oleh itu, kerajaan sementara bebas meneruskan polisi, program serta melaksanakan keputusan yang telah dibuat dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan mesyuarat MMKN sebelum Dewan Negeri dibubarkan.

 

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menyatakan bahawa;

 

"Ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera Kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik.

 

"Harta tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan awam sahaja. Sebagai contoh, kenderaan rasmi , premis Kerajaan dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya oleh mana-mana parti politik."

 

Mengenai pemberian bonus RM300 kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh BERSIH, perlu ditegaskan bahawa pemberian bonus ini diputuskan dalam Mesyuarat MMKN pada 3 April 2013 iaitu tarikh sama kerajaan negeri meluluskan geran untuk polisi komuniti.

 

Pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada program pemilikan rumah yang dilancarkan pada 2010. Pada tahun yang sama, kerajaan negeri memberi kelonggaran pemilik tanah  yang tidak mampu membayar premium minima RM1,000 boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan yang dipantau oleh pegawai kerajaan sebagai pertukaran.

 

Merujuk kepada kenyataan oleh BERSIH, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa;

 

"Kerajaan sementara  hanya mengimplementasikan sahaja keputusan yang telah dibuat demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor tidak terjejas dan senantiasa terpelihara dalam tempoh kerajaan sementara.

 

"Juga ditegaskan  keputusan serta tindakan yang dibuat ini sama sekali bukan untuk meraih undi atau seumpamanya dan tidak bercanggah dengan code of conduct kerajaan sementara."

 

Kerajaan Negeri berharap agar BERSIH menentukan kesahihan semua fakta dan undang-undang dengan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan.

 

Sebagai kerajaan sementara di Selangor, Pakatan Rakyat komited untuk memastikan birokrasi berfungsi tetapi sentiasa berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan dana awam untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Kebakaran

Posted: 11 Apr 2013 04:51 AM PDT

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Sokongan Rakyat Selangor Kekal Bersama PR

Posted: 12 Apr 2013 12:48 AM PDT



pakatan selangor

SHAH ALAM 11 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.
Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
shuhaimi pc stripe 01Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda 'Gelombang Biru' apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.
Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.
Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.
"Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.
"Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR," ujarnya optimis.
Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.
"Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar," katanya.
Jenice Lee 1Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.
Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.
"Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain," ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.

selangorku

Rakyat Malaysia Diberi Pilihan Samada Najib Atau DSAI Sebagai PM

Posted: 11 Apr 2013 08:50 PM PDT




KUALA LUMPUR: Yang lebih menggelorakan gelombang sekarang ialah semua kata sudah ada dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Najib.
"Dulu calon Perdana Menteri itu tunggal. Zaman Tun Razak, Tun Razak saja. Masa Dr Mahathir Mohamad, dia calon tunggal.
"Begitu juga zaman Pak Lah. Zaman seperti itu sudah tidak ada bagi Najib. Buat pertama kali ada dua calon Perdana Menteri," tulis blogger Pencacai SeMalaysia.
Berikut tulisan penuh.
Pembubaran Parlimen pada 3 April lalu bukan bermulanya demam pilihanraya. Jika negara ini ibarat manusia, ia sudah demam lama yakni orang yang berpenyakit sekian lama.
Demamnya menyerang sejak dua musim haji lalu. Cuma pembubaran Parlimen itu menambah tinggikan suhu, dari demam biasa kepada demam panas.
Gelora demamnya memuncak. Gelombang PRU13 ini lebih bergelora dari 2008. Gelombang dulu ributnya di Semenanjung saja. Di Sabah dan Sarawak demam biasa saja. Tetapi kali gelora di Sabah bak mengatasi gelombang di Semenanjung. Bahkan Sarawak pula geloranya sudah tidak sekecil dulu. Ia mungkin tidak segelora Sabah tetapi bukan lagi gelora yang biasa.
Gelombang yang tidak segelora sekarang telah menyaksikan BN hillang majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali dan ia hilang empat lagi kerajaan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tengkujuh yang amat bergelora di Kelantan pada PRU 2004 jadi ribut biasa menyebabkan BN kembali senasib PRU 1990.
PRU 2008 sekali sekala saja Tok Guru Haji Hadi Awang bertemu Lim Kit Siang. Jarang sangat PAS naik pentas DAP dan DAP pun tidak banyak berceramah dengan PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bebas tetapi kakinya berantai. Masa itu tiada Pedana Menteri menunggu. Kerajaan menunggu ada, tetapi Perdana Menterinya tidak ada.
Sejak lima tahun dulu Ustaz Hadi bertemu Kit Siang bukan lagi tiap-tiap bulan tapi dua tiga kali sebulan. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat duduk sekali dengan Karpal Singh jadi hal biasa. Tak pernah Tok Guru Nik Aziz memotong kek hari jadi, tetapi beliau menyambut hari jadi di rumah Karpal.
Dan sekarang kerajaan menunggu ada Perdana Menteri.
Dulu PKR, DAP dan PAS tiada bas jelajah kawasan pilihanraya. Bas PKR dengan gambar Anwar tiba ke merata tempat. Kenderaan DAP pula dihias gambar Kit Siang. PAS pula tidak ketinggalan, ada treler panjang Negara Berkebajikan. Beza treler PAS tidak gambar Ustaz Hadi saja. Lebihnya ia pamer gambar Ustaz Hadi, Anwar dan Kit Siang sekali. Ertinya treler PAS bawa PKR dan DAP sekali ke sana sini.
Dulu tiada Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan manifestonya. Ini kali Pakatan ada manifesto umum yang dinamakannya Buku Jingga dikeluarnya tiga tahun dulu dan ada pula manifesto pilihanraya khas Pakatan Harapan Rakyat.
Dulunya BN dalam banyak perkara. Cuma BN mendahului Pakatan dengan menaikkan bendera Dacing di merata tiang di bandar dan desa sebulan lebih sebelum Parlimen dibubarkan. Ketika ia dibubarkan bendera pembangkang tak nampak.
Walaupun BN lambat keluarkan manifesto tetapi ia terlebih dulu keluarkan duit BR1M.
Yang lebih menggelorakan gelombang sekarang ialah semua kata sudah ada dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Najib. Dulu calon Perdana Menteri itu tunggal. Zaman Tun Razak, Tun Razak saja. Masa Dr Mahathir Mohamad, dia calon tunggal. Begitu juga zaman Pak Lah. Zaman seperti itu sudah tidak ada bagi Najib. Buat pertama kali ada dua calon Perdana Menteri.
Dengan gelombang yang bergelora dulu telah menyebabkan berlaku tsunami politik. Apakah dalam gelora seperti gunung memukul pantai, tiada tsunami yang lebih besar atau tiada lagi tsunami?
Alam seolah ajaib kalau gelora sedemikian tidak memungkinkan tsunami.
Bukan manifesto Pakatan saja hendak harga motokar. Manifesto BN juga hendak menurunkan motokar. Jika PR tidak rancang begitu dipercayai BN tidak bercadang turunkan harga itu.
Lebih BN dari Pakatan ialah BN ada BR1M dan akan dinaikkan kepada RM1,200 sedang sekarang RM500 saja. PR tiada BR1M. Bolehkah BR1M yang dinaikkan itu menjadikan gelombang yang merata itu hilang gelora dan BN dapat semula dua pertiga dan negeri-negeri yang hilang dulu?

MC

DSAI Menerima Ugutan Serius , Wakil Keadilan Akan berbincang Dengan KPN

Posted: 11 Apr 2013 08:13 PM PDT




KUALA LUMPUR 12 APRIL: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat 'ugutan serius' terhadap keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
SaifJusteru katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.
"Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
"Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar)," kata Saifuddin.
Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.
"Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh," kata Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan butirannya selepas pertemuan dengan Ismail. – SDQ

keadilandaily

Bekas MB Selangor Sertai Pakatan Rakyat ?

Posted: 11 Apr 2013 08:04 PM PDT




SHAH ALAM –  Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas  III Selangor, Khalid Samad.

"Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

"Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup," katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.


sinarharian

Soi Lek Tidak Bertanding , Undi Cina Memang Lama dah Dengan PR

Posted: 11 Apr 2013 07:56 PM PDT





KUALA LUMPUR- Untuk MCA, PRU13 akan datang ialah pilihanraya yang paling genting, tanpa presidennya.
Ini kerana Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihanraya umum kali ini.
"Saya akan mengetuai kempen sehingga hari mengundi tetapi tidak akan menjadi calon. Ini adalah selari dengan proses menjelma dan mencergaskan semula parti dan membawa pemimpin baru untuk mengambil alih," kata Chua.
Kenyataan Chua datang di tengah-tengah rungutan ahli-ahli MCA terhadap usaha Umno untuk mengambil kebanyakan kerusi MCA di Johor, setelah meramalkan MCA bakal terkubur di dalam PRU13.
Chua juga mengumumkan hari ini, kerusi MCA di Kuantan diberi pinjam kepada Umno untuk pilihan raya ini kerana Umno mendakwa mereka boleh menang berbanding MCA.
Kuantan adalah kerusi tradisi MCA sejak dahulu. Anggota Parlimen Kuantan sebelum ini adalah bekas timbalan presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek.
Dalam pilihan raya umum 2008, kerusi itu jatuh ke tangan PKR dan kali ini ia dirampas oleh Umno dari MCA.
Para penganalisa politik telah menjangkakan MCA akan tewas dengan teruk kerana ketidaksenangan pengundi tradisinya telah memuncak.
Sebelum ini, MCA telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk mendapat kembali sokongan kaum TiongHua, yang telah mensisihkan parti tersebut pada 2008.
Chua berkata beliau tidak bertanding adalah bukti beliau memperjuangkan sesuatu tanpa berharap kepada jawatan awam.
"Dalam sejarah MCA, kali ini adalah kali pertama ada presiden MCA yang bekerja sepenuh masa," kata Chua, yang terpaksa meletakkan jawatan pada 2008 selepas mengaku beliau adalah pelakon seks dalam satu video bersama wanita yang didedahkan pihak musuh dalamannya sebelum PRU ke 12.
Harakahdaily sempat menghubungi sumber Umno untuk mendapatkan komen perkembangan terbaru ini.
"Semalam kan saya dah kata, strategi Tingkat 2 B4 ini memang tak boleh pakai. Presiden parti kedua terbesar BN tak bertanding – ini bagi isyarat apa pada rakyat?
"Rakyat akan lihat BN ini dah gelabah. Selepas berita lawan kerusi semalam, MCA sekarang tengah bergaduh kuat dengan Umno.
"Apakah Chua buat sedemikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar kata-katanya untuk tidak melantik Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon?
"Kamu tunggu sahaja. Najib kan semalam dah umum calon BN belum selesai," katanya dengan seloroh.

-Harakahdaily

PR Selangor Yakin Sokongan Rakyat Tidak Berubah

Posted: 11 Apr 2013 04:13 AM PDT


pakatan selangor

SHAH ALAM 11 APRIL : 

Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.


Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


shuhaimi pc stripe 01Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda 'Gelombang Biru' apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.

Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.

Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.

"Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.

"Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR," ujarnya optimis.

Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.

"Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar," katanya.

Jenice Lee 1Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.

Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.

"Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain," ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.


Mohon PDRM Pertingkatkan Keselamatan Semasa Kempen PRU-13

Posted: 10 Apr 2013 07:53 PM PDT



PETALING JAYA 11 APRIL: KEADILAN bercadang bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi membincangkan isu keselamatan menjelang hari penamaan calon dan kempen pilihan raya umum ke-13
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pertemuan tersebut penting bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi membendung kacau ganggu terhadap program Pakatan Rakyat.
Saifuddin_Sivarasa
Sidang media disiarkan secara langsung dari ibu pejabat KEADILAN
"Saya dah tulis surat pada Tan Sri Ismail Omar untuk memohon mengadakan pertemuan ekoran beberapa program dan aktiviti parti yang masih menerima serangan dan kacau ganggu.
"Sehingga hari ini, saya masih belum menerima maklum balas," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Kata Saifuddin, pertemuan tersebut khusus melibatkan keselamatan orang ramai dan kemusnahan harta benda parti KEADILAN termasuk ugutan samseng upahan Umno-BN untuk membakar ibu pejabat parti KEADILAN.
"Hari ini saya akan hantar surat sekali lagi dan minta Tan Seri IGP menyegerakan pertemuan. Bila mula sahaja kempen 15 hari, elemen kacau ganggu memberi kesan mudarat.
"Kita mahu jaminan keselamatan oleh pihak polis," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memainkan peranan apabila mengenepikan peranan salah guna kuasa oleh Umno-BN.
"Bukan setakat insiden keganasan, tetapi aspek penggunaan media yang adil. Pelancaran manifesto Umno-BN lebih satu jam di media arus perdana, di waktu perdana.
"Apakah parti lain berpeluang mendapat waktu ke udara di media dan waktu perdana yang sama? Kerana rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh.
"Apakah moral dan 'authoriti' SPR sebagai pengadil? Mereka tak memainkan peranan yang diwajibkan undang-undang," katanya.

keadilandaily

Pakatan Rakyat Bersedia Pertahan Selangor

Posted: 04 Apr 2013 04:07 AM PDT


608 views
suk pakatan selangor 





















SHAH ALAM 3 APR : 

Pakatan Rakyat (PR) bersedia mempertahankan Selangor dari dirampas Umno-BN dalam pilihanraya ke-13 kerana sudah bersedia sejak sekian lama untuk pilihanraya pada bila-bila masa.

Parti komponen Pakatan juga menjangkakan bahawa pilihanraya kali ini adalah paling sengit di dalam sejarah dan penuh dengan cabaran seperti daftar pemilih yang meragukan.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, semua bahagian akan digerakkan PKR mulia hari ini bagi memastikan segala persiapan bagi menghadapi pilihanraya berjalan lancar.

"Di peringkat pentadbiran Selangor, kita sudah sedia sepenuhnya untuk pastikan kemenangan pada 2008 diulangi dengan beberapa pertambahan kerusi seperti di Permatang, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang serta membantu menambah bilangan kerusi Parlimen di Selangor seperti Sepang, Pandan dan Hulu Selangor.

"Dari sudut persediaan, kita sudah mengaktifkan secara berperingkat. Pimpinan negeri sudah mengarahkan seluruh jawatankuasa daerah mengundi di setiap Parlimen dan Dun membuka bilik gerakan 24 jam untuk buat persediaan untuk menghadapi penamaan dan hari pengundian yang dipercayai hujung bulan atau awal bulan depan," beliau berkata kepada TVSelangor hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS lebih daripada yakin bahawa gagasan itu akan dapat mempertahankan Selangor dan mendapat mandat baru dalam pilihanraya kali ini.

"Kita sudah bersedia lama sejak tahun lalu. Memang pilihanraya ini dinantikan. Esok akan ada mesyuarat dengan Menteri Besar dan perbincangan akan diadakan," katanya.

Adun Meru itu menjelaskan sememangnya pilihanraya kali ini dijangka paling sengit dan mencabar kerana pelbagai isu hangat berlaku di Selangor seperti daftar pemilih meragukan dengan dakwaan penglibatan warga asing.

"Kita banyak buat laporan polis dan juga kepada SPR. Ini termasuk juga yang dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai apa yang dilaporkan berlaku di kawasannya," katanya.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.


Nuffnang