Rabu, 28 Ogos 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


GST to be in October Budget?

Posted: 28 Aug 2013 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR (Aug 28): The government may include a 4 percent goods and services tax (GST) in its upcoming October budget to tackle a fiscal deficit that has widened to 14.9 billion ringgit ($4.5 billion), a local newspaper said on Wednesday.

The Malaysian Reserve newspaper quoted the Finance Ministry's secretary general, Mohd Irwan Serigar Abdullah, saying several economic reforms to bolster the country's fiscal position were being discussed.

"I am not ruling out (GST), it is in the pipeline. But let us wait for the budget. It is a whole package for everybody," Mohd Irwan was quoted as saying.

He added that the fiscal policy committee is exploring several measures including rationalising subsidies and curbing government spending.

"These are some measures that are in the pipeline. The prime minister will announce them in the coming days or in the budget," he was quoted as saying.

The implementation of GST could help the country broaden its tax base and reduce the government's reliance on dividends from state oil company Petronas or Petroliam Nasional Bhd.

Malaysia runs relatively high government debt of 53 percent of gross domestic product and one of Asia's highest household debt levels.

Ratings agency Fitch cut its outlook on Malaysia's A-minus sovereign debt to negative from stable in July, citing a lack of reform to tackle rising debt.


Source: FZ.com

MB: Jambatan Ke-3 Klang Atasi Kesesakan 200,000 Kenderaan

Posted: 28 Aug 2013 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang merentasi Sungai Klang kini dalam proses terakhir membuat reka bentuk.

Menurutnya, pembentangan pelan reka bentuk akan dibentangkan esok selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pihak teknikal dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Jangkaan kita tender akan dibuat selepas Oktober atau November dan selepas itu kita akan mulakan proses pembinaan," katanya dipetik Media Selangorku.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya akan mengambil kira semua faktor termasuk kesesuaian dengan kawasan dan keadaan bentuk sungai.

"Kita juga akan mengambil kira tentang struktur jalan yang akan disambungkan dengan jambatan itu," katanya.

Dalam persidangan Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid mengumumkan cadangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan RM300 juta daripada rizab negeri bagi melaksanakan projek itu.

Jambatan sepanjang dua kilometer termasuk jalan penghubung dengan enam korong itu bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas lebih 200,000 kenderaan yang menggunakan jambatan sedia ada.

Sumber: Keadilan Daily

Rumah Pam Rosak: Syabas Gagal, Selangor Biaya Kos Baik Pulih

Posted: 28 Aug 2013 02:15 AM PDT

SHAH ALAM 28 OGOS: Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.

MBKejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung kerajaan negeri.

Menurutnya, kegagalan berulang ini salah satu bukti kukuh Syabas tidak kompeten untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Ekoran itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

"Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah," kata Khalid dalam kenyataan.

Sumber: Keadilan Daily

100,000 Kediaman Terputus Bekalan, Segerakan Penstrukturan Air Selangor

Posted: 28 Aug 2013 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 OGOS: Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin menegaskan, penstrukturan semula industri air di negeri itu penting untuk menyelesaikan gangguan bekalan penduduk Lembah Klang.

Katanya, perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu perlu disegera sebagai langkah melaksanakan penstrukturan air.

Zuraida"Segerakan perbincangan, proses penstrukturan semula industri pembekalan air satu-satunya jalan penyelesaiaan," katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas masalah bekalan air terputus di beberapa kawasan Wilayah Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang baru-baru ini.

Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah itu terjadi berikutan berlakunya henti tugas tidak berjadual di Rumah Pam milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Wangsa Maju mengakibatkan gangguan kepada hampir 100,000 kediaman.

Minggu lalu, Kerajaan Selangor menjangkakan penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai pada September ini.

Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat itu dilapor telah menyiapkan deraf berkenaan tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Perbadanan Kementerian Kewangan (MOFIncorp), Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan syarikat-syarikat konsesi terlibat.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air.

Empat syarikat konsesi itu adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).


Sumber: Keadilan Daily

Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak

Posted: 22 Aug 2013 07:19 AM PDT

Foto oleh minaq jinggo
Gombak, 18 Ogos 2013 - Menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak pada hari ini. 

Begitu ramai yang hadir terdiri daripada semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur. Suasana sangat meriah dengan ramah mesra YB Azmin Ali serta para tetamu.

Sempat beramah mesra bersama-sama rakan-rakan politik serta para tetamu yang lain.

Tiada ulasan:

Nuffnang