Selasa, 27 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Pentadbiran Sekolah Halang Murid Gunakan Makmal Komputer Sumbangan PR

Posted: 26 Aug 2013 07:48 PM PDT


halang murid guna komputer sumbangan Pakatan
SHAH ALAM 26 OGOS: Pentadbiran sebuah sekolah di sini dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan kerajaan Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.
Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.
"Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik," katanya.
Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram.
Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu.
"Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan," katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual.
Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah.
Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang .
"Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita," kata Pengarah Biro Aduan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
- FZL

selangorku

BN Tiada Tokoh Yang Dapat Membela Kaum India

Posted: 26 Aug 2013 07:25 PM PDT


AMPANG 26 Ogos: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, 'perang mulut' antara menteri kabinet BN adalah akibat daripada pelantikan berasaskan kepada kepentingan undi sesuatu kaum.
"BN tidak ada tokoh yang dapat membicarakan soal bukan satu kaum sahaja.
"Meletakkan Waythamoorthy sebagai Menteri hanya untuk memancing undi masyarakat India," kata Azmin ketika ditemui di majlis hari raya parlimen Ampang, malam tadi.Azmin
Beliau mengulas isu reaksi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.
Waythamoorthy sebelum ini mempersoalkan tindakan polis berhubung kes tembakan ke atas lima penjenayah yang disyaki ahli kongsi gelap 04 di Pulau Pinang.
Waythamoorthy dicabar meletakkan jawatan ekoran kritikannya.
Hari ini Waythamoorthy sekali lagi 'menyindir' dengan menimbulkan persoalan sama ada perlu 'menembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah'.
Kata Azmin, ia menggambarkan sikap kabinet Menteri tidak seiring dengan slogan 'Endless Possibilities' yang dipromosikan kerajaan sendiri.
"Ini akibatnya tidak ada keihlasan untuk meletakkan seseorang yang berwibawa.
"Masalah sosial, pendidikan dan ekonomi orang India tak selesai," katanya.

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang