Ahad, 11 Ogos 2013

Direct Free Kick

Direct Free Kick


AKTIVIS MESTILAH BERUPAYA MENGHADAPI CABARAN MASAKINI.

Posted: 11 Aug 2013 12:00 AM PDT

Saya masa ingat masa final year bertahun-tahun dahulu saya merupakan wakil pelajar dalam Course Committee di mana sebelum kurikulum dirangka, keperluan industri untuk jangkamasa yang terdekat dikenalpasti. Tujuannya adalah supaya para graduan akan menjadi lebih marketable kepada industri. Supaya mereka mempunyai skill yg diperlukan oleh industri jadi senanglah mereka mendapat pekerjaan. Supaya mereka boleh berhadapan dgn cabaran-cabaran di dalam industri.


Ketika itu ada ura-ura kawasan dermaga ("dock area") di bandaraya kami hendak dibangunkan maka telah dicadangkan final year students didedahkan kepada projek-projek pembangunan semula kawasan dermaga.

Mungkin aktivis-aktivis Parti pun perlu begitu. Selain dari "traditional skills", mereka juga mesti memiliki skill-skill semasa yg membolehkan mereka bersaing di dalam dunia yg terbuka. 

Lebih penting bagi kita di Selangor di mana kita adalah kerajaan. Kita tidak mahu aktivis-aktivis kita hebat di antara kita tetapi terpinga-terpinga atau melopong bila bersama rakan-rakan, masyarakat umum atau di dalam kerajaan. 

Kita mahu aktivis kita memimpin dan bukan sekadar menjadi Pak Turut sahaja. Tidak kira di apa peringkat sekalipun. Sama ada di peringkat kerajaan negeri, PBT mahupun jawatankuasa penduduk.

Jadi mereka yg merangka kurikulum utk para aktivis kena buka mata luas-luas. Pandang jauh ke hadapan. Pandang jauh ke luar. Setiap zaman ada cabarannya yg tersendiri. Mereka tidak boleh menutup mata kepada cabaran-cabaran ini. Tidak memadai dgn benda yg sama sahaja kemudian mendakwa org kita telah dipersiapkan secukupnya. Dunia berubah setiap saat.

Tiada ulasan:

Nuffnang