Isnin, 5 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


MB, exco santuni pesakit dan kakitangan HUSM

Posted: 05 Aug 2013 01:07 AM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyantuni 100 orang pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan pagi ini.

Program tahunan itu diketuai Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi dan Dr Ramli Mamat.

Eempat wad dikunjungi oleh pimpinan kerajaan negeri itu antaranya, 4 Selatan, 3 Selatan dan 1 Selatan yang menempatkan pesakit barah, orthopedik dan perubatan.

Amar ketika ditemui memberitahu, kunjungan itu merupakan program kebajikan kerajaan negeri yang diadakan setiap tahun sejak 23 tahun yang lalu.

Menurutnya, ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan kakitangan HUSM dan pesakit itu sendiri.

Menurutnya lagi, bukan hanya pimpinan kerajaan negeri sahaja, sebaliknya isteri-isteri mereka di bawah Purnama yang diketuai isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, turut menziarahi pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.

"Pada masa yang sama kita membawa 'buah tangan' untuk pesakit tanda ingatan kerajaan negeri pada mereka bagi berkongsi kesedihan kerana tidak dapat berhari raya bersama keluarga,"ujarnya.

"Bayangkanlah seorang pesakit mendapat rawatan di hospital selama 31 tahun dan saya sendiri akui tidak pernah dengar perkara itu sebelum ini.

"Kita mendoakan semoga Allah menyembuhkan penyakit mereka, bersabar menghadapi ujian yang diberikan pada mereka,"ujarnya.

Tambahnya, sewajarnyanya mereka yang dianugerahkan kesihatan yang baik perlu bersyukur kepada Allah SWT.

Penganalisis: Pembunuh upahan serendah RM1,000

Posted: 05 Aug 2013 01:05 AM PDT

NONE
27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Selepas beberapa hari akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan di Malaysia boleh diupah dengan harga RM5,000, akhbar tempatan Malaysia melaporkan harganya rendah daripada itu.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000 yang mana secara ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper bahawa 'death is cheap' di Malaysia.





Dalam temubual melalui soal jawab dengan akhbar itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya jika 'faktor upah pembunuh upahan dikatakan serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api'.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah. Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," katanya.

Akhbar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari antaranya cara untuk menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh, melalui internet. 

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional. 

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," katanya.

malaysiakini.com

Kanak-kanak hilang di Rawang ditemui di Pulau Pinang

Posted: 05 Aug 2013 01:03 AM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Jumaat lepas, hari ini ditemui di bandar George Town di sini. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kanak-kanak tiga tahun itu diserahkan kepada polis oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu. 


Katanya kanak-kanak itu diserahkan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini pada 11 pagi ini. 


"Kanak-kanak itu dalam keadaan selamat dan difahamkan ibunya (dari Gombak) dalam perjalanan ke sini (Balai Polis Sungai Nibong)," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 



Wan Aisyah dilaporkan hilang oleh ibunya pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama anaknya. 



Ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah dalam laman Facebook sebelum itu turut membuat aduan polis bahawa beliau telah menyerahkan wang sebanyak RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan. 



Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya. - BERNAMA

3 lelaki maut dalam kemalangan di Kota Bharu

Posted: 05 Aug 2013 01:02 AM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dalam kejadian di Kampung Padang Tengah dekat Salor, di sini, kira-kira jam 2.45 pagi tadi. 

Salam Aidil Fitri Dari PAS Sarawak Untuk Semua

Posted: 04 Aug 2013 11:09 PM PDT


27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, segala persiapan sudah disediakan untuk menyambut hari yang mulia itu. Ramai juga yang sudah bergerak balik kampung samada menggunakan jalan darat, air dan udara.


Kepada mereka yang hendak balik kampung, utamakan keselamatan diri dan juga keluarga, jangan berebut-rebut semasa naik bas, bot express dan sebagainya agar tidak berlaku kejadian tidak diingini terjadi. Semoga sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Kita di Malaysia cukup bertuah kerana dapat hidup aman damai walaupun kita hidup dalam keadaan masyarakat yang berbagai kaum dan agama.

Kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan suka menghina anutan atau kepercayaan agama lain kalau mahu melihat masyarakat kita hidup dalam keharmonian.

Sempena menyambut perayaan Hari Raya yang mulia ini, saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Muslim khasnya dan juga kepada semua kaum agar kita sama-sama dapat meraikan perayaan ini dalam  suasana riang, aman dan harmoni tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebarang kesilapan dan kesalahan harap dapat dimaafkan, semoga kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai selalu walaupun kita berlainan fahaman politik tapi kepercayaan kita sama iaitu Allah itu Esa, Tuhan semesta alam dan untuk semua manusia.

Maaf Zahir dan Batin dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

PAS fail rayuan terhadap petisyen yang ditolak

Posted: 04 Aug 2013 10:41 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor.

Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.

Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.

"Kita telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk memfailkan rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak.

"Hari ini kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam kawasan iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12 daripadanya telah ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum didengari serta dibuat keputusan.

Ketika ditanya mengenai keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Jelasnya, laporan tersebut akan dilakukan selepas cuti Hari Raya nanti.

Harakahdaily/-

Perang Tabuk (1)

Posted: 04 Aug 2013 10:40 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Ustaz Abu Muhammad Harits,
Bulan Rejab tahun ke sembilan hijrah. Panas menyengat kota Madinah. Pasir dan batu bagaikan bara api. Tetapi pada saat itu buah-buahan sedang ranum untuk dipetik. Sehingga betul-betul menggoda hati untuk tidak beranjak menikmati teduhnya naungan, menanti untuk dituai.

Sebab-sebab Peperangan

Setelah jatuhnya Makkah ke pangkuan Islam. Hilanglah keraguan terhadap risalah yang dibawa Manusia Agung, Muhammad bin 'Abdillah bin 'Abdul Muththalib SAW. Manusiapun memeluk Islam berbondong-bondong. Kaum musliminpun mulai tenang mempelajari syariat Islam di tempat masing-masing.

Tetapi, nun jauh di utara, di luar bumi Hijaz. Satu kekuatan besar mengancam perkembangan agama yang baru bersemi ini. Kekuatan empayar Rom.

Sebuah kekuatan imperial yang menguasai belahan bumi bahagian barat. Negara yang sudah memiliki strata peradaban yang maju untuk ukuran ketamadunan ketika itu. Jauh melampaui negara-negara Arab yang ada. Bahkan kekuatan kabilah Arab yang ada seperti Quraisy, tidak ada tandingannya berbandingnya kekuatan empayar Rom.

Setelah terbunuhnya utusan Rasulullah SAW, Al-Harits bin 'Umair Al-Azdi di tangan Syurahbil bin 'Amr Al-Ghassani, beliaupun mengirim pasukan Zaid bin Haritsah hingga terjadi pertempuran sengit di Mu'tah dengan gugurnya para panglima pasukan muslimin; Zaid bin Haritsah, Ja'far bin Abi Thalib dan 'Abdullah bin Rawahah .

Akan tetapi peristiwa ini tidak diperhitungkan oleh Hercules, raja Rom ketika itu. Sehingga dia tidak merasa perlu melakukan perjanjian damai dengan kaum muslimin untuk menjaga keamanan wilayah kekuasaannya.

Bagi kabilah Arab lainnya yang menjadi jajahan Rom, peristiwa Mu`tah telah memberi pengaruh begitu dalam. Satu demi satu mereka melepaskan diri dari kekuasaan Rom.

Setelah melihat perkembangan inilah Hercules baru menyadari betapa perlunya menyiapkan pasukan untuk menumpas gerakan kaum muslimin agar tidak mengganggu kekuasaan Rom. Maka Hercules pun segera menggerakkan rakyatnya.

Sampailah berita ke kota Madinah tentang persiapan tentara Rom untuk menyerang kaum muslimin. Berita ini cukup membimbangkan para sahabat di Madinah. kebimbangan ini jelas dari dialog antara Umar al-Khattab dan seorang sahabat Ansar.

Pada saat itu, Rasulullah SAW sedang memboikot isteri-isterinya selama satu bulan dan menyendiri di tingkat atas rumah baginda.

Waktu itu, Umar al-Khattab dan sahabat Ansar itu saling bergiliran hadir di majlis Rasulullah SAW. Suatu ketika sahabat Ansar itu datang mengetuk pintu Umar. Umar lantas membuka pintu dengan bergegas dan berkata: "Ada apa? Apakah pasukan Ghassan (Rom) sudah menyerang?"

"Bukan. Ada yang lebih dahsyat dari itu. Rasulullah SAW menceraikan isteri-isteri baginda," kata sahabat tersebut.

Inilah salah satu yang menunjukkan gentingnya keadaan saat itu.

Masjid Dhirar

Sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, ada seorang tokoh dari Khazraj digelar Abu Amir Ar-Rahib (Si Pendeta). Pada masa jahiliyah, dia memeluk agama Kristian dan membaca ilmu ahli kitab. Dia rajin beribadah ketika itu dan mempunyai kedudukan mulia dalam kalangan orang-orang Khazraj.

Setelah Rasulullah SAW tiba sebagai muhajirin di Madinah, dan kaum muslimin bersatu mendukung baginda, lalu Islam memiliki kemuliaan dan Allah memenangkan mereka dalam perang Badr, Abu Amir menelan kepahitan hingga diapun menampakkan permusuhan dan lari bergabung dengan orang-orang kafir Makkah, menghasut mereka agar memerangi Rasulullah SAW. Dia juga yang menggali lubang perangkap dalam peperangan hingga Rasulullah SAW jatuh di salah satu lubang perangkap tersebut.

Suatu ketika Abu Amir cuba memujuk orang-orang Ansar agar menyokong dan membelanya. Tetapi dia menerima cercaan dari orang-orang Ansar. Rasulullah SAW sendiri pernah mengajaknya kepada Islam dan membacakan al-Qur'an kepadanya, namun dia menolak dan menentang. Akhirnya Rasulullah SAW mendoakannya mati sebatang kara terusir dari tanah airnya.

Hal itu menjadi kenyataan. Ketika dia melihat kedudukan Rasulullah SAW semakin tinggi, dia lari ke Syam bergabung dengan Hercules, meminta bantuan kepadanya memerangi Nabi SAW. Hercules menjanjikan dan mengizinkannya tinggal di negerinya. Kemudian Abu Amir menulis surat kepada beberapa orang yang masih menyokongnya dari kalangan Ansar yang munafik. Dia menjanjikan bahawa akan ada bantuan untuk memerangi Rasulullah SAW serta mengembalikan kedudukannya di tengah-tengah kaumnya.

Untuk memudahkan perancangannya, Abu Amir memerintahkan penyokongnya untuk membuat satu markas mengintip keadaan kaum muslimin jika bantuan itu datang. Akhirnya merekapun segera membangun sebuah masjid yang berdekatan dengan Masjid Quba. Masjid itu selesai sebelum Rasulullah SAW berangkat menuju Tabuk.

Merekapun datang meminta agar Rasulullah SAW solat di masjid tersebut sebagai bukti bahawa baginda telah merestui. Mereka memberi alasan bahawa masjid itu dibangun untuk menampung kalau ada yang sakit dan mengalami kesusahan pada malam musim dingin serta orang-orang yang lemah.

Allah menjaga baginda agar tidak solat di sana, kata baginda: "Kami sedang dalam perjalanan. Kalau kami sudah kembali Insya-Allah (kami akan solat di sana)."

Ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan kembali dari Tabuk, tinggal sehari atau dua hari lagi sebelum masuk ke Madinah, turunlah Jibril menerangkan keadaan masjid dhirar tersebut. Bahawasanya mereka mendirikan masjid tersebut di atas kekafiran, memecah belah kaum mukminin di masjid mereka. Akhirnya Rasulullah SAW mengirim beberapa orang untuk meruntuhkan masjid itu menjelang kedatangan beliau di Madinah.

Allah SWT berfirman menerangkan keadaan masjid ini, maksudnya:

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: Kami tidak menghendaki selain kebaikan. Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)." (Surah at-Taubah : ayat 107)

Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa ada empat perkara yang mendorong mereka mendirikan masjid tersebut, iaitu:

1.Upaya menimbulkan mudarat bagi orang lain
2.Kekafiran kepada Allah dan membanggakan diri terhadap kaum muslimin
3.Memecah belah kaum mukminin
4.Merisik maklumat untuk mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, sebagai bantuan buat musuh-musuh Allah.

Allah SWT menggagalkan usaha mereka dan membuat tipu daya mereka sia-sia dengan memerintahkan Nabi-Nya SAW agar meruntuhkan serta memusnahkan masjid tersebut.

Allah SWT juga melarang Rasul-Nya SAW dan kaum mukminin solat di masjid tersebut dengan larangan yang sangat keras. Allah SWTberfirman, maksudnya:

"Janganlah kamu menegakkan solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih." (surah at-Taubah : ayat 108)

Adapun sumpah yang mereka ucapkan sebagaimana dalam firman Allah SWT tersebut:

"Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan."

Justeru celaan terhadap mereka atas angan-angan keji dan kedustaan mereka. Maka sebab itulah Allah SWT berfirman:

"Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta."

Dengan hancurnya masjid dhirar, semakin sempitlah ruang gerak kaum munafik. Jati diri mereka pun semakin jelas bagi kaum muslimin.

Persiapan Menuju Tabuk

Tabuk adalah daerah di pinggiran wilayah Syam ke arah kiblat (selatan), dari Madinah sekitar 12 marhalah. Menurut Yaqut al-Hamawi daerah ini terletak antara Wadil Qura dan negeri Syam. Daerah ini termasuk jajahan Bizantium (Rom) ketika itu.

Rasulullah SAW bertekad untuk memerangi Rom, padahal ketika itu musim panas begitu hebat. Keadaan ekonomi sedang melalui zaman sukar. Baginda sengaja menampakkan kepada kaum muslimin keinginan tersebut. Bahkan beliau mengajak kabilah-kabilah Arab dan orang-orang badui di sekitar baginda agar berangkat bersama-sama. Maka terkumpullah pasukan cukup besar, iaitu sekitar 30,000 orang. Namun masih ada beberapa orang yang tertinggal tanpa alasan, di antaranya Ka'b bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi' dan Hilal bin Umayyah  yang akan diceritakan pada bahagian lain Insya-Allah.

Walaupun keadaan serba sukar, Rasulullah SAW tetap mendorong kaum muslimin bersiap-siap untuk berperang. Padahal biasanya, apabila hendak berangkat berperang, beliau selalu menampakkan seolah-olah bukan untuk berperang. Beliau membangkitkan semangat orang-orang yang berharta agar berinfak pada jalan Allah. Maka berlumba-lumbalah para hartawan mengeluarkan hartanya untuk membiayai Jaisyul 'Usrah (Pasukan yang kesulitan) tersebut.

Az-Zuhri dan ulama lainnya menceritakan:

Rasulullah SAW biasanya kalau ingin berangkat berperang, melakukan secara kiasan atau kata-kata lembut. Tetapi dalam perang Tabuk ini, baginda menyampaikan terang-terangan tujuan dan sasarannya agar kaum muslimin bersiap-siap. Beliau sampaikan bahawa yang dituju adalah Rom.

Pada suatu hari dalam situasi persiapan tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Jadd bin Qais, salah satu keluarga kabilah Bani Salimah: "Hai Jadd, apakah tahun ini engkau ada keinginan kepada kulit-kulit Banil Ashfar?"

Jadd menukas: "Ya Rasulullah, izinkanlah saya (tidak ikut berperang). Jangan anda jerumuskan saya dalam fitnah. Demi Allah, kaumku semua tahu bahwa tidak ada laki-laki yang paling besar kekagumannya kepada wanita daripada aku. Saya bimbang kalau saya melihat wanita Rom itu, saya tidak dapat bersabar."

Rasulullah SAW pun meninggalkannya sambil berkata: "Saya beri izin untukmu."

Tentang Jadd inilah turun firman Allah SWT, maksudnya:

"Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah". Ketahuilah, bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (Surah at-Taubah : ayat 49)

Ada pula dari kalangan kaum munafikin yang mengatakan: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini." Mereka merasa tidak membutuhkan jihad serta meragukan kebenaran dan menimbulkan kegoncangan pada Rasulullah SAW. Maka Allah SWTmenurunkan firman-Nya, yang bermaksud:

"Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: 'Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini'. Katakanlah: 'Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas (nya),' jikalau mereka mengetahui." (Surah at-Taubah : ayat 81)

http://www.salafy.or.id

Kembalikan Morsi, syarat utama penyelesaian - Ikhwan

Posted: 04 Aug 2013 10:39 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
MESIR: Ikhwan Muslimin menegaskan tidak akan menerima sebarang solusi yang dicadangkan mana-mana pihak kecuali pihak tentera bersetuju dengan syarat bahawa Dr Muhammad Morsi perlu dikembalikan sebagai Presiden Mesir yang sah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin sebagai menjawab kepada pertemuan Wakil Menteri Luar Negeri AS, William Burns yang mahu memujuk Ikhwan menerima solusi damai terhadap krisis politik yang berlaku di Mesir.

Kunjungan utusan AS itu sendiri adalah yang terbaru dalam penerusan langkah diplomatik menjadi orang tengah antara pendukung Mursi dan pemerintah sementara yang dikuasai tentera.

Ikhwan mendakwa, pendirian mereka tidak berubah, agar pihak tentera yang merampas kuasa mengembalikan legitimasi Mesir dengan menyerahkan kembali pemerintahan kepada Morsi yang telah dipilih oleh rakyat negara itu secara sah.

Dalam pada itu, Ahram Online melaporkan, Menteri Luar Negeri UEA Abdullah Zayed bersama rakannya dari Qatar Khalid Al-Attiyah serta William Burns telah mengunjungi orang kedua Ikhwanul Muslimin Khairat Asy-Syatir di penjara Tora malam tadi.

Ianya sebagai usaha memujuk Ikhwan menerima inisiatif penyelesaian yang mahu dikemukakan bagi menamatkan krisis di negara itu.

Namun Al-Jazeera kemudian melaporkan, Asy-Syatir, yang telah ditahan atas "tuduhan rekaan" menghasut pembunuhan, menolak untuk bertemu dengan mereka bertiga itu.

"Muhammad Mursi adalah presiden sah Mesir. Mereka harus berbicara kepada Mursi," kata Asy-Syatir seperti dipetik Al Jazeera.

Perbicaraan pemimpin Ikhwanul Muslimin ditetapkan 25 Ogos ini

Posted: 04 Aug 2013 10:37 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 5 Ogos - Mahkamah Mesir hari ini menetapkan tarikh perbicaraan buat pemimpin Ikhwanul Muslimin, dua pegawai kanan serta tiga anggota pergerakan itu pada 25 Ogos ini.

Agensi berita MENA melaporkan, Mohammed Badie yang kini menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa dan dua pegawai kanannya iaitu Khairat al-Shater dan Rashad Bayoumi yang ditahan di penjara Tora didakwa menghasut keganasan menentang penunjuk perasaan di luar ibu pejabat pergerakan tersebut pada 30 Jun lalu.

Tiga anggota pergerakan tersebut pula didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian penunjuk perasaan. - AFP



Rebat PLUS untuk pengguna lebuh raya bayar secara elektronik

Posted: 04 Aug 2013 10:35 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya PLUS akan menikmati rebat 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Aidilfitri dan Merdeka pada lima tarikh terpilih di semua plaza tol kecuali empat. 


Rebat itu diberikan pada hari ini, esok dan pada 14, 15 dan 31 Ogos, namun tidak ditawarkan di plaza tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid. 


Rebat akan diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau SmartAG dan ia boleh dituntut di semua pusat khidmat pelanggan PLUS bermula 16 Sept hingga 15 Dis tahun ini, katanya dalam satu kenyataan. 

Noorizah berkata, langkah itu bagi menghargai pengguna dan menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas. 

Ia juga adalah langkah untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari-hari di luar waktu puncak, katanya. 

Noorizah berkata, berdasarkan kajian ke atas trend perjalanan semasa musim perayaan sebelum ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara Selatan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari sempena cuti Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan. 

- BERNAMA

Nicol cipta hatrik raih emas di Sukan Dunia 2013

Posted: 04 Aug 2013 10:33 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mencipta hatrik apabila meraih gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut pada kejohanan Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia. 


Juara dunia itu meraih pingat emas selepas menewaskan pencabarnya Natalie Grinham dari Belanda dengan 3-0. 


Menurut laman web kejohanan www.worldgames2013.com.co, Nicol tidak perlu berkerja keras untuk menundukkan Natalie yang meraih pingat perak dengan straight set 11-6, 11-9, dan 11-8. 



Pingat gangsa diraih Camille Serme dari Perancis selepas mengalahkan seorang lagi wakil negara Low Wee Wern 3-0 dengan mata 11-8, 11-4 dan 11-4. 



Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009. 



- BERNAMA

Penoreh getah parah ditembak di Pasir Puteh

Posted: 04 Aug 2013 10:32 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PASIR PUTEH: Seorang penoreh getah dan seorang wanita cedera ditembak di depan kedai makan di Kampung Gong Kelih, di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi. 

Rezab Selangor hampir cecah RM3 bilion

Posted: 04 Aug 2013 10:00 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November nanti.

"Dalam Belanjawan November nanti, kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.

"Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen," katanya dipetikSelangorku.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pandamaran, Klang semalam.

Ujarnya, pada ketika ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab negeri sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

"Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.

"Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran," ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Kelantan umum 11 Ogos cuti peristiwa

Posted: 04 Aug 2013 09:56 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 Ogos 2013 ini sebagai hari cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini.

"Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.

Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.

Ibu Revolusi' disekat masuki Mesir

Posted: 04 Aug 2013 09:41 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Pihak berkuasa Mesir menyekat pemenang hadiah Nobel Keamanan dari Yaman, Tawakul Karman - penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan - daripada memasuki negara itu pada Ahad.

  • Beliau juga dihantar pulang melalui penerbangan ke Dubai, menurut sumber keselamatan.

    Agensi berita nasional Menamelaporkan, Karman yang sebelum ini mengumumkan solidariti bersama penyokong Mursi termasuk dalam senarai yang dilarang memasuki Mesir.

    Jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, Karan sebelum ini pernah menyertai tunjuk perasaan di Kaherah bagi menuntut presiden yang digulingkan tentera sebulan lalu dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

    Menurut Tiwtter Karman pada Ahad, penulis dan aktivis itu ditahan di lapangan terbang Kaherah dan dilarang menyertai perhimpunan.

    Beliau dihantar kembali ke kapal terbang yang sama membawanya masuk, menurut sumber.

    Tindakan itu dikritik Ikhwan dan menyifatkan langkah ini mirip amalam semasa pemerintahan autokrat Hosni Mubarak.

    "Kerajaan nampaknya mengamalkan semula amalan keselamatan negara Mubarak," kata Yasser Ali, seorang pemimpin Ikhwan dan bekas jurucakap presiden.

    Karman, 34, ibu kepada tiga anak, merupakan simbol penting dalam kebangkitan Yaman 2011.
    Beliau wanita pertama Arab yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

    Karman juga digelar, "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi".

    Anggota parti Islam besar di Yemen, Islah, Karman menyifatkan penggulingan Mursi sebagai "rampasan kuasa" dan "tamparan kepada demokrasi".

    - Reuters





Presiden baru Iran ikrar terus sokong Assad

Posted: 04 Aug 2013 09:29 PM PDT

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BEIRUT: Presiden baru Iran, Hasan Rouhani hari ini menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria dengan berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang berdekad lamanya itu.



Rouhani memberi penjelasan itu ketika tentera Syria dan pejuang pemberontak sedang bertempur di kawasan pergunungan di wilayah pantasi di Latakia, yang menjadi kubu kuat Assad.
Rouhani berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi, di ibu negeri Tehran, demikian lapor agensi berita SANA.
Syria menjadi rakan sekutu utama Tehran di benua Arab sejak Revolusi Islam Iran pada 1979.
Iran juga adalah penyokong kuat Assad sejak krisis Syria bermula.
Tehran dipercayai menyalurkan bantuan berbilion dolar sejak negara itu dilanda krisis pada Mac 2011.
Iran yang menaungi pergarakan Hezbollah juga dilaporkan menghantar pejuang ke Syria untuk meningkatkan keupayaan pertahanan tentera rejim Assad. - AP

Gempa kuat 6.0 magnitud landa utara Jepun

Posted: 04 Aug 2013 09:10 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Gempa kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan utara Jepun, namun tiada amaran tsunami dilaporkan. 

Gegaran berlaku jam 12.29 tengah hari waktu tempatan di bahagian Miyagi di pantai Pasifik iaitu kawasan sama gempa berukuran 9.0 mangnitud pada Mac 2011 lalu. - AFP 

Ahli perniagaan pula mati ditembak di Sabah

Posted: 04 Aug 2013 09:08 AM PDT


26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak dilaporkan maut selepas ditembak di kawasan letak kereta di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills, Penampang, malam tadi. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata mangsa yang dikenali sebagai Teong Choon Kwong, 44, seorang pengusaha pusat peranginan Dinawan (di Sabah) terkena satu das tembakan di bahagian rusuk kanannya. 


Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang baharu keluar dari restoran berkenaan dikatakan sedang bertelefon apabila sebuah kenderaan kecil berwarna putih merapati kawasan letak kereta itu dan melepaskan tembakan menggunakan 'shotgun' dari jarak dekat. 


"Mangsa meninggal dunia pada tengah malam ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth dekat sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. 

Hamza berkata, suspek yang terlibat dalam kes itu dipercayai lebih daripada dua orang. 

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada pihak polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

4 wanita maut, kanak-kanak parah kereta bertembung lori di Sungai Petani

Posted: 04 Aug 2013 09:05 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Sungai Petani: Empat wanita maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri-Sungai Petani, di sini, jam 5.40 petang tadi. 

Putrajaya terlebih bertindak terhadap video pelatih anjing Muslim, kata Anwar

Posted: 04 Aug 2013 09:01 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kerajaan terlebih bertindak dalam isu video anjing, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.
Kerajaan terlebih bertindak dalam isu video anjing, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.
Kerajaan dilihat "terlebih bertindak" dalam tindakan mereka berhubung video kontroversi anjing dan Aidilfitri, Maznah Mohd Yusof apabila menjadikan video berkenaan isu nasional, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Video berusia tiga tahun itu memaparkan anjing dimandikan pelatihnya dan diberikan kuih raya dengan berlatarbelakngkan lagu Hari Raya.
"Sepatutnya dipanggil dan beri nasihat supaya dia (Maznah) jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Kenyataan Anwar itu dikeluarkan selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meutuskan video berkenaan menghina Islam dan akan mengambil tindakan terhadap Maznah.
Anwar turut membandingkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang secara terang-terangan terlibat dengan kegiatan perjudian dan penjualan arak namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
"Orang Islam pegang San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," soal Anwar.
"Kita perlu dilihat telus, jujur, dan ikhlas," kata pemimpin pembangkang itu lagi.
Meskipun mengakui Jakim memainkan peranannya, Anwar bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu perlu memfokuskan kepada isu yang lebih besar.
Maznah ditahan pada Rabu dan direman selama dua hari di Segamat bagi membantu siasatan berhubung rakaman video klip berkenaan.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 
themalaysianinsider.com

Pemimpin Kelantan bersama perantau 2 Syawal

Posted: 04 Aug 2013 08:53 AM PDT


26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantaun dijemput hadir pada program Aidilfitri pimpinan kerajaan dengan anak Kelantan di perantauan.


Program yang dianjurkan setiap tahun untuk meraikan anak perantau itu akan diadakan pada 2 Syawal bertempat di Dewan Jubli Perak, di sini bermula jam 8.00 malam.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, majlis berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yakob.



"Inilah masanya peluang untuk kita beramah mesra dengan beliau memandangkan Aidilfitri tahun ini buat julung kalinya beliau memegang jawatan itu," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan rakan media anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan.



Program itu juga dianjurkan urusetia penerangan dengan kerjasama Anak Kelantan di perantauan.



"Saya berharap anak anak Kelantan diperantau dapat mengambil peluang untuk hadir dan beramah mesra bersama pimpinan," ujarnya.

Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat

Posted: 04 Aug 2013 08:49 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.

Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.


Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.


Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.


Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.

"Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.

"Konsultan berkenaan diberi tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya di sini.

Pecah tanah projek lebuh raya rakyat diadakan pada 28 Mei 2012 dengan mengambil kira keperluan mendesak di Kelantan, selepas diketepikan kerajaan pusat sejak sekian lama.


Kerja-kerja meratakan laluan sudah dilakukan di tapak projek berhampiran Bukit Bakar, Machang awal tahun ini. Bagaimanapun projek berkenaan terhenti berikutan kontraktor menarik diri.

Hanifa berkata, syarikat dari United Arab Emirates tersebut juga mendapat kerjasama Islamic Development Bank (IDB) sebagai sumber kewangan membiayai projek lebuh raya raya.

"Projek tersebut dibina menggunakan kaedah wakaf di mana orang ramai turut membiayai bagi membina infrastruktur projek terbabit.

"Dan sehingga sekarang lebih RM2.6 juta dana wakaf dikumpul daripada orang ramai. Dan kita jangka dana itu meningkat sehingga RM6 juta.

"Dana wakaf tersebut belum lagi diusik dan ia akan digunakan bagi membina jambatan di sepanjang laluan Kuala Krai ke Kota Bharu," ujarnya.

Sementara itu difahamkan tender bagi membina lebuh raya berkenaan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh km di bawah projek ECER telah ditutup.

Projek tersebut melalui jajaran sama dengan lebuh raya rakyat difahamkan membabitkan kos RM200 juta.


Oleh itu Hanifa berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih di atas kesediaan kerajaan pusat membina sebahagian pakej lebuh raya berkenaan.


"Kerajaan negeri juga telah menulis kepada Menteri Kerjaraya bagi mengadakan pertemuan untuk membincang lebih lanjut projek lebuh raya di Kelantan," ujarnya.

harakahdaily.net


Tiada ulasan:

Nuffnang