Ahad, 25 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2013 ::

:: cina islam | 2011 ::


Rumah Terbuka Aidilfitri PAS meriah

Posted: 25 Aug 2013 01:56 AM PDT

18 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lebih 20 menu istimewa disediakan buat pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri PAS bertempat di Kelab sultan sulaiman hari ini.

Menu utama yang tidak pernah dilupakan setiap kali rumah terbuka diadakan adalah satay dan lemang. 

Juadah  tradisional pula turut menjadi pilihan utama pengunjung termasuk tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang.

Menu yang lain termasuk nasi dagang, cendol, mee goreng, dan beraneka kuih raya yang lain.

Kelihatan ramai tetamu yang berpusu-pusu menghala masuk ke padang kelab ini walaupun hujan sedang mencurah-curah ketika ini.

Kanak- kanak pula kelihatan ceria apabila pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyampaikan duit raya kepada mereka.

Rumah terbuka ini juga turun menghidangkan hiburan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Seri Bulan yang cukup menghiburkan dengan lagu versi Hindustan.

Menurut pihak penganjur, makanan yang disediakan dalam jamuan Aidilfitri kali ini adalah untuk kapasiti 20,000 orang
.

Piala malaysia : Selangor 1-2 ATM

Posted: 24 Aug 2013 06:10 PM PDT

18 Syawal 1434 H. [MOD] -

PIALA MALAYSIA 2013...Pemain Selangor Mohd Asraruddin membuat percubaan sambil dihalang pemain ATM Hairuddin Omar (kanan) semasa perlawanan Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam di Selangor pada Sabtu.
Kedudukan separuh masa pertama Selangor 1-2 ATM. -Foto BERNAMA

Guru Mexico lancar demonstrasi

Posted: 24 Aug 2013 06:09 PM PDT

18 Syawal 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY 24 Ogos - Beribu-ribu guru Mexico melancarkan demonstrasi dengan menghalang laluan utama ke lapangan terbang antarabangsa Mexico City, semalam dalam usaha mereka menggagalkan pembaharuan pendidikan di negara ini.

Mereka malah berikrar untuk merampas terminal itu.

Polis dikerah untuk menghalang perarakan tersebut.


Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang menuju ke lapangan terbang terpaksa berjalan kaki separuh jalan untuk menaiki penerbangan, masing-masing sambil diperhatikan guru-guru terbabit yang sebahagiannya hanya duduk sambil membaca akhbar dan sebahagian lagi bermain silang kata.


Situasi yang berlaku hampir seminggu itu membuatkan penduduk Mexico City meluahkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa tempatan yang dilihat membenarkan guru-guru menghalang jalan raya sesuka hati mereka.

Beratus-ratus guru itu pada Rabu lalu bertempur dengan polis di bangunan Kongres sebelum menyekat beberapa laluan di sekitar bangunan itu, sekali gus memaksa anggota Parlimen mengadakan mesyuarat di tempat lain bagi mengundi rang undang-undang pembaharuan pendidikan yang telah diluluskan di dewan rendah.

Rang undang-undang itu memperkenalkan penilaian guru dan mengurangkan kuasa kesatuan yang terdedah kepada rasuah dalam pengambilan guru-guru yang kebanyakannya merupakan saudara mara mereka.
Menurut guru-guru, rang undang-undang itu terlalu bergantung kepada ujian tanpa mengambil kira penilaian ibu bapa dan murid. - AGENSI



Mesir buka semula sempadan Rafah

Posted: 24 Aug 2013 06:04 PM PDT


18 Syawal 1434 H. [MOD] -

GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari.

Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas.

Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. - REUTERS

Pakistan bebas 337 tahanan India

Posted: 24 Aug 2013 06:02 PM PDT

18 Syawal 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 25 Ogos - Kerajaan baharu Pakistan semalam membebaskan 337 tahanan India, kebanyakannya nelayan, sebagai langkah memperbaiki hubungan dengan negara jirannya itu.

Kesemua tahanan berkenaan, termasuk nelayan yang ditangkap kerana memasuk perairan Pakistan lebih dua tahun lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing melalui laluan di sempadan Wagah yang terletak antara bandar Lahore dan Amritsar, India.


Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berkata, hubungan yang baik dengan India merupakan kunci utama untuk memulihkan ekonomi negara ini berbanding polisi luar dan keselamatan yang digunapakai oleh pihak tentera sebelum ini. - REUTERS



Tiada ulasan:

Nuffnang