Selasa, 20 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PAS Desak Kerajaan Tutup Kedutaan, Hantar Balik Duta Mesir

Posted: 20 Aug 2013 01:49 AM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS pada Selasa mendesak kerajaan Malaysia menutup Kedutaan Mesir serta menghantar balik Duta mereka sebagai tanda bantahan tindakan tentera Mesir menggulingkan kerajaan yang sah pimpinan bekas Presidennya, Dr Muhammad Morsi serta melakukan pembunuhan kejam terhadap penyokongnya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata kerajaan juga boleh menjadi orang tengah dengan memanggil sidang tergempar Persidangan Negara Islam (OIC) untuk mengutuk tindakan kejam tentera Mesir bagi menyatakan pendirian negara-negara Islam.
"Kita patut malu dengan negara seperti Turki, Equador dan Veneuzela yang menutup kedutaan Mesir dan menghantar duta mereka balik.
"Malaysia harus menyatakan pendirian kita dengan jelas terhadap tindakan kejam tentera Mesir jangan jadi seperti sekutu mereka Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bersengkongkol dengan kekejaman yang dilakukan tentera Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat mendesak kerajaan memanggil Sidang Parlimen Khas untuk mengecam tindakan kejam tentera Mesir.
Surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Salahuddin berkata PAS juga akan mengadakan satu meja bulat pada 1 September depan yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Persidangan itu nanti akan dihadiri beberapa wakil termasuk diplomat, NGO luar negara termasuk menjemput wakil kerajaan dan Umno bagi membentuk satu deklarasi khas mengenai isu Mesir.
"Kami juga berharap sidang khas bukan sahaja Parlimen tetapi di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan harap negeri Pakatan Rakyat akan memulakannya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan membincangkan isu Mesir dalam mesyuarat Kabinet yang akan diadakan pada Rabu.
"PAS memohon supaya mesyuarat mingguan Kabinet yang akan diadakan pada hari esok (Rabu) dapat membuat ketetapan rasmi kerajaan Malaysia memanggil suatu sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkembangan terkini Mesir dan mengutuk tindakan kejam regim haram tentera yang melakukan pembunuhan ke atas rakyat Mesir yang tidak berdosa.
"PAS dengan ini memberi komitmen untuk menyokong penuh sidang yang dipanggil beserta dengan sebarang resolusi mengutuk kezaliman tentera Mesir serta menyokong demokrasi dikembalikan dengan kerajaan awam serta Morsi dikembalikan kuasanya," katanya.
mStar/-

Dr Mahmoud Ezzat dilantik Mursyidul Am sementara IM

Posted: 19 Aug 2013 11:00 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD]
Harakahdaily

MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.


Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.

Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.

Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya.

Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas.

Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.

Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.

"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya.

10 Adun Kelantan angkat sumpah Timbalan Exco

Posted: 19 Aug 2013 10:57 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.


Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini.

Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.

Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.

Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.

Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan.

Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

"Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.

"Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera," kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.

Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.

 

Gempa bumi lemah landa Kupang, Kedah

Posted: 19 Aug 2013 10:51 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
    Gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di Kuala Lumpur.

    - Bernama

Lebih 200 orang maut atau hilang akibat banjir di China

Posted: 19 Aug 2013 10:47 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

BEIJING: Hujan lebat yang berpunca daripada taufan mengakibatkan tanah runtuh di selatan China sehingga memusnahkan kediaman dan kenderaan serta menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban.

Pada masa yang sama, jumlah kematian dan mereka yang hilang akibat banjir itu kini melepasi 200 orang.
Sembilan orang dilaporkan maut di wilayah Hunan dan enam lagi di Guangxi manakala kereta dipenuhi lumpur dan batu di sepanjang lebuh raya pergunungan.
Ahad lalu, tiga orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh berdekatan bandar Wuzhou, Guangxi. - AP

Umno pun pernah cuba haramkan PAS - Idris

Posted: 19 Aug 2013 07:45 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM:Cubaan kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa untuk mengharamkan parti Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihanraya di negara itu sebelum ini pernah dilakukan oleh Umno terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Pengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.

"Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

"Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.

"Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.

"Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.

Kata beliau, tindakan kekerasan tentera Mesir seperti yang berlaku itu tidak sesuai dalam konteks negara ini dalam pelbagai segi.

Tambah beliau apa yang boleh berlaku adalah seperti pertukaran kerajaan di Perak melalui 'lompat parti'.

Dalam pada itu Idris berharap kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung tragedi yang berlaku di Mesir.

"Kita juga menyeru semua pertubuhan Islam untuk mempunyai jatidiri yang kuat dan istiqamah dan kita yakin akan menang akhirnya," kata beliau.

Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara

Posted: 19 Aug 2013 05:51 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Mana-mana kerajaan yang mentadbir Malaysia termasuk Umno sekalipun adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan rakyat dan negara ini, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

"Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily.

Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.

Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu.

"Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang.

"Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau.

Malah katanya, dengan sumber yang ada melalui cukai khazanah negara menjadi perkara biasa dan tidak menjadi pelik kerajaan Umno membangunkan negara kerana cukai yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat.

"Keadaan berbeza di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, nama sahaja memerintah tetapi banyak kekangan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri mempunyai sumber yang terhad, tetapi Kelantan berjaya membayar hutang kerajaan sebelum ini satu kejayaan yang baik," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.

Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.

"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu, sama dijajah dan sekarang merdeka, lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat di negara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan.

Harakahdaily/-

Sambutan Hari Belia di Shah Alam 24 Ogos

Posted: 19 Aug 2013 05:48 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD]
KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Belia Antarabangsa yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) berkata sambutan itu bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.

Turut dianjurkan serentak adalah Majlis Hari Raya Aildilfitri serta sambutan Ambang Merdeka.

Menurutnya, tema 'Integriti' dipilih supaya generasi muda menghayati prinsip itu dalam agenda perubahan nasional.

Tambah beliau, antara acara yang disusun nanti adalah penerangan isu berkenaan krisis di Mesir dan Solat Hajat untuk memohon keamanan di Mesir.

Turut diadakan sembang santai golongan belia bersama mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga program khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita juga akan menganugerahkan anugerah Penggerak Belia Tempatan (Pebt) terbaik," kata beliau dipetik Selangorku.

Kata beliau, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang akan disediakan oleh setiap pihak berkuasa tempatan.

"Disasarkan lebih 10,000 akan hadir dalam program ini dan diharapkan lebih daripada itu kerana pada tahun lepas lebih 50,000 hadir pada program kemuncak dalam program bersama Ustaz Azhar Idrus," kata beliau.

Katanya, beberapa acara sukan akan diadakan seperti Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Pidato 'Rasuah', Pertandingan Catur Piala Exco Belia dan Sukan, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.

4 bulan gaji kakitangan Insaniah Holding tidak dibayar

Posted: 19 Aug 2013 05:45 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -
Haralahdaily.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan Insaniah Holding.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.

"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.

"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.

Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.

"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri.

"Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.

"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.

Tiada Kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang Di KLIA2

Posted: 19 Aug 2013 05:41 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

SEPANG: Caj perkhidmatan penumpang (PSC) di KLIA2 adalah sama dengan kos di terminal penerbangan tambang rendah (LCCT), kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata ia tidak akan membebankan penumpang memandangkan kos itu akan ditanggung oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Tiada peningkatan. Anda bayangkan perkhidmatan di LCCT yang mereka hadapi pada masa ini, mereka akan mendapat lapangan terbang baharu pada fi lapangan terbang yang sama.
"Ia tidak membebankan penumpang. MAHB akan menanggung kos memandangkan MAHB merupakan syarikat yang mengurus terminal ini, dan bagi pembiayaan, MAHB memperolehnya menerusi bon Sukuk dan mereka memperolehnya secara persendirian, tanpa jaminan kerajaan," katanya.
Aziz berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat ketiga pasukan petugas khas KLIA2 di sini pada Isnin.
PSC semasa di LCCT ialah RM32 bagi penumpang antarabangsa dan RM6 untuk penumpang domestik.
Aziz yang mengetuai pasukan petugas KLIA2 itu berkata pembinaan lapangan terbang kini 92 peratus siap dan bangunan terminal 96 peratus siap, dengan 20 pakej utama sudah selesai.
Ia meliputi sistem penyejukan, trek ERL, laluan pesawat yang menghubungkan Landasan 2 ke KLIA2, kawalan trafik udara (ATC), menara, pemasangan peralatan ATC, jejantas ke terminal, apron parkir pesawat, serta semua kerja-kerja perparitan dan utiliti utama yang berkaitan.
Aziz berkata KLIA2 akan siap pada 30 April tahun depan dan akan beroperasi pada 2 Mei.
"Kami mahu memastikan tidak lagi berlaku kelewatan dan saya memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kelewatan lagi serta tarikh penyiapan ialah pada 30 April," katanya dan menambah, kos KLIA2 ialah sebanyak RM4 bilion.
Beliau berkata tidak ada kos melampau dalam pembinaan memandangkan skopnya telah diperluas bagi menampung keperluan pemegang kepentingan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian itu berkata komponen kerja yang berlaku kelewatan akan disemak semula oleh pasukan projek MAHB KLIA2 untuk penilaian semula oleh kontraktor pihak ketiga, jika kontrak terbabit tidak dapat memenuhi tarikh penyiapan.
Ia berkata beberapa kerja yang ditugaskan kepada kontraktor baharu membabitkan jalan perkhidmatan, bangunan pasukan menyelamat dan kebakaran lapangan terbang serta sistem pengendalian bagasi. BERNAMA

Pemilik Resort Dipanggil Beri Keterangan Di MAIJ

Posted: 19 Aug 2013 05:39 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

JOHOR BARU: Seorang pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan Buddha pada 10 Ogos lepas, dipanggil memberi keterangan di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini.

Lelaki berusia 45 tahun itu hadir di bahagian penguat kuasa Kompleks Pusat Islam Johor pada 9.30 pagi dan hanya beredar tujuh jam kemudian.
Beliau kelihatan hadir bersama seorang pembantu berusia 29 tahun dan difahamkan telah diikat jamin oleh dua penjamin rakyat tempatan sementara menunggu perbicaraan.
Usaha untuk merakamkan gambar mereka bagaimanapun gagal apabila kedua-duanya melarikan diri melalui pintu belakang dalam usaha untuk mengelak daripada pihak media.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abdul Mutalib Abdul Rahman yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.
"Pihak penguatkuasa MAIJ akan berbincang dengan pihak pendakwaan syarie untuk tentukan kewujudan kes bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang jika sabit bersalah boleh didenda tidak lebih RM3,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

Jual Senjata Api Menerusi Facebook

Posted: 19 Aug 2013 05:37 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar. Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini. Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.
Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.
Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.
"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.
"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api. "Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya. -BERNAMA

BN Kekal Kemenangan di Parlimen Merbok

Posted: 19 Aug 2013 05:31 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, Isnin menolak petisyen difailkan calon PKR Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden.
"Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana?.
"Mesti ada kaitan dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mesti datang dengan fakta dan alasan yang lengkap," katanya.
Dalam petisyen itu, Nor Azrina menamakan anggota Parlimen Merbok Dr Ismail Daut dari BN sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Merbok sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.
Hadhariah memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Ismail dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga.
Nor Azrina diwakili peguam Gooi Hsiao Leung, Ismail diwakili peguam Datuk Hashim Jahaya manakala responden kedua dan ketiga diwakili peguam persekutuan L.Chandra Devi, Nurulhuda Nur'Aini Mohd Nor, Nik Mohd Noor Nik Kar dan Farah Azlina Latif. -BERNAMA

Tentera akui bunuh 36 ahli Ikhwanul Muslimin

Posted: 19 Aug 2013 05:26 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -


Rakan dan saudara-mara mengusung keranda yang membawa jenazah Ammar Badie, 38, anak kepada pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, yang terkorban dalam pertempuran dengan tentera Mesir di daerah Katameya, Kaherah, semalam. Gambar kecil tentera Mesir memasang kawat berduri di sekeliling Mahkamah Agung Perlembagaan, di Kaherah bagi mengelak ia menjadi sasaran penunjuk perasaan. -Foto AP

Kerajaan Mesir dakwa tahanan dibedil ketika cuba lari
KAHERAH: Kerajaan Mesir semalam mengaku tenteranya membunuh 36 anggota Ikhwanul Muslimin dalam tahanan kelmarin, ketika pemimpin tentera dan pergerakan itu masing-masing berikrar untuk terus berjuang demi masa depan negara itu.
Kematian itu adalah pembunuhan beramai-ramai keempat ke atas penduduk awam sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu tetapi buat kali pertama sejumlah besar tahanan ramai yang mati serentak.
Ketika mengesahkan pembunuhan tahanan itu kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mewajarkan tindakan itu dengan berkata ia dilakukan ketika penyokong Morsi itu cuba melarikan diri.
Namun Ikhwanul Muslimin menyifatkan kematian mereka sebagai pembunuhan beramai-ramai dan berkata, mangsa, yang dikatakan berjumlah 52 orang, ditembak dan dibedil dengan gas pemedih mata menerusi tingkap van penjara yang berkunci.
Petunjuk terkini
"Pembunuhan itu adalah petunjuk terkini masa depan Mesir masih terumbang ambing, dengan kedua-dua pihak tidak bersedia berundur, rakyat negara itu berpecah, dan tiada penyelesaian politik yang jelas," kata penganalisis.
Walaupun pasukan keselamatan tidak bertindak ganas kelmarin, dengan tiada laporan pembunuhan di jalan raya, pemimpin tentera negara itu, Mejar Jeneral Abdel-Fatah el-Sissi, berucap di televisyen dengan nada tidak bertolak ansur, melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas tetapi berjanji mengembalikan demokrasi di negara itu.
Berita mengenai pembunuhan itu tersebar pada hari pertempuran jalanan dihentikan selepas lebih 900 terkorban sejak Rabu lalu, kebanyakannya anggota Ikhwanul Muslimin dan penyokong yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
Kelmarin, Ikhwanul Muslimin mengambil langkah mengelakkan kontroversi, termasuk membatalkan beberapa bantahan terhadap penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.
Kerajaan mempertimbangkan untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin, yang mungkin memaksa pergerakan itu bergerak secara sulit.
Kerajaan asing juga berselisih pendapat mengenai pertumpahan darah yang semakin memuncak. Pegawai Amerika Syarikat berkata pihaknya mengambil langkah awal menggantung bantuan kewangan kepada kerajaan Mesir, walaupun bukan menerusi bantuan penting kepada tentera manakala Kesatuan Eropah (EU), kelmarin mengumumkan ia akan menilai semula hubungannya dengan negara itu, berkata kerajaan sementara memikul tanggungjawab menamatkan keganasan. - AGENSI

Xiaomi Phone sasar catat untung tinggi

Posted: 19 Aug 2013 05:21 PM PDT

13 Syawal 1434 H. [MOD] -


Lei ketika melancarkan Xiaomi Phone 2 di China, kelmarin. - Foto REUTERS

Perkhidmatan internet mudah alih lebih murah jana sumber pendapatan
Beijing: Xiaomi Tech, pengeluar telefon pintar China bagi menyaingi iPhone, mensasarkan meraih keuntungan lebih tinggi daripada perkhidmatan internet mudah alih yang ditawarkannya berikutan harga peranti yang rendah.

Walaupun jualan Xiaomi Phone pada suku kedua tahun ini lebih tinggi daripada yang dicatat iPhone, harga peranti yang jauh lebih murah menyebabkan syarikat meraih marjin keuntungan yang kecil.
Keadaan itu, mendorong Ketua Eksekutif yang juga pengasas syarikat, Lei Jun menyusun gerak kerja mengembangkan perniagaan internet mudah alih China yang dianggarkan bernilai sekitar AS$30 (RM98.3 bilion) bilion menjelang 2015 daripada kira-kira AS$9 bilion (RM29.5 bilion) tahun lalu.
"Xiaomi kelihatan sedikit sama dengan Apple (iPhone), tetapi lebih sama Amazon dan beberapa elemen serupa Google," kata Lei yang memakai kemeja dan seluar jeans biru dan kasut sukan dalam satu pertemuan sempena pelancaran Xiaomi Phone 2 di sini.
"Telefon pintar hanyalah perantara," kata Lei yang melancarkan Xiaomi Phone pada 2011.
"Microsoft menjual Windows dalam satu kotak dengan CD. Adakah ia membuatkan Microsoft sebagai syarikat pengeluar kotak kertas," tambahnya.
Peranti lebih murah
Populariti telefon bimbit murah lagi menarik, Xiaomi adalah tidak boleh dinafikan dengan telefon pintar utama, Mi 2S, adalah model paling popular di China pada separuh pertama tahun ini, menurut syarikat penyelidik tempatan, Antutu.
Model terbaru Xiaomi, Hongmi, dijual pada AS$130 (RM426), lebih murah berbanding AS$770 (RM2,523) bagi iPhone 5 atau AS$470 (RM1,540) bagi model terbaru Galaxy keluaran Samsung Electronics Co Ltd yang menjadi peneraju pasaran di China.
Pada suku kedua tahun ini, Xiaomi berada pada kedudukan keenam daripada segi penguasaan pasaran, satu tangga di depan Apple.
Kedudukan itu bagaimanapun mungkin berubah apabila firma AS itu dijangka memperkenalkan model rekaan semula iPhone pada September selain mungkin mengeluarkan model lebih murah.
Jun, 43, berkata adalah sukar membuat perbandingan dengan Apple hingga penamat dan persaingan dengan syarikat tempatan Alibaba Group Holding, Baidu Inc dan Tencent Holdings Ltd baru bermula. - REUTERS

Tiada ulasan:

Nuffnang