Rabu, 14 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anggota Polis Ditahan Dipercayai Bebaskan Tahanan Lokap

Posted: 14 Aug 2013 03:22 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
DIKEHENDAKI...Osuji Kelly Prince, 25 dari Nigeria merupakan suspek yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.
"Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula Selasa, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Rabu.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap.
Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek.
Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585. - BERNAMA

Kebakaran musnahkan rumah panjang 40 pintu dekat Sibu

Posted: 14 Aug 2013 03:13 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -

SIBU: Kebakaran yang berlaku tengah hari ini memusnahkan sebuah rumah panjang 40 pintu, Rh.Das anak Jerman, di Stapang kira-kira 48 kilometer dari sini.
Menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Mutton Gelanggang, 18 anggota dari Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Bomba Jalan Central berserta dua jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 1.44 tengah hari tadi.

Beliau berkata kumpulan pertama dari balai Sungai Merah tiba di tempat kejadian pada jam 2.25 petang dan dengan disertai kumpulan kedua, mereka berjaya mengawal api daripada merebak kira-kira jam 4.15 petang, bagaimanapun rumah panjang yang dibina daripada papan itu musnah sama sekali.
Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dapur sebuah daripada unit keluarga. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ini kali kedua rumah panjang di sini musnah akibat kebakaran bulan ini.
Pada 1 Ogos, 10 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di rumah panjang Rh Franky Bawok di Rantau Panjang kira-kira 22 kilometer dari sini. - BERNAMA

Pemuda PAS: Upacara di surau satu 'penghinaan

Posted: 14 Aug 2013 03:02 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini.
  • Pemuda PAS mengutuk tindakan kumpulan penganut Buddha yang dilaporkan menggunakan satu surau di sebuah resort di Johor untuk satu upacara keagamaan.

  • Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohamad Nor berkata, perbuatan seperti itu menunjukkan Islam disamakan dengan agama lain, yang didakwa mengandungi unsur "pluralisme yang sesat dan terkeluar daripada Islam".

    NONE"Islam sama sekali melarang penganut agama lain menggunakan rumah ibadatnya seperti masjid atau surau sebagai tempat ibadat penganut agama lain. Ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam," katanya dalam satu kenyataan.
    Riduan seterusnya menggesa kerajaan menyiasat dan mengenakan hukuman berat terhadap pemilik resort itu jika beliau didapati bersalah.

    "Pemilik resort wajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya beliau bersalah kerana gagal menjaga insititusi agama sepenting surau dari dijadikan tempat sembahan penganut agama lain.

    "Ia juga sebagai pengajaran buat semua rakyat Malaysia agar menghormati rumah-rumah ibadat yang sedia ada," katanya lagi.
    Kenyataan itu timbul ketika para ilmuwan Islam menyuarakan gesaan agar pihak berkuasa menangani kes berkenaan dengan wajar termasuk dengan "dialog antara agama" dan bukannya mengambil tindakan keras.
    Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan kumpulan penganut Buddha pada Sabtu lepas.

    Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
    Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake semalam memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha tersebut.

Kutuk serangan rejim Mesir, munajat malam ini

Posted: 14 Aug 2013 02:56 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD]

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour di negara tersebut.

Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8,000 orang cedera.

"DPPM menganggap kejadian terbaharu ini sebagai tindakan paling kejam, zalim dan di luar peri kemanusiaan rejim Mesir terhadap rakyatnya sendiri," ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Ia berlaku di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr di mana pasukan tentera menggempur para demonstran melalui gas pemedih mata dan penembak tepat di atas bangunan.

Katanya, lebih membimbangkan lagi apabila ambulans tidak dibenarkan masuk ke medan Rabiatul Adawiyah yang menyaksikan banyak pertumpahan darah.

"Apakah kerajaan kudeta Mesir mahu menukarkan negaranya sama seperti Syria yang sudah bergolak selama 3 tahun?

"Apakah pemimpin kudeta Jeneral Abdul Fattah As Sisi mahu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri sama seperti Basyar Al Assad lakukan terhadap rakyat di negaranya?

"Berapa ramai lagi harus mati syahid terbunuh oleh kekejaman kerajaan kudeta Mesir?" ujar beliau.

Katanya, DPPM menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mesir pada hari ini tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara tersebut.

Beliau menegaskan, semakin rakyat dizalimi, semakin ramai bangkit menolak kerajaan kuku besi negara tersebut.

Menurutnya, membunuh rakyat yang tidak bersalah tidak akan mematikan hasrat jutaan rakyat yang menuntut keadilan melalui proses demokrasi yang tulen.

Beliau berkata, hanya meja rundingan serta menyerahkan kembali mandat kuasa negara kepada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat iaitu Dr Mohammad Morsi mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

Selain itu, ujar beliau DPPM mempersoalkan apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani konflik terkini di Mesir.

Malaysia, kata Nasrudin sepatutnya mengambil langkah terkehadapan dengan menyatakan bantahan secara lantang terhadap tindakan kerajaan kudeta Mesir.

Tambahnya, DPPM juga menggesa kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan kerajaan kudeta Mesir sehingga keamanan dan kerajaan yang sah kembali berkuasa.

"Tidak ada gunanya kerajaan mengiktiraf kerajaan haram yang telah membunuh ribuan rakyatnya serta merampas kuasa secara zalim daripada pemimpin yang sah di negara tersebut," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, malam ini, katanya sejurus selesai solat Maghrib berjamaah, DPP kawasan-kawasan diarahkan supaya anjur majlis solat dan Munajat Perdana di kawasan masing-masing secara serentak untuk menghantar bantuan doa kepada rakyat Mesir yang sedang dibantai teruk oleh rejim.

Solat di depan tandas di Kuala Kangsar.

Posted: 14 Aug 2013 12:27 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
(Dua orang sedang solat di depan tandas di sebuah pusat membelibelah di Kuala Kangsar)


KUALA KANGSAR: Ketika sebuah surau di Tanjung Sedili Johor digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi, di sebuah pusat membeli belah dekat Kuala Kangsar, umat Islam terpaksa solat di perkarangan tandas.

Ini kerana kemudahan surau tidak disediakan oleh pusat membelibelah berkenaan.

Menurut seorang penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, beliau dan rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu,"kata beliau kepada Harakahdaily.

Di sekitar Kuala Lumpur pula, banyak surau di pusat membeli belah dan bangunan komersial dibina di sebelah ruang letak kereta.

Ia menyebabkan ia sangat tidak sesuai serta panas,  seolah-olah diketepikan dari arus kemodenan bangunan yang serba lengkap dan moden itu.

Antara pusat membeli belah yang mempunyai surau di kawasan letak kereta adalah Ampang Park, Sogo dan beberapa pusat belibelah yang kelihatan moden tetapi suraunya terpinggir.

Serangan bermula, lebih 100 pro Morsi terkorban

Posted: 14 Aug 2013 12:23 AM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
(Antara penyokong legitimasi yang terkorban dalam serangan berdarah pagi ini)

MESIR: Kumpulan pro legitimasi yang berhimpun di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr mula digempur tentera sebentar tadi selepas rancangan serangan Sabtu lalu itu ditangguhkan sebelum ini.

Pihak tentera didakwa bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup serta beberapa penembak tepat dilihat menembak dari bangunan sebelah Tiba Mall.

Bunyi tembakan peluru hidup juga tidak putus-putus semenjak jam 7 pagi waktu tempatan.

Gas pemedih mata telah dilepaskan dari empat penjuru iaitu Salah Salem, Tiba Mall, Jalan Nasr dan Jalan Thayran.

Tentera juga dilihat melepaskan gas pemedih mata di pintu masuk Bangunan Pengawal Republik, berhampiran Medan Rabiatul Adawiyah.

(Seorang penyokong Morsi maut terkena peluru hidup yang disasar ke bahagian kepala)

Tentera juga didakwa menggunakan kereta perisai untuk memecah masuk ke kubu penyokong Morsi di Raba'ah dan merobohkan khemah.

Dalam perkembangan terkini, lebih 100 orang penyokong pro Morsi sudah dilaporkan meninggal dunia setakat ini.

Hospital lapangan Raba'ah telah melaporkan tentang kenaikan jumlah korban meningkat seramai 120 orang sehingga kini iaitu selepas 40 minit serangan manakala 1,800 lagi cedera.

Mereka kini memerlukan kenderaan-kenderaan kecemasan dan kenderaan khusus untuk memindahkan orang yang tercedera ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan mereka.

Angka kematian dijangka terus meningkat ekoran masih ramai yang cedera parah yang dihalang untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.


Sementra itu, jurucakap rasmi Ikhwan Muslimin Dr Ahmad Arif menerusi laman facebooknya mengecam tindakan kejam terbaru oleh pihak tentera ini.

"Pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis dan mana-mana roh yang tercerai dari badan hari ini," katanya.

Sementara itu pihak hospital lapangan Medan Raba'ah Adawiyah melaporkan bahawa talian internet di hospital berkenaan telah diputuskan.

Tidak cukup dengan itu, kanister gas pemedih mata turut dilontarkan di hospital tersebut dalam jumlah yang banyak.

Ambulans juga tidak dibenarkan masuk ke Medan Rabiatul Adawiyah. Mangsa-mangsa yang cedera parah bersama luka peluru di dada tidak dapat dikeluarkan dari medan.

Harakahdaily/-

PUM: Boleh alih saf jika tak tepati kiblat

Posted: 13 Aug 2013 11:56 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-
  • Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta agar pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menimbangkan semula cadangan untuk merobohkan surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

  • Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, alasan untuk merobohkan surau tersebut tidak memadai kerana arah saf jemaah di surau tersebut boleh dialih dan disusun semula mengikut arah kiblat yang betul.

    NONEKatanya, MAIJ tidak bertindak melulu sehingga "marahkan nyamuk, kelambu dibakar."

    "Banyak masjid yang dibina kiblatnya tak beberapa tepat, tapi ini bukan alasan kuat untuk merobohkannya. Walau kiblat berubah, kita boleh alihkan saf dan susunan solat ke arah kiblat yang betul.

    "Kami setuju dibetulkan arah kiblat tersebut tapi kami mohon MAIJ timbangkan semula cadangan robohkan, dah sebolehnya tidak robohkan (surau tersebut)," katanya kertika dihubungi Malaysiakini.

    Selain itu, beliau juga berkata, tindakan untuk merobohkan surau tersebut juga dilihat merugikan masyarakat awam serta pekerja beragama Islam yang bekerja di resort tersebut.

    "Jangan melihat dan cari jalan penyelesaian yang bersifat jangka pendek. (Janganlah jika) marahkan nyamuk, bakar kelambu.\
    "Kita minta MAIJ timbang semula cadangan robohkan surau kerana kalau roboh, merugikan umat Islam, termasuk pekerja resort yang Muslim," katanya.
    Katanya, kejadian yang berlaku itu juga memberi satu hikmah kerana memberi pengajaran agar umat Islam menggunakan surau untuk beribadat.
    "Pengajaran yang ada pada umat Islam ialah supaya umat Islam ke surau dan masjid. Jangan yang tidak ke surau atau masjid yang jadi juara isu ini, berdemonstrasi sana sini.
    "Perlu ada program bentuk tarbiyah dan mendidik pekerja dan orang awam supaya sentiasa mendekati masjid dan surau," katanya lagi.

    Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

    Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Seorang wartawan terbunuh, dua cedera gimnasium meletup di Venezuela

Posted: 13 Aug 2013 08:33 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD]

CARACAS: Seorang wartawan terbunuh dan dua lagi mengalami kecederaan selepas kebocoran gas menyebabkan letupan di sebuah gimnasium selepas pertandingan judo berlangsung di bandar perlombongan, Puetro Ordaz.



Menteri Sukan, Alejandra Benitez berkata, letupan itu berlaku petang semalam di sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman ketika pertandingan diadakan.
Kebocoran gas berlaku di dapur gerai terbabit.
Katanya, wartawan Venezuelan Television, Ivette Rebolledo mati ketika dibawa ke hospital manakala mangsa yang cedera ialah kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga salah seorang peserta. - AP

Kampung Kepayang Ipoh bakal dirodok buldozer?

Posted: 13 Aug 2013 07:14 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
DI CELAH kesibukan warga kota Ipoh mencari rezeki, di sebalik ghairah kerajaan dan pemaju membuka taman perumahan dan bandar baru, di situ bersemayam sepi sebuah tanah warisan, kampung tradisi Melayu yang hampir dilupakan, Kampung Kepayang.


Berusia lebih 100 tahun dengan catatan sejarah panjang dan lagenda lampau, kampung ini adalah satu-satunya Kampung Melayu tradisional di tengah kota yang masih bernyawa, hijau dan damai. Di sini juga duduk letaknya sekitar 300 keluarga yang menumpang teduh di atas tanah pusaka warisan nenek moyang mereka.

Mujurlah kampung ini tidak senasib seperti Kampung Paloh dan perkampungan Melayu lain di tengah bandar yang kini hanya terakam dalam sejarah masa dilahap jentolak dan buldozer atas nama pembangunan. Jika nasibnya serupa, maka Kampung Kepayang tidak terkecuali bakal meninggalkan jasa mencatat kelompok demi kelompok keluarga Melayu sebagai statistik yang pernah mendiami bandar Ipoh. Tidak lebih daripada itu.

Keluarga Keturunan Dato' Panglima Kinta, Pasak Kepayang

Perdu rimbun buluh yang meliuk ditiup angin menyambut saya pada hari raya kedua berkunjung ke sini. Perasaan saya tidak lebih seperti pulang berhari raya ke kampung halaman, apa lagi saya tidak pernah merasa pulang ke kampung memandangkan kedua-dua arwah nenek dan datuk saya memang sudah lama berhijrah ke Ipoh.

Hari itu saya mengambil kesempatan memenuhi jemputan teman, Faizal Zainol ke majlis rumah terbuka keluarga besarnya; Himpunan Keluarga Keturunan Dato' Panglima Kinta, Pasak Kepayang. Bagi saya, alangkah bertuah jika dapat saya jejak susur galur keluarga keturunan saya, sebab, baka keturunan ini boleh jadi kebanggaan. Walaupun tidak kenal saudara jauh, tidak pula terus hilang jejak mereka, abah saya pernah khabarkan bahawa keturunan keluarga kami berasal daripada suku Bugis yang merantau ke Tanah Melayu dan turut punya pertalian darah dengan Melayu Deli di Medan. Malangnya kami terputus hubungan dengan saudara mara di seberang sebaik sahaja datuk saudara saya, Pak Su yang menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Suasana Kampung Kepayang hampir tidak berubah berbanding dua tahun lalu ketika saya berada di sini melainkan tersergam sebuah masjid baru yang menggantikan masjid lama berhampiran padang anak-anak bermain bola yang berhadapan dengan tanah perkuburan lama. Tidak pula saya perasan kalau-kalau sudah ada pusat kraftangan atau kompleks sejarah dibina. Selain itu, semuanya tak terusik, biasa sahaja kecuali beberapa rumah penduduk yang baru dicat.

Uniknya, biar pun kampung ini berada di tengah kota Ipoh, menjejakkan kaki ke sini menjanjikan satu suasana kontra. "Kampung ni macam satu kampung dekat Bakelalan, Sabah nu," kata Cikgu Azmi dengan nada seloroh ketika duduk bersembang sambil menjamah kambing bakar.

Cikgu Azmi adalah seorang daripada waris keluarga besar itu. Di suatu ketika tatkala Lembah Kinta masyhur sebagai lubuk perusahaan bijih timah, Dato' Panglima Kinta adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran daerah ini sebelum bertukar tangan kepada penjajah Inggeris.

Saya mengenali Cikgu Azmi ketika saya dan beberapa orang teman, saudara Kyl Mohamad, Ezham Mohd Noh, dan Faizal Zainol melakukan penyelidikan ketika aktif dengan komuniti bebas dua tahun lalu.

Selain Cikgu Azmi, tidak boleh dilupakan ialah Suhaimi Mohd Nazir atau lebih mesra dipanggil Udik. Beliau adalah Setiausaha Persatuan Keturunan Dato' Panglima Kinta Pasak Kepayang. Udik adalah antara orang yang paling banyak memberi maklumat kepada kami mengenai sejarah kampung itu. Begitu juga Ketua Kampung, Kampung Kepayang ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak, Haji Bakri atau lebih dikenali sebagai Pak Wer. Mereka adalah individu yang banyak membantu kajian kami selain ramai lagi responden penduduk kampung dan ahli akademik yang ditemui.

Peri penting survival Kampung Kepayang Ipoh

Kami (komuniti bebas) mengambil Kampung Kepayang sebagai subjek kajian dan penyelidikan memandangkan ia adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang unik kerana berada di tengah bandar dan masih diduduki. Kebetulan, kampung ini juga bukan kawasan asing bagi saya, Kyl dan Faizal. Inilah tempat kami mencari buluh untuk sebarang aktiviti pasukan pengakap kami di zaman sekolah dulu – Pergerakan Pengakap 08 Kinta, Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

Melalui kajian itu, hasilnya kami terbitkan melalui penulisan dan sebuah dokumentari berdurasi 32 minit 32 saat berjudul "Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang". Dokumentari ini merungkai susur galur sejarah Lembah Kinta sebermula abad ke 15 lagi. Ia termasuklah Perang Perak pada 1875 membabitkan Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Dato' Maharaja Lela dan JWW Birch. Turut diselitkan bersama adalah lagenda popular yang diceritakan orang lama di situ secara lisan mengenai lagenda Gunung Mat Sirat dengan mitos Sang Kelembai dan istana raja yang menjadi batu.

"Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang" merupakan sebuah dokumentari mengenai sejarah dan survival sebuah kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Bagaimanapun, melihatkan keadaannya sekarang, saya kurang pasti masih adakah pihak yang prihatin terhadap keberlangsungan survival kampung ini melainkan daripada perkhabaran penduduk, tanah di Kampung Kepayang ini sentiasa diintai pemaju untuk dibangunkan kawasan perumahan dan bandar baru.

Dokumentari mengenai Kampung Kepayang bukan satu lagi projek syok sendiri 'wannabe-wannabe' yang kononnya mahu jadi pembuat filem. Pada 25 November 2011, Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang turut serta dalam Festival Dokumentari Finas bersama 100 penyertaan individu dan syarikat penerbitan perfileman yang lain bertempat di Studio Sound Stage Finas dengan kerjasama Crossing Borders International Forum Pitching Forum dan The 1st Finas Documentary Campus Conference.

Kami tahu, dengan sumber tenaga dan peralatan yang sangat minimum, masakan kami boleh menyaingi pembikin dokumentari berpengalaman dan hebat lain untuk memenangi anugerah. Tetapi, barang diingat, tujuan Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang ini menyertai festival dokumentari ini semata-mata bagi mengetengahkan isu, permasalahan dan sejarah silam yang tidak diketahui orang walhal kampung itu adalah sebuah kampung tertua di Ipoh setaraf dengan kewujudan Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Apa nasib Kampung Kepayang selepas ini?

Sehingga kini nasib dan survival Kampung Kepayang menjadi persoalan besar. Jika kampung ini terus terpinggir atau perlahan demi perlahan lenyap dalam keghairahan pemaju dan kerajaan meneroka bandar dan perumahan baru, warisan hanya akan tinggal nama, seperti mana Penjara Pudu yang menyembah bumi, Stadium Merdeka yang terancam, bangunan lama di Jalan Sultan yang tiada masa depan begitu juga dengan nasib Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menjadi rebutan taukeh dan pelabur.

Dalam hal ini, masyarakat harus ambil kisah. Wakil rakyat harus peduli. Kerajaan harus cakna. Status tradisi dan warisan bukan hak milik mutlak kuih samperit lemang, ketupat mahu pun dodol.

Benar, Kampung Kepayang wajar dikekalkan imejnya dengan wajah kampung warisan. Tetapi, biarlah wajah kampung warisan ini dihargai, diwartakan sebagai kawasan pelancongan bersejarah seperti harumnya nama Pasir Salak dengan kompleks sejarahnya, begitu juga Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey dan beberapa tempat lain.

Kampung Kepayang perlu melalui sebuah modul pembangunan lestari. Industri desa seperti pembuatan makanan tradisi dan kraftangan harus dibangunkan. Kompleks sejarah walaupun kecil perlu dibina. Makam dan kubur lama biarlah bernisan.

Inilah Kampung yang menjadi saksi jatuh bangun Lembah Kinta sebagai hub bijih timah tersohor suatu ketika dulu. Ini juga kampung yang menjadi bukti kemandirian orang Melayu bersama masyarakat daripada suku dan kaum yang lain membangunkan bandar ini.

Bandar Ipoh yang terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah tidak akan sempurna dengan peminggiran Kampung Kepayang. Pohon Ipoh beracun yang ditanam berhadapan city hall tidak cukup kukuh untuk menanggung segala cerita suka duka, sejarah jatuh bangun bandar, kaum buruh, petani dan semua suku masyarakat di bumi Perak ini.

Matahari jam 12 sudah hampir condong dan dalam sejam lagi berlangsungnya sembahyang fardu Jumaat. Elok sahaja lepas puas bersembang dengan Cikgu Azmi dan teman, saya minta diri beransur pulang meninggalkan majlis perhimpunan keluarga besar itu. Rasanya, segala yang dikongsi, elok benar kalau ditulis. Terima kasih buat Faizal dan seluruh kaum kerabat Dato' Panglima Kinta Pasak Kepayang yang menjemput saya. Buat wakil rakyat, jengah-jengahlah bertanya khabar orang di sini. Akhirnya, masih tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Jenayah berleluasa bukti tranformasi Najib gagal

Posted: 13 Aug 2013 07:10 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan kadar jenayah yang berleluasa merupakan bukti kegagalan kerajaan walaupun ia didakwa menjadi keutamaan dalam program tranformasi seperti dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan kerajaan sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berdolak dalik, sebaliknya melakukan segera langkah penyelesaian dan memandang serius kejadian jenayah yang tidak berkesudahan itu.

Katanya, kerajaan harus segera menggerakkan lebih ramai anggota polis di jalanan yang mana kini hanya terdapat 9 peratus daripada 112,583 atau 10,150 pegawai beruniform di Malaysia di bawah Jabatan Siasatan Jenayah.

Beliau berkata, lebih dari 20 orang telah terbunuh dalam peristiwa tembakan sejak April lalu termasuk yang berlaku kepada Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi sehari selepas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak.

"Rakyat ditembak di persimpangan jalan raya yang sibuk, di lampu isyarat dan restoran oleh lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga dua dozen di mana-mana sahaja, di siang hari," ujarnya dipetikRoketkini.

Justeru, katanya kenyataan Najib tahun lalu yang menyatakan Malaysia adalah negara paling selamat di rantau ini, jelas tidak ada kebenarannya.

Statistik polis yang dikeluarkan oleh agensi pembaharuan ekonomi negara, Pemandu, menunjukkan bahawa terdapat 15,098 kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ianya meningkat dari 14,811 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pembunuhan juga meningkat kepada 322 dalam tempoh enam bulan berbanding dengan 291 pada 2011.

Beliau turut mempersoal dari mana datangnya senjata yang digunakan penjenayah yang seolah-olah begitu mudah diperoleh walhal Malaysia mempunyai undang-undang pemilikan senjata yang ketat.

Tambahnya, terdapat sekurang-kurangnya 370,000 senapang yang dimiliki di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 28 juta.

Katanya, Jepun mempunyai penduduk seramai 127 juta dan 710,000 senapang.

Menurutnya lagi, Malaysia mempunyai nisbah satu senjata untuk setiap 78 orang, lebih tinggi dari Vietnam yang mempunyai nisbah 80:1.

"Hanya mereka yang mempunyai lesen saja dibenarkan untuk mempunyai senjata sendiri, sesiapa yang ditangkap memiliki senjata tanpa lesen boleh menghadapi hukuman sehingga 14 tahun penjara dan hukuman mati sekiranya mempunyai peluru hidup.

"Jadi, dari manakah senjata yang digunakan dalam kejadian tembak-menembak baru-baru ini datang?" soal beliau.

Surau Dijangka Diroboh Selepas Siasatan Selesai

Posted: 13 Aug 2013 06:40 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -

JOHOR BARU: Surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang diguna untuk upacara keagamaan bukan Islam dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.
"Surau itu tidak boleh diroboh serta-merta kerana ia merupakan barang kes dan kini berada dalam pengawasan polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini Selasa.
Nooh berkata pihaknya akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 selepas siasatan yang dilakukan pihak polis selesai.
Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bersidang minggu depan untuk membincangkan kes itu berdasarkan kenyataan serta bukti daripada semua pihak terlibat.
Nooh berkata hasil persidangan itu akan dibawa ke peringkat MAINJ dan disembah maklum kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ketua agama sebelum dimaklumkan kepada kerajaan untuk tindakan.
"Tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini ialah masjid dan surau. Sehubungan itu, masjid dan surau tidak dibenar menjalankan aktiviti agama lain selain Islam dan jika terdapat ada aktiviti agama lain maka surau itu boleh diroboh berdasarkan surah At-Taubah ayat 107," katanya.
Sementara itu, Nooh berkata Sultan Ibrahim menitahkan Jabatan Agama Islam Johor supaya mengeluarkan Pekeliling dalam tempoh terdekat untuk menentukan arah kiblat di setiap pusat peranginan dan hotel di negeri ini.
Beliau berkata Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama pihak berkuasa yang mengendalikan kes penyalahgunaan surau di sebuah resort di Kota Tinggi oleh penganut agama lain, di Istana Pasir Pelangi, di sini, Selasa.
"Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya," katanya.
Nooh berkata Sultan Ibrahim turut menggesa siasatan berhubung perkara itu dijalankan segera mengikut undang-undang sedia ada. - BERNAMA

Bertempur....

Posted: 13 Aug 2013 06:22 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD] -


SEBAHAGIAN penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi membaling kerusi ketika berundur daripada gas pemedih mata yang disembur polis bagi menyuraikan pertempuran antara kumpulan itu dengan penentang Morsi, di tengah ibu negara Kaherah, hari ini. Kedua-dua kumpulan bertempur di jalan raya di sekitar Kaherah dengan membaling batu antara satu sama lain ketika ketegangan terus memuncak berikutan penggulingan Morsi. - foto REUTERS

Gempa 6.5 magnitud gegar utara Colombia

Posted: 13 Aug 2013 06:15 PM PDT

7 Syawal 1434 H.

BOGOTA: Gempa kuat berukuran 6.5 magnitud menggegarkan utara Colombia, awal hari ini namun belum ada laporan mengenai kerosakan dan kecederaan.

Rangkaian Seismologi Colombia berkata, gempa berlaku jam 10.43 pagi waktu tempatan di Lautan Pasifik di 99 kilometer dari bandar Nuqui di negeri Antioquia.
Pihak berkuasa Colombia bagaimanapun menolak kemungkinan ancaman tsunami berikutan gempa itu.
Laporan menyebut, gegaran kuat dapat dirasai di Bandaraya Quibdo, ibu negeri Choco, dengan orang ramai melarikan diri ke arah jalan raya.
Gegaran turut dirasai di negeri Quindio dan Tolima. - AFP

Penyokong Morsi, penentang bertempur di Kaherah

Posted: 13 Aug 2013 06:11 PM PDT

7 Syawal 1434 H. [MOD]


KAHERAH: Kumpulan penyokong Presiden yang gulingkan, Mohamed Morsi bertempur dengan kumpulan penentang di sekitar Kaherah awal hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh cedera.

Tembakan dilepaskan ke udara oleh kedua-dua pihak dengan penduduk di kejiranan Giza turut mengganas dengan memecah pintu kedai dan pasar raya yang dimiliki penganut Islam.
Kumpulan pro-Morsi yang berarak kemudian mengambil alih Dataran Nahda, salah satu daripada dua tempat yang kini dikuasai penyokong setia Morsi - dari Faisal Street di Giza penduduk mula berarak.
Selepas kira-kira 30 minit bertempur, penyokong pro-Morsi beredar semula ke Dataran Nahda.
Morsi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang