Sabtu, 10 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Perlawanan Harimau Malaya-Barcelona bertukar ke Stadium Shah Alam ?

Posted: 09 Aug 2013 07:06 PM PDT


3 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Barcelona yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, terpaksa bertukar ke Stadium Shah Alam. 

Menurut sumber, pertukaran saat akhir berlaku berikutan Barcelona tidak berpuas hati dengan keadaan padang yang teruk ketika menjalani latihan di stadium berkenaan malam tadi. 

Sehingga jam 1 pagi tadi, tiada sebarang penjelasan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun penganjur, BSC Soccer (M) Sdn Bhd berhubung perkara itu. 

Sementara itu, rakan penyiar, Astro Arena mengesahkan perkara berkenaan. 

Penonton yang sudah membeli tiket masih boleh menyaksikan perlawanan itu di Stadium Shah Alam, demikian jelas Astro Arena menerusi Facebook rasmi mereka awal pagi ini. BH/-

Polis buru penganggur kes lacur kanak-kanak

Posted: 09 Aug 2013 07:03 PM PDT


3 Syawal 1434 H. [MOD] -

Polis sedang memburu seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan kemudian melacur seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di beberapa buah rumah dan hotel di sekitar Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Negeri, Supt PR Gunarajan berkata Mohd Khairul Azli Isohod, 26, dikehendaki kerana melacurkan kanak-kanak tersebut kepada sembilan lelaki sejak Jun tahun lepas hingga 19 Julai lepas.



Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek beralamat terakhir di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai seorang penagih dadah.



"Dia bertindak melacurkan kanak-kanak itu yang merupakan teman wanitanya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.



"Dia melacurkan kanak-kanak tersebut dengan mengenakan bayaran RM100 tetapi hanya memberi mangsa RM20 untuk belanja.



"Kes terakhir berlaku bulan lepas apabila mangsa dilacurkan kepada seorang lelaki berusia 37 tahun," katanya kepada pemberita di Melaka semalam.



Gunarajan berkata suspek pernah merogol mangsa dan ditahan di Ampang, Selangor pada 5 April tahun lepas namun dia tidak hadir pada hari perbicaraan kes itu pada 24 Jun lepas.



Suspek dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Kuala Lumpur.



Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di Melaka dan polis sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.



"Polis percaya kanak-kanak berkenaan masih berhubung dengan lelaki tersebut dan kita sedang mengumpul maklumat untuk mengesan suspek dan lelaki lain yang terbabit dalam kes berkenaan," katanya.



Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Perdagangan Orang 2007 kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R.Kumares di talian 019-6215585 atau 06-2842222.


Bernama

2 maut pesawat kecil terhempas di Connecticut

Posted: 09 Aug 2013 06:59 PM PDT

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Foto
  • Foto

EAST HAVEN (Connecticut): Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala mangsa ketiga dikhuatiri maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan kejiranan berhampiran sebuah lapangan terbang, di sini, lewat malam tadi.

Pesawat ringan itu terhempas di dua kediaman kecil, beberapa blok dari Lapangan Terbang Tweed New Haven ketika ingin mendarat. 


Pegawai tempatan berkata, sekurang-kurangnya tiga orang hilang termasuk juruterbang dan dua kanak-kanak berusia 1 dan 13 tahun. 


Gabenor Dannel P Malloy berkata, pesawat itu juga mungkin membawa dua penumpang tetapi pegawai masih menyiasat perkara itu. - AP

Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah

Posted: 09 Aug 2013 05:34 PM PDT


3 Syawal 1434 H. [MOD] -
Steven Sim Chee Keong,10 Ogs 2013
JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini.


Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020.



Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.



Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.



Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar.



Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga  2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.



Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM.



1) Menjadikan "melawan jenayah" sebagai fungsi utama PDRM



Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.



Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.



2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas



Bagi mencapai misi "melawan jenayah", maka saya menyarankan semua pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.



Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.



Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).



3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis mengendalikan urusan pejabat



Pada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja pengurusan termasuk kerja pentadbiran.



Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas "core business" PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.



4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)



Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik tetapi berdasarkan prestasi.



Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam terhadap PDRM. - Roketkini.com

Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah?

Posted: 09 Aug 2013 05:32 PM PDT

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.

Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.

Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu.

Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.

Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.

KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya.

Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.

Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?

Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini. Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah.

Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya.

Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.

Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?

Sebagaimana biasanya orang yang melancarkan buku, ia tentunya akan memuji kandungan buku tersebut, apakah kali ini Pak Lah akan menerima pujian yang sama daripada Nurul Izzah atau sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana anak seorang Ketua Pembangkang Malaysia yang juga musuh politik Mahathir akan melontarkan pujian kepadanya pula?

Memandangkan kandungan buku itu turut mengkritik Mahathir, apakah Nurul Izzah juga akan turut mengkritik Mahathir dalam ucapan pelancarannya nanti?

Oleh kerana majlis itu diadakan di Singapura, biasanya liputannya akan tersebar luas seantero dunia dan impaknya kepada Mahathir, Pak Lah serta Anwar tentunya akan menghasilkan kesan yang berganda.

Berbagai persoalan boleh timbul apabila Nurul Izzah disahkan akan melancarkan buku Pak Lah ini. Mungkinkah ia merupakan titik awal percantuman dua entiti sahabat untuk menyerang musuh yang sama?

Sebagaimana Mahathir masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai buku Pak Lah ini, pengesahan bahawa Nurul Izzah pula akan melakukan majlis pelancarannya, ia tentunya akan menyebabkan suhu badan bekas Perdana Menteri paling lama itu turut naik dengan mendadak selepas ini.

Nurul Izzah Bakal Lancar Buku Pak Lah Di Singapura

Posted: 09 Aug 2013 05:26 PM PDT


3 Syawal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju menerima jemputan untuk melancarkan buku oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Singapura pada 30 Ogos ini.
Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'.

Pelancaran buku ini di Malaysia, juga ditetapkan pada bulan ini, yang mana ia akan dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Abdullah, 73, menjadi Perdana Menteri pada 2003-2009.
Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.
Buku ini merupakan himpunan esei dan disunting bersama oleh penganalisis politik Bridget Welsh dan James Chin.

6,000 tunggu duit zakat adik tiri Soeharto

Posted: 09 Aug 2013 05:23 PM PDT

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

BERIBU-RIBU penduduk Yogyakarta memebanjiri kediaman ahli perniagaan terkemuka Indonesia Probo Sutejo untuk mendapatkan bantuan zakat. - AGENSI

YOGYAKARTA - Beribu-ribu penduduk membanjiri kediaman ahli perniagaan terkemuka Indonesia Probo Sutejo di Jalan Polowijan, di sini, baru-baru ini.

Penduduk dari pelbagai kawasan di Yogyakarta itu datang ke rumah Probo untuk mendapatkan duit zakat daripada adik tiri kepada bekas Presiden Soeharto itu.


Seorang penduduk, Kardiyah, 66, berkata, dia berjalan kaki selama kira-kira dua jam dari rumahnya bersama suaminya semata-mata untuk mendapatkan bantuan dana yang tidak diketahui jumlahnya itu.

Tinjauan yang dilakukan oleh Tribunnews juga mendapati beribu-ribu orang beratur di depan rumah Parabo sejak pagi, tetapi masih belum dapat memasuki pintu utama.

Kekecohan hampir tercetus kerana penduduk mula bosan selepas terpaksa menunggu berjam-jam lamanya, tetapi dapat dikawal oleh beberapa anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Seorang kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang zakat itu, Agung berkata, kira-kira 6,000 orang telah berada di dalam kediaman Probo menyebabkan pintu pagar terpaksa ditutup.

"Kediaman Probo telah sesak dan kami terpaksa menutup pintu pagar. Kali ini jumlah penduduk yang datang sangat ramai, tidak seperti tahun sebelumnya," katanya. - AGENSI




Turki seru rakyatnya tinggalkan Lubnan

Posted: 09 Aug 2013 05:20 PM PDT


3 Syawal 1434 H. [MOD] -

ISTANBUL 10 Ogos - Turki menyeru rakyatnya supaya keluar dari Lubnan ekoran kejadian penculikan dua krew pesawat Turkish Airlines oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Beirut.

"Melihatkan kepada situasi semasa, ia adalah penting untuk rakyat kita mengelakkan daripada membuat perjalanan ke Lubnan,'' kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya.

"Kami mencadangkan rakyat yang masih (berada) di Lubnan untuk kembali ke Turki jika mereka boleh, atau jika mereka perlu kekal, mereka perlu mengambil segala langkah-langkah untuk memastikan keselamatan mereka terjamin,'' katanya.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat itu, sekumpulan lelaki bersenjata menculik juruterbang dalam serangan hendap di dalam bas yang membawa anggota krew Airlines Turkish dari lapangan terbang Beirut untuk sebuah hotel. - AFP

Aidilfitri di seluruh dunia disambut meriah

Posted: 09 Aug 2013 05:18 PM PDT

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

penduduk Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di runtuhan Masjid Feroz Shah Kotla berusia lebih 600 tahun di New Delhi, kelmarin. - Reuters

JAKARTA 9 Ogos - Aidilfitri tahun ini disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia, walaupun pergolakan berlaku di beberapa negara Islam, terutama di negara-negara Arab.



Di Jakarta, ibu negara Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, beribu-ribu umat Islam menyambut Aidilfitri, semalam walaupun dalam ketakutan selepas berlaku serangan bom di sebuah kuil pada Ahad lalu.

Dalam serangan tersebut, seorang cedera apabila sebutir bom meletup di kuil Ekayana ketika beratus-ratus penganut Buddha berdoa untuk kesejahteraan penduduk etnik Islam Rohingya di Myanmar.

Keadaan itu mendorong pihak berkuasa Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan dengan mengerahkan lebih 140,000 anggota polis untuk berkawal di ibu negara ini.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ditemani isterinya, Ani Yudhoyono menghadiri solat sunat Aidilfitri di Masjid Istiqlal, di sini semalam.

Sementara itu di Riyadh, Arab Saudi, Aidilfitri disambut meriah dengan sambutan diadakan selama tiga hari berturut-turut dengan 200 pelbagai majlis diadakan di 35 lokasi di bandar raya itu.

Datuk Bandar Riyadh, Abdullah Bin Abdulrahman Al-Muqbil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Putera Khalis Bin Bandar kerana mengetuai majlis tersebut.

Turut diadakan pertunjukan bunga api besar-besaran dengan lebih 10,000 jenis bunga api di tujuh lokasi, 
termasuk di Stadium King Fahd, bermula pada pukul 11.50 malam dan berterusan sehingga lewat pagi.

Kemeriahan Aidilfitri turut dirasai di Bosnia.

Mufti Besar Bosnia, Husein Kavazovic ketika menyampaikan khutbah solat sunat Aidilfitri di masjid Podgorica mengutuk keganasan yang berlaku di Asia Barat.

Beliau melahirkan kesedihan terhadap penderitaan yang dialami oleh penduduk Islam di dunia Arab yang terjebak dengan konflik.

"Sangat memalukan, umat Islam berbunuhan sesama sendiri di Mesir dan Syria. Ini merupakan jenayah dan kami sangat mengutuk keganasan yang berlaku. Penderitaan saudara-saudara kita di negara-negara ini perlu dihentikan," ujarnya.

Sementara itu, di Kosovo umat Islam mengerjakan solat sunat Aidilfitri di Masjid Fatih Sultan Mehmet di Pristina.

Di Croatia, solat sunat Aidilfitri diadakan di Zagreb dan Pusat Islam yang baru di Rijeka.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isteri Michelle dalam satu perutusan semalam mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata, sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam telah memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa, selain menghabiskan masa dengan orang tersayang.

"Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di AS dan di seluruh dunia.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Islam di negara itu sambil menyifatkan perayaan ini sebagai acara untuk bergembira selepas sebulan mereka berpuasa dan melakukan amalan baik.

"Saya sentiasa menggemari kecantikan baju kurung keluarga Melayu termasuk menikmati kuih Hari Raya seperti dodol dan kuih bangkit. Saya harap kamu menikmati perayaan ini bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran daripada semua bangsa dan agama," katanya dalam laman Facebook beliau. - AFP/BERNAMA AGENSI

Penyokong Mursi berarak desak kembalikan kuasa Presiden

Posted: 09 Aug 2013 05:16 PM PDT

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 10 Ogos - Beribu-ribu penyokong Mohammed Mursi mula berarak bagi mendesak pihak tentera mengembalikan jawatan bekas Presiden itu, sewaktu Presiden sementara Mesir memberi amaran akan merobohkan khemah-khemah yang di bina penyokong bekas Presiden itu.

Penyokong Mursi membanjiri jalan-jalan raya di tengah Kaherah dan di bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, selepas solat Jumaat sambil membawa gambar Presiden yang digulingkan tentera, sambil melaungkan kata-kata mengecam rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu.


Di bandar oasis Fayyum di selatan Kaherah, penyokong Mursi bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka, kata pegawai ke selamatan kepada AFP. - AFP



Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Sejam Hari Raya Pertama

Posted: 09 Aug 2013 07:56 AM PDT


2 Syawal 1434 H. [MOD] -

DUNGUN: Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, Khamis.
Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.
Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang Khamis selepas keadaannya makin tenat.
"Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.
Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini.
Beberapa penduduk kampung yang ditemui Bernama menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.
Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.
Katanya mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.
"...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya.
Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam. - BERNAMA

Kejohanan Badminton Dunia: Chong Wei tewaskan pemain Indonesia pada saingan suku akhir

Posted: 09 Aug 2013 07:50 AM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-6, 21-9 pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, sebentar tadi. 

Tiada ulasan:

Nuffnang