Ahad, 28 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


SPRM siasat satu lagi kes mirip NFC?

Posted: 28 Jul 2013 05:33 AM PDT

19 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-

  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kes yang mirip kepada skandal National Feedlot Corporation (NFC).

    Kes ini melibatkan satu projek pembekal makanan yang tidak menjadi, sedangkan dana lebih RM30 juta telah dikeluarkan.

    NONEKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan)
    mengesahkan perkara itu sedang disiasat tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

    Bagaimanapun, Abu Kassim tidak menafikan siasatan ini merupakan rentetan daripada satu kes yang menarik perhatian orang ramai sebelum ini.

    Difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat pihak pengurusan anak syarikat tersebut kerana disyaki telah menipu GLC tersebut dan pihak bank.

    Pada tahun 2011, laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahaw projek NFC yang diberikan dana RM250 juta untuk menyediakan bekalan daging lembu berakhir dengan masalah.

    Sejak tahun lepas, SPRM telah menyiasat dan mendakwa beberapa tokoh korporat terkemuka, termasuk bekas ketua pegawai eksekutif  Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality, Datuk Tan Han Kook dan bekas ketua pegawai  operasinya, Ching Siew Cheong.

Erdogan kecam keras serangan polis Mesir

Posted: 28 Jul 2013 05:28 AM PDT

19 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
http://agendsai.blogspot.com,28 Jul 2013

Terkini!!! Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.

"Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.

Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?

Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.

D imana Eropah? Di mana Amerika? Di mana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Di mana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?

Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…"

Sumber: Islamedia, AlJazeera

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan Syiah

Posted: 28 Jul 2013 01:29 AM PDT

19 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,28 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah, ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Oleh itu, tegasnya PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata," ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata.

Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya.

PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.

PAS juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan.

Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini.

Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah.

Ahli PAS juga diseru tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah. Ingat, semua di bawah payung PAS adalah keluarga ahli PAS yang tidak berbelah-bahagi.

Selangor perluas Jom Shopping perayaan

Posted: 28 Jul 2013 01:23 AM PDT

19 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan memperluaskan pemberian kupon membeli belah bagi Program Jom Shopping sempena perayaan untuk perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, untuk program Jom Shopping untuk Perayaan Aidilfitri, setiap Dun diperuntukkan kira-kira 500 kupon membeli belah itu yang akan diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,500.

Beliau berkata demikian semasa Program Jom Shopping yang diadakan di sebuah pasar raya di Klang, semalam.

Dalam program itu, seramai 300 keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 terpilih untuk menerima kupon Jom Shopping yang bernilai RM100, lapor Selangorku

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan seramai 28,000 rakyat Selangor yang kurang kemampuan bakal menerima kupon beli belah bernilai RM100 di bawah Program Jom Shopping sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi program itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta bagi menjayakan usaha tersebut.

136 penyokong Morsi maut

Posted: 27 Jul 2013 08:55 PM PDT

19 Ramadhan 1434 H. [MOD]

Anggota keselamatan gempur penunjuk perasaan pro Ikhwan
Kaherah: Sekurang-kurangnya 136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut ditembak anggota keselamatan Mesir semalam, dakwa Ikhwanul Muslimin.

Jurucakapnya, Gehad El-Haddad berkata, tembakan mula kedengaran sejurus sebelum solat Subuh di kawasan penyokong Morsi melakukan bantahan.
"Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh," dakwa Haddad yang percaya angka kematian mungkin lebih tinggi.
Aktivis membawa mangsa kena tembakan ke pusat rawatan sementara.
Ada yang diletak dalam pengusung atau ditarik dengan selimut.
Seorang remaja dilihat terbaring dengan kesan tembakan di kepalanya. Televisyen Al Jazeera melaporkan, 120 terbunuh dan 4,500 lagi cedera.
Lepaskan gas pemedih mata
Haddad berkata, anggota polis melepaskan gas pemedih mata berulang kali selepas 3 pagi waktu tempatan ke arah penunjuk perasaan yang berada di sekitar Rabaa al-Adawia yang menjadi laluan utama ke Jambatan 6 Oktober.
"Peluru menghujani penunjuk perasaan. Polis berpakaian seragam gelap melepaskan tembakan manakala penembak tepat menembak dari bangunan dan jambatan berdekatan, katanya lagi.
Menteri Dalam Negeri pilihan tentera, Mohamed Ibrahim berkata protes penyokong Morsi akan ditamatkan mengikut peraturan.
Keganasan terburuk berlaku di kota kedua Mesir, Iskandariah selepas ada penyokong Ikhwan disekat keluar masjid oleh 'samseng.'
Wartawan di Rabaa al-Adawia melaporkan, tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas keganasan meletus.
Pegawai yang mentadbir rumah mayat Ikhwan, Dr Ibtisam Zein berkata kebanyakan yang mati kena tembakan di kepala dan di celah mata.
Penunjuk perasaan bersurai
Ahli politik kanan Ikhwan, Saad el-Hosseini pula berkata anggota keselamatan mahu semua penunjuk perasaan bersurai.
"Saya cuba meminta orang muda supaya bersurai selama lima jam tetapi gagal.
"Penunjuk perasaan enggan berundur," katanya lagi.
Haddad menekankan, Ikhwanul Muslimin komited kepada usaha mencari keamanan meskipun ramai maut.
Tindakan anggota keselamatan menembak penunjuk perasaan adalah yang kedua bulan ini menyebabkan ramai maut, kali pertama 8 Julai lalu menyebabkan 53 orang terbunuh.
Pihak berkuasa belum menjelaskan mengapa keganasan terbaru meletus sejak Morsi digulingkan dan akan dikenakan tuduhan jenayah termasuk membunuh. - REUTERS

Tiada ulasan:

Nuffnang