Selasa, 16 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


MP dakwa pembekal dakwat rapat dengan SPR

Posted: 16 Jul 2013 03:07 AM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli  hari ini mendedahkan nama syarikat yang didakwa sebagai pembekal bagi dakwat kekal untuk kegunaan semasa pilihan raya umum 5 Mei.

Rafizi dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini turut menyebut nama individu yang didakwa sebagai pemilik syarikat terbabit serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.
Beliau juga mendakwa, pemilik syarikat tersebut mempunyai syarikat lain yang juga telah mendapat kontrak lain secara rundingan terus dengan kerajaan.

Rafizi mendakwa beliau mengetahui demikian dari "maklumat dalaman oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)".

"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

"Sebab itu saya faham kenapa Kinabatangan (Bung Mokhtar Radin) tak ada (kontrak). Saya faham kenapa Kinabatangan merungut semalam," kata Rafizi. 

Pengarah strategi PKR itu seterusnya berkata, kaedah rundingan terus tanpa kontrak terbuka itu merupakan antara satu perkara yang menyebabkan peningkatan jumlah belanjawan saban tahun.

"Kalau tanpa kontrak yang terbuka dan apabila rundingan dibuat secara terus, tentu kosnya tinggi dan tak tertakluk pada harga pasaran.

"Bukan sahaja kos tinggi tetapi banyak keadaan apabila mutu perkhidmatan dan barangan yang didapat itu tidaklah memuaskan dan merugikan wang rakyat," katanya.

Beliau seterusnya mengaitkan peruntukan sebanyak RM400 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada SPR untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13.

"Contoh paling baik yang tersenarai dalam senarai belanja yang diminta untuk diluluskan kali ini adalah mengenai rundingan terus perbekalan barang-barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal (kepada SPR).

"Sehingga hari ini, kita masih tunggu jawapan SPR siapa sebenar pembekal dakwat kekal. Bukan sahaja mahal tapi tak boleh pakai.

"Oleh SPR dan Menteri tak bersedia terus terangkan maka saya mohon menteri dalam sesi pergulungan mengesahkan maklumat mengenai pembekal dakwat kekal yang telah dimaklumkan dan disiasat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada 26 Jun lalu menyatakan bahawa kos untuk penggunaan dakwat kekal itu berjumlah RM6.9 juta.

Malaysiakini akan mendapatkan reaksi syarikat dan individu terbabit sebelum menyiarkan nama tersebut.

Malaysiakini/-

Bas rempuh treler

Posted: 16 Jul 2013 02:52 AM PDT

Bas rempuh treler
7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BENTONG – Seramai 14 penumpang bas berdepan detik cemas apabila bas henti-henti dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler membawa muatan kelapa sawit.

Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, dekat sini, kira-kira jam 9.35 pagi semalam.



Akibat kejadian itu, dua penumpang dilaporkan parah dan tiga lagi cedera ringan kini dirawat di Hospital Bentong.



Seorang penumpang dikenali sebagai Muhammadin, 24, berkata, dia bersama rakan, Hendra, 21, menaiki bas itu di Hentian Pekeliling, kira-kira jam 9 pagi untuk ke Temerloh.



Katanya, mereka berdua duduk di tempat duduk bernombor lima dan enam.



"Semasa kejadian, saya tidak tidur dan sempat mendengar jeritan pemandu sebelum bas merempuh belakang lori. "Pemandu bas menjerit kalimah ALLAH beberapa kali dan meminta penumpang terutama di bahagian hadapan menyelamatkan diri," katanya.



Muhammadin berkata, dia bingkas bangun dan melarikan diri ke bahagian belakang bas. Katanya, keadaan pada masa itu agak kelam-kabut, manakala bahagian hadapan bas rosak teruk.



Tidak sedar apa berlaku



Hendra pula berkata, dia tidak sedar apa yang berlaku semasa kejadian dan hanya sedar apabila Muhammadin bersama penumpang lain membantunya keluar dari bas.



"Kejadian berlaku begitu pantas, saya memang tidak sedar. Tengok-tengok bas sudah remuk di bahagian hadapan.



"Namun saya bersyukur kerana tiada kecederaan serius akibat kejadian tersebut," katanya.



Siti Salwa Omar, 24, pula berkata, dia yang duduk di belakang pemandu, tidur sepanjang perjalanan kerana kepenatan baru pulang daripada kerja sebagai pembantu di bahagian farmasi.



"Saya terjaga apabila mendengar bunyi bising dan nampak bas merempuh belakang lori. Saya tercampak ke hadapan, namun bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan berat.



"Memang saya kerap menaiki bas sama untuk pulang ke kampung di Lanchang, namun tidak sangka kali ini berdepan kejadian sebegitu," katanya.



Kesesakan 1.3 kilometer



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, treler membawa muatan kelapa sawit sedang bergerak perlahan menuruni bukit.



Katanya, berdasarkan siasatan awal, bas dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai cuba memotong treler, bagaimanapun pada masa sama ada sebuah Kancil juga cuba memotong treler tersebut.



"Pemandu bas dipercayai bertindak masuk semula ke laluan perlahan dan kemudian melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler.



"Akibat kemalangan itu, laluan kontra terpaksa dibuka bermula dari Kilometer 42 hingga Kilometer 43 bermula jam 10 pagi bagi kerja-kerja mengalihkan kenderaan," katanya.



Mohamad Mansor berkata, kesesakan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan berlaku sepanjang 1.3 kilometer. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sinar/-

Kereta ‘terbang’ masuk kebun

Posted: 16 Jul 2013 02:21 AM PDT

Kereta 'terbang' masuk kebun
7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -




Keadaan kereta yang terbang melintasi parit selebar hampir dua meter di hadapan Masjid Batu 7, Kuala Kurau, semalam.
KUALA KURAU - Jemaah yang ingin menunaikan solat terawih gempar apabila menyaksikan sebuah kereta 'terbang' sebelum merempuh kebun pisang terletak berhadapan Masjid Batu Tujuh, di sini, malam kelmarin.
Saksi kejadian, Osman Mat Yeop, 26, berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam, dia sedang mengambil wuduk untuk menyertai solat terawih sebelum terdengar bunyi geseran tayar kenderaan yang terbabas di hadapan masjid.


Menurutnya, dia segera meninjau keadaan hadapan masjid dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau 'terbang' melintasi sebuah longkang konkrit, sebelum terbabas di dalam kebun pisang itu.


"Apabila melihat sahaja kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.


"Mujur pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan orang ramai serta beberapa jemaah," katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, malam kelmarin.


Osman berkata, sebelum dikejarkan ke hospital, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memaklumkan punca kenderaannya terbebas kerana cuba mengelakkan dari melanggar seekor binatang yang tidak dikenal pasti.


Jelasnya, sebelum ini terdapat beberapa kemalangan berlaku di lokasi sama dan  berpunca daripada keadaan jalan raya yang gelap.


"Beberapa bulan lalu, beberapa kemalangan kecil berlaku di sini dan ada juga kereta yang terhumban ke dalam longkang konkrit yang baru siap dibina.


"Saya berharap supaya pihak berkenaan dapat menambah bilangan lampu jalan di sekitar kawasan ini dan keadaan itu mungkin akan bertambah buruk jika tiada tindakan drastik diambil," katanya.
sinar/-

Terjerat cubaan kedua

Posted: 16 Jul 2013 02:07 AM PDT

Foto
7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


GEORGETOWN: Tindakan bodoh dua remaja yang datang kembali untuk melakukan kegiatan pecah mesin wang pengeluaran automatik (ATM) dalam kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) mengundang padah apabila mereka ditahan polis, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua remaja masing-masing berusia 14 dan 19 tahun itu berjaya dikesan selepas mereka didapati berlegar-legar di kawasan terbabit dalam keadaan mencurigakan. 

Difahamkan, mereka yang tinggal di flet di Sungai Dua yang juga berhampiran dengan kawasan USM itu tidak berpuas hati kerana hanya memperoleh wang syiling dalam mesin minuman yang dipecah mereka semalam. 


Berikutan itu, mereka datang semula ke lokasi kejadian dengan harapan dapat memecah mesin ATM dan wang itu dipercayai digunakan untuk perbelanjaan mereka membeli baju raya.

AGENSI pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecah pada cubaan pertama semalam. FOTO Michael Ong


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mengesahkan penahanan dua suspek terbabit.



Polis tidak menolak kemungkinan ada lagi beberapa remaja yang turut terbabit melakukan kegiatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 



Polis turut merampas besi pencungkil.


metro/-

Tentera musnahkan 3 terowong hubungkan Mesir-Gaza

Posted: 16 Jul 2013 01:46 AM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

(Antara terowong bawah tanag Mesir-Gaza yang didakwa telah dimusnahkan)


MESIR: Sekurang-kurangnya tiga terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza dilaporkan dimusnahkan oleh tentera sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi hampir dua minggu lalu.


Menurut agensi berita Anadolu, tentera tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, namun ianya telah disahkan oleh seorang pegawai keselamatan di Rafah.

"Lebih terowong akan dimusnahkan untuk menghentikan ancaman penyeludupan yang semakin meningkat," kata pegawai itu.



Terowong bawah tanah merupakan laluan komersil utama anatara Gaza dengan Mesir yang digunakan untuk membawa bahan makanan, bahan api dan bahan binaan ke Gaza.



Ianya juga adalah talian hayat untuk rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2006.


harakah/-

Guna kaedah efektif atasi hakisan pantai

Posted: 16 Jul 2013 01:33 AM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyelesaikan masalah hakisan pantai di Pantai Timur dengan menggunakan kaedah yang lebih efektif walaupun kos lebih tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kaedah penambakan batu di kawasan pantai yang mengalami hakisan iaitu Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Ketapang di Kuala Terenganu dilihat tidak menyelesaikan masalah walaupun menelan kos RM81 juta.



Beliau juga berkata, kaedah penambakan batu menghilangkan keaslian pantai yang merupakan tumpuan orang rama termasuk pelancong dari luar negara.



Sebaliknya katanya, kaedah penambakan pasir lebih berkesan seperti yang dilakukan di Pantai Miami, Australia.



"Sejauh mana kerajaan serius menangani isu ini kerana ia melibatkan hakisan pantai yang menjadi tumpuan ramai.



"Penggunaan tambak batu sebagai cara menangani hakisan menyebabkan pantai pelancongan tiada nilai, hilang keaslian pantai, contoh pantai yang menggunakan kaedah ini ialah Pantai Teluk Ketapang yang bersebelahan lapangan terbang Kuala Terengganu. 



"Ada penyelesaian mudah dan murah seperti yang dilakukan negara besar seperti Pantai Miami di Australia yang menggunakan pasir untuk mengatasi hakisan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar atas)



Katanya lagi, walaupun kos menggunakan pasir lebih tinggi namun ia memberikan penyelesaian jangka panjang.



Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaary berkata, kawalan hakisan di Thailand lebih baik berbanding di Malaysia.



Katanya, hakisan di Sungai Golok Kelantan sangat membimbangkan terutamanya ketika banir besar pada musim tengkujuh.



"Pada musim tengkujuh sangat menggusarkan kerana banjir menyebabkan hakisan melanda Kelantan dan menyebabkan kerosakan awam dan harta benda.



"Nampak kerajaan tak serius menangani hal ini kerana mengikut kajian, tebatan banjir atau struktur kawalan banjir tidak mengambil kira faktor yang merupakan 85 peratus punca hakisan," katanya.



Terdahulu, beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.


harakah/-

Peluru lawan parang

Posted: 16 Jul 2013 01:31 AM PDT

Foto
7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kampar: "Ayah berlindung di sebalik pintu dan adik pula berdiri di belakangnya. Apabila pencuri itu cuba menghidupkan enjin Toyota Hilux milik ayah, ayah terus melibas parang ke arahnya, tapi tidak mengena.

"Berang dengan tindakan ayah, seorang lagi penjenayah mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan ke perut ayah. Peluru dipercayai tembus dan kena pula paha kanan adik."

Demikian kata Aizzat Zahari, 18, ketika menceritakan kejadian ayahnya, Zahari Din, 51, dan adiknya, Zaharith Aiman, 13, cedera ditembak seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun rumah mereka di Taman Sejahtera, di sini, malam kelmarin.


Aizzat berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika bapa dan adiknya baru selesai berbuka puasa dan bersiap untuk menunaikan solat Isyak serta Tarawih, manakala ibunya berada di ruang tamu menghantar SMS.

RUMAH mangsa yang disamun tiga lelaki, kelmarin.


Menurutnya, ketika itu dia tidak berada bersama mereka kerana kerana berbuka puasa bersama rakan di Ipoh.

sinar/-

Tahlil di lebuh raya

Posted: 16 Jul 2013 01:06 AM PDT

Foto
7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Alor Gajah: "Saya sebak melihat Muhamad Suaidi menggelupur di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah lalu membisikkan kalimah syahadah ke telinganya sebelum dia mendengus panjang. Tidak lama kemudian dia terus senyap," kata Mohd Siddiq Al Hakim Jamat, 19, sahabat baik kepada Muhamad Suaidi Hasan, 19, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 203.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, Muhamad Suaidi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke ibu kota sebelum motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.

Selain Mohd Siddiq, turut berkonvoi bersama mangsa adalah tiga lagi rakannya iaitu, Hafizan Hatta, 19, Mohd Samian Zamri, 19, dan Mohd Amirudin Najikin, 20. Mereka dari Pagoh, Johor menghala ke Kuala Lumpur.


Menurut Mohd Siddiq, dia yang menunggang tidak jauh di belakang mangsa terkejut sebaik saja terdengar dentuman sebelum menyedari Muhamad Suaidi terbabit kemalangan.

MOTOSIKAL mangsa terperosok ke bawah pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.


"Saya lihat motosikal arwah terperosok di belakang sebuah pacuan empat roda manakala arwah tertiarap di atas jalan.
metro/-

Mahkamah tolak petisyen PKR Machang

Posted: 16 Jul 2013 12:23 AM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu hari ini menolak petisyen yang difailkan PKR bagi membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen Machang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.
Hakim Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos, berkata pihak pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada PRU13 lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi. Petisyen itu difailkan Wan Zawawi.

Zamani menjelaskan kegagalan utama pihak pempetisyen dalam kaedah itu ialah notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain dan satu lagi alasan adalah hujahan yang tidak menepati kaedah yang sama.

Pada Rabu lalu, peguam mewakili BN Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Machang iaitu R Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor.

Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Zamani kemudian membenarkan bantahan Mohd Hafarizam itu. Pada prosiding hari ini, Mohd Hafarizam turut membawa perhatian Zamani mengenai tindakan Latheefa Koya yang mempertikaikan keputusan hakim pada prosiding lepas melalui Twitter yang disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Namun, Zamani berkata beliau tidak mahu membabitkan dirinya dalam perkara berkenaan dan perkara itu sepatutnya dibawa kepada Majlis Peguam.

"Bagi saya Majlis Peguam yang perlu menasihatkan  peguam dan saya tidak mahu terbabit dalam tindakan berbentuk politik dan segala keputusan saya adalah telus," katanya.

Pada Rabu lalu, Zamani menolak petisyen PAS bagi Dewan Undangan Negeri Selising yang dimenangi BN.
DUN Selising dimenangi calon BN, Zulkifle Ali yang menewaskan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Bagaimanapun pada prosiding itu, Zamani menolak bantahan awal yang difailkan oleh defendan iaitu daripada PAS bagi membatalkan petisyen Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN dan menetapkan tarikh untuk perbicaraan bagi kesemua petisyen berkenaan.

Selain Mohd Hafarizam, peguam lain yang mewakili BN pada petisyen itu ialah Abu Bakar As-Siddiq, Nor Azli Ahamed, Mohd Ilias Mohd Noor dan Raihanah Ashriqin Ariffin.

PKR pula diwakili Hisham Fauzi manakala Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga. - Bernama, 16 Julai, 2013.

TMI/-

22 orang cedera dalam keganasan terbaharu di Mesir

Posted: 15 Jul 2013 10:25 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 16 Julai - Polis Mesir dan penunjuk perasaan bertempur di sini, awal hari ini selepas tercetusnya pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi ketika kedua-duanya cuba menyekat laluan utama menyeberangi sungai Nil.

Agensi berita MENA melaporkan, sekurang-kurangnya 22 orang cedera dalam keganasan yang bermula sejak pukul 9 malam tadi (3 pagi tadi waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga awal hari ini.

Sekumpulan pemuda lelaki yang memakai penutup mulut untuk mengelak daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis, bertindak balas dengan membaling batu ke arah polis sambil mengucapkan slogan pro-Musri serta anti-tentera.

Helikopter tentera turut berterbangan di ruang udara di kawasan kejadian di tengah Kaherah dan beberapa van polis turut dihantar untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - REUTERS

Tentera beku akaun pimpinan Ikhwan Muslimin

Posted: 15 Jul 2013 09:32 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MESIR: Selepas mengeluarkan waran tangkap dan memburu pimpinan Ikhwanul Muslimin, pihak tentera Mesir terus membuat tekanan dengan membekukan akaun mereka pula.

Semalam, Pejabat Peguam Negara Mesir mengeluarkan arahan kepada Bursa Saham Mesir agar membekukan pemilikan saham dan syarikat 14 orang pemimpin Ikhwan Muslimin.

Antara yang menjadi mangsa tindakan terbaru tentera ini termasuk Mursyidul Am Dr.Mohammed Badi'e, Naib Mursyidul Am Mahmud Izzat, Khairat Shatir, Rasyad Bayoumi, Presiden FJP Dr. Saad Katatni dan Naib Presiden Parti Wasat Esom Sultan.

Khairat Shatir, ahli perniagaan yang memiliki banyak syarikat perniagaan pernah beberapa tahun merengkuk dalam penjara di bawah rejim Mubarak bahkan syarikat miliknya diarah tutup.

Pernah tahun 1992 beliau membeli beberapa ekar tanah di bandar 6 Oktober untuk membina sebuah kilang komputer tetapi malangnya tanah dirampas, syarikat beliau disita dan beliau sendiri dihadapkan ke mahkamah tentera.

Difahamkan tindakan tersebut dibuat ekoran sisatan dijalankan pendawa raya terhadap dakwaan ke atas bekas Presiden Muhammad Morsi yang dijatuhkan melalui rampasan kuasa.

Polis gempur penyokong Morsi di Ramsis

Posted: 15 Jul 2013 09:27 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
(Penyokong Morsi dari Dataran Raba'ah mara ke dataran Ramsis melalui Jambatan 6 Oktober selepas mendengar berita rakan mereka digempur polis Mesir)

MESIR: Para penyokong Presiden sah Dr Muhammad Morsi yang mengadakan himpunan besar besaran dibeberapa kawasan di Kaherah semalam sekali lagi menerima 'layanan istimewa' pihak polis Mesir.

Malam tadi, polis mensasarkan himpunan di Dataran Ramsis dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah lebih 100,000 penyokong Morsi yang sedang menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath dan kawasan sekitarnya.

Menurut beberapa laporan menyebut, tembakan gas juga turut masuk ke ruang solat di dalam masjid.


Pasukan polis yang dikenal pasti dari unit "Amn Markazi" didakwa bergerak dari Jambatan 6 Oktober waktu Isyak menuju ke Dataran Ramsis sebelum melepaskan gas pemedih mata kepada peserta himpunan yang bersolat terawih.


Ekoran tindakan polis itu, jutaan peserta yang berada di Dataran Raba'ah bertindak mara ke Dataran Ramsis bagi membantu rakan-rakan mereka yang digempur pihak polis.

Serangan ke atas penyokong Morsi ketika sedang bersolat ini merupaka kali ketiga dilakukan pihak polis dan tentera sejak rampasan kuasa lebih seminggu lalu.

Sebelum ini serangan serupa berlaku ketika penyokong Morsi sedang menunaikan solat Asar di bandar Arish, Sinai, dan satu lagi ketika sedang menunaikan Subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik, Kaherah yang menyaksikan puluhan penyokong Morsi terbunuh.

NASA kesan bulan baru mengelilingi Neptun

Posted: 15 Jul 2013 08:32 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H.



WASHINGTON: Satu bulan baru dikesan mengelilingi planet Neptun, menjadikan ia bulan ke-14 dikenalpasti mengorbit planet terbabit, demikian menurut agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA.


NASA berkata, berdasarkan pemerhatian teleskop Angkasa Hubble, bulan itu adalah yang paling kecil mengelilingi Neptun dan berukuran kira-kira 19 kilometer keseluruhan.
Neptun adalah planet paling jauh dari Matahari. NASA berkata, bulan itu diberi nama S/2004 N1 dan kira-kira 100 juta kali lebih malap daripada bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. - AFP

PAS yakin dapat MB jika situasi 16:16 di T'ganu

Posted: 15 Jul 2013 06:44 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -





Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika Dewan Undangan Negeri (DUN) mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Katanya, jika itu berlaku, PAS akan dapat menyelesaikan masalah tanah di negeri Pantai Timur itu.



"Jika kita dapat capai 16:16, Insya-Allah jika ia benar-benar berlaku, PAS akan menjadi menteri besar dan menyelesaikan masalah tanah di negeri ini," katanya dalam ceramah di Seberang Barat Luar, Kuala Besut malam tadi.

Menurut bekas anggota Parlimen Kubang Kerian itu, PAS ketika memimpin Terengganu pada 1999 berjaya menyelesaikan 75 peratus masalah itu.

BN sekarang mempunyai penguasaan 17 kerusi DUN di Terengganu manakala Pakatan pula 15 kerusi.

Jika PAS berjaya merampas kerusi itu, jumlah kedua-dua pihak akan sama banyak, yang kemungkinan besar mewujudkan keadaan DUN 'tergantung'.

Pakar undang-undang berpendapat, jika itu berlaku, ia bergantung kepada sultan Terengganu untuk menentukan menteri besar atau membubarkan DUN supaya pilihan raya semula dapat dilangsungkan.

'Bayangkan PAS tak masuk pilihan raya'

Sementara itu, Salahuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan terus mengambil bahagian dalam proses pilihan raya walaupun berhadapan situasi padang tidak sama rata.

NONEKatanya, ia "sumbangan besar demi negara" daripada aspek keselamatan negara kerana mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah lagi negara Amerika Latin yang rakyatnya menggulingkan kerajaan bukan melalui proses pilihan raya.

"Pasukan keselamatan patut berterima kasih kepada PAS...

"Boleh kamu bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya PAS memutuskan tidak mengambil bahagian dalam proses pilihan raya," katanya sambil menambah parti itu mempunyai 1.3 juga anggota di seluruh negara.
Malaysiakini/-

Mat Sabu: Nak ubah Najib, pangkah Che Long

Posted: 15 Jul 2013 06:42 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemilih di Kuala Besut patut mengundi calon PAS Azlan Yusof dalam pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.


Mohamad mendakwa, antara isu yang menjadi perbualan, termasuk di kalangan pemimpin kanan Umno Terengganu, berhubung pelantikan ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji awal bulan ini.


NONE"Orang Umno ini, kalau benda yang tak boleh bercakap, dia beritahu Abang Matlah (Mohamad)," kata Mohamad (kiri) dalam ceramah di Seberang Luar, malam tadi, tanpa mendedahkan identiti pemimpin yang dimaksudkannya itu.

"Dia (pemimpin Umno negeri) kata, tolong beritahu orang Besut, menangkan (PAS di) Kuala Besut, ajar sikit Najib (kerana) lantik orang yang tidak berupaya untuk menjadi pemimpin Tabung Haji."

Berkuatkuasa 1 Julai, Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011 secara rasmi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan perbadanan itu sejak Ogos 2007.

Menurut perbadanan itu, pelantikan Abdul Azeez itu diyakini mampu meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rungutan itu disalurkan padanya ekoran masih ada pegawai atau bekas pegawai kerajaan yang berupaya dan mampu bekerja lebih baik berbanding Abdul Azeez

"Kata mereka, nak ubah pemikiran Najib ini, menangkan (calon PAS di) DUN Kuala Besut ini dan menangkan Che Long (Azlan), pada 24 Julai ini," katanya Mohamad

Azlan berdepan, 48, seorang ahli perniagaan berdepan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dalam pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini.

Kekosongan kerusi DUN yang mempunyai 17,683 pengundi berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Sebagai kawasan majoriti Melayu, isu-isu yang dekat dengan hati umat Islam, seperti yang berkaitan Tabung Haji dilihat antara strategi PAS untuk merampas kerusi kubu kuat BN itu. 

Malaysiakini/-

Apa sudah jadi ? : Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR

Posted: 15 Jul 2013 06:31 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.

"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.

mstar.com.my/

Selepas SKMM, Polis Pula Soal Siasat Pasangan Persenda Ramadan

Posted: 15 Jul 2013 06:21 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

Pasangan yang mempersendakan Bulan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee, diiringi Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas hadir di Pejabat Penguatkuasa Seruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak jam 10:45 pagi Isnin bagi memberi keterangan kerana mempersendakan bulan Ramadan dengan membuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia khususnya umat Islam di laman facebook mereka di Kuala Lumpur pada Isnin.-FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas disoal siasat lebih sembilan jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kini disoal siasat oleh pihak polis.
Dua pegawai penyiasat polis tiba di bangunan SKMM pada pukul 9 malam untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

Mereka dijangka akan disoal siasat selama dua jam oleh pihak polis.

Petugas media yang berkumpul menjangkakan pasangan berkenaan akan meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 8 malam bagaimanapun, hanya sesekali kelibat mereka dilihat masuk ke tandas.

Pada kira-kira pukul 9.30 malam, pasangan berkenaan diiringi dengan dua anggota polis dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

"Kami telah memohon maaf di Twitter. Kami sangat ikhlas," kata Tan ketika mereka bergerak ke arah kereta.

Khamis lalu, Avlin dan Vivian memuat naik gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Hina Islam, kanak-kanak Kristian dipenjara seumur hidup

Posted: 15 Jul 2013 06:14 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

ISLAMABAD 16 Julai - Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.


Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).

Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.

Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA

Tentera Congo dan pemberontak bertempur, 130 maut

Posted: 15 Jul 2013 06:11 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KINSHASA 16 Julai - Sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh, termasuk 10 askar, apabila pertempuran sengit antara tentera kerajaan Republik Demokratik Congo dan kumpulan pemberontak berlarutan di timur negara ini sejak kelmarin.
Jurucakap kerajaan, Lambert Mende berkata, sebanyak 12 pemberontak turut ditawan dalam pertempuran dengan pemberontak M23 yang meletus di wilayah Kivu Utara.

Seramai 120 pemberontak berjaya dibunuh, namun 10 tentera kerajaan juga maut dalam pertempuran terbabit.

Malah tentera Congo berjaya menawan semula kedudukan yang dikuasai pemberontak sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun jelasnya tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berada di wilayah sama tidak campur tangan dalam pertempuran kedua-dua pihak itu.
Kira-kira 2,000 askar kerajaan dilapor dikerah untuk berjuang memerangi pemberontak, namun Mende enggan mengesahkan jumlah tersebut.

Selain itu, kira-kira 3,000 tentera pengaman PBB yang dilengkapi senjata berat turut dikerah ke wilayah berkenaan tetapi hanya untuk melindungi orang awam dan diri mereka sahaja. - AFP

467 kes bunuh diri pada 2012

Posted: 15 Jul 2013 06:04 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SINGAPURA 16 Julai - Laporan kumpulan kebajikan di sini semalam menunjukkan sebanyak 467 kes bunuh diri berlaku pada tahun lalu, menjadikan ia jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan.


Pertubuhan Samaritan Singapura (SOS) dalam kenyataannya berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011 dan golongan belia berusia antara 20 hingga 29 tahun merupakan kumpulan paling banyak membunuh diri dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 80 peratus.
�Kebiasaannya golongan belia tertekan dengan kehidupan mereka dan konflik perhubungan, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.
�Selain itu, masalah pengangguran, tekanan dengan bebanan kerja dan pelajaran, kehidupan berkeluarga dan faktor kesunyian antara punca peningkatan kes terbabit," jelas kumpulan tersebut. - AFP

Gempa 7.3 magnitud gegar pesisir pantai Antartika

Posted: 15 Jul 2013 05:58 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

BUENOS AIRES: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Ritcher melandar pesisir luar pantai Antartika, mengakibatkan ombak besar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
 "Pada jam 11.03 malam (waktu tempatan), stesen seismologi mengesan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di kawasan berhampiran pantai, dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Antartika Argentina hari ini.


Gempa itu juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan sambil menambah, tiada laporan kerosakan atau kecederaan di tempat lain di Semenanjung Antartika. - AFP

37 disahkan mati nahas kereta api di Montreal

Posted: 15 Jul 2013 05:55 PM PDT

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

MONTREAL (Quebec): Dua lagi mayat ditemui hari ini di pusat bandar Lac-Megantic, di sini apabila sebuah kereta api tangki minyak tergelincir dan meletup, menjadikan jumlah mayat yang ditemui kepada 37 daripada 50 yang dipercayai mati.

 Kereta api berkenaan yang membawa 72 tangki sarat dengan minyak mentah, tergelincir pada awal pagi 6 Julai lalu di Lac-Megantic, sebuah bandar berhampiran sempadan Kanada-Amerika Syarikat.

Api yang marak menyebabkan trafik di beberapa jalan di pusat bandar terganggu. 

Menurut pengurusan kereta api, punca nahas disebabkan oleh kegagalan sistem brek. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang