Isnin, 27 Mei 2013

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Bayi usia 4 hari meninggal

Posted: 27 May 2013 08:17 PM PDT


Seng Chye bersama Nie Ching menunjukkan laporan kesihatan kembar keduanya yang disediakan pihak hospital.

KULAIJAYA –
Penantian sepasang suami isteri menyambut kelahiran cahaya mata kembar bertukar hiba apabila salah seorang bayi mereka meninggal dunia selepas empat hari dilahirkan di salah sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Bapa kepada bayi terbabit, Gan Seng Chye, 47, berkata, anak lelaki kembarnya itu berjaya dilahirkan dengan selamat meskipun isterinya, Chee Lai Keen, 32, melahirkan bayi mereka lebih awal iaitu ketika kandungan berusia 35 minggu.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital didakwa melakukan kecuaian sekali gus dipercayai menjadi penyebab kematian seorang daripada anak kembarnya yang ketika itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kedua-dua bayi saya dilahirkan dengan berat kira-kira 2.5 kilogram dan mereka terpaksa diletakkan di ICU kerana dilahirkan pada usia kandungan pra-matang, namun kesihatan kedua-duanya stabil.

“Tetapi, saya terkejut apabila salah seorang bayi saya dipindahkan ke ICU lain pada 16 Mei tanpa pengetahuan saya dan hanya dimaklumkan apabila saya mendapati salah seorang bayi tiada di tempatnya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Seng Chye mendakwa, beliau terkilan dengan situasi yang berlaku malah mendapati tahap kebersihan di bilik ICU tempat anaknya dirawat tidak dititikberatkan pengurusan hospital terbabit sehingga boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang