Jumaat, 31 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ DAN KEDATANGAN RAMADHAN

Posted: 31 May 2013 01:07 AM PDT




CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ DAN KEDATANGAN RAMADHAN
Oleh Al Fadhil Ustaz Abd Ghani bin Ahmad Zaigu
Tarikh : 15 Jun 2013, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Peneroka: Mana janjimu Umno?

Posted: 30 May 2013 09:38 PM PDT




Catatan Mazlan Aliman,   31 Mei 2013 

Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam-macam aduan saya terima khususnya dari warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Generasi ke- 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak.

Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan-rakan.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen PRU baru-baru ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!

Bila rumah Generasi ke-2 terbengkalai, panggil semua pemilik-pemilik tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...

Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja-pekerja Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dan lain-lain. Hari ini telah jadi kenyataan.

Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?

ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar-dasar Felda kekal dengan mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yang mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda.

Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula-mula jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar-kobar nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....

Saya dan rakan-rakan ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi Melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat Cina!

Alahai bangsaku...

Selamat dan amankah negara kita?

Posted: 30 May 2013 06:55 PM PDT



Selamat dan amankah negara kita apabila penjenayah berat begitu mudah terlepas manakala ahli politik dari Pakatan Rakyat dihalang untuk memasuki sebuah negeri yang kononnya mengamalkan demokrasi?

Banduan Larikan Diri Ketika Dibawa Menaiki Black Maria
30 Mei 2013

KUANTAN: Seorang banduan melarikan diri ketika dibawa menaiki Black Maria di perkarangan bangunan mahkamah di Indera Mahkota di sini, Khamis. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata lelaki berusia 24 tahun dari kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Terengganu itu melarikan diri dengan terjun daripada lori Black Maria sebelum melompat keluar dari pagar bangunan mahkamah pada pukul 1.30 tengah hari. "Dia meloloskan garinya sebelum melompat keluar daripada lori itu. Kejadian dilapor berlaku semasa 11 banduan dibawa untuk menaiki lori Black Maria.

Nurul Izzah Dilarang Memasuki Sabah
30 Mei 2013

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah. Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen. "Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon. "Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."


Kereta apa yang dah turun harga?

Posted: 30 May 2013 02:37 AM PDT



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat sehingga 2017. Menurutnya lagi ada 10 model kereta yang telah diturunkan harga sebanyak 7.3 peratus sejak Oktober tahun lepas.

Ada sesiapa tahu kereta apa yang dah turun harga sampai 7.3 % peratus tu, Proton ke, Perodua ke, Mercedes ke, Porsche ke, Lamborghini ke, kereta mainan ke, kereta sorong ke?

'Ada wanita kena tendang, tapi polis dapat penghargaan'

Posted: 30 May 2013 02:36 AM PDT




4:17PM Mei 30 2013
  
Peguam Sivamalar Genapathy menggesa polis agar turut menyiasat dakwaan seorang peguam wanita yang didakwa ditendang oleh anggota pasukan tersebut dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang, Kuala Lumpur pada malam 22 Mei lalu.

Sivamalar berkata, polis seharusnya bertindak demikian, dan bukan hanya mengeluarkan surat penghargaan kepada anggotanya yang didakwa dimaki hamun oleh peserta perhimpunan dalam kejadian tersebut.

"Polis sepatutnya menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Seorang peguam perempuan, Fadiah Nadwa Fikri ditendang polis pada malam itu dan polis pula terima surat penghargaan," dakwanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Sivamalar berkata demikian apabila mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berserta gambar yang merakamkan kejadian di hadapan balai berkenaan.

Laporan berkenaan adalah berhubung surat penghargaan oleh pasukan polis kepada seorang konstabel, Muhalim Osop, yang dilaporkan sabar menghadapi caci hamun peserta perhimpunan berkenaan.

Sivamalar dalam gambar bersama laporan itu pula ditunjukkan dalam keadaan marah dan menuding jari ke arah seorang anggota polis.

'Siasatan buang masa'

Sivamalar mewakili MP Subang R Sivarasa yang disiasat polis hari ini berhubung kehadirannya di perhimpunan sama.

Sivarasa berkata, beliau dimaklumkan oleh pasukan polis dari IPD Sentul berkenaan bahawa beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berpendapat, polis membuang masa kerana terpaksa hadir untuk merakam kenyataannya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Semua ini bagi saya adalah perkara yang mereka sudah tahu, sebab yang hadir malam itu bukan satu atau dua orang polis tetapi berpuluh-puluh orang dan sebahagian polis dilengkapi video kamera.

"Kalau pegawai kanan dipaksa buang masa dengan perkara ini, saya risau kadar jenayah tidak akan berkurangan," katanya.

'Polis sembunyikan diri'

Sementara itu, Fadiah dalam laporan polisnya mendakwa pegawai polis yang menendangnya dalam kejadian tersebut menyembunyikan diri selepas melepaskan sepakan berkenaan.

"Saya yang berdiri di dalam penghadang jalan secara tiba-tiba disepak oleh seorang pegawai polis yang berada di belakang saya.

"Beliau kemudiannya dengan pantas beredar ke belakang untuk menyembunyikan diri," kata peguam muda itu dalam laporannya bertarikh 23 Mei.

Selain Fadiah, dua lagi peserta perhimpunan juga mendakwa dipukul anggota polis pada malam tersebut turut membuat laporan polis.

Kedua-dua orang berkenaan merupakan antara 18 orang yang ditahan apabila polis menyuraikan perhimpunan bagi menggesa polis membebaskan aktivis siswa Adam Adli.


HIMPUNAN BERSIH KDN 31 MEI 2013

Posted: 30 May 2013 01:27 AM PDT

Sebagai tanda sokongan penuh kepada Safwan Anang yang kini dipenjarakan, ingin dimaklumkan bahawa pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan membentuk satu himpunan di hadapan bangunan KDN. Berikut adalah maklumat spesifik;

HIMPUNAN BERSIH KDN

Tarikh: 31 Mei 2013 (esok)
Masa : 2pm - Berkumpul di Masjid Putra dan bergerak ke bangunan KDN selepas solat Jumaat
Tuntutan: Zahid Hamidi letak jawatan & pulihkan imej institusi PDRM.
Tema: HITAM@BLACKOUT

Justeru, pihak kami menjemput semua warga media untuk hadir membuat liputan dan juga memberi bantuan hebahan mengenai aksi terbaru ini. Orang ramai juga dijemput hadir bersama sebagai tanda solidariti kepada Safwan Anang.

Sekian

Ekhsan Bukhari
Sekretariat SMM

Tiada ulasan:

Nuffnang