Rabu, 1 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PKR yakin bapa Saiful dapat tekanan Umno

Posted: 01 May 2013 04:13 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
PKR yakin bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat tekanan daripada Umno sehingga menyebabkannya menukar kenyataan dengan mendakwa anak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Johari Abdul yang bertanggungjawab menyusun sidang media permohonan maaf Azlan Mohd Lazim sebelum ini berkata, perkembangan sebegitu bukan luar biasa, terutamanya pada musim pilihan raya.

NONE"Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mohd Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Umno. 

"Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin 'penarikan balik' pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini," dakwa Johari (kiri).

Azlan awal petang ini sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Anwar 2008 benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Johari menjelaskan, Azlan sendiri yang meminta untuk bertemu PKR dan menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Anwar sebelum ini satu konspirasi politik.

Dalam kenyataannya pada 8 Mac lalu, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Malaysiakini/-

5 sekeluarga maut nahas di Kulaijaya

Posted: 01 May 2013 04:09 AM PDT



20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KULAIJAYA: Lima sekeluarga maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 17.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, kira-kira jam 4 petang tadi.


Setakat ini, semua identiti mangsa belum diketahui. 

Berita Harian/-

Pengundi Cina dan India dalam satu rumah

Posted: 01 May 2013 04:06 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa hari ini mengemukakan bukti berhubung pertindihan alamat dua pengundi yang berlainan bangsa.

Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, pihaknya mengesan dua pengundi masing-masing Cina dan India di alamat yang sama.

Nama Low Pek Hun dan Savindilah A/P Suppan ditemui di alamat B-5-14, PPR Cochrane Perkasa, Jalan Nakhoda Yusof, 55100 Kuala Lumpur.

"Pihak kami menemui sendiri pengundi di alamat ini dan memang ada seorang pengundi iaitu Low Peh Hun. Savindilah memang tak ada di alamat itu.

"Macam mana dalam masa dua tiga hari lagi nak mengundi, masalah pertindihan alamat pengundi belum selesai," kata beliau pada sidang media di Pusat Media parlimen Titiwangsa, Kampung Baru hari ini.


Johari tidak berani debat

Sementara itu beliau kesal dengan keengganan calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani hadir ke dialog mengenai masa depan kapung Baru yang dianjurkan anak-anak Kampung Baru sendiri.

Beliau berkata, Task Force Kampung Baru menghantar surat jemputan seminggu awal mengenai dialog tersebut.

Johari bagaimanapun memberi alasan beliau tidak menerima surat tersebut dan memberi alasan tidak mahu berdebat kerana mahu memberi fokus kepada program kempen.

"Task Force Kampung Baru dah bagitahu awal-awal, program itu program dialog dengan penduduk, bukan debat.

"Saya menunggu beliau sehingga jam 10.30 malam dan saya datang dengan persediaan dokumen-dokumen mengenai Kampung Baru.

"Sepatutnya Datuk Johari boleh guna peluang tersebut untuk terangkan apa agenda beliau terhadap pembangunan Kampung Baru," katanya.

Sebelum ini, Johari juga tidak hadir ke jemputan debat mengenai masa depan OKU anjuran Sekretariat OKU Bangkit.

Harakahdaily/-

‘Hentikan politik seluar dalam’

Posted: 01 May 2013 04:04 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kita sendiri tidak berminat dengan seluar dalam Dr Mahathir, kata Husam Musa, calon PAS Parlimen Putrajaya.
PUTRAJAYA: Calon Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan Pakatan Rakyat tidak akan menggunakan politik kotor sekiranya diberi mandat mentadbir kerajaan Pusat.

Naib Presiden PAS itu berkata, corak politik pentadbiran Pakatan tidak akan menggunakan 'seluar dalam yang besar' untuk menyerang pihak lawan.
"Jika kita berjaya ambil Putrajaya, kita akan hentikan politik seluar dalam besar dan sebagainya, kita sendiri tidak berminat dengan seluar dalam Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya di hadapan kira-kira 3,000 penyokong di Presint 3 di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin harta yang selama ini dikaut kroni Umno-Barisan Nasional (BN) akan dirampas dan diagihkan semula kepada rakyat jika berjaya mengambil Putrajaya pada 5 Mei ini.
"Sekiranya Pakatan berjaya ambil Putrajaya, saya akan pastikan semua harta haram yang diambil oleh mereka (BN), dikembalikan kepada rakyat.
"Saya akan pastikan mereka pula tahu apa ertinya rasa bankrap dan rasa susah," katanya.
Beliau turut meyakinkan penyokongnya bahawa Pakatan akan terus membela kebajikan kakitangan awam selain menambah baik sistem kerja jabatan kerajaan.
"Kita akan pastikan dengan di bawah kerajaan Pakatan, kita akan jaga prestasi dan perkembangan kakitangan pegawai-pegawai kerajaan.
"Masalahnya kakitangan dan pegawai kerajaan ini, kuasa mereka ditentukan oleh orang tertentu," katanya.
Selain itu, beliau turut mengulangi isu sama dalam manifesto Pakatan, antaranya penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Turut dibangkitkan isu kronisme dalam kalangan keluarga Mahathir termasuk isu pemilikan syarikat arak San Miguel.
FMT/-

Pakatan kemuka 13 janji untuk pejawat awam

Posted: 01 May 2013 04:00 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Orang orang bersorak bersama Husam dan Anwar di Putrajaya

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini,  Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'. 

Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus 

mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya), 

4) Pencen pilihan, 

5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.

6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat 

perkhidmatan awam 

7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class 

standard)

8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga

9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar

11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang  diamalkan sebelum ini.

12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah

13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

Harakahdaily/-

Bila Mat Taib kata, "Ini lebih baik dari masa saya"

Posted: 01 May 2013 03:59 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Di mana-mana pun di negara ini, isu paling utama di hati sebahagian besar rakyat ialah kebencian kepada Umno dan BN serta apa yang dilihat 'macai' kepada parti-parti itu seperti Perkasa, Pewaris, Muafakat dan sebagainya.

Memang benar, Manifesto Rakyat yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sangat menarik perhatian rakyat sehingga Bloomberg melaporkan BN menciplak menifesto itu.

Memang benar rakyat tertarik dengan tekad Pakatan untuk menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan pelbagai masa hadapan baru yang lain, tetapi pendorong utama yang membakar semangat rakyat untuk melaungkan "Ini kalilah" dan "Ubah" serta menjatuhkan BN dalam pilihan raya ini ialah kebencian terhadap parti yang disebut sebagai "syaitan yang dikenali" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Selangor, di mana terletaknya Lembah Kelang yang selama ini menjadi dinamo kebangkitan rakyat seluruh negara menolak BN, tentulah yang paling membara kebencian sebahagian besar rakyatnya terhadap BN.

Dalam kebencian yang kian membara terhadap BN itu, tiba-tiba kerajaan Selangor di bawah Pakatan mendapat bonus apabila bekas Menteri Besar Selangor yang baru menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) dilaporkan berkata "saya mengaku kalah" setelah mengakui "Selangor jauh lebih baik bawah Pakatan".

"Sekarang terbukti mereka (Pakatan) jauh lebih baik dari kerajaan sebelumnya (BN) termasuk semasa saya menjadi Menteri Besar," kata bekas Naib Presiden Umno itu yang kini begitu aktif berkempen untuk Pakatan terutama di Selangor.

Pengiktirafan Muhammad yang menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 itu dilihat sebagai bonus tambahan selepas laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Lebih menjanjikan harapan untuk mengekalkan pentadbiran Pakatan di Selangor ialah laporan yang menyatakan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dihormati oleh 63 peratus daripada sejumlah responden di seluruh Selangor.

Kajian Universiti Selangor (Unisel) juga mendapati inisiatif air percuma 20 meter padu sebulan pula sangat popular dengan 91 peratus responden menyokongnya.

Ketika bilik gerakan Umno dilaporkan mengubah Putrajaya dari kawasan putih kepada kawasan kelabu, kesemua khabar gembira itu dilihat akan terus meletakkan Selangor di bawah pentadbiran bersih Pakatan.

Harakahdaily/-

Petugas PAS dipukul ketika sedang solat

Posted: 01 May 2013 03:58 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Zamri menunjukkan muka Zulkifli yang lebab dipukul sambil Zulkifli memegang salinan laporan polis)

 KUALA LUMPUR: Seorang petugas PAS mendakwa dipukul seorang lelaki ketika sedang mengerjakan solat Asar di Surau Muhajirin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam lima petang itu, Zulkifli Jaffar, 44 ditendang muka sebelah kanan dan dan mukanya ditumbuk sebanyak dua kali oleh seorang lelaki pertengahan umur yang dikenali dengan nama Sabri.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghalang Sabri daripada bertindak lebih agresif lagi.

Ekoran kejadian itu, Zulkifli yang cedera di bahagian mata membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit.

"Saya tak tahu apa punca sebenar dia memukul saya, apa yang dia tak puas hati dengan saya.

"Mungkin sebab dia nampak saya selau ada di pondok PAS Di Chow Kit sebab bangsal itu dibuka 24 jam.

"Lepas kejadian itu, saya dan kawan-kawan pun rasa tak selamat, rasa tak sedap hati bila berada di bangsal PAS," katanya pada sidang media bersama calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan peguam Noor Azmir Zakaria di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, dekat sini hari ini.

Sementara itu, pada malamnya pula, peniaga di Chow Kit, Abdul Rahim Taib, menjadi saksi kejadian ugut ke atas petugas PAS di pondok parti itu.

Menurut Rahim, 57, beliau nampak seorang pemuda menghampiri pondok PAS dan menyuruh orang di dalamnya keluar sebelum mengacukan pisau ke arah mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 malam ketika orang ramai masih lalu-lalang di kawasan itu.

Menyedari kejadian itu, polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terus menangkap dan membawa lelaki itu menaiki kereta polis.

Dalam kejadian lain, sebuah pondok PAS di UPU Kompleks Damai, berhampiran Grand Season disamun pada jam tiga pagi, Isnin lalu.

Ketika itu, petugas yang menjaga pondok tersebut terlelap.

Dia dikejutkan dengan bunyi motosikal yang dinaiki dua pemuda.

Pemuda tersebut kemudiannya menghalang dia bertindak dan melarikan tabung berisi wang kira-kira RM200.

Sehubungan itu, Zamri menggesa pihak polis meningkatkan kawalan di kawasan tersebut dan mewujudkan balai polis bergerak.

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian kekasaran ini berlaku kerana suasana pilihan raya, rasa tida puas hati dan sebagainya.

"Tapi kita mahukan kempen secara bersih, bukan denan cara melakukan kegananasan dan provokasi.

"Jadi perlu kepada kaalan yang ketat oleh pihak polis dan balai pois bergerak diwujudkan di sekitar Kampung Baru," katanya.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap pula melahirkan kekesalan atas sikap penyokong BN yang merosakkan bahan kempen PAS.

"Di markas Taman Maluri, bendera dan poster PAS dirosakkan, dicabut selepas dipasang.

"Kita minta BN hentikan vandalisme ini dan berkempenlah secara profesional," katanya.

Harakahdaily/-

Jangan sertai himpunan di PKR esok - Dr Rani

Posted: 01 May 2013 03:57 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman mengarah supaya semua ahli-ahli PAS tidak menyertai sebarang himpunan yang kononnya akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR.

"Kami yakin ia adalah kerja-kerja pihak yang pro-BN yang bekerja untuk memecahkan Pakatan Rakyat," kata Dr Rani dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut poster yang mula diedarkan, kononnya akan diadakan satu sessi bantahan terhadap calon PSM yang bertanding atas tiket PKR esok.

Ia kononnya akan diadakan jam 11 pagi pada esok hari.

Harakahdaily/-

Markas BN Dibakar Oleh Petugasnya Yang Berang Ditipu Duit Pasang bendera

Posted: 01 May 2013 01:10 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Lagi markas Be End dimansuhkan dan dimusnahkan oleh pengikutnya kerana marah ditipu duit pemasangan bendera semasa proses berkempen !!!... 

Kejadian berlaku di Pulau Pinang...

Take Note !!! : No Pulus, No Kerja... U Know.... :)

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] -fb 


Wajib Undi Pakatan - Mat Taib

Posted: 01 May 2013 01:05 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Selepas lebih seminggu menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengeluarkan 'fatwa' bahawa rakyat wajib mengundi calon pakatan pembangkang yang diyakini lebih berwibawa untuk menerajui kepimpinan negara.
Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, pencapaian yang ditunjukkan pakatan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sejak 2008 membuktikan mereka layak menerajui kerajaan Persekutuan.
"Sudah lama sangat BN (Barisan Nasional) perintah negara ini. Kalau ikut graf, pencapaian mereka sudah pun mendatar...tak ada peningkatan.
"Jadi sudah sampai masanya agar kepimpinan baru daripada Pakatan Rakyat diberi peluang untuk laksankan kerja bagunkan negara. Kumpulan itu (BN) sudah tak boleh buat kerja, wajib rakyat bagi kerja ini (undi) kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika berceramah di Taman PKNK di sini.
Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno mengumumkan menyertai PAS pada pada 22 April lalu iaitu dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau kini dalam siri jelajah seluruh negara sebagai penceramah pakatan pembangkang khususnya PAS.
Selain itu katanya, pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dilihat sebagai satu gabungan yang mantap walaupun setiap parti mempunyai fahaman dan ideologi tersendiri.
Jelas beliau, keterbukaan setiap parti menegur antara satu sama lain walaupun secara terbuka menunjukkan pemimpin mereka memainkan peranan yang aktif dalam menentukan hala tuju pembangunan negara.
"Setiap parti ada pemimpin yang berwibawa. Saya tengok keunikan Pakatan Rakyat ini ialah mereka tegur sesama mereka.
"Ini menunjukkan ada cross check (silang semak) antara mereka yang saya percaya dibuat demi kebaikan rakyat," katanya.
mStar/-

Analisa: Sokongan Melayu terhadap PAS meningkat

Posted: 01 May 2013 01:02 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Berikut adalah analisa terkini Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berdasarkan dapatan kajian UMCEDEL Universiti Malaya, Merdeka Center dan culaan jentera-jentera PAS di peringkat akar umbi.

1. Purata sokongan yang diperolehi oleh PAS daripada pengundi-pengundi Melayu pada masa kini di Semenangjung Malaysia adalah dalam trend menaik semula iaitu 45%, manakala sokongan pengundi Cina adalah masih stabil sekitar 70% (bagi sesetengah kawasan PAS bertanding ada yang melebihi 75%). Manakala di kalangan pengundi India sokong terhadap PAS berada di tahap 40%.

2. Sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS telah mencapai 47% sebelum hari penamaan calon tetapi berlaku penurunan selepas penamaan calon, dan kembali meningkat semula sehingga dua hari yang lalu. PAS mensasarkan untuk mencapai 47% sokongan pengundi Melayu untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 46 kerusi parlimen.

3. Kemasukan Muhammad Taib ke dalam PAS dan beberapa lagi tokoh telah mendorong kepada berlakunya lonjakan sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS beberapa hari selepas penamaan calon. Situasi ini diperkukuhkan dengan keretakan jentera UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon.

4. Isu-isu yang dikitar semula oleh BN yang ditayangkan di dada akhbar dan skrin televesyen tentang PAS dan DAP tidak memberi kesan besar kepada pengundi-pengundi Melayu, melainkan hanya berkesan kepada penyokong-penyokong tegar Umno dan BN, melainkan satu isu (dirahsiakan untuk kepentingan strategi dalam PRU). Insha'ALlah PPP sedang berusaha memberi penjelasan isu ini kepada mereka yang terkeliru dengan mainan media Umno.

5. Pengundi-pengundi muda merupakan golongan yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan PR dalam PRU kali ini, justeru kempen-kempen Umno dan BN melalui media tradisi mereka tidak begitu berkesan, berbanding dengan pertempuran di media baru seperti FB (ranking 1), Whatsapp (2), Twitter (3) dan Blog (4).

6. Berdasarkan trend sokongan sehingga hari ini terhadap PAS dan parti-parti komponen PR, PR insha'ALlah boleh memenangi PRU kali ini dengan 120 kerusi sekiranya tidak berlaku penyelewengan dan penipuan seperti yang sering disebut sebelum ini.

7. Daripada 120 kerusi parlimen ini yang dimenangi ini, PAS berupaya menyumbang sebanyak 34 kerusi, insha'ALlah, iaitu PAS boleh mengekalkan 24 kerusi yang telah di menangi sebelum ini dan 10 kerusi tambahan. 10 kerusi tambahan itu adalah 1 di Perlis, 2 di Terengganu, 1 di Pulau Pinang, 2 di Perak, 2 di Selangor, 1 di Pahang, 1 di Johor.

8. Terdapat 16 kerusi lagi yang peluang PAS untuk menang adalah cerah (45% - 50% undi popular), iaitu 2 di Perlis, 1 di Kedah, 1 di Terengganu, 2 di Perak, 1 di Wilayah Persekutuan, 2 di Negeri Sembilan, 3 di Pahang, 1 di Johor, 1 di Sarawak dan 2 di Sabah.

9. Terdapat dua kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh Umno PRU yang lalu iaitu Gua Musang dan Jeli, sokongan UMNO telah mengalami kemerosotan yang ketara, dan tidak mustahil boleh jatuh kepada PAS, insha'ALlah.

10. Berdasarkan kepada corak sokongan yang ada pada masa kini, peluang PAS dan PR untuk menawan Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah cerah, di samping mengekalkan pemerintahan di empat negeri yang ada sekarang.

Kepada jentera PAS, terus lipatgandakan perjuangan dengan terus bertaqarrub memohon pertolongan daripada ALlah dan giatkan kempen merayu undi terutama kepada golongan muda. Sila pastikan rakan-rakan muda anda balik mengundi kerana 1 UNDI ANDA AMAT BERHARGA UNTUK MASA DEPAN KITA.

*Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat

Harakahdaily/-

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar India

Posted: 01 May 2013 01:00 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegar sebahagian utara India menyebabkan bangunan bergegar di New Delhi, kata pegawai kerajaan dan saksi hari ini. 

Pegawai Jabatan Meteorologi India berkata, pusat gempa terletak kira-kira 450 kilometer utara New Delhi. 

"Gempa berukuran 5.8 magnitud itu dan menggegar di sepanjang sempadan wilayah Jammu dan Kashmir serta Himachal Pradesh," katanya. 

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian. - AFP 

Putrajaya: Jimat RM27b henti sewa bangunan k’jaan

Posted: 01 May 2013 12:55 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan  amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.

Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.

Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.

Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.

"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

Harakahdaily/-

Rafizi: Umno cukup berdebar sekarang

Posted: 01 May 2013 12:53 AM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Rafizi Ramli

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno semakin gementar melihat 'mood' rakyat apabila menghampiri tarikh keramat 5 Mei ini.
Menurutnya, pelbagai cara yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat apabila menghampiri detik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau juga berkata, sebelum ini Umno-BN telah menggunakan isu penggunaan lambang parti DAP namun gagal apabila PR menunjukkan kesepakatan dalam menyelesaikan perkara tersebut.
"... kita dapat belajar daripada dua, tiga bulan lepas, Umno-BN ini di saat-saat ia nak jatuh, ia akan cuba takutkan rakyat.
"...isu DAP itu tak boleh guna lambang, tapi kita sepakat, DAP akan pakai lambang 'mata' (PKR) di Sabah dan Sarawak, di Semenanjung guna lambang 'bulan' (Pas), lepas keputusan itu dibuat terus BN luluskan untuk DAP guna lambang sendiri," katanya pada Ceramah Perdana PR Pandan di sini, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Bagaimanapun SPR telah memutuskan ahli DAP boleh bertanding menggunakan lambang parti sendiri kerana siasatan yang dilakukan RoS tidak memberi kesan kepada penggunaan lambang tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga calon kerusi Parlimen Pandan turut menjelaskan isu dakwat kekal serta kaedah untuk mengelakkan undi rosak dengan membekalkan 'sarung jari getah' kepada pengundi.
Selain itu, Rafizi juga menekankan isu manifesto PR Selangor khususnya akan terus membekalkan air percuma 20 meter padu kepada penduduk jika perikatan itu terus memerintah.
Rafizi juga menerangkan isu-isu manifesto yang berkaitan 'percuma' seperti pendidikan, penghapusan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya yang ditetapkan dalam manifesto PR.
Sinar/-

Bas ‘sardin’ terbalik, 62 pelajar nyaris lemas

Posted: 30 Apr 2013 08:23 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

bas

Keadaan bas yang condong ke sebelah kanan sebelum terbalik.
bas

Keadaan bas yang membawa muatan pelajar sekolah yang terbabas dan memasuki parit.
bas

Beberapa pelajar sekolah sedang memeriksa buku dan peralatan sekolah mereka yang basah.
KUALA KURAU - "Tiba-tiba saya tengok sebuah bas sekolah condong ke sebelah kanan jalan sebelum terhumban ke dalam parit."

Demikian pengakuan seorang saksi kejadian, Salbiah Hasan, 46, setelah melihat kejadian 62 pelajar sebuah sekolah agama di sini yang menaiki sebuah bas, nyaris lemas setelah kenderaan itu terbabas seterusnya terhumban ke dalam parti di Kampung Parit Abas, semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 2.30 petang di Kampung Parit Abas Kuala Kurau setelah bas itu terbalik akibat keadaan permukaan jalan yang licin.

"Ketika itu, saya berada di luar rumah menunggu anak bongsu saya yang bersekolah rendah di sini kerana bimbang dengan keselamatannya yang belum tiba ditambah pula dengan keadaan hujan yang lebat.

"Sedang saya menunggu, saya terlihat bas yang sering membawa pelajar asrama berulang alik, itu seakan-akan condong ke sebelah kanan jalan sebelum terhumban ke dalam parit," katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, semalam.

Salbiah berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila kesemua pelajar itu dilihat cuba keluar melalui segenap ruang dari dalam bas untuk menyelamatkan diri.

"Keadaan menjadi kecoh kerana kesemua pelajar tersebut menjerit ketakutan sambil keluar melalui celah-celah tingkap bas tersebut.

"Mujurlah keadaan paras air dalam parit itu yang agak cetek memudahkan kesemua pelajar terbabit menyelamatkan diri.

"Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau untuk segera ke tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia merasakan keadaan seolah-olah menjadi 'gelap gelita'.

"Bila bas dinaiki kami ditenggelami air, kami terus berasak-asak untuk keluar dari bas disebabkan bimbang lemas di dalam air parit.

"Mujur paras air parit tidak tinggi dan kami semua berjaya keluar dengan selamat," katanya.

Sementara itu Penolong Bomba Kanan (PBK) 2, Mohd Sarif Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sinar/-

Mengaku curi kenderaan mewah

Posted: 30 Apr 2013 08:20 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Nor Hashim

Nor Hashim (dua, kanan) menunjukkan kenderaan mewah yang dicuri.
NUSAJAYA – Tindakan licik seorang lelaki mencuri kenderaan mewah dengan menukar nombor pendaftaran negara asing bagi mengaburi pihak berkuasa, tidak berjaya apabila akhirnya dia dicekup.

Dalam kejadian 23 April lalu, seorang jurujual alat solek tergamam apabila kenderaan jenis BMW 320i miliknya dilarikan penjenayah ketika sedang memasukkan barang dalam kenderaannya itu di sebuah pasar raya di Bukit Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, hasil maklumat itu, sepasukan polis melakukan intipan di Taman Tan Sri Yaakob, Skudai dan selepas 10 minit intipan, suspek berusia 27 tahun dicekup bersama kenderaan yang dilarikan.

"Hasil siasatan awal dan pengakuan suspek, dia terlibat dalam kes curi kenderaan mewah sebanyak lima kes di Nusajaya dan menjalankan kegiatan itu secara solo.

"Modus  operandi suspek ialah menukar nombor pendaftaran kenderaan ini dengan plat negara asing sebelum menjualnya kepada orang tengah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Nusajaya, di sini, semalam.

Nor Hashim berkata, ujian saringan mendapati suspek positif dadah dan ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan (curi motokar).

"Kita percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, polis berjaya menyelesaikan banyak kes kecurian kenderaan mewah di Nusajaya.

"Suspek yang pernah ditahan atas kesalahan yang sama dipercayai melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, 11 lelaki ditahan terlibat dalam kejadian pergaduhan 21 April lalu dipercayai antara dua kumpulan kongsi gelap yang berpunca mengenai dadah.

Dalam kejadian 3.45 pagi di Kuil India di Taman Bukit Indah itu menyebabkan empat mangsa mengalami kecederaan dan seorang dimasukan ke wad ICU, Hospital Sultanah Aminah.

"Dalam pergaduhan ini dianggarkan 20 orang terlibat dan polis berjaya menahan 11 daripada mereka berusia antara 20 hingga 35 tahun di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Kita percaya pergaduhan ini berlaku disebabkan perebutan kawasan tempat menjual dadah," katanya.

Sinar/-

Di mana kredibiliti SPR?

Posted: 30 Apr 2013 08:17 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SAMM mempersoalkan kebolehan SPR ekoran masalah dakwat kekal yang tidak kekal.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran timbulnya masalah dengan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Dengan meletakkan tarikh mengundi lima  hari lebih awal berbanding orang awam, SPR secara tidak langsung memberi jaminan dakwat kekal yang digunakan harus kekal lebih dari lima hari.
"Namun tinjauan SAMM mendapati dakwat kekal yang sepatutnya boleh bertahan lima hari itu hanya mampu bertahan selama lima minit setelah dibasuh dengan sabun biasa.
"Apakah SPR sengaja menyediakan dakwat kekal berkualiti rendah untuk membantu penipuan piliha nraya?" soal  Ketua Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin yang juga lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dalam satu kenyataan media hari ini.
SPR telah menerima cadangan penggunaan dakwat kekal sebagaimana yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.
Bagaimanapun semalam PAS Negeri Sembilan  mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal boleh  dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Dakwat berwarna ungu-merah jambu.
Ekoran perkembangan ini SAMM mendesak SPR menjawab persoalan dakwat kekal ini dan mahu proses pengundian awal dilangsungkan semula dengan dakwat kekal yang 'kekal'.
"Fenomena dakwat kekal yang 'tidak kekal' ini menunjukkan SPR tidak menepati jaminan pilihan raya Bersih sepertimana yang dituntut oleh rakyat. Manifestasi yang ditunjukkan rakyat dalam tiga siri himpunan Bersih sebelum ini akhirnya dipersiakan oleh SPR apabila tiada lagi jaminan pengundian berganda tidak berlaku dalam PRU 13," kata Che'gu Bard yang turut bertanding sebagai calon di DUN Sungai Acheh.
Beliau menambah kegagalan SPR menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan 272,387 pengundi awal yang mampu bertukar menjadi pengundi hantu.
"Ternyata hari mengundi yang jatuh pada 5 Mei nanti sudah pasti tidak bebas dari pengundi hantu. Sehubungan itu juga, SAMM menyeru rakyat seluruh negara untuk keluar mengundi dan tunjuk kekuatan rakyat untuk mengalahkan penipuan yang terancang," kata Che'gu Bard.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menjelaskan bahawa botol dakwat kekal perlu digoncang sebelum digunakan
"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.
FMT/-

Hapuskan tol yang merompak rakyat untuk suap kroni!

Posted: 30 Apr 2013 08:17 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja. 

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3 billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita. 

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak. 

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun. 

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat. 

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Harakahdaily/-

Pusingan akhir, Husam yakin menang 57% undi Putrajaya

Posted: 30 Apr 2013 08:14 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Pengerusi Jawatankuasa 'Roadmap to Putrajaya' Pakatan Rakyat itu benar-benar serius mahu memecahkan kubu kuat Umno.
PETALING JAYA: Kedatangan Datuk Husam Musa ke Putrajaya pada awal hanya dipandang sebelah mata, malah ada yang berpendapat langkah PAS meletakkannya ke kerusi Parlimen P125 itu semata-mata mahu membunuh karier politik beliau.

Namun sangkaan itu meleset. Ternyata Pengerusi Jawatankuasa 'Roadmap to Putrajaya' Pakatan Rakyat  itu benar-benar serius mahu memecahkan kubu kuat Umno.
Masakan tidak, Barisan Nasional (BN) dan calonnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Tengku Mansor (Ku Nan) yang pada awalnya tersenyum kini mula berpeluh melawan serangan ketua pasukan pemikir strategi PAS itu.
Selain bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad juga dibawa turun berceramah membantu Ku Nan menyekat gelombang perubahan yang mula ditunjukkan kakitangan awam.
Digelar 'Tony Stark' -satu karakter hero komik Marvel Iron Man- dalam media sosial, Naib Presiden PAS itu yakin mampu memperoleh antara 55 sehingga 57 peratus undi sekaligus merampas kerusi Putrajaya daripada tangan BN.
Di awal tempoh kempennya tidak ramai yang mahu turut serta, jika ada pun mereka berdiri jauh malah ada yang 'malu' menyorok di balik pokok dan kawasan gelap, bimbang kredibiliti sebagai penjawat awam akan terjejas.
Mula berani

Namun trend pengundi mula berubah apabila mereka perlahan-lahan mula berani hadir ke program ceramah PAS sehingga kawasan parkir kereta belakang Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya penuh dibanjiri orang ramai pada Jumaat minggu lalu.

"Sambutan sebegini tak dapat dilihat pada tahun 2008. Ini petanda gerakan perubahan seluruh negara tak terkecuali Putrajaya," katanya.
Air mukanya kelihatan letih selain masih risau dengan tahap kesihatan ibunya yang kini sedang uzur di hospital, namun ia langsung tidak mematahkan semangat anak jati Kota Bharu Kelantan ini untuk terus fokus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
"Rehat ni ikut keperluan, kalau dah nak pitam tu rehatlah. Kalau masih gagah maknanya tak payah rehat lagi.

"Tapi syukur setakat ni saya masih boleh kendalikan lagi, buktinya pak menteri tiap-tiap hari dah komen kenyataan saya.
"Dulu saya duduk di kampung orang tak hirau tapi kini saya berada di pentas utama dalam misi mengubah Putrajaya," katanya.
`Kawasan kelabu'
Masih menganggap Putrajaya sebagai 'kawasan kelabu', Husam melontarkan beberapa idea pembaharuan untuk menambah baik hidup pengundinya termasuk kira-kira 1.4 juta kakitangan awam.
Antaranya mengkaji semula pembayaran gaji kakitangan kerajaan berdasarkan minggu dan bukannya secara bulanan.
Wujud perbezaan empat minggu jika dihitung berdasarkan bulanan (12 bulan x 4 minggu = 48 minggu) berbanding minggu (365 hari / 7hari = 52 minggu).
"Ini bermakna gaji anda dalam setahun sebenarnya kurang empat minggu…perlu dikaji bukannya terus laksana," katanya.
Katanya, cadangan itu tidak mustahil kerana negara di Barat termasuk Eropah sudah lama mengamalkan sistem sedemikian.
"Ini satu contoh idea pembaharuan yang ingin dilakukan Pakatan Rakyat. Ia sesuatu yang baik jadi (BN) bahaslah idea itu jangan asyik hentam peribadi sahaja," katanya.
Isu rumah
Beliau turut membangkitkan isu rumah mampu milik dengan mendakwa Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dijual dengan harga RM125,000 sehingga RM150,000 dengan keluasan 850 kaki persegi itu tidak berpatutan.
Sedangkan menurut Husam, sumber daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) memberitahu tanah milik kerajaan Persekutuan diberikan secara percuma kepada pemaju.

PR1MA, agensi kerajaan yang dipengerusikan bekas menteri Datuk Seri Jamaluddin Jarjis itu dengan mudah membelinya dengan harga minimum RM1,000.
"Jadi kenapa harga rumah dinaikkan sedangkan pemaju dapat tanah secara percuma?
"Kerajaan ambil tanah dengan harga RM2.30 satu kaki persegi, nilai tanah sekarang dah jadi RM150 kaki persegi jadi bila diberikan percuma maknanya harga rumah sepatutnya kena rendahlah," katanya.
`Hijrah Nabi'
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kawasan pinggiran Putrajaya dimajukan khususnya di Bukit Damar dibangunkan sebagai kawasan perumahan bagi kakitangan yang berpendapatan RM3,000 kebawah.
Mengambil konsep 'hijrah' Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai satu strategi politik, Husam nafi mengabaikan kebajikan DUN Salor walaupun sibuk berkempen di Putrajaya.
"Pengundi di Salor anak emas saya. Sebagai anak emas kalau saya menang di Putrajaya mereka paling bangga sekali," katanya.
Ditanya tentang potensi Pakatan Rakyat ketika ini, Husam berkata berlaku peningkatan kemenangan di 118 kerusi Parlimen berdasarkan maklumat daripada bilik gerakan dan boleh meningkat sehingga 122 kerusi.
"Apa yang kita jangka BN lebih panik sekarang dan petugas Pakatan Rakyat dinasihatkan agar lebih tabah dan tenang menjalankan kerja di hari-hari terakhir ini," katanya.
FMT/-

Jumpa mayat dalam parit

Posted: 30 Apr 2013 08:13 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

mayat

Polis meneliti keadaan mayat yang masih bertopi keledar dalam sebuah parit di Jalan Baharu, Batu 7 Kuala Kurau.
KUALA KURAU - Tindakan seorang pemuda memberhentikan motosikal untuk memakai baju hujan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit Jalan Baharu, Batu 7, di sini, semalam.

Saksi kejadian dikenali sebagai Rosli, 27, berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang, dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Nibong Tebal, Pulau Pinang terpaksa memberhentikan motosikal ditunggangnya kerana hujan.

Menurutnya, ketika memakai baju hujan, dia terlihat kelibat motosikal di dalam sebuah parit bersama topi keledar yang terapung.

"Saya mula berasa ada sesuatu tidak kena apabila melihat motosikal berkenaan berada dalam keadaan terbalik dan saya segera mendekati lokasi tersebut yang hanya lima meter dari tempat saya berhenti.

"Sebaik sahaja mendekati lokasi kejadian, saya terkejut melihat tubuh manusia terapung bersama topi keledar manakala motosikal mangsa berada di sebelahnya," katanya  sewaktu ditemui media di lokasi kejadian.

Kata Rosli, melihat keadaan mayat itu, dia segera menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan identiti mangsa sudah dikenal pasti iaitu Loo Char Yu,31, dari  pekan Kuala Kurau.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kami meminta saksi kejadian tampil untuk memberikan keterangan," katanya.

Sinar/-

Lelaki nyaris maut ‘bilik gerakan’ runtuh

Posted: 30 Apr 2013 08:12 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Eng Keat

Eng Keat menunjukkan keadaan 'bilik gerakan' sebuah parti politik yang runtuh dan hampir menimpa dirinya.
PARIT BUNTAR - Kelekaan seorang pemilik kedai peralatan mesin membuat kerja, nyaris mengundang padah apabila dia hampir dihempap sebuah khemah yang runtuh diterbangkan ribut dalam kejadian di hadapan premisnya di Pusat Bandar Fasa 2, di sini, semalam.

Mangsa, Ooi Eng Keat, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, sebuah khemah yang dijadikan bilik gerakan sementara sebuah parti politik di sini secara tiba-tiba diterbangkan ribut sebelum mengenai kereta jenis Perodua Kenari miliknya dan runtuh.

Menurutnya, dia yang sedang melakukan kerja kimpalan besi ketika itu terkejut apabila 'bilik gerakan' runtuh itu hampir mengenai dirinya, sebelum dihalang kereta miliknya.

"Kesan kejadian itu menyebabkan keadaan kereta saya tercalar, manakala beberapa jentera mesin dikhuatiri rosak akibat dihempap khemah berkenaan.

"Nasib baik ada kereta yang menghalang khemah itu dari terus menghempap saya, jika tidak saya tidak tahu apa akan terjadi pada saya," katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian semalam.

Ooi berkata, berikutan kejadian itu, laporan polis sudah dibuat dan pihaknya berharap parti politik lebih menitikberatkan soal keselamatan dalam memasang khemah sementara untuk dijadikan bilik gerakan.

"Saya juga berharap wakil parti itu tampil untuk membiayai kos ganti rugi dialami pihak kami disebabkan pemasangannya dibuat atas dasar cuai," katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Sinar/-

Tampal stiker R, pegawai GLC digantung tugas

Posted: 30 Apr 2013 07:34 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan kecewa dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan pusat (GLC) yang didakwa bertindak tidak profesional menggantung tugas seorang pegawainya hanya kerana menampal stiker R di kereta.

Ketuanya, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, tindakan syarikat yang menyediakan khidmat kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia itu merupakan satu pencabulan hak pekerja.

"Di saat kerajaan pimpinan Barisan Nasional melaungkan slogan "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara" sempena hari pekerja tahun 2013, pencabulan hak-hak asasi terhadap golongan pekerja terus berlaku.

"Pemantau Rakyat telah didatangi oleh seorang pegawai atasan GLC terbabit dan mengadu beliau telah dikenakan tindakan gantung dan dikhianati oleh majikannya hanya kerana meletakkan stiker R di kereta beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harakahdaily bagaimanapun tidak menyiarkan nama GLC terbabit bagi mendapat maklumbalas terlebih dahulu dari pihak mereka.

Apa yang dibimbangi kata Faizal, jika tindakan tersebut boleh dilakukan kepada seorang pegawai atasan, tentu sekali hal yang sama mudah untuk dikenakan kepada kakitangan bawahan.

Menurutnya, dalam suasana kerajaan mendakwa golongan pekerja diberi penghargaan dan keadilan, tindakan GLC tersebut amat bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.

Apatah lagi ujarnya dalam suasana negara berhadapan dengan pilihan raya umum PRU 13, tindakan GLC tersebut nyata mencabul hak pekerja yang merupakan seorang warga Negara untuk bersuara dan menyatakan pendapat serta berpersatuan.

"Sempena hari pekerja pada hari ini, , kami menggesa setiap tindakan yang hendak diambil terhadap kakitangan bawahan hendaklah mengambilkira merit tanpa dipengaruhi oleh nilai-nilai luar seperti fahaman politik.

"Setiap pekerja mesti dihormati sebagai seorang warga Negara yang mempunyai hak-hak yang telah dijamin kukuh oleh undang-undang dan perlembagaan Negara," katanya.

Harakahdaily/-

Pakatan terus kumpul angka besar di NS

Posted: 30 Apr 2013 07:33 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Menjelang empat hari sebelum pengundian, Pakatan Rakyat terus mengumpulkan angka besar dalam ceramah mereka di Negeri Sembilan, dengan perkembangan terkini sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramahnya di Sikamat malam tadi.

Perkembangan itu dilihat cuba memberi isyarat kepada BN agar bersedia berhadapan kemungkinan memberi laluan kepada sebuah kerajaan negeri baru di negeri itu.

NONEBertempat di Jalan Datuk Siamang Gagap, Sikamat malam tadi, pelbagai kaum hadir pada majlis ceramah raksasa menampilkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai sabar menunggu beliau yang diperkenalkan sebagai "perdana menteri Malaysia ketujuh" dan menyambutnya dengan sorakan dan laungan sewaktu beliau tiba pada jam 11.20 malam.

"Pilihan raya hujung minggu ini saudara, minggu depan kita batal hutan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"(Pada) 5 Mei kita pilihan raya, 6 Mei kita bentuk kerajaan baru, dan 7 Mei kita turunkan harga minyak!" kata Anwar disambut sorakan gemuruh daripada hadirin ceramah.

Mood sama di Terminal 2 Seremban


Kehadiran Anwar dilihat menyuntik semangat tambahan kepada kempen Pakatan terutamanya jentera PKR yang bertanding di DUN Ampangan dan Sikamat yang dimenangi dengan majoriti tipis sahaja pada tahun 2008.

Ampangan dimenangi PKR dengan majoriti 165 undi sementara Sikamat pula dimenangi dengan majoriti 499 undi sahaja.

NONE"Sudah pasti kedatangan beliau (Anwar) memberikan dorongan kepada kebangkitan rakyat di Seremban.

"Pada saya lawatan beliau ini adalah untuk memastikan kita terus fokus dalam kempen pada saat-saat terakhir ini," kata pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bertanding di kerusi DUN Ampangan dan mempertahankan Parlimen Teluk Kemang.

Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Negeri Sembilan.

Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi (DAP 10 kerusi, PKR empat kerusi dan PAS satu kerusi) sementara BN menguasai 21 kerusi.

"Mood yang sama malam ini dirasai pada ceramah Pakatan bertempat di Terminal 2 Seremban lima tahun lalu tepat dua hari sebelum hari mengundi," kata seorang pengunjung ceramah yang tidak mahu dinamakan kepada Malaysiakini.

'Wyue wu, huan zheng fu'

Ceramah malam tadi juga membuktikan majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar terus bersama Pakatan. 

Manakala dua ceramah raksasa DAP di pasar besar Seremban dan Oakland Park sebelum ini berjaya menarik majoriti pengundi Cina.

Jalan Datuk Siamang Gagap yang kebiasaannya adalah laluan empat lorong bertukar menjadi laluan selorong yang hanya muat dilalui motosikal apabila pengunjung ceramah turut melimpahi jalan itu untuk mendengar ucapan Anwar.

Mereka turut beramai-ramai melaungkan ungkapan "wyue wu, huanzheng fu (5 Mei, Kita tukar kerajaan)" berulang-ulang kali sewaktu menanti Anwar tiba ke tapak ceramah.

Di penghujung ceramah, Anwar membakar semangat pengunjung dengan mengetuai laungan "Reformasi", "Membujur lalu melintang patah", dan laungan "Ubah" yang disambut dengan sorakan "Ini Kalilah".

Malaysiakini/-

Jangan buat silap kali ke 13

Posted: 30 Apr 2013 06:51 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat diseru jangan lagi membuat kesilapan kali ke 13 dengan mengundi BN sebagai kerajaan persekutuan pada 5 Mei ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai menjawab saranan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berkata Pakatan Rakyat tidak layak diberi peluang kedua untuk memerintah di negeri-negeri yang dimenanginya 2008.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertungkus-lumus lima tahun untuk mencari satu kesalahan pada pimpinan Pakatan Rakyat, tapi mereka gagal menjumpai apa-apa. 
"Dengan SPRM yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya dalam sebarang kes melibat pimpinan PR, PR sudah boleh dikira sebagai teramat bersih kerana tiada satu kes rasuah pun sehingga kini. Rakyat lebih pandai menilai," kata Tuan Ibrahim.

Berbanding dengan BN yang dikerumi dengan skandal-skandal penyelewengan, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu memikirkan apakah BN layak diberi peluang untuk kali ke 13.

"Kerajaan yang dipilih mestilah amanah dalam menjaga hak dan duit rakyat. Prestasi kerajaan negeri PR dengan integriti para pemimpin BN, rakyat perlu memilih Pakatan. Jangan tersilap buat kali ke 13," nasihat Tuan Ibrahim (gambar), yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ketika berkempen di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang, Najib menyuruh rakyat membetulkan kesilapan mereka di 2008.

"Kalau dah silap boleh betulkan pada 5 Mei ini (PRU13). Dulu tersasar, terpesong takpe, buat silap sekali takpe, jangan dua kali buat silap," katanya.

Najib berkata canangan perubahan PR hanya janji kosong.

"Kalau nak buat perubahan kena ada wawasan, dan kena ada kemampuan untuk menterjemahkan agenda menjadi realiti dan kenyataan," beliau tegaskan.

Kemampuan datang apabila menjadi kerajaan, jawab Tuan Ibrahim.

"PR boleh menterjemahkan segala janji menjadi realiti dan kenyataan. Rakyat cuma perlu memberi peluang kepada PR untuk sekali sahaja untuk kami buktikan.

"Jika peluang tidak diberi, manalah rakyat boleh mengesahkan bahawa BN sedang berbohong ke tidak bahawa negara akan bankrap di bawah pemerintahan PR," tegas beliau. 

Harakahdaily/-

Khalid ajak Najib debat

Posted: 30 Apr 2013 06:11 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar sekali lagi untuk berdebat dengan PR Selangor semasa pembentangan laporan pencapaian sepanjang lima tahun pentadbiran negeri hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor menanti kehadiran Najib pada jam 10.30 pagi di pekarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

"Saya dengan hati terbuka menerima cabaran Najib supaya membentangkan laporan pencapaian Selangor tetapi sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang reaksi daripada beliau untuk berdebat dengan PR.

"Saya dan rakyat Selangor menunggu kehadiran PM hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Najib dialu-alukan membawa bersama calon Menteri Besar, BN bagi membolehkan rakyat mengenali mereka.

Sinar/-

Tiada ulasan:

Nuffnang