Isnin, 29 April 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


umno/bn Gagal Tunai Janji Bina Masjid Di Sg Buloh Sejak 20 Tahun Dulu

Posted: 29 Apr 2013 04:06 AM PDT


Semasa kunjungan lawatan ke Kampong Melayu Sungai Buluh tempoh hari, kumpulan sukarelawan PRU kami telah menemui apa yang dipanggil sisa-sisa janji umno/bn yang masih lagi tertinggal disekitar Negeri Selangor.

Apa yang menyedihkan kami ialah terdapat kawasan yang sepatutnya dibina sebuah Masjid kini menjadi kawasan belukar dan terdapat kawasan tersebut digunakan sebagai  tapak semaian.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, mereka amat berharap agar Masjid itu dapat dibina bagi kemudahan mereka menunaikan ibadat. Namun amatlah menyedihkan mereka sejak lebih 20 tahun lalu ialah Janji hanya tinggal Janji!

Mereka juga amat berharap jika peralihan kuasa jika ditakdirkan berlaku, kerajaan baru yang bakal dilantik nanti akan meneruskan pembinaan Masjid ini dengan kadar segera.



.

Tiada ulasan:

Nuffnang