Jumaat, 19 April 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


DUN Kota bukan DUN tumpuan untuk PAS menang di N.Sembilan

Posted: 18 Apr 2013 11:49 PM PDT




DUN Kota dalam Parlimen Rembau sejak beberapa pilihanraya yang lau telah ditandingi oleh PAS. Prestasi PAS di DUN Kota dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini adalah antara yang paling lemah di Negeri Sembilan. Pernah beberapa kali calon PAS di DUN Kota hilang deposit pilihanraya.

Malahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 tahun 2013 ini pun, DUN Kota bukanlah termasuk dalam DUN tumpuan untuk PAS menang di sini. Ianya boleh dikatakan DUN yang paling selamat untuk Umno bukan sahaja di Rembau , malahan di Negeri Sembilan.

Namun begitu, ianya tidak melunturkan semangat ahli, petugas dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di DUN ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam kempen PRU-13 kali ini.

Walaupun mereka tahu DUN ini bukan DUN tumpuan, walaupun sukar untuk mendapat penceramah peringkat pusat, baik dari PAS dan PKR untuk berceramah di sini, namun para ahli dan penyokong di kawasan ini yang terdiri dari orang kampung, bekerja kampung, penoreh getah, pemanjat petai, menebas kebun, anak muda yang tiada pekerjaan tetap sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menggerakkan bilik gerakan mereka sendiri.

DUN Kota mempunyai 15 pusat mengundi, antara yang terbanyak di N.Sembilan. Dalam pilihanraya yang lalu PAS dan Pakatan Rakyat gagal menubuhkan Bilik Gerakan di banyak tempat mengundi. Namun kali ini beberapa Bilik Gerakan yang aktif berjaya digerakkan antaranya di Titian Bintangor, Penajuh, Legong Ulu, Kendong, Chengkau Ulu dan Selemak.

Mereka inginkan perubahan di kawasan mereka, walaupun peluang untuk PAS menang di sini terlalu tipis.

Apa yang mereka harapkan ialah dengan sedikit usaha ini, akan menjadi contoh untuk DUN-DUN harapan yang sepatutnya menang di lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini agar bekerja lebih kuat dari mereka, berkorban wang ringgit, tenaga dan masa lebih banyak dari mereka.

Mereka tidak mengharapkan wang ringgit dan tenaga dari luar DUN , walaupun ianya amat dialu-alukan. Apa yang mereka harapkan ialah doa dari para pencinta kebenaran dan keadilan di seluruh dunia, jika ada sedikit harapan untuk PAS menang di DUN Kota ini, agar Allah membantu mereka ini.

Mereka yang ingin membantu petugas Pakatan Rakyat di DUN Kota dari jauh, bolehlah melayari laman web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.comdengan memberikan komen-komen dan kata-kata semangat di beberapa artikel di laman web tersebut.

Kisah pencerobohan Hutan Simpan Johol , arkib berita 2010

Posted: 18 Apr 2013 02:25 AM PDT




Hutan Simpan Johol diceroboh
Kosmo 2 Jun 2010

KEADAAN lereng bukit yang ditarah oleh peneroka haram di Hutan Simpan Johol, Negeri Sembilan semalam.

REMBAU - Kira-kira lima hektar kawasan Hutan Simpan Johol, dekat sini musnah dipercayai akibat diteroka secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi yang terletak di Bukit Miku, di antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah itu semalam mendapati hutan itu kini gondol apabila pokok-pokok balak termasuk yang berusia ratusan tahun telah ditebang.

Terdapat juga tiga buah pondok yang dibina di lokasi itu dan kesan penerokaan haram tersebut jelas kelihatan ketika melalui jalan Inas-Johol.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, aktiviti berkenaan sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan hutan itu ditebang untuk aktiviti pertanian dan dijadikan lokasi penempatan Orang Asli.

"Saya tidak pasti sama ada aktiviti itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak tetapi saya sedih kerana kawasan hutan ditebang serta dibakar begitu sahaja," katanya ketika ditemui semalam.


Hutan Miku Diceroboh??
30 Jan 2010


Kebetulan melalui kawasan hutan di Bukit Miku , Johol , Kuala Pilah selepas menjemput anak di Gemencheh. Terperanjat tengok perubahan yang begitu ketara. Bukan jalannya lebih baik tapi melihat kepada keadaan hutan di sepanjang jalan Hutan Miku telah diterokai. Secara sah atau haram, diminta kerajaan Negeri Sembilan melalui jabatan hutan mengkaji perkara ini. Bimbang penerokaan hutan ini menjejaskan kehidupan orang asli yang masih ramai di sini , juga bimbangkan kesan ke atas struktur tanah yang akan menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur dan kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi kawasan sekitar. Sesiapa yang belum melalui kawasan ini , jika dari Rembau ianya selepas pekan Rembau di selekoh tajam yang ada Masjid Kg Batu , belok kiri dan anda akan melalui kawasan ini yang mana hujungnya anda boleh sampai ke Pekan Kuala Pilah.

Tiada ulasan:

Nuffnang