Ahad, 24 Mac 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Doktor Pakar Bersama Komuniti DUN Seberang Takir

Posted: 24 Mar 2013 07:15 AM PDT








23 Mac 2013, telah mengadakan program sehari doktor pakar bersama komuniti DUN Seberang Takir bertempat di Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Doktor pakar yang hadir pada hari tersebut didatangkan khas dari Hospital Universiti Kubang Kerian, Kelantan (HUSM) dan turut dibantu oleh Pusat Kesihatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi menghulurkan khidmat untuk merawat warga Seberang Takir yang hadir pada hari tersebut. Tidak dilupakan juga kepada semua yang menjayakan program ini, terima kasih banyak-banyak.

Program Istighasah bersama YADIM

Posted: 24 Mar 2013 06:55 AM PDT









22 Mac 2013, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program istighasah bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Al Abrar, Kg. Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Terima kasih kepada YADIM kerana telah menganjurkan satu program yang amat bermakna ini di Seberang Takir. Semoga program-program seperti ini senantiasa di adakan pada masa akan datang.

Sehari YAB TPM ke Negeri Terengganu

Posted: 24 Mar 2013 06:44 AM PDT







22 Mac 2013, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dan isteri telah meluangkan waktu ke jamuan rakyat di Parlimen Kuala Nerus dan seterusnya ke Himpunan Rakyat di Rhu Rendang. Warga negeri Terengganu mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada YAB dan isteri kerana sudi datang ke negeri kami.

Majlis Dialog Bersama Pekerja Swasta dan Pengawal Keselamatan Sekolah

Posted: 24 Mar 2013 06:21 AM PDT






21 Mac 2013, telah mengadakan sesi dialog bersama pekerja swasta dan pengawal keselamatan sekolah dan DUN Seberang Takir bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri. Semoga dengan adanya sesi ini dapat menyelesaikan masalah yang perlu dihadapi.

Tiada ulasan:

Nuffnang