Isnin, 11 Mac 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Temu Mesra Mahasiswa Terengganu USIM

Posted: 11 Mar 2013 08:38 AM PDT








Pada 9 Mac 2013 yang lalu, telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Temu Mesra Mahasiswa Terengganu anjuran Yayasan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Restoren Nelayan, Gombak. Semoga anak-anak dapat keputusan cemerlang dalam bidang masing-masing dan ikatan yang terjalin antara kita tidak putus sampai di sini sahaja.

Kursus Kepimpinan Pemuda dan Puteri DUN Seberang Takirl

Posted: 11 Mar 2013 08:28 AM PDT







Pada 8 Mac 2013 yang lalu telah merasmikan Kursus Kepimpinan bagi Ketua Pemuda dan Ketua Puteri dalam DUN Seberang Takir bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Semoga dengan kursus yang di adakan ini dapat memberi sedikit sebanyak persediaan kepada pemuda dan puteri dalam menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tidak lama lagi. Turut hadir sama dalam kursus ini ialah Y.Bhg Tuan Haji Apli bin Yusof Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus dan Puan Aida Azam Ketua Puteri Bahagian Kuala Nerus. Terima kasih kerana turut serta juga dalam kursus tersebut.

Melawat Kelas Bina Insan Perumahan Telaga Daing

Posted: 11 Mar 2013 08:14 AM PDT




Pada 7 Mac 2013 yang lalu, selepas majlis di TER selesai telah berkesempatan untuk melawat Kelas Bina Modal Insan Perumahan Telaga Daing bertempat di Surau Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir.

Wacana Intelektual Terengganu Negeri Anjung Ilmu

Posted: 11 Mar 2013 08:08 AM PDT





Pada 7 Mac 2013 juga telah merasmikan Wacana Intelektual Terengganu Negeri Anjung Ilmu bertempat di Terengganu Equesterian Resort (TER) Kuala Ibai bersama-sama seluruh guru besar dan pengetua dalam negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Penyerahan BR1M 2.0 untuk Orang Bujang

Posted: 11 Mar 2013 08:01 AM PDT





Pada 7 Mac 2013 yang lalu telah menyerahkan baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 bernilai RM 250 untuk orang bujang dalam DUN Seberang Takir bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing, Seberang Takir.

Tiada ulasan:

Nuffnang