Selasa, 26 Mac 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Pencerobohan Lahad Datu adalah Implikasi Projek IC

Posted: 26 Mar 2013 12:07 AM PDT



Pencerobohan Sulu bangkitkan kemarahan penduduk Sabah dengan Projek IC, BN


KUALA LUMPUR — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah "Projek IC" dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu.
Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar di "negeri deposit tetap" BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di bawah inisiatif pada tahun 1980an.
Mereka percaya kumpulan militan dari Sulu di selatan Filipina berjaya menyusun serangan kerana ramai simpatisan kumpulan itu dan ahli keluarga sememangnya menetap di negeri Borneo tersebut, disebabkan oleh "Projek IC".
"Ini adalah ibu kepada semua masalah di Sabah. Ia telah lama menjadi ibu kepada segala masalah. Rakyat tahu tentang itu. Semua orang tahu tentang itu," kata pemimpin KDM Denis Gimpah kepada The Malaysian Insider semalam.
"Akan tetapi disebabkan oleh kuasa dan wang, dan survival politik, pendatang ini diterima. Sekarang, kita pelajari dengan jalan susah mengapa ini tidak seharusnya dibenarkan, mengapa ianya seharusnya dihentikan."
Sekumpulan 200 militan bersenjata yang mendakwa diri mereka "tentera Di Raja" Kesultanan Sulu mendarat tanpa sebarang masalah di Lahad Datu pada 9 Febuari untuk menuntut Sabah, melalui 40 minit jalan laut yang tidak dikawal ketat di antara selatan Filipina dan utara Sabah.
Kehadiran mereka telah menyebabkan 80 kematian, termasuk lapan anggota polis dan dua anggota tentera, memaksa penduduk kampung keluar dari rumah mereka di kawasan pendalaman tersebut. Putrajaya telah mengisytiharkan kawasanitu sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan tersebut.
Gimpah, bekas orang BN mengatakan orang yang tinggal, kemusnahan alam sekitar dan kehilangan rumah akibat daripada pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan di Lahad Datu telah mengecewakan penduduk asal Sabah.
"Kami takut. Kami kecewa. Apa lagi yang kami patut rasakan? Keselamatan kami, kedaulatan kami musnah. Tanya mana-mana KDM.. mereka akan berutahu kamu perkara sama," kata Gimpah.
Beliau meramalkan kemarahan ini akan memberi kesan kepada corak pengundian dalam Pilihan Raya 2013, terutamanya kerana pencerobohan bermula dikala rakyat Sabah menunggu keputusan penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram negeri tersebut.
Datuk Jeffrey Kitingan, ahli politik veteran dan pemimpin KDM yang dikenali di Sabah mempunyai pandangan sama.
Beliau mengatakan komuniti KDM terus berada dalam ketakutan, marah dan kecewa, kerana merasakan kerajaan pusat gagal untuk melindungi keselamatan meraka.
"Secara asasnya, kami ketakutan. Kami rasa.. ini adalah ancaman keselamatan dan ini adalah sebenarnya berlaku. Ia berada dikalangan kami. Dan kami tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Sudah tentu… kami marah," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kami lihat pencerobohan ini mempunyai kaitan dengan tindakan kerajaan memberikan kad pengenalan kepada pendatang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik tertentu.
"Ini, anda tahu, ini telah memakan diri sendiri … kita telah dibangkitkan ini selama 20 tahun dan kita berkata ini akan berlaku satu hari nanti ... dan cuba teka? Ianya berlaku."
Pengarah Merdeka Center for Opinion Research Ibrahim Suffian bersetuju dikalangan penduduk asal Sabah sedang menyalahkan kehilangan kehidupan dan mata pencarian kepada "Projek IC" dan pesalah-pesalah yang mendalangi kontroversi tersebut.
Menurut beliau, adalah normal untuk mengaitkan pencerobohan militan Sulu dengan pemberian IC kepada orang asing, yang dikatakan berlaku di bawah projek tersebut.
"Ia berjalan seiring. Dan sudah tentu, penduduk tempatan mempunyai pengetahuan luas tentang apa yang berlaku di bawah," kata Ibrahim.
"KDM akan menjadi amat marah kerana melihat ini sebagai pencerobohan ke dalam wilayah mereka.
"Mereka akan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana peranan mereka, mempercayai peningkatan penduduk di Sabah disebabkan oleh projek itu."
Tetapi komuniti Bumiputera Muslim mempunyai pandangan berbeza, katanya, menjelaskan mereka yang mendapat manfaat secara langsung dari "Projek IC" mungkin tidak akan menghukum kerajaan diatas pencerobohan tersebut, walaupun apabila pilihan raya sedang berlangsung.
Bagi masyarakat Suluk yang dianggarkan 300,000 orang di Sabah walau bagaimanapun, kehidupan aman mereka telah bertukar menjadi mimpi ngeri.
Komuniti Suluk Malaysia adalah berasal dari Kesultanan Sulu di selatan Filipina, dimana pemberontak bersenjata berasal. Akan tetapi komuniti di Sabah, sekarang sudah generasi ketiga, setia kepada Yang Di Pertuan Agong dan kerajaan dan bukannya kepada Kesultanan.
Mereka adalah generasi lahir daripada mereka yang megambil bahagian dalam referendum Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 di Sabah dan Sarawak, dimana dua pertiga daripada mereka mengundi untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia, memberi laluan kepada penubuhan Malaysia pada 1963.
Akan tetapi sekarang, mereka dalam ketakutan di rumah mereka kerana seringkali disalah anggap sebagai pemberontak Sulu dari Filipina.
"Kami adalah rakyat Malaysia dan menyokong kerajaan di sini 100 peratus. Apa yang kami takut hari ini adalah kami disalah anggap, disalah anggap sebagai orang asing tidak bertamadun dari Filipina," kata Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) Mohd Zaki Harry Susanto.
Bekas anggota polis berumur 39 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider masyarakat Suluk marah dengan pencerobohan tersebut dan yang lebih memalukan, ianya diketuai oleh Suluk dari Filipina.
"Kami merasakan tindakan mereka bodoh … tidak bermakna dan tidak bertamadun. Bodoh sebab mereka menuntut sesuatu yang bukan milik mereka. Tidak bertamadun kerana sebenarnya, budaya Suluk adalah merendah diri dan Muslim yang baik," katanya.
Menurut jawapan Parlimen pada 2011, populasi Sabah berjumlah 651,304 pada 1970 bertambah ke 929,299 sedekad selepas itu. Akan tetapi dua dekat selepas 1980, populasi negeri meningkat sebanyak 1.5 juta orang, mencecah 2,468,246 pada 2000.


Mengikut laporan media, pada 2010, jumlah telah meningkat ke 3.12 juta, dengan orang asing sebanyak 889,799 atau 27 peratus daripada populasi.
Peningkatan populasi itu dikatakan disebabkan oleh "Projek IC" yang dikatakan dirancang oleh perdana menteri berkhidmat paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di bawah projek tersebut, kerajaan BN telah dituduh memberikan IC kepada orang asing sebagai pertukaran kepada undi mereka menyebabkan mereka terus berkuasa di negeri tersebut.
Pentadbiran Najib telah menubuhkan RCI untuk melihat kepada kewujudan projek tersebut akan tetapi terganggu akibat daripada pencerobohan Sulu.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji untuk membawa mereka yang terlibat dalam "Projek IC" ke mahkamah, jika mereka berkuasa selepas pilihan raya akan datang.
-themalaysianinsider.com

PAPAGOMO Antara Pengundi Hantu UMNO BN

Posted: 26 Mar 2013 12:00 AM PDT





KEADILAN sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis.
hantuPendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.
Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR.
Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:
Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983.
KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:
Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?
Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.
Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

Kerajaan Negeri Wujudkan Badan Kebebasan Maklumat

Posted: 25 Mar 2013 11:37 PM PDT





KUALA LUMPUR 26 MAC: Kerajaan Selangor menubuhkan Badan Kebebasan Maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011.
Perkara itu dimaklumkan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada sidang medianya semalam.
Eli lagiEnakmen Kebebasan Maklumat akan membolehkan orang awam memohon maklumat tentang pentadbiran kerajaan seperti kontrak dan tender yang dikeluarkan, butiran perbelanjaan dan pengunaan dana awam.
Dasar tersebut merupakan penterjemahan prinsip ketelusan Pakatan Rakyat di mana pebelanjaan dana awam oleh kerajaan dapat dipantau masyarakat awam.
Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.
Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.
Sebagai makluman, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 [Enakmen 8/2011]diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 1 April 2011.
Elizabeth berkata, untuk melaksanakan enakmen ini, kerajaan negeri melantik bekas Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Kamaruddin Mat Desa sebagai Pengerusi Badan Maklumat Negeri.
Turut dilantik lima anggota lain dalam badan terbabit yang terdiri daripada bekas Pesuruhjaya Hisbah Terengganu, Nordin Saidin ; Profesor Undang-undang Universiti Malaya, Prof Abu Bakar Munir dan Majlis Peguam Negara, Sonya Liew Yee Aun.
Dua anggota lain ialah Peguam, R Kupusamy dan Timbalan Presiden Unit Keselamatan Astro, Thomas Navamoney D E Solomon.
Menurut Elizabeth, sebuah Lembaga Rayuan juga akan ditubuh untuk pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai maklumat.
"Rayuan juga boleh dibuat jika pemohon tidak mendapat maklumat dalam tempoh ditetapkan atau disalahgunakan dengan cara lain berkaitan dengan permohonan atau akses kepada maklumat," katanya.
Hadir sama sidang media, Exco Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus.
Menyambut baik penubuhan badan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Selangor tubuh Badan Kebebasan Maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat. Tahniah!" catatnya pada twitter.

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang