Rabu, 20 Mac 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pakatan Rakyat syor gaji minima untuk pekerja tempatan, BN sebaliknya

Posted: 19 Mar 2013 09:26 PM PDT




Pakatan Rakyat mengesyorkan agar penetapan kenaikan gaji minima hanya untuk pekerja tempatan. Namun kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan penetapan gaji minima termasuk pekerja asing. Kini nasi sudah menjadi bubur, majikan di Malaysia dalam keadaan tersepit, pekerja asing sudah menunjukkan taring, pekerja tempatan terus terpinggir.

Pekerja dinasihat henti mogok
Sinar Harian 20 Mac 2013

SEREMBAN – Syarikat Recron (M) Sdn Bhd masih menunggu keputusan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) tentang penundaan pelaksanaan gaji minimum kepada lebih kurang 2,600 pekerja asingnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam Negeri Sembilan, Datuk V S Mogan, berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memastikan Syarikat Recron (M) Sdn Bhd melaksanakan gaji minimum sebaik sahaja kerajaan melalui MPGN memberi keputusan ke atas permohonan majikan.

"JTK dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bersama pegawai-pegawai dari Kedutaan Bangladesh dan Kedutaan Vietnam telah mengadakan perjumpaan dengan semua pekerja asing bagi memaklumkan ketetapan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012.

"Para pekerja telah dinasihatkan untuk memberhentikan tindakan mogok dan kembali bekerja sementara menunggu keputusan kerajaan ke atas permohonan majikan yang dibuat dalam masa sebulan," katanya.


Gaji minimum PR untuk rakyat Malaysia, tidak libat warga asing, kata Guan Eng
March 08, 2013          

KUALA LUMPUR -  Gaji minimum RM1,100 yang akan dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya akan melibatkan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kitra pekerja asing, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Guan Eng (gambar) berkata, tidak seperti dasar gaji minimum RM900 kerajaan Barisan Nasional (BN), cadangan PR itu lebih mengutamakan rakyat kerana dasar gaji minimum BN itu turut merangkumi pekerja asing di negara ini.

"Hanya BN mahu membantu pekerja asing ... agar pekerja asing dapat menikmati tahap gaji yang sama dengan pekerja Malaysia," kata Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif dengan syarikat pengurusan air Pulau Pinang, di Hotel Traders di sana.

Pelaksanaan gaji minimum dijangka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkata pelaksanaan gaji minimum akan berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

Keputusan untuk menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum itu adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Awas, semoga kita semua lebih berhati-hati

Posted: 19 Mar 2013 09:25 PM PDT




Peniaga kosmetik disamun 3 lelaki bersenjata parang
Sinar Harian 20 Mac 2013

SEREMBAN – Seorang peniaga barangan kosmetik kerugian hampir RM150,000 apabila kereta dan barangan peribadinya disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, wanita yang enggan dikenali berusia 40-an itu sedang berada di pejabat bersama anak lelakinya berusia 13 tahun dan seorang pembantu kedai warga asing.

Menurut mangsa, dia terdengar bunyi hentakan kuat pada pintu kedai dan kelihatan tiga lelaki bersenjatakan parang menyerbu masuk ke dalam pejabatnya.

"Mereka mengheret kami di tepi sudut pejabat dan mengikat tangan, kaki dan menampal mulut dengan pelekat.

"Salah seorang suspek yang bersenjatakan parang kemudiannya mengarahkan kami diam dan meminta kunci kereta Toyota Camry yang saya letakkan di depan kedai.

"Dua lagi lelaki kemudiannya menggeledah pejabat sebelum mengambil wang tunai RM3,000 dan tiga telefon bimbit," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas mendapat kunci kereta dan wang, ketiga-tiga lelaki itu melarikan diri bersama kereta miliknya dan barangan berharga lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya sedang giat mengesan ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu.

SPRM usul garis panduan kerajaan sementara

Posted: 19 Mar 2013 02:32 AM PDT




SPRM akan mengusulkan kepada kerajaan supaya ada garis panduan dalam pengurusan 'caretaker government' atau kerajaan sementara apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan penyalah­gunaan aset kerajaan, termasuk penggunaan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan rasmi dan juga pilihan raya.

Katanya, pada masa ini tiada peruntukan undang-undang dalam perkara tersebut.

"Penggunaan kenderaan pada masa itu memang tidak boleh, tetapi sebelum ini ianya digunakan oleh semua parti, Barisan Nasional dan pembangkang, termasuk Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna semua pihak membuat perkara yang sama (iaitu mengguna kenderaan rasmi kerajaan)," katanya menjawab soalan penonton pada  Wacana Sinar Harian Ke-12, yang bertanya sama ada menggunakan kenderaan kerajaan masa kempen pilihan raya adalah satu kesalahan.

Kerajaan sementara merujuk kepada pentadbiran sepanjang tempoh apabila Parlimen atau Dun dibubarkan dan sebuah kerajaan baru dibentuk hasil pilihan raya umum yang diadakan.

Isu kerajaan sementara selalu dibangkitkan oleh pembangkang.


Wujud kerajaan sementara

KUALA LUMPUR: Badan pemantau antirasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) berpendapat sebuah kerajaan sementara yang neutral perlu diwujudkan dan diketuai Ketua Setiausaha Negara sebaik saja Parlimen dibubar sehingga tamat proses pilihan raya.

Pengerusinya, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sedia ada dalam mengekalkan kuasanya.

"Selain itu, penjawat awam juga tidak harus dibabitkan dengan mana-mana pihak dalam tempoh itu, selain liputan media yang adil kepada semua parti politik," katanya di Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di Parlimen, semalam.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dianggotai lapan iaitu wakil Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Alexender Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P Kamalanathan (BN-Hulu selangor).

Sementara itu, pembangkang diwakili Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Anthony Lee (DAP-Rasah) manakala Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mewakili bebas.

TI-M mengemukakan beberapa cadangan lain antaranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain beberapa agensi berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melaksanakan penguatkuasaan ke atas wang yang dibelanjakan ketika pilihan raya bagi mengelakkan politik wang.

"Hasil kajian kita mendapati terdapat penggunaan wang mencecah jutaan ringgit bahkan ada mencecah hingga bilion ringgit ketika pilihan raya," katanya yang mencadangkan peruntukan kewangan diberi kepada semua parti politik bukan kepada individu.

Katanya, masalah ini menyebabkan calon yang berwibawa, tetapi kekurangan sumber kewangan tiada peluang menjadi wakil rakyat jika politik wang diteruskan.

Tiada ulasan:

Nuffnang