Selasa, 5 Mac 2013

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Dialog antara agama

Posted: 04 Mar 2013 06:54 PM PST

Dialog antara agama yang dianjurkan PAS telah berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri ini untuk lebih memahami berkenaan parti Islam itu.

PAS, yang seringkali dimomokkan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang radikal dan eksklusif tidak lagi dijadikan bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam tentang  PAS.

Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.

“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat non-muslim.

"Islam datang membawa mawaddah dan rahmat kepada alam dan ia perlu diterjemahkan dalam tindakan setiap muslim. 

"Umno telah menunjukkan ajaran Islam yang salah dengan mengamalkan nepotisme dan juga korupsi dalam perbuatan mereka,” jelas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran. 

Beliau dan beberapa pimpinan dari komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapannya bersama kaum Tionghua di Menggatal.

Dalam program sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam satu "Dialog Rakyat: Kemana Hubungan Antara Agama" yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran dengan memberikan pandangan PAS berkaitan hudud, penggunaan kalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.

Pada akhir program, beliau telah merasmikan pelancaran “Impian Malaysia” peringkat negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Nuffnang