Jumaat, 29 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Bagan Datoh: Sokongan Cina dari 30 ke 70 peratus

Posted: 29 Mar 2013 06:22 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


BAGAN DATOH: PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dengan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan juga kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui memberitahu bukan sahaja peningkatan sokongan yang diberikan oleh kaum Cina tetapi sokongan turut diberikan oleh kaum India.

"Sokongan rakyat begitu baik sekali terutamanya pengundi bukan Melayu dari kaum Cina, kalau 2008 kita hanya mendapat sokongan 20 hingga 30 peratus tetapi sekarang telah melonjak sehingga 60 hingga 70 peratus dan ini sangat membanggakan.

"Masyarakat India begitu juga, saya yakin dlm pilihanraya akan datang selain kerusi parlimen kita akan dapat mengambil kedua-dua kerusi yang ada di dalam Perliman Bagan Datoh," kata beliau kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di parlimen tersebut.

Beliau yang juga merupakan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Badan Datoh turut menjelaskan persiapan jentera PAS sudah berada pada tahap yang paling maksima dan hanya menanti pembubaran parlimen sahaja.


Misbah dijangka akan  menyertai pilihan raya umum akan datang ini buat kali ke empat di DUN Rungkup. Sehingga kini, Jabatan Pilihan raya PAS Perak mensasarkan Rungkup sebagai salah satu dari 18 DUN yang disasarkan untuk menang dalam pilihan raya kali ini.

Selain DUN, PAS menjangkakan akan menang di empat Parlimen dalam pilihan raya kali ini iaitu tambahan kepada dua Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS menjangka akan bertanding 22 Dun dan dan tujuh Parlimen. PKR akan bertanding 19 Dun dan 10 Parlimen manakala DAP akan bertanding 18 Dun dan tujuh Parlimen di Perak.

"Kita sudah sampai ke peringkat paling kritikal dan bagi PAS kita berada pada persiapan yang paling maksima hanya menanti semboyan pilihanraya," katanya.

Menurutnya lagi,  PAS di peringkat kawasan memperkuatkan aktiviti dengan gerakan ziarah rumah ke rumah bagi bertemu pengundi.

Malah katanya lagi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina cukup baik.

"Kita jarang buat ceramah di markas-markas kerana kita tahu kalau buat di markas PAS yang hadir hanya ahli dan penyokong PAS sahaja.

"Kali ini kita lebih kepada gerakan ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi, sambutan dengan pengundi cukup baik termasuk masyarakat Cina," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, bagi masyarakat Cina tidak sukar untuk bersua muka dengan mereka, tetapi bagi kaum India agak sukar kerana mereka bekerja di estet dan tidak mempunyai masa, ada di antara mereka telah diugut, namun mereka tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Walaupun sokongan Melayu meningkat sedikit sahaja tetapi sokongan bukan Melayu naik dengan mendadak.

"Bukan melayu bersedia untuk beri kemenangan kepada kita pada pilihanraya nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang turut menyatakan tidak pernah timbul sebarang pergeseran dengan Barisan Nasional di Bagan Datoh dan jika timbul hanya melibatkan isu-isu kecil membabitkan bendera.

Katanya perkara tersebut diselesaikan melalui perbincangan dengan Ketua Kampung supaya menghormati demokrasi.

Harakahdaily/-

Rumah terbakar, bakal pengantin mungkin tunda majlis perkahwinan

Posted: 29 Mar 2013 06:20 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUANTAN - Seorang bakal pengantin mungkin terpaksa menunda majlis perkahwinannya apabila rumah keluarganya di Kampung Pandan Dua, dekat sini rentung dalam kebakaran awal hari ini yang turut memusnahkan semua kelengkapan perkahwinan.
   
Emma Azila Sazali, 26, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 April ini berkata bapanya Sazali Sabtu, 54, pesara tentera, ibunya Normah Mokhtar, 53, juruteknik di Jabatan Kerja Raya Pahang dan tiga adiknya sedang nyenyak tidur apabila dikejutkan jeritan adiknya Khairul Izam, 24, mengatakan ada api dalam rumah.
     
"Api marak terlalu cepat dan saya bersama ahli keluarga lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana terlalu panik dan berlari keluar sehelai sepinggang untuk selamatkan diri," katanya dengan sebak dan menurutnya keluarganya mengalami kerugian lebih RM110,000.
   
Jurutera Elektrikal di sebuah syarikat swasta itu berkata mereka kini menumpang di rumah ibu saudara yang terletak berdekatan dan menurutnya keluarganya masih belum dapat berbuat keputusan sama ada meneruskan majlis pernikahannya mengikut tarikh ditetapkan atau menundanya.
   
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail hari ini mengunjungi keluarga mangsa dan menghulurkan sumbangan RM5,000 dan menurutnya Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan menyumbang bantuan segera bagi meringankan bebanan keluarga itu.
   
Sementara itu  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas. - Bernama

Bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang sertai PAS

Posted: 29 Mar 2013 04:12 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GUA MUSANG: Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu.


Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno.

Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno.

Abd Aziz mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang selama dua penggal, pernah juga dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan.

Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping kepemimpinannya semakin lemah.

"Saya menerajui Pemuda Umno Gua Musang ketika era Saufi Deraman dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ketua bahagian.

"Ketika penggal pertama saya menewaskan Adun Galas sekarang, Abdul Aziz Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. Ketika itu saya masih ingat Aziz hanya dapat 11 undi.

"Kemudian selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai menyebabkan Umno Gua Musang semakin kuat," katanya di sini.

Ketika itu beliau juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kesedar dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Rancangan Pembangunan Kampung Baru di Manek Urai.

Bagaimanapun pada 1997 berhenti dengan Kesedar bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.

Abd Aziz juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela agama Islam.

"Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu.

"Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan ekonomi negara semakin lemah. Hari ini amat malang sekali rakyat Malaysia diketuai seorang perdana menteri yang tiada karisma.

"Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat," katanya yang menyertai PAS baru-baru ini.

Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Gua Musang dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Harakahdaily/-

PM sambung perjumpaan dengan pengerusi Umno, BN negeri

Posted: 29 Mar 2013 04:10 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan perjumpaan dengan pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini.
   
Perjumpaan yang diadakan sejak pukul 8 pagi itu, dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) nanti.
   
Antara yang kelihatan memasuki kompleks itu pada sebelah pagi, ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.
   
Turut berada di kompleks itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
   
Zainal Abidin yang memperlahankan kereta ketika keluar dan lalu di hadapan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu seawal pukul 7 pagi, hanya berkata: "Semua ok", bila diminta mengulas mengenai pertemuan itu.
   
Shahidan turut menyatakan perkara sama, dan menambah: "Semoga Allah merahmati kamu semua.. Hidup BN".
   
Pada sebelah petang pula, kenderaan yang membawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilihat memasuki kawasan kompleks, diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Selepas 25 hari Op Daulat, musuh kini kurang 10 orang

Posted: 29 Mar 2013 04:09 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ceroboh sabah

Seorang anggota tentera mengawasi rombongan pegawai daerah Lahad Datu, wakil-wakil penduduk Kampung Tanjung Batu dan media. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.
   
"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.
   
Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.
   
Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.
   
Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.
   
Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.
   
"Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya. - Bernama

Dalam Pakatan Rakyat, rakyat berfikir...

Posted: 29 Mar 2013 02:28 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Dia tanya, "Ustaz, lepas PRU13 nanti, jika kita diberi kemenangan bersama dalam PR, apa yang kita harus lakukan?"

Saya jawab, pecahkan liur, "Kita memerintahlah."

Dia kata, "Tapi, rasanya payah untuk kita jadi PM. DAP dah setuju untuk Anwar jadi PM."

Saya jawab, "Kita pergi kepada yang mudah dulu. Kita jadi TPM. Bila yang payah tu jadi mudah, kita jadi PM."

Dia sinis, "Bilalah DAP nak setuju PAS jadi PM?!"

Saya jawab, "Bila PAS berjaya yakinkan DAP. Kita dah pun berjaya yakinkan mereka untuk bersama. Mereka pun dah yakinkan kita."

Dia tambah, "Nampaknya PAS akan bertarung terus dengan PKR berebut PM."

Saya jawab, "Tidak. Rakyat akan marah jika begitu. PM PR bukan seumur hidup macam PM BN. Rakyat akan pilih PM terbaik dari parti terbaik. Jika PM pertama dari PKR, mungkin PM kedua dari PAS."

Dia sinis, "Nampak saja mudah ustaz, tapi payah."

Saya jawab, "Kita fikir yang mudah-mudah dulu. Kalau fikir yang payah, nanti umno BN tak tumbang nanti. Nak?

Dia jawab, ketawa, "Haha, ngeri!"

Dia tanya lagi, "Macam mana kita nak laksana Islam jika kita tak jadi PM?"

Saya jawab, "Yang jadi PM tulah yang laksana Islam. Kita jadi pembantu. Pembantu nombor satu."

Dia mula pesimis, "Bila pulak Anwar janji nak laksana Islam? Dia pun nampak pelik kenyataan-kenyataan dia pasal Islam."

Saya jawab, "Tapi dia tak pernah kata tolak Islamkan? Bahkan dia puji. Cuma, dia hanya syarah Islam cara dia fahamlah. Itu dah baik. Jauh meninggalkan umno-BN di belakang."

Dia desak, "Macam mana jika dia tipu. Ustaz tahu, orang politik bila dah ada kuasa, mulalah tipu sana tipu sini."

Saya jawab, "Orang Islam, macam orang lain juga, biasa je kena tipu. Cuma, tak boleh kena tipu dari lubang yang sama berulang kali. Yang pasti, umno dah berulang kali tipu."

Dia tanya, "Ustaz tak takut PAS kena tipu?"

Saya jawab, "Takut."

Dia tambah lagi, "Lepas tu?"

Saya jawab, "Takut melahirkan hati-hati. Hati-hati adalah sifat setiap mukmin dan setiap gerakan Islam. Jadi, PAS berhati-hati. Semua parti politik yang berhati-hati adalah betul."

Dia tukar gear, "Ustaz, bagaimana hudud. PAS nak teruskan?"

Saya jawab, "Itu agenda Islam. Hudud adalah bahagian kecil daripada bahagian-bahagian Islam yang luas. Meninggalkan sebahagian dan ambil sebahagian adalah umno."

Dia tekan minyak, "Macam mana nak buat? Kita dalam PR. PR tiada agenda hudud."

Saya jawab, "Yalah. Hudud itu agenda PAS. Memanglah bukan agenda PR. DAP dan PKR pun ada agenda mereka yang bukan agenda PR."

Dia hembus nafas mengeluh, "Nampaknya, lambat lagi la hudud nak jalan."

Saya kata, "Lambat tu masa umno memerintah. Masa kita memerintah, masa semakin dekat."

Dia berminat, "Boleh ustaz terangkan panjang-panjang sikit, bagaimana?"

Saya terangkan, "Bila menang dan memerintah nanti, halangan lama buatan umno akan terungkai. Kebebasan mengambil tempat. Rakyat akan mendengar dari semua dengan adil. Suara dakwah semakin meluas. Ilmu dan hujah Islam akan berkumandang.

"Qudwah akan memimpin menggantikan janji dan kata. Keindahan Islam semakin dilihat. Amar makruf nahi munkar akan bergerak dalam masyarakat Islam.

"Keadilan menjadi desakan ke atas pemerintah. Kezaliman akan diburu sehingga ke lubang cacing. Kepimpinan khianat akan diganti dengan mudah. Rakyat mencintai kebenaran melebihi cinta mereka kepada pemerintah.

"Baik, saya mahu tanya, masa itu, apa halangan untuk rakyat yang telah melihat keindahan Islam dan qudwahnya untuk tidak mengundi Islam yang syumul, termasuk hudud? Bukankah umat Islam dijamin sebagai umat yang menjadi saksi untuk Islam dan Allah? Melayu bangkit kerana Islam. Melayu rebah, tanya sama Umno, kenapa?"

Dia diam seketika, kemudian senyum, "he he.. saya fikirkan.."

Saya kata, "Dalam PR, rakyat berfikir. Dalam BN, rakyat jadi fakir."

http://www.tarbawi.my

Harakahdaily/-

Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik

Posted: 29 Mar 2013 01:46 AM PDT

faekah-husin-2217 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KLANG 29 MAC : Saman pemimpin Umno yang kononnya mahu menolong ibu tunggal dan warga emas terhadap Kerajaan Negeri bermotifkan politik demi mewujudkan perspektif negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, peguam pemimpin Umno juga menggunakan muslihat untuk mengumpul tandatangan untuk saman tersebut dengan menjanjikan wang kepada mereka yang memberi tandatangan.

Faekah berkata tujuan tindakan hanyalah bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya dan merampas Selangor tetapi bukan untuk memenangi kes di mahkamah.

"Apabila kita memohon untuk pembatalan kes, mahkamah menolak dan nak mendengar kes secara perbicaraan. (Datuk Seri) Noh Omar tweet saya 1 – 0 Faekah (kes ibu tunggal), saya sabar. Lepas itu (kes) warga emas, kita cuba batalkan, mahkamah tolak juga.

"Noh Omar tweet saya lagi 2 – 0 Faekah. Saya jawab Datuk Seri peguam, kita belum lawan lagi, belum perbicaraan. Dia jawab dari segi politik dia dah menang.

"Maknanya matlamat mereka adalah untuk adudomba dan propaganda," katanya dalam ceramah PR "Suara Wanita Suara Perubahan" di Kampung Bukit Naga di sini malam tadi.

Faekah menambah, menurut maklumat yang diterima kes tersebut akan ditamatkan selepas pilihanraya berakhir.

Cara pengumpulan tandatangan golongan ibu tunggal dan warga emas juga, tegasnya, dilakukan secara tipu muslihat oleh peguam yang dilantik Umno.

Usaha tersebut cuba mengaitkan Kerajaan Negeri dengan menjanjikan bantuan kewangan kepada mereka yang menurunkan tandatangan dalam borang yang diedarkan ke seluruh Selangor.

Sedangkan, katanya, tandatangan dikumpulkan itu hanya bertujuan untuk menyaman Kerajaan Negeri.
"Dia nak bertanding di Kota Anggerik, itu yang dia tunjukkan dia lebih Umno dari Umno. Itu yang dia kumpulkan semua wanita.

"Dari maklumat yang kita dapat di mana dia taburkan ke rumah-rumah di Puchong, dia tulis di situ mana-mana ibu tunggal yang mahu RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor sila turunkan nama dan tandatangan," katanya.

Baru-baru ini Exco Selangor, Elizabeth Wong mendedahkan bahawa borang diedarkan kepada warga emas dengan menjanjikan bahawa Kerajaan Selangor akan memberi elaun sekiranya mereka memberi tandatangan.

tv news/-

AS hantar pesawat kalis radar

Posted: 29 Mar 2013 01:38 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam.

Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.

Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.

Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik.

Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.
Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan.

Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.
Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara.

Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. - Agensi


Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union

Posted: 29 Mar 2013 12:28 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Apabila Negeri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.
Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara 'unitary'.

British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap Semenanjung ini. Brtitish telah merangka Semenanjung ini sebagai sebuah negara 'unitary' tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam Semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negeri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk 'ceremonial' sahaja.

Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itulah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltifnya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British.

Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.

Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus.

Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah disebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negeri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negeri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan itu dahulu sebelum DUN itu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, "kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo".

Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negeri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negeri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah.

Jika benar Negeri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besarnya yang telah diberi kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu.

Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang dihadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu.

Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara 'automatic' semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya.

Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.

Tengok sahajalah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Bubar Dun: Pakatan sudah 'faham' taktik pusat, kata MB Selangor

Posted: 29 Mar 2013 12:26 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Abdul Khalid
Abdul Khalid merasmikan Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semalam
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akhirnya menamatkan teka teki mengenai tarikh pembubaran Dun apabila memilih 22 April iaitu tarikh pembubaran secara automatik sekiranya Parlimen masih tidak dibubarkan lagi.

"Keputusan Selangor menetapkan tarikh 22 April untuk pembubaran Dun adalah tempoh yang tepat dan menghampiri pembubaran automatik Parlimen 28 April.

"Bagaimanapun, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh yang kita jangkakan, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk menyertainya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan perbincangan dan memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak antara kerajaan negeri dan pusat.

"Kita telah melihat 'permainan' Kerajaan Negeri Sembilan iaitu dengan membiarkan Dun terbubar sendiri dan bukannya dibubarkan. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.

"Oleh sebab itu, PR berpendapat kita akan lakukan serentak setelah memahami taktik dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Kita akan jalankan pilihan raya serentak dengan pusat," katanya.

Sementara itu beliau berkata, komponen PR dengan sabar akan menunggu keputusan pembubaran Parlimen daripada Perdana Menteri bagaimanapun, menegaskan tarikh 22 April adalah tarikh akhir penantian mereka.

Ketika diminta mengulas berhubung persediaan PR Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Abdul Khalid berkata, mereka tidak akan membuat kesalahan.

Pada majlis sama, Abdul Khalid turut merasmikan sistem aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan harapan dapat mengurangkan birokrasi dalam sistem pengurusan berkaitan penjawat awam.

Menurut beliau, Sistem Web Based Pengurusan Hak milik Strata Berkomputer (e-SPHS)  telah diperluas bermula Mac ini kepada Modul Cetak Geran Hak milik Strata, Pendaftaran Penyerah dan Pendaftaran Urus niaga dan Bukan Urus niaga secara berkomputer dan akan
diperluaskan di sembilan Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor.

"Ini merupakan langkah penting untuk menentukan Selangor berada di tahap yang membanggakan dengan melaksanakan kehendak pengguna yang mementingkan kecekapan dan ketelusan dalam setiap urusan," katanya.

sinar/-

MB: Senarai calon BN Perak telah muktamad

Posted: 29 Mar 2013 12:26 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


 Dr Zambry Abdul Kadir

Dr Zambry Abdul Kadir
IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.
"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.
"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di sini hari ini.
Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.
"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.
Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.
Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran.
Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".
Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.
"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.
"Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya.
Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon.
Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN.
"Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib. - Bernama

Tiga renjer maut di Selatan Thailand

Posted: 29 Mar 2013 12:24 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



BANGKOK - Tiga anggota renjer tentera Thailand terbunuh dan mencederakan lima orang dalam satu serangan bom yang ditanam di tepi sebatang jalan raya oleh kumpulan gerila pemisah di selatan negara ini semalam.

Kejadian itu berlaku sebelum beberapa pegawai keselamatan Thailand mengadakan rundingan damai dengan para pemimpin kumpulan gerila pemisah bagi menamatkan pemberontakan di selatan negara ini.
Jurucakap polis berkata, dua renjer tentera maut di tempat kejadian di daerah Cho Airong, wilayah Narathiwat manakala seorang lagi anggota mati di sebuah hospital.

Letupan itu berlaku sebelum rundingan melibatkan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Paradorn Pattanathabutr dengan para pemimpin gerila pemisah bertemu di Kuala Lumpur untuk melakukan rundingan damai yang ditaja kerajaan Malaysia.

Media Thailand melaporkan, sembilan kumpulan pemisah termasuk Barisan Revolusi Nasional dijangka menyertai rundingan tersebut.

Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban di Pattani, Yala dan Narathiwat sejak 28 Februari lalu.
Lebih 5,000 orang terbunuh selepas kumpulan gerila pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka di tiga wilayah di Selatan Thailand sejak Januari 2004. - Reuters

3 bulan tidur bawah bangsal

Posted: 29 Mar 2013 12:21 AM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

3 bulan tidur bawah bangsal
Maidin (tengah) dan Mat Naian (kanan, dua) menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan Felda yang disampaikan oleh Shahaniza (kiri, dua).
JENGKA 2 - Kepayahan sebuah keluarga peneroka yang terpaksa tinggal di bangsal setelah menjadi mangsa kebakaran 31 November lalu, berakhir apabila rumah yang ditunggu-tunggu sejak tiga bulan lalu siap dibina.

Dengan bantuan Felda sebanyak RM40,000 dan wang tambahan RM20,000 rumah baru tersedia untuk didiami Maidin Molok, 70, sekeluarga.

Maidin berkata, sejak kebakaran terbabit, mereka terpaksa tinggal dalam bangsal yang dibina di hadapan rumah sebagai penempatan sementara.

"Kami tinggal di bangsal kereta berdindingkan zink yang bercahayakan dua mentol. Apabila anak-anak balik, di situlah kami tidur beramai-ramai.

"Anak-anak juga turut membelikan dapur dan gas memasak selain membelikan televisyen kecil untuk kami," katanya kepada Sinar Harian ketika penyerahan bantuan daripada Tabung Kebajikan Felda sebanyak RM10,000 yang disampaikan Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din.

Maidin berkata, bantuan kewangan terbabit akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli kelengkapan rumah yang musnah dalam kebakaran lalu.

"Saya amat berterima kasih kepada Felda atas sumbangan diberikan selain jiran tetangga yang banyak membantu kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka yang turut menjadi mangsa kebakaran, Mat Naian Disa, 67, turut menerima sumbangan sama.

Keluarga Mat Naian tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku selang dua minggu selepas kejadian menimpa Maidin dan mengalami kerugian sekitar RM150,000.

Kini, difahamkan, Mat Naian sekeluarga menetap di rumah seorang rakan di tanah rancangan sama sementara menunggu rumahnya yang hampir siap.

Isteri Mat Naian, Raja Esah Raja Baharuddin, 56, berkata, jiran tetangga banyak menghulurkan bantuan pakaian dan makanan dalam meringankan beban mereka sekeluarga.

"Saya amat terharu dengan pelbagai sumbangan yang diterima sama ada dari Adun, Felda mahupun jiran tetangga.

"Kami sekeluarga amat berterima kasih atas keprihatinan mereka membantu kami," katanya

sinar/-

Google lancarkan hab pilihan raya sebagai sumber maklumat PRU13

Posted: 28 Mar 2013 11:50 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kuala Lumpur — Bagi membantu para pengundi untuk kekal dengan maklumat terkini  di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 yang bakal menjelang tiba, Google melancarkan hab pilihan raya di www.google.com.my/elections  di mana rakyat Malaysia boleh mengkaji, menonton, mempelajari, dan mengambil bahagian di dalam isu-isu polisi yang membentuk kempen sempena hari pilihan raya hampir tiba.
Laman web pilihan raya menampilkan berita terkini berkaitan pilihan raya dan trend carian, beserta pautan-pautan mudah ke laman web parti-parti politik dan saluran-saluran YouTube.

Pengguna akan dapat mencari maklumat pada masa nyata (realtime) pilihan raya di dalam laman web dan menggunakan sumber maklumat pengundi yang  telah disusun dari pelbagai sumber.
"Misi Google adalah untuk menjadikan maklumat boleh diakses dimana jua dan berguna untuk pengguna — dan ini sememangnya untuk pilihan raya," kata jurucakap Google.
"Kami mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat pada hari pilihan raya."
Laman Google Election adalah sejajar dengan visi pengasas Google: untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dimana jua dan berguna.
● Akses: Apabila disebut tentang pilihan raya, Google mahu membantu rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha membantu mereka membuat keputusan yang berpengetahuan pada Hari Mengundi.
● Penglibatan: Membenarkan rakyat keupayaan untuk berhubung dan terlibat secara langsung dengan calon-calon melalui pelbagai platform Google, seperti menonton siaran-langsung di YouTube atau membincangkan isu-isu di Google+ Hangout.
Google Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan maklumat kepada orang awam: parti-parti politik di Malaysia, pemilik media dan pertubuhan bukan kerajaan.
Sebaik sahaja dilancarkan, laman web ini akan kekal sebagai sumber masa depan untuk pengundi di Malaysia, termasuk Pilihan Raya Umum di masa hadapan.

The Malaysian Insider/-

Hindraf tidak rela ditipu BN

Posted: 28 Mar 2013 11:47 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Mereka tidak lagi rela ditipu Barisan Nasional selama 55 tahun dan sebaliknya mengharapkan Pakatan Rakyat dapat melaksanakan reformasi sebenar.
COMMENT
Oleh Nyam Kee Han

Pada 14 Mac 2013, saya menaiki komuter KTM seorang diri dari UKM ke Rawang. Sebaik sahaja sampai di Rawang, saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. Empat hari yang lepas, saya dan empat ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Peri Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) ke kuil yang pernah kami lawat untuk menyertai upacara doa dan mogok lapar yang diketuai oleh Pengerusi Hindraf,  P Waythamoorthy.
Tersentuh dengan semangat mereka, saya membuat keputusan untuk menyertai mogok lapar Hindraf selama 24 jam sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada Waythamoorthy.
Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah kaum India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal sehelai sepinggang. Beliau berharap rejim pemerintah menghentikan penindasan kejam terhadap kaum India di Malaysia.
Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan memandang serius terhadap kesengsaraan kaum India akibat daripada penindasan yang berterusan.
Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah untuk menyokong tindakan Hindraf yang memperjuangkan hak-hak kaum India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain serta menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan sepanjang perjuangan mereka.
Pandangan saya di atas merupakan hasil tinjauan saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dari negeri Johor. Kami berpeluang berbincang secara mendalam dengan Waythamoorthy dan Hindraf untuk memahami perkembangan dan perubahan semasa Hindraf. Saya dapat merasai ketabahan dan keikhlasan Waythamoorthy dalam perjuangannya.
Gerakan Hindraf yang memperjuangkan hak dan maruah kaum India serta menentang penindasan pihak yang diketepikan telah dikritik oleh pertubuhan, parti dan individu yang dikatakan kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.
Pandangan teras mereka ialah Hindraf tidak patut berjuang berasaskan sifat perkauman, sebaliknya haruslah berjuang berasaskan keperluan. Pendapat seperti ini tidak salah jika dilihat daripada sudut gerakan sosial umum.
Tetapi jika dilihat daripada segi hubungan antara penindasan bangsa dan bangsa yang ditindas, maka kritikan ini seolah-olah menafikan kenyataan bahawa masalah penindasan bangsa masih merupakan masalah asas di Malaysia.
Maka tindakan Hindraf dalam mengemukakan tuntutan disifatkan satu tindakan perkauman adalah tidak benar. Tindakan Hindraf sebenarnya serupa dengan Dong Zong atau Pertubuhan Cina lain yang mengemukakan tuntutan bangsa Tionghua.
Bangsa tertindas
Hindraf cuma mewakili kaum India di Malaysia untuk mengemukakan tuntutan. Persamaan kedua-dua pihak ini adalah mereka telah menonjolkan keadaan tertindas kedua-dua bangsa dan mengemukakan tuntutan daripada perspektif bangsa mereka.
Tindakan mereka langsung tidak berniat untuk menghakis hak dan maruah bangsa yang lain. Apakah tindakan seperti ini salah? Kenapa mereka dituduh bersifat perkauman? Jika berbincang berdasarkan keperluan, saya berpendapat bahawa masalah-masalah kaum India di Malaysia haruslah dipandang berat oleh mereka yang membantah tindakan berasaskan perkauman seperti Pakatan Rakyat.
Ini adalah kerana jika dibandingkan dengan bangsa lain, golongan miskin India berada dalam keadaan sengsara dan sangat memerlukan bantuan.
Hindraf telah membuat penyelidikan yang banyak dalam aspek masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kaum India. Mereka telah menghuraikan masalah-masalah ini ke dalam 'rangka tindakan 5 tahun' berserta dengan cara penyelesaian. Mereka berharap rangka tindakan ini mendapat sokongan bertulis daripada mana-mana gabungan politik sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat.
Hindraf secara terbuka berjanji akan menyokong dan berkempen untuk parti politik yang menyokong dan memperakui secara bertulis rangka tindakan 5 tahun ini. Fokus Hindraf hanya untuk membebaskan bangsa India daripada kesengsaraan melalui saluran parti politik. Sejak rangka tindakan 5 tahun ini dikemukakan pada 25 Disember 2012, banyak usaha telah diusahakan. Sehingga kini Hindraf masih tidak mendapat tindak balas positif daripada kedua-dua kumpulan politik, BN dan Pakatan.
Masyarakat bangsa India telah ditindas secara berterusan oleh hegemoni perkauman Umno-BN. Menurut Waythamoorthy, Hindraf tidak cenderung terhadap Umno ataupun kerajaan BN tetapi mereka hanya boleh menaruh harapan terhadap Pakatan untuk menyokong rangka tindakan 5 tahun.
Saya berpendapat Hindraf tidak rela kaum India ditipu oleh BN selama 55 tahun. Hindraf berharap Pakatan melaksanakan reformasi sebenar. Namun begitu, pemimpin-pemimpin Pakatan masih belum memberi respon yang positif dan ini mengecewakan Hindraf.
Selepas menyertai mogok lapar ini selama 24 jam, saya dapat merasai bahawa kehidupan kaum India telah sampai ke jalan buntu kerana ditindas oleh sistem penindasan yang bersifat perkauman. Tindakan mogok lapar Waythamoorthy adalah respon kaum India terhadap reaksi kedua-dua Pakatan dan BN yang tidak mengendahkan rangka tindakan 5 tahun Hindraf.
Sekiranya Pakatan Rakyat boleh menyatukan kuasa Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack demi kemaraan mereka ke Putrajaya, mengapa tidak Hindraf dan kumpulan-kumpulan yang menentang rejim pemerintahan Umno-BN?
Saya percaya rakyat Malaysia sangat mengharapkan satu barisan penyatuan demokratik yang kuat dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO. Jadi, apa kata Pakatan Rakyat?

FMT/-

Pengganas berpangkat panglima mati

Posted: 28 Mar 2013 11:43 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Lahad Datu: Seorang pengganas dipercayai berpangkat panglima ditembak mati ketika menyerang anggota pasukan keselamatan yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, pagi semalam.

Pembantu imam tua 

Difahamkan, pengganas lelaki berusia 60 tahun itu antara individu dikehendaki pasukan keselamatan berikutan peranannya sebagai pengawal merangkap pembantu seorang pengganas bergelar imam tua yang ditembak mati dalam pertempuran di kampung berkenaan pada 2 Mac lalu. 


Dalam kejadian jam 8.45 pagi, dua wanita masing-masing isteri dan anak pengganas terbabit berusia 45 dan 30 tahun turut ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber memberitahu BH, ketika kejadian, pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu di Kampung Simunul dan Srijaya bagi mengesan saki baki pengganas yang dipercayai masih bersembunyi di perkampungan atas air berkenaan.

"Sebaik tiba di kampung itu, seorang anggota keselamatan mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan sebelum dibuka oleh seorang wanita yang memaklumkan dia tinggal sendirian di rumah itu.

Diserang guna barong 

"Anggota keselamatan terbabit kemudian memasuki rumah itu untuk pemeriksaan selepas mendapati wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah, dia diserang dan ditetak dari arah belakang menggunakan barong.

"Sejurus selepas itu, anggota keselamatan menembak mati pengganas terbabit," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar), berkata pengganas yang ditembak mati itu dipercayai berpindah randah sejak insiden mengorbankan enam pegawai dan anggota polis dalam insiden serang hendap di Kampung Simunul, 2 Mac lalu.

Beliau turut mengesahkan, anggota keselamatan diserang semalam tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dilengkapi pakaian khas yang mempunyai ciri keselamatan.

"Dalam operasi pagi tadi (semalam), kita turut menahan empat lelaki atas beberapa kesalahan lain untuk siasatan lanjut," katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, jumlah tangkapan mengikut SOSMA meningkat kepada 141 orang, manakala 443 ditahan atas pelbagai kesalahan dengan musuh yang ditembak mati ialah 68.

Berita Harian/-

TV DAP mahu Najib jadi tetamu pertama

Posted: 28 Mar 2013 11:39 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Stesen televisyen Internet DAP UbahTV berikrar mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu pertama bagi membuktikan sikap liberal dan menghormati hak untuk menjawab kepada semua pihak.

Selepas itu barulah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Memang benar UbahTV dimulakan oleh DAP untuk memberikan cerita kami tentang sesuatu berita, tetapi kami sedia memberikan sebelah pihak lagi hak untuk menjawab," kata Lim dalam sidang media selepas melancarkan saluran Internet di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga membangkitkan keadaan sebaliknya apabila pembangkang dikecam hari demi hari oleh media arus perdana yang dikuasai dan dimiliki oleh kerajaan.

Malaysiakini/-

Tolak 10 minit bentang manifesto, debat polisi

Posted: 28 Mar 2013 10:48 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mewakili anak muda perintis perubahan menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat bentang manifesto pilihanraya.
"SAMM ingin tegaskan, tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan pemerintah," ujar Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan.

Katanya, sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan.

Beliau berkata, Barisan Nasional umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana.

Di sebelah pihak lagi, ujarnya Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.

"SAMM percaya tidak perlu diadakan ceramah jika media perdana benar-benar bertindak adil memberi ruang sama-rata," ujarnya dalam satu kenyataan.

Lebih buruk, kata beliau ceramah Pakatan Rakyat juga terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuklah gangguan penyokong Umno yang dibantu kebisuan pihak berkuasa.

Katanya, kesan dari sorotan serangan di tempat ceramah ini juga sedikit sebanyak menakutkan orang ramai untuk hadir ke tapak ceramah dan seterusnya ketandusan maklumat.

Ketika yang sama, ujarnya satu pihak lagi dengan selesa menyampaikan dakyah secara terus ke dalam rumah melalui peti telivisyen.

"Dalam situasi kritikal sebegini, apakah 10 minit yang diberi itu difikirkan cukup?

"Apakah ini sahaja yang mampu diberi oleh sebuah kerajaan 55 tahun?" soal beliau.

Atau, katanya kerajaan takut pekungnya terdedah kepada golongan atas pagar yang rata-ratanya sukar ditembusi melalui ceramah dan media alternatif.

Justeru, tegasnya SAMM menyokong penuh pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang sebulat suara menolak tawaran 10 minit 'mengarut' itu.

Sebagai anak muda progresif, jelasnya SAMM bertekad memastikan kesedaran rakyat khususnya golongan atas pagar berada di tahap tertinggi untuk memilih pihak mana yang wajar diundi demi masa depan bersama.

"Justeru itu, SAMM yakin anak muda seluruh tanahair pasti mengalukan satu wancana debat dianjurkan untuk membentang polisi masing-masing.

"SAMM sedia menganjurkan wacana debat polisi ini namun terpulang kepada pihak kerajaan," katanya lagi.

Menurutnya, wancana debat tersebut juga perlu diadakan secara langsung terus ke kaca tv di semua saluran utama media perdana.

Baginya, jika itu berlaku, maka barulah apa yang dikatakan 'transformasi' itu berfungsi walaupun SAMM yakin rakyat lebih memilih 'reformasi'.

"Semoga Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Wanita ini punya keberanian untuk merealisasikan aspirasi anak muda melalui wancana debat ini, atau simpan saja 'transformasi' yang berbondong itu," katanya.

Kak Mizan: Kehilangan besar kepada PAS

Posted: 28 Mar 2013 10:46 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

(Allahyarham Amizan bersama isteri Presiden PAS, To' Puan Seri Hajjah Zainab)

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarah Dewan Muslimat PAS Pusat, Allahyarham Amizan Baharuddin diatas kematian pejuang muslimat cekal ke akhir hayat itu.

Timbalannya, Wan Ubaidah Omar, ketika menghubungi Harakahdaily berkata Muslimat PAS Negeri turut bersedih di atas pemergian allahyarham.

Menurutnya, Allahyarham  sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun pada masa yang sama bertarung dengan masaalah penyakit 'barah ovari'.

"Allahyarham merupakan seorang tokoh muslimat yang sentiasa cekal, ceria, sentiasa tenang walaupun menghidap penyakit yang begitu ditakuti seluruh manusia.

"Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan insane yang soleh bersesuaian dengan perjuangan Allahyarham sepanjang hidupnya,"ujarnya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Amizan Baharuddin meninggal dunia jam 6.30 pagi tadi akibat kanser ovari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Pemergian Amizan berlaku selepas kematian Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Sheikh Muhamad Abdullah sebelum sempat mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ubaidah seterusnya memberitahu, muslimat di seluruh negara menyifatkan pemergian arwah begitu sukar dicari ganti, apa lagi kematiannya di saat masih memegang jawatan penting selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pada masa yang sama beliau berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar di saat pemergian insan yang disayangi.

Ketika menghubungi Harakahdaily, Ubaidah bersama bekas Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi dalam perjalanan ke Taiping untuk memberi penghormatan terakhir kepada insan istimewa itu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah kira-kira jam 6.30 pagi tadi selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Simpang, Taiping dan akan dikebumikan sebelum Zuhur.

Di Ipoh, jentera pilihan raya PAS negeri turut merasakan kehilangan Amizan kerana Allahyarham adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak.

Pengarahnya, Haji Asmuni Awi antara yang terasa benar dengan perginya Amizan.

"Kali terakhir saya menemui beliau minggu lalu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.

Tiada krisis besar di Kedah - Phahrolrazi

Posted: 28 Mar 2013 10:37 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA KEDAH: Media Umno-BN sengaja menokok tambah isu kononnya PAS Kedah menghadapi krisis yang besar, sedangkan tiada apa-apa yang berlaku selain hanya sedikit sebanyak 'perbezaan pendapat' di peringkat dalaman.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata, media sengaja menambah rencah hingga menggambarkan kononnya PAS Kedah sudah bergolak dan dalam keadaan yang parah.

"Saya lihat itu hal dalaman kita sahaja, tidak libatkan akar umbi, saya tengok ahli-ahli PAS ini, mereka tidak hiraukan isuberkenaan, ini isu perbezaan pendapat sahaja, peringkat bawah sedia hadapi pilihan raya dan tidak sabar menghadapi pilihan raya," kata Phahrolrazi dalam satu wawancara eksklusif bersama Harakah di Markas PAS Kuala Kedah, dekat Kubang Rotan 26 Mac lalu.

harakah/-

Pelancong Taman Negara bengang

Posted: 28 Mar 2013 10:24 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pelancong Taman Negara bengang
Pelancong di Taman Negara memerlukan perkhidmatan 3G bagi membolehkan mereka melayari internet.
KUALA TAHAN - "Ramai pelancong bengang kerana tak boleh layari internet melalui telefon pintar masing-masing untuk muat naik gambar mereka di Taman Negara dalam laman sosial," katanya.

Demikian kata Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Abdul Rahman berikutan kawasan pelancongan terkemuka itu tidak disediakan perkhidmatan 3G.

Menurutnya, perkhidmatan 3G kini adalah satu keperluan kerana ia mempercepatkan urusan komunikasi dalam talian.

Kemudahan itu juga boleh menjadi medium promosi tidak langsung untuk menarik pelancong ke Taman Negara.

Kata Abdul Jalil, mereka yang menjadi rakan di laman sosial pelancong tentunya akan teruja untuk datang setelah melihat gambar yang dimuat naik.

"Kita sangat berharap agar pihak telekomunikasi pantau masalah ini dan segera menaik taraf perkhidmatan 3G di sini bagi menarik lebih ramai pelancong," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pelancongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Tahan berkata, jumlah pelancong yang datang ke sini meningkat setiap tahun.

"Bagi 2010, 85,576 pelancong direkodkan. Daripada jumlah itu, 45,927 pelancong luar negara dan 39,649 pelancong tempatan.

"2011 pula, jumlah meningkat kepada 88,609 di mana 45,412 pelancong luar negara dan 43,297 pelancong tempatan. Tahun lepas pula, 102,814 pelancong direkodkan," katanya.

Justeru, katanya, pihak telekomunikasi diminta segera menaik taraf mutu perkhidmatan 3G di Taman Negara bagi membolehkan pelancong menikmati kemudahan rangkaian telekomunikasi yang lebih baik.

sinar/-

Lelaki Sikh pakai serban gergasi

Posted: 28 Mar 2013 10:06 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


AMRITSAR - Seorang anggota tentera Nihang Sikh memakai serban gergasi di Kuil Emas di sini semalam.
Panjang kain serban itu lebih 325 meter.

Dia memakai serban itu sempena sambutan Hola Mohalla yang berlangsung selama tiga hari.Festival itu diadakan bagi menunjukkan kekuatan tentera Sikh. - AFP

Warga Nigeria protes di balai polis

Posted: 28 Mar 2013 09:58 PM PDT

Foto17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan 'menyerang' Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang' apabila menjerit 'we want declare war' gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

"Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

"Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu," katanya.

metro/-

Bayi 7 hari ‘terjun’ laut

Posted: 28 Mar 2013 09:06 PM PDT

Foto17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin. 

Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli.

"Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja.


"Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.
JULSIMA bersama bayinya, Nuranadania.

Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.

METRO/-

Tolak BN elak kerajaan sementara berulang

Posted: 28 Mar 2013 09:02 PM PDT

17 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membubarkan parlimen sehingga Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya amat memalukan serta menghina rakyat di negeri itu.

"Rakyat negeri tersebut pasti merasa kecewa apabila tidak diberikan hak untuk memilih kerajaan baharu apabila tamat tempohnya, sebaliknya dibiarkan berlalu berhari-hari diperintah oleh kerajaan sementara," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Justeru, ujarnya bagi membalas jasa PM yang telah mencatatkan sejarah baharu Negeri Sembilan, rakyat di negeri itu perlu menolak BN dan kepimpinan Najib.

Beliau berkata, ia sebagai pengajaran paling berharga agar PM menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan yang sah.

Ia juga, katanya sebagai mesej penting supaya mana-mana PM tidak mengulangi tindakan seperti itu di masa-masa yang akan datang.

Baginya, rakyat serta pengundi di Negeri Sembilan perlu 'berterima kasih' kepada kerajaan Persekutuan (kerajaan BN) kerana membiarkan kerajaan negeri tersebut terbubar dengan sendirinya dan dipimpin oleh kerajaan sementera.

Beliau menjelaskan, kerajaan sementara adalah kerajaan yang memimpin sesebuah negeri atau negara tanpa kerajaan tersebut boleh meluluskan perkara besar terutama berkaitan perkara dasar mengenai negeri tersebut sehingga mandat baharu diperolehi melalui pilihan raya.

Tambah beliau, kerajaan sementara Negeri Sembilan hanya boleh mengurus tadbir rutin jadual perjalanan negeri tersebut dan meneruskan dasar-dasar yang telah diluluskan sebelum ianya terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu.

Dalam erti kata yang lain, jelasnya kerajaan Negeri Sembilan berjalan tanpa mandat dari rakyat kerana mandat rakyat sudah cukup tempoh 5 tahun dan mandat baru perlu diperbaharui dalam Pilihan raya Umum ke-13.

Beliau menambah, belum pernah terjadi kerajaan pusat membiarkan kerajaan negeri terbubar dengan sendiri tanpa pilihan raya umum diadakan.

Ini, kata beliau merupakan kejadian yang pertama di negara ini, di mana ia sedang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, kini sejarah telah tertulis negara bertahan melepasi tempoh masanya manakala Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar sceara automatik.

"Negeri Sembilan menjadi bahan 'eksperimen' untuk menguji apakah bentuk kerajaan sementera yang dimaksudkan oleh banyak pihak.

"Eksperimen ini dapat dilihat pada hasilnya apabila Menteri Besar Negeri Sembilan tiba-tiba hilang kuasa eksekutif serta tidak mampu meluluskan sesuatu keputusan besar, sebaliknya hanya meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh legasi kerajaannya dahulu," ujarnya.

Riduan menambah, jika parlimen masih juga belum dibubarkan pada awal April, banyak negeri lain akan menyusul untuk 'diuji kaji' dengan Pahang menjadi negeri kedua terbubar secara automatik pada 8 April.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan:

Nuffnang