Khamis, 21 Mac 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Fail Saman Fitnah ke atas Papagomo

Posted: 20 Mar 2013 09:14 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog Papagomo selepas individu yang dikaitkan dengan Umno itu gagal memohon maaf dan menarik balik satu siri gambar lucah.

Penulis blog itu yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa foto berkenaan merupakan ramakan daripada video yang didakwa menujukkan keintiman Anwar dengan seorang lelaki.

Peguam dan naib presiden PKR N Surendran ketika memfailkan saman itu berkata notis 48 jam untuk Papagomo menarik balik dan memohon maaf atas penerbitan berkenaan telah tamat dan penulis blog tersebut mengancam untuk memuatkan video terbabit.

Peguam itu berkata Anwar juga tidak akan membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memandangkan tindakan itu sudah banyak kali dilakukan sebelum ini.

"Nampaknya agensi ini tidak akan bertindak ke atas aduan keran mereka adalah alat Umno dan BN. Memfailkan tindakan di mahkamah adalah lebih baik," katanya.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri sebagai defendan tunggal. Selain kuantum, MP Permatang Pauh itu turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Papagomo daripada mengulang semua atau menerbitkan kenyataan serupa.

Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen Titiwangsa, Wilayah Persekutuan

Posted: 20 Mar 2013 12:27 PM PDT

21 Mac 2013 (Khamis)
9.00 – 12.00 malam

Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bahru, Kuala Lumpur

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dr Tan Seng Giaw
iii. YBhg Mohamad Noor
iv. YB Nurul Izzah Anwar
v. YBhg Dr Idris Ahmad

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim P- Tanjong Malim (Perak) & P- Selayang (Selangor)

Posted: 20 Mar 2013 12:26 PM PDT

22 Mac 2013 (Jumaat)

1) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak

2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang,

3) Barisan Penceramah
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB Dato' Ngeh Kor Ham
iv. YB William Leong Jee Keen
v. YB Zuraida Kamaruddin
vi. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid
vii. Brig. Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad
viii. Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Abdul Khattab.
ix. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid
x. Mejar (B) Kamal Badri
xi. YBhg Mustafa Kamil Ayub
xii. YBhg Chua Yee Ling

Tiada ulasan:

Nuffnang