Ahad, 24 Februari 2013

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Datuk Seri Najib Tun Razak Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri Bila Menggunakan Perkauman Dan Mempermainkan Sentimen Ekstremis Agama Dengan Fitnah Bahawa DAP Menindas Agama Islam.

Posted: 23 Feb 2013 10:08 PM PST

Kenyataan Akhbar Setiausha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 24.2.2013.

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam. Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat. Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN. Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80% kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam? Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi macam kroni Melayu UMNO.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak UMNO memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.

The Pg State Gov Has No Choice But To Take the Federal Government and the Election Commission to Federal Court To Compel The Restoration Of The 3rd Vote (en/bm/cn)

Posted: 23 Feb 2013 07:56 PM PST

Press Statement by Chief Minister of Penang Lim Guan Eng At Penang Development Corporation Headquarters on 24th Feb 2013.

The Penang State Government Has No Choice But To Take the Federal Government and the Election Commission to Federal Court To Compel The Restoration Of The 3rd Vote And Local Government Elections In the Pennag Municipal Council(MPPP) and Seberang Perai Municipal Council(MPSP).

The Penang state government has no choice but to take the Federal Government and the Election Commission to Federal Court to compel the restoration of the 3rd vote and local government elections in the Pennag Municipal Council(MPPP) and Seberang Perai Municipal Council(MPSP). Restoring the "third vote" has long been a fundamental demand and commitment of the Penang State Government since its election in 2008.

The State Government takes the position that local government elections are a State matter under the Ninth Schedule of the Federal Constitution, and that the State Legislature has jurisdiction to provide for the holding of local elections under the Ninth Schedule and Article 113(4) of the Federal Constitution.

In May 2012, the Penang State Legislative Assembly passed the Local Government Elections (Penang Island and Province Wellesley) Enactment 2012, which provides for the Election Commission to conduct local government elections in Penang.

The State Government has informed the Election Commission that the Enactment would come into force in Penang by 31 January 2013, however State Government has failed to obtain any commitment from the Election Commission to conduct the elections to the MPPP and MPSP in accordance with the Enactment.

In line with its commitment to restore the third vote, the State Government has now instructed its lawyers to apply to the Federal Court for leave to seek declarations that section 15 of the Local Government Act 1976 (federal law enacted by Parliament), which purported to abolish local government elections throughout Malaysia, is invalid or inoperative in Penang, and that the 2012 Enactment passed by the Penang State Legislature validly provides for the Election Commission to conduct local government elections in Penang.

The State Government will be joined in this suit by Mr P Ramakrishnan, a malaysian citizen, a registered voter that has voted in both state and federal election since 1964 and a former president of Aliran, whom like to vote in local government election. The State Government has instructed that necessary application be filed within the next two weeks.

The Penang state government will together with former Aliran President Ramakrishnan be the two plaintiffs in this historic suit against the Federal government and the Election Commission at the Federal Court.

BACKGROUND

· On 14 July 2009, YB Chow Kon Yeow, the State EXCO for Local Government and Traffic Management, wrote to the Federal Government to ask for local government elections to be put on the agenda of the National Council of Local Government, but this request was rejected.
· On 11 August 2009, the State Legislative Assembly passed a resolution calling upon the Federal authorities to take action to reinstate local government elections, but this resolution was again rejected.
· On 4 March 2010, Penang State Government wrote to the Election Commission asking it to conduct local government elections to the MPPP and MPSP under the Local Government Elections Act 1960, but the Election Commission refused.
· On 18 January 2012, the State Government exempted both the MPPP and the MPSP from section 15 of the Local Government Act 1976, which had rendered inoperative all legal provisions relating to local government elections.
· On 9 May 2012, the State Legislative Assembly passed the Local Government Elections (Penang Island and Province Wellesley) Enactment 2012, providing for the Election Commission to hold local government elections.
· On 18 December 2012, the State Government wrote to the Election Commission informing it that the Enactment would be enforced as from 31 January 2013.

LIM GUAN ENG
——BM Version ——

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada 24hb Feb 2013.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan selain membawa Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya ke Mahkamah Persekutuan untuk mendesak pemulihan undi ketiga Dan pilihanraya kerajaan tempatan untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk membawa Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya ke Mahkamah Persekutuan bagi mendesak pemulihan undi ketiga dan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Mengembalikan “undi ketiga” telah lama menjadi tuntutan utama dan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak pilihan raya pada tahun 2008.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa pilihanraya kerajaan tempatan adalah satu perkara kelolaan Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pada bulan Mei 2012, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, yang memperuntukkan supaya Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa Enakmen tersebut akan berkuat kuasa di Pulau Pinang pada 31 Januari 2013, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah gagal mendapatkan sebarang komitmen dari Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan pilihan raya bagi MPPP dan MPSP selaras dengan Enakmen tersebut.

Selaras dengan komitmen untuk mengembalikan undi ketiga, Kerajaan Negeri kini telah mengarahkan peguamnya untuk memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk memberi keizinan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (sebuah undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen), yang memansuhkan pilihanraya kerajaan tempatan di seluruh Malaysia, adalah tidak sah atau tidak berkuat kuasa di Pulau Pinang; dan bahawa Enakmen 2012 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai sah dan memperuntukkan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri akan bersama Encik P Ramakrishnan dalam saman ini, seorang warganegara malaysia, dan seorang pengundi berdaftar yang telah mengundi dalam pilihan raya negeri dan persekutuan sejak 1964 dan juga bekas presiden Aliran, yang mahu mengundi dalam pilihan raya kerajaan tempatan. Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya permohonan-permohonan yang perlu untuk difailkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan bekas Presiden Aliran saudara Ramakrishnan akan menjadi dua plaintif dalam saman yang bersejarah ini terhadap kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Persekutuan.

LATAR BELAKANG

· Pada 14 Julai 2009, YB Chow Kon Yeow, EXCO Negeri bagi Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk meminta pilihan raya kerajaan tempatan untuk dimasukkan dalam agenda Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan, tetapi permintaan ini adalah ditolak.
· Pada 11 Ogos 2009, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan resolusi menyeru pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi resolusi ini sekali lagi ditolak.
· Pada 4 Mac 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi meminta untuk dijalankan pilihanraya kerajaan tempatan untuk MPPP dan MPSP di bawah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan berbuat demikian.
· Pada 18 Januari 2012, Kerajaan Negeri yang mengecualikan kedua-dua MPPP dan MPSP dari seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang telah memansuhkan semua peruntukan undang-undang berkaitan pilihanraya kerajaan tempatan.
· Pada 9 Mei 2012, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, memperuntukkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan.
· Pada 18 Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa Enakmen tersebut akan berkuatkuasa mulai 31 Januari 2013.

——–Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2013年2月24日在槟州发展机构发表声明:

槟州政府别无选择,只好把联邦政府及选委会带到联邦法院,以迫使他们恢复民主第三票,并为槟岛市议会及威省市议会举行地方议会选举 。

槟州政府别无选择,只好把联邦政府及选委会带到联邦法院,以迫使他们恢复民主第三票,并执行槟岛市议会及威省市议会的地方议会选举 。槟州政府自2008年大选,便把恢复民主第三票视为基本诉求及立志实现它。

州政府的立场是,地方议会选举是州事务,如联邦政府第九个目录所阐明,而在联邦宪法第9目录及第113(4)条文下,州立法机构也有权举行地方议会选举。

2012年5月,槟州立法议会通过了2012年地方政府选举(槟岛和威省)州法令,这让选委会能够在槟州举行地方议会选举。

州政府已经通知选委会有关修正法案将在2013年1月31日正式生效,但是州政府至今都还没有获得选委会任何答复,按条例为槟岛市议会及威省市议会举行地方议会选举。

配合我们恢复民主第三票的决心,州政府已经指示律师向联邦法院申请宣布1976年地方政府法令第15条文,对槟州不合法或不能实行,上述条文要旨是在全马废除地方议会选举,而槟州立法议会在2012年通过的州法令,是选委会在槟州举行地方议会选举的合法依据。

州政府将与大马选民P拉玛克里斯南一起诉讼,他自1964年起开始参与州政府及联邦政府的选举投票,他也是《Aliran》前主席,他希望能够投下民主第三票。州政府已经指示在未来两个星期入禀必要的申请文件。

州政府与前Aliran主席P拉玛克里斯南成为这起历史性诉讼案的两名原告,在联邦法院起诉联邦政府及选举委员会。

背景

2009年7月14日,槟州行政议员(地方政府兼交通管理委员会主席)曹观友已经就此致函房屋及地方政府部(国家地方政府理事会秘书处),但是,这项要求被拒绝。

2009年8月11日,槟州州议会动议并通过,要求联邦政府恢复地方议会选举。但是,当局再一次拒绝将有关动议列为讨论事项。

2010年3月4日,槟州政府写信给选举委会员,要求选委会按1960年地方政府法令执行槟岛市政局及威省市政局的地方议员选举,但是选委会却拒绝这项要求。

2012年1月18日,槟州行政府决定让槟州槟岛和威省两地的地方政府可以免于实施1976年地方政府法令第15条文,所有与地方政府选举相关的法律条文皆不起作用。

2012年5月9日,槟州立法议会通过2012年地方政府选举法令,提供选委会举行地方议会选举的依据。

2012年12月18日,州政府写信给选委会,通知他们上述新的州法令将于2013年1月31日生效。

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang