Rabu, 19 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bughak Anak Ghombau 29 Dis 2012

Posted: 19 Dec 2012 01:01 AM PST



BUGHAK ANAK GHOMBAU
Haghi : 29 Dis 2012, Sabtu
Maso : 9 malam
Poghak : Kg Batang Nyamor,  Kota, N.Sembilan
Anak Ghombau :
- YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang, Pengerusi PKR N.Sembilan
- Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Anjuran : Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota

Maklumat lanjut hubungi Izamri 013-2124086

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah perlu dicontohi semua pihak

Posted: 18 Dec 2012 11:39 PM PST



Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah kerana menunjukkan sikap yang amat professional demi kebaikan rakyat setempat kerana menyiarkan keratan akhbar aktiviti kemasyarakatan anjuran Pakatan Rakyat dalam laman webnya seperti yang terdapat di http://pilah.ns.gov.my/index.php/keratan-akhbar/4-keratan-akhbar/detail/4-sumbangan-cetus-semangat#

Semoga ianya menjadi contoh kepada semua agensi kerajaan yang lain khususnya di negeri beradat ini , kerana yang mendapat manafaat ialah rakyat serta penduduk di negeri ini.

SAMAN AES DITARIK BALIK

Posted: 18 Dec 2012 03:09 PM PST


18 Dis 2012 

Pagi tadi ramai yang datang ke mahkamah bawa surat saman tapi pegawai JPJ arah mereka kumpulkan surat dan suruh mereka balik, kata peguam KASE.

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Mahkamah Putrajaya, Kajang dan Jalan Duta kini ditarik balik dan semua Orang Kena Saman (OKS) dilepaskan daripada dakwaan.

Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Zulhazmi Shariff mendakwa, kejadian berlaku sejak semalam apabila pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas mengendalikan kes di Mahkamah Majistret Jalan Duta mengarahkan OKS supaya pulang begitu saja tanpa dikenakan sebarang dakwaan.

"Pagi tadi ramai yang datang ke mahkamah bawa surat saman tapi pegawai JPJ arah mereka kumpulkan surat dan suruh mereka balik," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Sementara di Mahkamah Putrajaya pula, Zulhazmi berkata Timbalan Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan kes sekaligus OKS dilepas tanpa dibebaskan atas alasan wujudnya 'kesilapan teknikal'.

Beliau juga mendakwa kes yang dikendalikannya turut ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon kes ditangguh selama sebulan atas alasan dokumen yang sepatutnya disediakan JPJ tidak lengkap.

"Tindakan ini kemungkinan berpunca daripada bantahan besar-besaran KASE pada 9 Disember lalu dimahkamah tentang JPJ yang tidak ada kuasa untuk mendakwa melainkan Timbalan Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata perkembangan ini sesuatu yang mengejutkan kerana tidak ada satu pengumuman yang jelas tentang kedudukan saman AES yang dikeluarkan.

"Bagi saya kerajaan sepatutnya umumkan secara rasmi pembatalan ke atas semua 256,899 saman yang dikeluarkan termasuk yang sudah bayar kompaun dan mengaku salah serta didenda di mahkamah," katanya.

Beliau turut menggesa JPJ dan kerajaan memulangkan semula wang kompaun yang telah dibayar OKS kerana proses saman AES yang tidak sah, selain meminta supaya semua waran tangkap yang dikenakan terhadap orang yang tidak hadir ke mahkamah dibatalkan sama sekali.

"Kerajaan perlu kembalikan wang rakyat kerana surat saman tu tak betul jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah wang yang haram.

"Haram kalau kerajaan terima wang tersebut maka wajar bayar balik wang tersebut kalau tak ini bermakna kerajaan seperti menjadi ejen pengutip wang haram," katanya.


BATALKAN 300,000 SAMAN, WANG 10,000 PEMBAYAR AES MESTI DIPULANG

KUALA LUMPUR 18 Dis: 300,000 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu dibatalkan dan saman yang dibayar oleh 10,000 pengguna jalan raya wajib dipulang jika kerajaan ikhlas mahu menghapuskan sistem tersebut.

"Wang saman yang dibayar 10,000 rakyat mesti dipulangkan semula. Ini tak adil pada mereka. 300,000 saman yang dikeluarkan mesti dibatal serta merta," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu kepada Keadilan Daily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, Kerajaan Pusat berdolak dalik dan masih menipu jika hanya 'mempertimbang untuk membekukan' AES.

"Mempertimbang atau membeku hanyalah tempoh untuk tangguh. Sampai bila? Sampai pilihan raya? Kalau ini benar, maka, ia hanya langkah sementara untuk mengelak Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-13.

"Majoriti rakyat tak suka, sebab itu dia (kerajaan) tangguhkan?" soalnya.

"Dia (Kerajaan Pusat) tak jujur. Saya yakin mereka akan kuatkuasa semula sistem AES jika menang pilihan raya. Hanya satu cara, kalahkan mereka (BN)," kata Ronnie.

Jelasnya, menurut undang-undang kerajaan tempatan, 'pengusaha' AES telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Saliran.

Merujuk Subseksyen 2(1) Akta 172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kebenaran Merancang (KM) ditakrifkan sebagai 'kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan'.

"Mereka (AES) tak mohon, jadi tak dapat kelulusan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). AES ialah struktur haram. Tak kira sama ada mereka bina atas premis sendiri, tanah sendiri atau tanah sewa, dia (AES) mesti dapat Kebenaran Merancang.

"Ini sangat jelas. Tiada 'grey area'," tegas Ronnie.


PEGUAM NEGARA ARAH GANTUNG KES SAMAN AES
18 Dis 2012

Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.
"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.


Tiada ulasan:

Nuffnang