Ahad, 21 Oktober 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan Selangor terus martabatkan SAR

Posted: 21 Oct 2012 06:43 AM PDT

 SHAH ALAM
SELANGOR
Ahad
20/10/12

Kerajaan Selangor teruskan usaha mempertingkatkan keupayaan SAR agar  semakin cemerlang dalam membantu negeri Selangor melahirkan modal insan berkualiti yang bakal mewarisi negeri di masa datang.

SAR terus dekat dihati. EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor terus melakarkan peta jalan ke arah sukses sistem pendidikan bersifat rabbani dalam keadaan waqi' mencabar.

Diantara langkah penting yang diambil ialah mensponsorkan kursus latihan pengurus dan pengendali SAR dan juga guru besar/pengetua agar sistem yang digunapakai dan dijalankan oleh SAR yang tidak diperuntukkan khas oleh kerajaan.
Keikhlasan tanpa ilmu dan kemahiran teknikal kurang berkesan dan tidak cekap. Walhal sepatutnya, pentadbiran jenis sekolah Islam lebih efektif dan efisyen berbanding dengan sistem lain. Perbezaan ketara ialah ilmu pengetahuan dan sikap 'tidak apa' boleh mencontengkan arang di wajah Islam.Naudzubillah.Ini satu dosa.

Sudah tiba masanya, SAR mempunyai sistem menyimpan data, sistem mengendalikan modal insan/guna tenaga , logistik dan apa keperluan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kawalan mutu, keselesaan dan keselamatan juga sepatutnya menyerlah. Bahkan kebajikan guru dan kakitangan juga sepatutnya terpelihara tahap optima.

Kerajaan Selangor memahami keperluan modal insan utama ini sebagai nakhoda yang mengemudikan sekolah mereka yang mahu membentuk insan, makhluk Tuhan terbaik di beri kemahiran yang cukup. Justeru, EXCO Pendidikan telah membiayai kursus latihan pengurusan tertinggi sekolah agama rakyat dan guru besar.Kerajaan Selangor membiayai sepenuhnya kursus 3hari 2 malam ini.

UMNO tunduk kepada MCA yang menentang hukum Allah secara terang-terang

Posted: 21 Oct 2012 05:46 AM PDT

Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM
  • Nigel Aw
  • 11:05AM Okt 21 2012
 
Para perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.
NONEKemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.

Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.

Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak.

Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru.

Tiada ulasan:

Nuffnang