Rabu, 10 Oktober 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SAR: terbelakah sistem ini oleh rejim pemerintah BN?

Posted: 10 Oct 2012 08:50 AM PDT

Kita bakal menyaksikan pertarungan antara kelompok ibubapa yang tidak percaya dengan sistem SEKOLAH KEBANGSAAN dengan pemerintah esok.

Ada beberapa jenis kelompok ibubapa di Malaysia yang diperuntukkan oleh perlembagaan kebebasan untuk menghantarkan anak mereka ke mana-mana jenis sekolah yang mereka pilih. Sekolah itu juga berhak mendapat bantuan kewangan daripada pemerintah. Ibubapa mahu teliti tentang jenis persekolahan yang akan mencorakkan anak kesayangan mereka. Lebih-lebih lagi diperingkat DASAR yakni sekolah rendah.

Apabila orang India memilih untuk tidak menghantar anak ke SK tetapi memeilih untuk menghantar anak mereka ke SJKT, kerajaan UMNO-BN memperuntukkan RM100juta. Kita setuju. Itu hak kaum India yang mahu memelihara bahasa ibunda, budaya dan adat resamnya.
Kita saksikan pula ibubapa Tionghua yang tidak mahu memilih SK(Sekolah kebangsaan), menghantar anak ke SJKC, kerajaan UMNO-BN beri RM100juta. Kita hormati pilihan kelompok ibubapa ini.Mereka mahu mengekal bahasa, budaya dan cara orang Tionghua. Apabila sesetengah orang Melayu, cina dan India tidak mahu menghantar anak mereka ke SK, SJKT, SJKC tetapi memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah MUBALLIGH, kerajaan UMNO-BN setkan RM100juta. kita  faham walaupun mereka riuh rendah tentang DUMC.

Yang pelik dan aneh, apabila ada golongan ibubapa yang juga tidak percaya kepada sistem SK, dan tidak mahu pula SJKC, SJKT dan muballigh. Mereka mahu satu sistem yang holistik, lengkap yang mempunyai framework akhirat-centric yakni sekolah agama rakyat(SAR) ........mereka ini  tidak diperuntukkan langsung oleh UMNO-BN. Walhal, golongan ini juga berhak menuntut jenis persekolahan yang mereka yakini adalah terbaik untuk anak mereka.Mereka mahu anak mereka belajar ilmu dunia dan akhirat di tempat yang sama, iklim dibentuk agar biah solehah terpelihara dan anak mereka lebih terjamin masa akhirat daripada jenis persekolahan yang ditawarkan oleh sistem sedia ada.

Adakah kerajaan UMNO-BN meletak tinggi  nilai SK, SJKC, SJKT, Muballigh dan nilai SAR(sekolah agama rakyat) TIADA NILAI di sisi kerajaan UMNO-BN??!!

Tiada ulasan:

Nuffnang