Rabu, 17 Oktober 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH PENERANGAN

Posted: 17 Oct 2012 12:47 AM PDT


Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov

Posted: 17 Oct 2012 12:46 AM PDT


17 Okt 201

Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban pada 3 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily.

Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Ianya telah diumumkan ditunda ke Januari Tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula katanya akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.

Menurut Mohamad, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.

Himpunan kali ini katanya adalah bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012

Posted: 16 Oct 2012 07:40 PM PDT



SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
               
Tarikh :
8, 9  & 10 Nov 2012 (Majlis Umum)
11 - 19 Nov  2012 (Majlis Tertutup)

Tempat  : Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh
               
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah,  Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak, Lain-lain

TENTATIF PROGRAM

(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)

(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana "Bertuahnya Diriku Seorang Muslim"
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad – Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan  & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
      
(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
 - Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

2.30 ptg - 4.30 ptg :  PERTANDINGAN QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato' Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam

(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid beliau Sheikh Firas Salu

6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
 10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 ,  Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam


Lagi kemusnahan pantai di Port Dickson

Posted: 16 Oct 2012 05:15 PM PDT

Lagi kemusnahan pantai di Port Dickson yang dibiarkan sejak tahun 2009 yang melibatkan projek penambakan pantai.

Resort's residents fear losing beach
16 October 2012

PORT DICKSON: Residents at the Regency Tanjung Tuan Beach Resort are appealing to the authorities after a broken perforated pipe left them without a beach.

It is understood that the sand-reclamation pipe broke down three years ago and is yet to be put right. It was used to retain sand and pump out water after sand-reclamation work nearby.

Businessman Prabakaran Selvarajah, 60, said the pipe was built in 2005 to prevent sand being washed away, but it broke down in 2009.

He said that caused the eroding which not only left residents without a beach but also created an ugly sight.
"You can see the roots of trees exposed because the sand underneath has been washed away," he told the New Straits Times.

He said the place was known to have one of the best beaches in the country and therefore the resort was touted as a good investment.

"Even though the price of real estate here has gone up, what is going to happen when there is no beach left at all? The main draw of the resort will be gone."

He said at one point, the sea water had flooded the car park and even reached the swimming pool.

Prabakaran said residents wanted the broken pipe to be fixed and the extraction of sand from nearby hotels halted as a temporary measure to end the flooding.

"We are taking sand from the hotel next to us because after the reclamation, the sand that is supposed to be at the Regency ends up being diverted to the other hotels."

Businessman Daniel Charles, 52, said the government should take care of the beach in Port Dickson since it drew huge crowds because it was close to Kuala Lumpur.

"The pipe that was working before should be maintained well along with the other facilities around the beach."



Projek Tambak Pantai Port Dickson Terbengkalai

Posted: 16 Oct 2012 05:14 PM PDT

Apakah Port Dickson bukan sahaja akan dikenali sebagai Bandar Tentera Darat tetapi akan juga dikenali sebagai Bandar Terbengkalai. Projek jalan Pasir Panjang – Linggi yang bernilau ratusan juta ringgit juga telah terbengkalai sebelum ini.

Kaji semula tambak pantai

Utusan Malaysia 17 Okt. 2012 - Para peniaga dan pengusaha bot pantai mendesak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengkaji semula projek penambakan pantai yang kini terbengkalai di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dekat sini.

Setiausaha Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pantai Telok Kemang, Borhan Gembor berkata, pihaknya difahamkan, projek tersebut dilaksanakan dengan tujuan menampung bilangan pengunjung yang semakin ramai di pantai peranginan popular itu.

"Apa yang membimbangkan kami ialah apabila projek ini siap, bilangan pengunjung akan berkurangan disebabkan air laut menjadi dalam kerana jarak antara pantai dan laut menjadi tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini


Projek Jalan Pasir Panjang - Linggi di Port Dickson adalah antara projek yang bermasalah besar di Negeri Sembilan. Sebelum terbengkalai kosnya RM118 juta . Bila terbengkalai hendak dipulihkan semula kos tambahan ialah RM 200 juta pula. Selepas tambah RM 200 juta tersebut, adakah projek tersebut kini berjalan mengikut jadual? Maklumat lanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/janji-ditepati-jalan-pasir-panjang.html

Projek tergendala, peniaga susah
15 Oktober 2012

TELOK KEMANG – Pakatan Rakyat (PR) bercadang mengadakan protes besar-besaran di Pantai Telok Kemang, di sini sekiranya tiada usaha mempertahankan peniaga yang mendakwa tertindas akibat projek menambak pantai yang tergendala.

Hasrat itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi yang mendakwa partinya ada pengalaman mengendalikan protes berkenaan seperti mana Perhimpunan Hijau 2.0 Lynas di Kuantan.

"Dalam masa 14 hari mulai daripada tarikh hari ini (semalam), jika Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif membantu peniaga di Pantai Telok Kemang ini, kita akan melakukan protes bagi memperjuangkan hak rakyat sama seperti pernah kita lakukan seperti Perhimpunan Hijau 2.0 Lynas di Kuantan," katanya.

Menurutnya, peniaga di kawasan itu menghadapi pelbagai masalah berlarutan sejak sekian lama, namun gagal diselesaikan dengan baik oleh kerajaan.

Katanya, antara yang menjadi rungutan adalah keadaan gerai daif dan tidak setanding dengan jenama Telok Kemang sebagai kawasan tumpuan pelancong.

"Terbaru, berkaitan isu projek tambak laut terbengkalai. Akibat daripada kegagalan projek ini, kehadiran pengunjung berkurang sekaligus menjejaskan pendapatan peniaga," katanya ketika mengadakan sidang media Selamatkan

Pantai Kita anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Telok Kemang, di Pantai 2 Telok Kemang, di sini semalam.

Sebaik sidang media berakhir, sekitar 30 anggota SAMM, AMK serta peniaga pantai berarak membawa kain rentang berkempen mengajak peniaga dan pengunjung pantai menjayakan program Selamatkan Pantai Kita.

Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan

Posted: 16 Oct 2012 01:08 AM PDT


Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :

Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.

Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.  Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.

Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)  masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.  Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.


PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan

Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.


A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI - Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah dibelanjakan untuk projek sedia ada.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Terdapat 33 unit rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2.  Rumah yang belum diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3.  Tunggakan sewa semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4.  Terdapat rumah yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
5.  Terdapat tapak tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal seawal tahun 1982 hingga 2004.


B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah

Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Tunggakan sewa premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2.  Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3.  Satu daripada projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.


C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
2.  Sebanyak 227 ekor anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009 belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.

Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.

Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut, sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.

Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun 2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.


D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH - Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim

Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah RM14.12 juta telah dibelanjakan.

Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1.  Kemudahan awam yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan.
2.  Pejabat Daerah Dan Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam di kawasan masing-masing.


E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program Pengindahan Dan Landskap

Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
RM4.46 juta.

Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.


F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.

Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.


G.  YAYASAN NEGERI SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September 1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.

Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan, pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.

Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011 mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.

YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.

Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.


H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.

Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April 1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.

Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00 seunit dan 100% milik NRSB.

Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:

1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.




Tiada ulasan:

Nuffnang