Sabtu, 6 Oktober 2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Malangnya nasib Melayu Islam Pulau Pinang????

Posted: 05 Oct 2012 08:53 PM PDT

Benarkah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang menindas agama Islam?

Selama empat tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng, agama Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding pentadbiran dahulu.

Jadual di bawah menunjukkan peruntukan untuk hal-ehwal agama Islam yang telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam:2008 (BN)2009 (PR)2010 (PR)2011 (PR)RM 12.5 jutaRM20.5 jutaRM 24.3 jutaRM 33.33 juta

Dalam pada itu, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan — suatu yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.

Di samping itu, kerajaan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA.

Benarkah peniaga Melayu ditindas di Pulau Pinang?

Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan, tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar-belit sebagai penindasan terhadap orang Melayu, padahal tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata.

Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.Jelas bahawa tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil.

Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan.

Berikut adalah beberapa kes yang telah dihebohkan dalam media milik BN:Kafe Do Re Mi

Pemilik tidak mempunyai permit dan telah membina struktur haram atas pokok yang mengancam keselamatan awam.

Untuk mengelakkan kemalangan, pihak berkuasa tempatan MPPP terpaksa mengambil tindakan ke atas gerai tersebut.

Gerai alternatif telah disediakan di Bayu Senja, Batu Feringghi namun pemilik enggan menerimanya.Gerai 3N Ikan Bakar

Gerai tidak berlesen dan merupakan struktur haram di atas tanah Kerajaan.

Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum gerai asal dirobohkan.

Kes Taman PelangiKerajaan Negeri dituduh menzalimi peniaga-peniaga Melayu. Daripada 22 gerai tanpa lesen dan berstruktur haram yang telah diroboh, hanya 4 merupakan gerai milik Melayu.

Terdapat juga gerai-gerai milik Cina dan India, tetapi selebihnya milik warga asing yang berniaga secara haram.

Selama beberapa tahun, terdapat aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut tentang kegiatan-kegiatan haram, termasuk pelacuran, yang makin berleluasa sampai kawasan itu diberi nama ‘mini Hatyai’.

Ini menyebabkan MPSP mengambil tindakan tegas untuk ‘membersihkan’ kawasan tersebut.Apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap gerai-gerai yang melanggar undang-undang adalah tindakan yang wajar dan langsung tidak berunsur perkauman.

Benarkah perarakan Maulud Nabi tidak dibenarkan di Pulau Pinang?

Bukan sahaja perarakan Maulidur Rasul dibenarkan, malah perayaan Maulidul Rasul disambut dengan lebih meriah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Cerita kononnya perarakan telah dibatalkan Kerajaan Negeri adalah fitnah.

Adakah sistem tender terbuka yang dilaksanakan di Pulau Pinang mengabaikan kontraktor Melayu?

Sistem tender terbuka untuk segala kerja pemerolehan dan pembekalan kepada Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah membuka peluang untuk banyak kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang walaupun layak.

Di bawah sistem dahulu, hanya kontraktor Melayu yang mempunyai kabel atau merupakan kroni-kroni UMNO sahaja yang mendapat habuan.

Dengan sistem tender terbuka, kontraktor-kontraktor Melayu telah pun membuktikan daya saing mereka dengan memenangi lebih 70% daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri.

Ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memang berdaya saing dan mampu berjaya atas usaha sendiri.

Adakah DAP dan Pakatan Rakyat menjadi punca Melayu miskin di Pulau Pinang?

Pakatan Rakyat baru mentadbir Pulau Pinang selama empat tahun.

Berbagai usaha untuk membantu orang miskin serta menaikkan taraf hidup warga negeri giat dilaksanakan.

Sudah tentu tidak masuk akal jika dipersalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedangkan BN (dan Perikatan) telah memerintah Pulau Pinang sejak tahun 1959.

Sejak pelaksanaan DEB, kerajaan BN Pulau Pinang telah diberikan prasarana pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata, melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri, selain bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan.

Tetapi Melayu di negeri itu dikatakan masih miskin. Tentunya masalah ini berpunca daripada UMNO, Gerakan dan BN.

Apakah sumbangan DAP dan Pakatan Rakyat kepada warga Pulau Pinang?

Antara usaha-usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam 2008–2010:

Berjaya mencatat pelaburan berjumlah RM12.2 bilion pada tahun 2010, lantas menjadi negeri nombor satu Malaysia dalam jumlah pelaburan termasuk dalam kategori pelaburan asing.

Kejayaan ini dicapai berkat usaha keras semua pihak, termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang.

Pada tahun 2011 pula, Pulau Pinang sekali lagi menjadi nombor satu dengan jumlah RM9.1 bilion. Jumlah pelaburan yang diraih sepanjang 4 tahun adalah RM35 bilion, iaitu kadar pertumbuhan pelaburan yang paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Kejayaan kerajaan negeri PR bukan sahaja dalam pertumbuhan ekonomi, tetapi kami juga berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95%, iaitu daripada RM630 juta semasa kita mengambil alih kepada RM30 juta hari ini.

Pengurangan hutang ini adalah kadar pengurangan hutang yang terbesar antara semua kerajaan negeri di Malaysia.

Dalam usaha untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang cekap, kami juga telah berjaya menghasilkan lebihan belanjawan setiap tahun sejak mengambil alih.

Ini bukan hanya dalam kewangan kerajaan negeri tetapi juga dalam belanjawan MPPP dan MPSP.Peningkatan pelaburan sebanyak 465% di Pulau Pinang ini jelas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negeri ini dan ia sekaligus membantu kerajaan negeri mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan.

Dipuji kerana mempraktikkan corak pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009 oleh Ketua Audit Negara kerana lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang, iaitu sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

Menjadi negeri yang mencatatkan kadar penurunan jenayah tertinggi di Malaysia dengan kadar 27%.Menjadi negeri pertama melancarkan kempen tanpa beg plastik percuma dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau.

Menjadi negeri tunggal dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh badan antarabangsa anti-rasuah terkenal, Transparency International.

Dua pertiga pendapatan daripada pelancongan perubatan negara adalah sumbangan negeri Pulau Pinang

Pelaksanaan Program Penghargaan Warga Emas dengan sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 dan ke atas dan menjadi negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya pendapatan RM500 sebulan.

Mencatatkan kadar pengangguran sifar dan malah menghadapi kekurangan pekerja.Mencatatkan peningkatan tertinggi penumpang penerbangan domestik dan asing di antara semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.

Paling giat melindungi, memulihara, dan mempromosikan George Town sebagai bandar warisan UNESCO.

Bandaraya yang paling sesuai dihuni di Malaysia.

Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru Kafa dan mengiktiraf para hafiz.

Menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang bagi menggalakkan universiti terkemuka dunia untuk mendirikan kampus cawangan di negeri ini.

Memberi bantuan pinjaman mikro tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.

Tiada ulasan:

Nuffnang