Jumaat, 28 September 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


MB dan EXCO Pahang Sepatutnya Jaga Kepentingan Rakyat Pahang dan Bertanggungjawab Terhadap Kemusnahan Alam Semulajadi di Lembah Kelau

Posted: 28 Sep 2012 02:40 AM PDT

MB dan EXCO Pahang sepatutnya jaga kepentingan rakyat Pahang dan bertanggungjawab  terhadap kemusnahan alam semulajadi di Lembah Kelau.

Saya ingin mengulas kenyataan media oleh Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengankutan Pahang, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan MB Pahang berhubung isu Projek Penyaluran Air Mentah Pahang- Selangor ( PPAMPS) yang disiarkan oleh Sinar Harian (edisi Negeri Pahang) hari ini di bawah tajuk ' Jangan Politikkan Isu Air' dan 'Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian : MB'

Kita ingin menasihati MB dan Exco Pahang berkenaan agar terlebih dahulu menjaga kepentingan rakyat Pahang sendiri daripada "sibuk-sibuk" konnonya menjaga kepentingan rakyat Selangor dalam isu air ini.

Mereka sepatutnya lebih prihatin bahawa projek PPAMPS yang melibatkan  pembinaan Empangan Klau, Stesen Pam Sungai Semantan di sebelah Pahang telah menyebabkan beribu hektar  hutan simpan  kekal Lakum terpaksa ditenggelamkan menyebabkan spesis habitat hidupan liar pupus.

Turut ditenggelamkan  ialah beberapa tanah rancangan di Felda di Mempaga dan Felda Lembah Kelau.

Turut terkorban untuk ditenggelamkan ialah perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir yang juga terpaksa ditenggelam bagi pembinaan Empangan Klau tersebut.

Beribu-ribu peneroka Felda hilang punca pendapatan dari hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asli hilang tempat rayau dan sumber pendapatan dari hutan kekal tersebut.  

Pembinaan empangan ini merupakan pemusnahan alam sekitar yang dahsyat dan dikritik hebat oleh NGO pencinta alam tempatan mahupun dari luar negara.
   
Kerajaan Selangor  ingin mengesakan bahawa tidak berbangkit Negeri Selangor menghadapi masalah air yang kritik sebalik kita berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya berada dalam keadaan "kritikal" untuk segera menyiapkan "Tiga Projek Mega" mereka iaitu Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang dan Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor dan keseluruhannya projek tersebut dianggarkan bernilai RM 12 Bilion. 
 
Kita juga akan menulis surat kepada Kerajaan Jepun dan akan menghantar delegasi dalam masa terdekat ke Kedutaan Jepun bagi menyampaikan 'notis bantahan' kepada Kerajaan Jepun di atas penglibatan mereka dalam memberikan dana sebanyak RM3 bilion melalui Japanese International Cooperation Agency (J.I.C.A) bagi projek PPAMPS dimana kita ingin perjelaskan bahawa pihak Jepun telah diberikan maklumat yang salah tentang keperluan projek tersebut.

Kita ingin jelaskan bahawa projek tersebut sebenarnya bertujuan memberikan kerja-kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kita ingin pihak Jepun mengetahui bahawa projek Empangan Klau sahaja telah menyebabkan kemusnahan alam semulajadi dan habitat liar yang begitu dashyat.  

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor      
   
Tarikh : 28 September, 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang