Rabu, 19 September 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Berita: Tabung Keselamatan 1Wilayah bukti BN gagal cegah jenayah, kata PKR

Posted: 19 Sep 2012 11:15 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis (The Malaysian Insider)
September 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Sept — PKR melihat tindakan kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar (KWPKB) mewujudkan Tabung Keselamatan 1Wilayah adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menunaikan tanggungjawab mereka menyelesaikan isu keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah.

Naib Presiden parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, Nurul Izzah Anwar (gambar)menegaskan, langkah itu tidak akan berjaya menyelesaikan isu peningkatan kadar jenayah kerana ia bersifat sementara sedangkan warga kota memerlukan perubahan dasar dan pendekatan tersusun bagi tujuan tersebut.

"Langkah ini hanyalah satu usaha bersifat sementara yang tidak benar-benar menyelesaikan peningkatan kadar jenayah yang dihadapi warga Kuala Lumpur yang memerlukan perubahan dasar dan pendekatan mengatasi kadar jenayah yang lebih tersusun," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini turut menegaskan, dana itu berpunca daripada "kegagalan kerajaan BN dalam menugaskan semula anggota-anggota PDRM, menempatkan semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jauh dari penduduk, dan menangani masalah jenayah secara dasar, sistemik, dan menyeluruh kerana semua sedar bahawa jenayah berkait dengan keadaan ekonomi yang lemah."

Nurul juga mendesak KPWKB untuk mendedahkan sebarang perjanjian yang dibuat di antara pihak kementerian dan semua pihak yang memberi sumbangan kepada tabung ini.

"Tugas dan tanggungjawab keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan kerajaan persekutuan sebagai satu khidmat awam asas telah pun diswastakan di dalam bentuk 'perkhidmatan kubu keselamatan' (neighborhood security fortress).

"Di kawasan perumahan oleh syarikat-syarikat keselamatan swasta – di mana kos bayaran perkhidmatan yang ditanggung merupakan satu bentuk 'subsidi' yang bukan sahaja patut dikembalikan kepada penduduk di dalam bentuk rebat cukai (tax rebate) tetapi ia juga berbentuk diskriminasi kerana hanya kawasan penduduk mewah sahaja akan memperolehi perkhidmatan keselamatan swasta yang lebih daripada majoriti penduduk kurang mampu," tegasnya.

Jumaat lalu, menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan kementariannya akan menubuhkan Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membantu penduduk menyedia, mempertingkat dan membaik pulih kemudahan keselamatan di kawasan perumahan.

Menteri berkenaan berkata ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah jenayah seperti rompak, samun dan pecah rumah.

Raja Nong Chik berkata, dana awal untuk tabung itu ialah sebanyak RM1 juta, namun kementeriannya mensasarkan ia akan meningkat sehingga RM4 juta hasil sumbangan pihak korporat dan swasta.

"Sumber dana untuk tabung itu tidak akan melibatkan kerajaan sebaliknya akan diperoleh melalui sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat pemaju hartanah dan perumahan serta syarikat swasta," katanya.

Justeru, Nurul menggesa kamera litar tertutup (CCTV) segera dipasang dengan dana khas ini mengikut piawaian liputan pantauan (security monitoring coverage) yang mesti ditetapkan dan dimaklumkan kepada umum.

"Kaedah kepolisian yang dibantu peralatan seperti kamera CCTV memerlukan sistem yang lebih mantap dan teratur melebihi apa yang mungkin dapat dipasang.

"Dan sepatutnya sistem kamera CCTV termasuk pemasangan lampu di kawasan gelap wajib disegerakan dan bukan menunggu pengumuman dan pelancaran yang nampak seperti satu kempen publisiti ketika harta dan keselamatan rakyat makin tergugat," tegasnya lagi.

Nurul juga menggesa kerajaan dan pihak yang betanggungjawab memberitahu apa perancangan "segera" dan "berkesan" untuk mengatasi kadar jenayah yang bertambah buruk.

"Sudah tiba masanya pemusatan kuasa dihentikan termasuk perkhidmatan polis serta pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan kepada rakyat setempat.

"Ia adalah kebertanggungjawaban dan ketelusan perkhidmatan awam yang menjadi asas demokrasi dapat menjaminkan aspirasi rakyat ditunaikan dan bukan dipolitikkan melalui perangkaan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang tidak tepat  mahupun usaha 'penswastaan keselamatan' dengan pengumuman dana khas," tegasnya lagi.

Dipetik dari The Malaysian Insider:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-keselamatan-1wilayah-bukti-bn-gagal-cegah-jenayah-kata-pkr/

News: Pakatan says ready to rule Malaysia

Posted: 19 Sep 2012 08:58 AM PDT

By Mohd Farhan Darwis (The Malaysian Insider)
September 19, 2012

PR's leaders believe their track records in the states they govern adequately show their ability to administer the country. — File pic

KUALA LUMPUR, Sept 19 ― Pakatan Rakyat (PR) leaders are convinced of their fitness to govern the country if Barisan Nasional (BN) loses hold of Putrajaya in the coming polls, pointing to their achievements in the four states they currently lead.The three-party pact of DAP, PKR and PAS now administer the states of Selangor, Penang, Kedah and Kelantan, following their historic electoral performance in Election 2008 when they denied BN its customary two-thirds parliamentary majority.

DAP publicity secretary Tony Pua noted that in 2008, PR had not expected to make the gains it did, much less being voted into four state administrations.

"But we succeeded," he said. "Now, we are really ready and that is proof that we are ready to rule."

Today, the Petaling Jaya Utara MP added that it PR will be judged based on its policies and not just the personalities behind them.

"The policies are more important… it does not matter who becomes a minister, it is the policy (that matters)," he said.

"It doesn't matter who is elected (from PR), we are definitely much better (than BN)."

In a forum on Sunday, several political observers questioned PR's readiness to rule the country if it wins the coming polls, saying that there were many unresolved issues that could blight the pact's performance.

The observers pointed to the protracted and unresolved dispute between Islamist party PAS and secular DAP over the formation of an Islamic state and implementation of hudud law, a contentious topic in Muslim-majority but secular Malaysia.

Lawyer Andrew Khoo pointed out that PR has also not formed a "shadow Cabinet" to indicate their suggested replacements for the current BN administration, saying this restricts the pact's credibility and confidence in its readiness to govern.

"Although they have a common policy in Buku Jingga… (the) inability or reluctance of PR to form a shadow Cabinet… has meant they are unable to articulate what their policy is going to be," he had said.

Like Pua, PAS vice-president Salahuddin Ayub also disagreed with the observers and recounted PR's achievements in the states it governs as an example of the pact's ability.

He said PR's track record was strong enough to dispel doubts over the abilities of its leaders, even if they have never governed the entire country.

"I feel what is more important is our integrity and our track record… these are the most valuable assets that the PR governments have shown they possess.

"We have produced many qualified leaders who can be trusted… no misappropriation or abuse like leaders from BN," said the Kubang Kerian MP, adding that he was proud of PR's mentri besars and chief minister.

"For three consecutive years, the Auditor-General's Report has proven that we have governed well," he said.

Agreeing with her colleagues, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said that not only did PR's track record prove its competence, the pact's joint manifesto has also bound all three parties together and shown that they are a united front.

"World history and democracies have shown that it is the wants and choices of the people that will decide who should be given the mandate to rule.

"If the people's aspirations are not fulfilled, the people will be the judge and select a replacement… on national level, almost all policies and issues of PR have been used by BN," she said.

The BN coalition has been the only federal government since the country was formed, having previously ruled as the Alliance Party.

Extracted from The Malaysian Insider:

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-says-ready-to-rule-malaysia/

Kenyataan Media: Dana Khas Pengakuan Terbuka Kerajaan Gagal Tangani Jenayah

Posted: 18 Sep 2012 09:14 PM PDT

DANA KHAS PENGAKUAN TERBUKA KERAJAAN GAGAL TANGANI JENAYAH
Warga Wilayah Persekutuan amnya dan Kuala Lumpur khususnya berasa serba-sedikit lega tatkala mendengar khabar penubuhan dana khas Tabung Keselamatan 1Wilayah untuk membantu meningkatkan tahap keselamatan kawasan-kawasan perumahan sekitar ibu kota.
Namun, langkah ini hanyalah satu usaha bersifat sementara yang tidak benar-benar menyelesaikan peningkatan kadar jenayah yang dihadapi warga Kuala Lumpur yang memerlukan perubahan dasar dan pendekatan mengatasi kadar jenayah yang lebih tersusun.
Malah langkah menubuhkan dana ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal dalam tanggungjawab mencegah jenayah disebabkan 3 faktor:
1) Kerajaan Persekutuan gagal menugas semula (redeploy) anggota-anggota Polis Di-Raja Malaysia – terutama dari Cawangan Khas dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) - untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah terutama sebagai pegawai penyiasat;
2) Kerajaan Persekutuan dan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan gagal mengutamakan warga kota apabila bersetuju menempatkan semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti IPD Brickfields jauh dari pusat-pusat penduduk, yang secara langsung mahupun tidak merumitkan proses pemantauan jenayah di Brickfields sebagai contoh;
3) Kerajaan Persekutuan gagal menangani masalah jenayah secara dasar, sistemik, dan menyeluruh kerana semua sedar bahawa jenayah berkait dengan keadaan ekonomi yang lemah; malah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar cuba untuk "menghilangkan" isu "miskin bandar" dengan pengumuman penghapusan miskin tegar menerusi paras Garis Kemiskinan  lapuk (Poverty Line Index) satu ketika dahulu.
Tanggungjawab Keselamatan Diswastakan?
Saya turut menggesa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar agar mendedahkan sebarang perjanjian yang dibuat di antara pihak Kementerian dan semua pihak yang memberi sumbangan kepada tabung ini – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dilaporkan menyumbang sejumlah RM1 juta, sebagai contoh – yang jelas membuktikan bahawa:
1) Tugas dan tanggungjawab keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan Kerajaan Pusat sebagai satu khidmat awam asas telah pun diswastakan di dalam bentuk 'perkhidmatan kubu keselamatan' (neighborhood security fortress)  di kawasan-kawasan perumahan oleh syarikat-syarikat keselamatan swasta – di mana kos bayaran perkhidmatan yang ditanggung merupakan satu bentuk 'subsidi' yang bukan sahaja patut dikembalikan kepada penduduk di dalam bentuk rebat cukai (tax rebate) tetapi ia juga berbentuk diskriminasi kerana hanya kawasan-kawasan di mana penduduk yang mampu sahaja akan memperolehi perkhidmatan keselamatan swasta yang lebih daripada majoriti penduduk kurang mampu
2) Kaedah kepolisian yang dibantu peralatan seperti kamera CCTV memerlukan sistem yang lebih mantap dan teratur melebihi apa yang mungkin dapat dipasang dengan dana khas ini mengikut piawaian liputan pantauan (security monitoring coverage) yang mesti ditetapkan dan dimaklumkan kepada umum
3) Dan sepatutnya sistem kamera CCTV termasuk pemasangan lampu di kawasan gelap wajib DISEGERAKAN dan bukan menunggu pengumuman dan pelancaran yang nampak seperti satu kempen publisiti ketika harta dan keselamatan rakyat makin tergugat
Sudah tiba masanya pemusatan kuasa dihentikan termasuk perkhidmatan polis serta pilihan raya  kerajaan tempatan dikembalikan kepada rakyat setempat agar kebertanggungjawapan dan ketelusan perkhidmatan awam yang menjadi asas demokrasi dapat menjaminkan aspirasi rakyat ditunaikan dan bukan dipolitikkan melalui perangkaan jenayah NKRA yang tidak tepat  mahupun usaha 'penswastaan keselamatan' dengan pengumuman dana khas contohnya.
Oleh demikian, saya menggesa kerajaan dan pihak yang betanggungjawab memberitahu apa perancanagan SEGERA dan BERKESAN untuk mengatasi kadar jenayah yang bertambah buruk – dalam semangat keterbukaan, demi kesejahteraan warga Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Tiada ulasan:

Nuffnang