Ahad, 9 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN

Posted: 08 Sep 2012 09:00 PM PDT

Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012

9 Sep 2012

Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.

"Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.

"Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.

"Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa," katanya.

Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH

Gambar bendera-bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada pagi Ahad 9 September 2012 di http://pasns.blogspot.com/2012/09/pbt-diselar-turunkan-bendera-pas.html

Kuota haji, kenapa umat Islam di Malaysia meragui pengagihannya?

Posted: 08 Sep 2012 03:57 PM PDT

Jamil Khir kata mengenai kuota haji iaitu ".. siapa daftar dulu dia pergi dulu tidak kira dia berasal dari mana." Bagaimana pula dengan 400 imam dan Pengerusi JKKK yang PM umum di mana kerajaan tanggung pergi haji tahun ini, adakah mereka telah daftar dulu? Kemudian kenapa kerajaan sebagai pemerintah merayu kepada rakyat yang sudah pergi haji sebelum ini, supaya beri peluang kepada mereka yang belum pernah pergi haji? Kenapa tidak dikeluarkan sahaja arahan mereka yang sudah pergi haji tidak boleh lagi pergi menunaikan haji walaupun mereka yang telah pergi haji sebelum ini mampu untuk mengerjakan haji dengan kos ratusan ribu ringgit?

Kuota haji tak ikut negeri
9 Sep 2012

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, penggunaan sistem kuota mengikut negeri akan menimbulkan banyak masalah.

"Sistem yang kita gunakan ini mudah dan praktikal.," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar di Sarawak baru-baru ini yang memetik Majlis Agama Islam Sarawak tidak berpuas hati kerana Tabung Haji mengurangkan kuota jemaah haji negeri itu.

"Saya rayu mereka yang telah menunaikan rukun Islam kelima ini supaya memberi peluang kepada orang lain. Pergilah buat umrah sebanyak mana pun."


Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji
28 Ogos 2012

Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.


Jamuan Hari Raya dan Ceramah

Posted: 08 Sep 2012 03:55 PM PDT

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & CERAMAH PERDANA
Bersama : Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar Md Akin & Zulkefly Mohd Omar dan Abby Abadi
Tarikh : 10 Sep 2012, Isnin
Masa : 8.50 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Bt.3 Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban

Tiada ulasan:

Nuffnang