Rabu, 5 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kuota Haji untuk Sarawak semakin berkurangan

Posted: 04 Sep 2012 07:22 PM PDT


5 Sep 2012 - Seperti petikan kenyataan akhbar baru-baru ini, umat Islam Sarawak amat kecewa dengan tindakan kerajaan pusat yang mengurus hal kuota haji mengurangkan kuota haji bagi Sarawak dari 800 kepada 633 saja.

Majlis Islam Sarawak (MIS) kecewa kuota haji bagi negeri Sarawak dikurangkan dari 800 kepada 633 pada tahun ini. Sebelum ini kuota haji bagi Sarawak lebih dari 800 orang dan pada tahun sebelumnya 1000 orang lebih. Mengapa hampir setiap tahun kuota haji bagi Sarawak semakin berkurangan?

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan menaja 400 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji pada tahun ini. Persoalannya, adakah 400 orang yang terpilih ini, mereka yang memang termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun ini, atau 400 orang ini ada yang mengambil hak kuota jemaah lain yang sepatutnya pergi pada tahun ini? 

Fenomena rumah-rumah terbiar di N.Sembilan

Posted: 04 Sep 2012 06:34 PM PDT


Mengapakan fenomena rumah-rumah terbiar atau yang ditinggalkan banyak berlaku di Negeri Sembilan? Sayang sekali, rumah-rumah yang terbiar ini mempunyai seni bina Melayu yang bercirikan seni bina Minangkabau yang amat unik dan menarik, ditinggalkan begitu sahaja ditelan zaman, anai-anai dan semak samun.

Kuota Haji dan sindiket penipuan jemaah haji

Posted: 04 Sep 2012 06:33 PM PDT


Apakah sindiket penipuan jemaah haji mengambil peluang dari kuota haji yang amat terhad. Sesiapa yang baru mendaftar untuk mengerjakan haji akan menunggu 34 tahun akan datang jika panjang umur untuk menunaikan haji. Sudah pasti sindiket penipuan haji mengambil kesempatan dari keadaan sebegini.

Rujuk dulu TH
5 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Ketika musim haji ini, mereka yang mahu mengerjakan rukun Islam kelima diminta supaya terlebih dahulu merujuk Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai syarikat atau individu yang dilantiknya bagi menawarkan pakej haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, ini berikutan sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kes penipuan dilakukan pihak yang tidak dilantik TH.

"Sindiket penipuan ini sangat licik dengan antara lain menawarkan pakej haji lebih murah berbanding yang ditetapkan TH serta peluang mendapat giliran menunaikan haji lebih cepat," katanya pada pemberita pada majlis meraikan Sahabat Korporat TH dan sambutan Aidilfitri di sini, semalam.


Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji.

Dari 28,000 kuota haji ini, berapakah yang diberikan kepada Tabung Haji dengan kos RM9,980, dan berapa pula yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta dengan kos yang berlipat kali ganda?

Kuota kekal 28,000
3 Sep 2012

Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

"Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.


Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji
28 Ogos 2012

Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.

Tiada ulasan:

Nuffnang