Sabtu, 15 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bukan Islam lebih prihatin bahaya judi yang mengancam negara

Posted: 14 Sep 2012 07:33 PM PDT

Malu rasanya apabila kumpulan bukan Islam di Sarawak lebih prihatin untuk menyelesaikan gejala judi internet yang semakin membarah di kalangan masyarakat dengan bersatu mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan khusus. Marilah kita umat Islam dari rakyat ke pemimpin, dari Dewan Ulama ke Jakim mengambil serius isu judi internet dan judi ekor yang semakin memporak perandakan masyarakat kita khususnya institusi kekeluargaan orang Melayu yang beragama Islam.

Sibu religious group prays for divine intervention against cyber gambling
14 Sept 2012 

SIBU: A group comprising pastors, priests, lay leaders and members from the different churches here are hoping for divine intervention to deal with what they believe is "very rampant cyber-gambling" affecting local youths.

Spokesman for "Pray-4-Sibu," Daniel Ngieng, said it learnt with great concern of the plight of those who had fallen victim.

"People are getting into debt and some are resorting to borrowing from loan sharks.

"This social ill has also caused some broken marriages and family problems, more theft cases, studying problems among students and poor work performance by affected employees," he told a press conference.
Daniel, who is Sibu Municipal Council deputy chairman, said the greed of people in the form of the get-rich-quick mentality too had made cyber gambling all the more rampant.

"We also want to pray for the enforcing authority, especially our police force, so that they have the strength, moral courage and obligation to redouble their efforts to clamp down on and weed out all kinds of illegal gambling.

"In the same way, we also pray and appeal to all shophouse owners to refrain from renting their premises to all such undesirable operation," he said.

Daniel said the group had firm belief that God would stand on the side of righteousness.

"However, we make no condemnation of any individual or party concerned because we firmly believe that God loves all the people.

"We hope more people can join us in our quest by praying individually. We also want to challenge more churches, pastors, priests, church leaders, fellowship groups, cell groups and uniform bodies to respond to our call ... pray and act against cyber gambling," he said. - Bernama

Nasib malang bekas jutawan LBJ

Posted: 14 Sep 2012 07:32 PM PDT

Bagaimana pula hubungan kita dengan orang tua kita? Sudahkan kita mendoakan untuk kedua-duanya hari ini, sudahkah kita menelefon mereka hari ini atau menziarahi mereka minggu ini untuk bertanya khabar? Sebelum kita beri komen kejadian di bawah ini yang sudah menjadi kelaziman akhir-akhir ini, tanya diri kita sendiri, cukupkah kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua orang tua kita samada mereka masih hidup atau pun sudah menyahut panggilan Ilahi?

Nasib malang bekas jutawan LBJ

14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM berisi RM150,000 di Seremban

Posted: 14 Sep 2012 07:31 PM PDT

Mereka yang ada maklumat sila hubungi polis

14 Sept. 2012 - Sekumpulan tiga penjenayah nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bersama wang tunai berjumlah RM150,000 dengan sebuah kenderaan di sebuah bank di Seremban 2 di sini awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3.15 dan 4 pagi itu hanya disedari seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan pukul 6.50 pagi lalu menghubungi pihak polis.
Mesin ATM itu bagaimanapun ditemui polis ditinggalkan penjenayah di Jalan Seremban-Labu kira-kira pukul 11 pagi tetapi kesemua wang telah dilarikan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, kumpulan itu yang dipercayai seramai tiga orang dianggap pakar kerana dapat mematikan sistem penggera seterusnya menghalangnya daripada menyalurkan maklumat rompakan kepada pihak bank.


SEREMBAN: Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, kejadian antara jam 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya perompak terbabit kemudian bertindak memecahkan dinding cermin di premis bank tersebut menggunakan tukul besi, sebelum memotong dan melarikan satu daripada sembilan mesin ATM dan deposit wang bank berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan penggera di bank berkenaan berbunyi, namun
suspek berjaya mematikan sistem penggera.

Katanya, kejadian rompakan itu disedari kira-kira jam 6.50 pagi oleh seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum menghubungi polis.
Mesin ATM yang dilarikan itu berjaya ditemui di sebuah ladang di Jalan Labu, dekat sini, pada 11 pagi tadi, namun semua wang telah dilarikan, katanya.

Polis kini meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek terbabit.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau talian 06-6033222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang