Jumaat, 14 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rompakan Kejam, Kes Terpencil?

Posted: 14 Sep 2012 01:14 AM PDT


Peniaga Maut, Isteri Parah Ditikam Perompak Di Temerloh.  

14 Sep 2012 TEMERLOH: Seorang peniaga maut manakala isterinya parah akibat ditikam dalam satu kejadian rompakan di Kampung Baru Simpang Songsang di sini, awal pagi Jumaat. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi berlaku ketika mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dan isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, baru pulang daripada menjalankan perniagaan mereka di kawasan rawat dan rehat Temerloh.

Dua Individu Mangsa Rompak Ditemui Mati

14 Sep 2012 KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini, malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

Sumber :

Pelajar sebuah IPT berdepan masalah air sejak Jun

Posted: 13 Sep 2012 08:49 PM PDT


Kasihan sungguh membaca kisah ini. Semoga tindakan segera diambil.

14 September 2012,  KUANTAN- "Sukarnya untuk mendapat sebaldi air," itulah antara keluhan mahasiswa di sebuah asrama institusi pengajian tinggi (IPT) apabila terpaksa berdepan dengan masalah ketiadaan air sejak Jun tahun lalu.

Kira-kira 80 penghuninya kini seperti 'masyarakat nomad' yang terpaksa bergantung pada kemudahan air di masjid atau asrama lain.

Seorang penghuninya tampil mewakili rakan lain walaupun sedar risiko dikenakan tindakan kerana tidak tahan dengan masalah yang berlaku sejak sekian lama yang turut mengganggu pelajaran dan kehidupan harian mereka di asrama.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wani mendakwa, sudah banyak kali masalah itu diadukan kepada mereka yang sepatutnya membawa perkara ini kepada pengurusan namun kini masih tiada sebarang perubahan.

"Kami takut akan dikenakan tindakan tetapi sampai bila harus berdepan dengan masalah yang sepatutnya bukan kami yang tanggung. Kami ke sini untuk belajar dan bukan menanggung masalah ini.

"Kami tidak tahu sama ada perkara ini sampai ke pihak atasan atau tidak tetapi sehingga kini status kerosakan masih tidak diketahui malah tidak nampak ada penyelenggaraan," katanya.

Lebih menjijikkan, katanya, sistem aliran najis juga tidak teratur mengakibatkan mangkuk tandas melimpah dan mengotorkan ruangnya.

"Kami tidak tahan dengan bau busuk tetapi terpaksa kerana pelajaran perlu diteruskan," katanya.

Setiap hari, katanya, pasti ada penghuni yang muntah kerana bau busuk najis mendap yang melimpah jika ada pengguna menggunakan tandas di tingkat dua.

Dakwanya, ada mahasiswa yang tidak sanggup menghuni Blok E dan berpindah ke Blok C pada semester kedua dengan harapan 'seksa' itu berubah tetapi keadaan masih sama dan terpaksa menunggu sehingga lebih satu jam untuk sebaldi air.

Katanya, ada ketika, mereka seperti orang Nomad kerana mandi di masjid di kampus itu namun terpaksa juga berhadapan dengan masalah sama jika terlalu kerap ke situ.

Mahasiswa itu juga mendakwa, hasil perjumpaan bersama pihak pengurusan asrama, mereka dimaklumkan masalah itu di bawah tanggungjawab sebuah syarikat pembersihan.

Sebagai mahasiswa yang mahu menumpukan kepada pelajaran, katanya, hasrat itu juga sukar kerana ada penghuni yang menghadapi masalah penghadaman akibat terpaksa menahan 'hajat' pada waktu malam untuk ke tandas bilik kuliah pagi esoknya.

Katanya, memang melucukan tetapi perkara tersebut perlu dipandang serius kerana penghuni turut berhadapan dengan masalah kelaparan.

"Pernah sekali kami tidak menjamah nasi sehingga dua hari kerana kantin di sini memasak dalam kuantiti sedikit. Dalam tempoh itu, kami hanya menjamah mi segera," katanya.

- SINAR HARIAN

Ceramah Jom Ubah

Posted: 13 Sep 2012 08:36 PM PDT


Ceramah Jom Ubah

Posted: 13 Sep 2012 08:35 PM PDT


Tahniah Polis Rembau, sedih libatkan remaja Rembau

Posted: 13 Sep 2012 08:06 PM PDT


Tahniah diucapkan kepada pihak polis terutamanya dari IPD Rembau kerana berjaya menangkap 9 orang saspek kes pecah rumah. Tapi kita rasa sedih semua 9 saspek ini ialah pelajar sekolah semuda usia 14 tahun. Semoga pelajar ini insaf serta menjadi remaja yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga pelajar yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

Penjenayah bawah umur kantoi

14 September 2012 REMBAU – Masih di bangku sekolah, tetapi sudah berani melakukan kegiatan pecah rumah.

Itulah yang dilakukan Geng Roben dianggotai sembilan pelajar dari dua sekolah menengah di daerah ini yang akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

Kumpulan berkenaan diketuai pelajar sekolah berusia 14 tahun sebelum ini dipercayai terbabit dalam 13 kes pecah rumah sejak Mei hingga Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, polis percaya mereka sudah melakukan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di Taman Sri Rembau dan lima di Taman Rembau Utama, dekat sini.

Beliau berkata, susulan siri pecah rumah di kedua-dua taman perumahan yang terletak bersebelahan itu, polis percaya ia dilakukan warga tempatan, bagaimanapun agak mengejutkan apabila hasil siasatan mendapati ia dilakukan penjenayah bawah umur.

Menurutnya, polis melakukan tangkapan pertama 5 September lalu membabitkan pelajar berusia 14 tahun di kawasan sebuah sekolah di daerah ini ketika waktu persekolahan.

"Penangkapan itu berjaya mengesan dan menangkap lapan lagi anggota geng berkenaan yang juga pelajar sekolah," katanya.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan ialah dengan menceroboh rumah menerusi tingkap naco yang batangnya sudah dibengkokkan.

Katanya, sebahagian besar kes pecah rumah berkenaan dilakukan pada waktu malam.

"Berikutan penahana itu, kita berjaya merampas satu telefon bimbit jenis Nokia, selain tiga tali pinggang, sehelai baju-T jenis Umbro, dua pasang kasut sukan jenis Nike dan Kronos, dua rantai leher, masing-masing satu rantai leher silver dan cincin; topi keledar, dompet serta wang tunai berjumlah RM3," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini
semalam.

Mizan berkata, kesemua pelajar berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Tujuh daripada pelajar berkenaan telah dibacakan pertuduhan kali pertama di mahkamah hari ini (semalam), sementara dua lagi masih disiasat," katanya.

Jom Ubah

Posted: 13 Sep 2012 08:01 PM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang