Isnin, 20 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kerajaan tidak menyokong penerbitan filem sejarah?

Posted: 19 Aug 2012 08:43 PM PDT

Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September nanti , kita harapkan kementerian berkaitan menyokong penuh filem sejarah di bawah ini yang hampir dilupakan oleh generasi masa kini.

Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.

"Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah 'lari' jauh," katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. "Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan," katanya.

Majlis Jamuan Hari Raya

Posted: 19 Aug 2012 06:51 AM PDT


Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air

Posted: 19 Aug 2012 06:40 AM PDT

oleh : Aspan Alilan

19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.

Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.

Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.

Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

Saya terdengar Menteri Besar NS pernah berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.

Oleh kerana masalah keputusan air dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Hari ini adalah pengalaman biasa setiap tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air bersih yang masih tidak terganggu itu.

Saya baru sahaja mandi manda dengan selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak yang berkepentingan politik itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang