Rabu, 1 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Isu pengangguran semakin kritikal

Posted: 31 Jul 2012 06:52 PM PDT

Dasar pengajian tinggi negara semakin hilang arah tuju. Dulu kerjaya juruterbang boleh menjamin kejayaan, kini bukan sahaja tidak terjamin kerjaya, malahan dibeban dengan hutang pengajian samada dari PTPTN atau lain-lain institusi pembiayaan. Tema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 membuktikan hala tuju kepimpinan dan pembangunan negara semakin bercelaru.

Atasi juruterbang menganggur
1 Ogos 2012

KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang berkenaan mengenai punca permasalahan ini. Kami juga ingin mencadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka.

Masyarakat sudah jelas mengenai betapa kroniknya tahap pengangguran juruterbang pada ketika ini. Hampir setiap minggu ada sahaja berita atau artikel mengenai juruterbang menganggur. Tetapi bagaimanakah permasalahan ini berpunca?

Ini adalah kerana munculnya lambakan sekolah penerbangan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sejak tahun 2005, sekolah penerbangan berkenaan telah menghasilkan ribuan juruterbang muda yang telah melebihi permintaan syarikat penerbangan.

IBU BAPA PRIHATIN
Puchong, Selangor


Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA
6 Julai 2012

Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan negara. Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.

Pilot training

For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a Science subject. This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) course. For this, students can apply to PTPTN to secure a loan of up to RM35,000.

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012  


Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam. Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA

2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam. Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki.

CGPA 4 tidak menjamin tempat di IPTA

Posted: 31 Jul 2012 06:51 PM PDT

Keputusan cemerlang PNGK 4.0 lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi kini tidak lagi menjamin tempat di IPTA. Akhirnya kerajaan menempatkan mereka ini di IPTS. Kenapa pengambilan ke IPTA semakin berkurangan, adakah untuk menguntungkan IPTS dan PTPTN?

Kerajaan Taja 600 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi Di IPTS
31 Julai 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaja 600 pelajar aliran sains meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya mereka merupakan pelajar yang gagal mendapat tempat untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013.

Mohamed Khaled berkata kesemuanya adalah pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan memilih tiga bidang pengajian itu sebagai pilihan utama di IPTA, tetapi gagal mendapat tempat.


Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini.

Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama.

"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi.


20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.


Tiada ulasan:

Nuffnang