Sabtu, 4 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAMADHAN ADUN CHANGKAT JONG

Posted: 04 Aug 2012 09:43 AM PDT



TELUK INTAN, 4 Ogos - Sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak ADUN Changkat Jong dengan kerjasama PAS Kawasan Teluk Intan telah merancang mengadakan Ziarah Ramadhan. Ia merangkumi aktiviti penyampaian sumbangan serta berbuka puasa di beberapa tempat di sekitar kawasan Teluk Intan khususnya di kawasan DUN Changkat Jong.

Antara kawasan yang telah diziarahi ialah Ganda Sungai Cawang dan Batu 2 Setengah, Jalan Maharajalela dekat sini.
YB Anuar memimpin majlis tahlil.
Menikmati juadah berbuka puasa.
Menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk Ganda.

Di Ganda Sungai Cawang, majlis telah diadakan di surau. Sebanyak sepuluh orang penduduk telah menerima sumbangan daripada YB Anuar Sudin. Selain itu, YB Anuar sempat menyampaikan tazkirah kepada para jemaah. Kemudian, YB Anuar sendiri memimpin majlis tahlil serta membacakan doa sebelum menikmati juadah berbuka puasa.

Pada hari yang lain pula, YB Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan di Batu Dua Setengah, Jalan Maharalela. Sebanyak 30 hamper barangan dapur telah disumbangkan para penduduk kampung tersebut. YB Anuar juga telah menyampaikan ucapan berbentuk nasihat Ramadhan.

Seorang penduduk menerima sumbangan.

YB Anuar menyampaikan ucapan.

Hj. Azhar menyampaikan tazkirah.

Sebahagian kaum wanita yang hadir.

YB dan isteri menikmati juadah berbuka.

Kemudian, tazkirah telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS kawasan, Tn. Hj, Azhar Rafiei dan seterusnya beliau memimpin majlis tahlil. 

Menurut ADUN Changkat Jong, hampir dua puluh program Ziarah Ramadhan telah dirancang oleh pihaknya di sepanjang bulan mulia ini.

intanhijau.blogspot.com

NISA TELUK INTAN ANJUR IFTAR JAMAIE

Posted: 04 Aug 2012 08:49 AM PDT


TELUK INTAN, 4 Ogos - Demi menarik golongan remaja merasai nikmat berbuka secara jamaie, Nisa Teluk Intan telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Taska Ain Hanani, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Aktiviti usrah Nisa.

Berbuka bersama-sama.

Solat berjemaah.

Hampir dua puluh orang golongan remaja perempuan telah hadir ke majlis tersebut. Program telah bermula jam 6.00 petang dengan dimulai aktiviti usrah, tadarus dan iftar jamaie. Kemudian, para peserta bersama-sama solat Maghrib, Isya' dan seterusnya menunaikan solat sunat tarawih dan witir.

Ia adalah kali kedua majlis sedemikian diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang