Sabtu, 18 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Eidulfitr Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Selangor & Pulau Pinang

Posted: 18 Aug 2012 12:33 AM PDT

1) Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh: 19 Ogos 2012 (Ahad)

Masa: 11 pagi – 3 petang

Lokasi: Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

 

2) Majlis Rumah Terbuka Eidulfitr Dato’ Seri Anwar Ibrahim & Dato’ Dr. Mansor Othman

Tarikh: 20 Ogos 2012 (Isnin)

Masa: 12.00 tgh hari – 5.00 petang

Lokasi: Pusat Khidmat ADUN Penanti, Dataran Rakyat Taman Guar Perahu, Pulau Pinang

 

Perutusan Eidulfitr 1433H — Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2012 11:45 PM PDT

 

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini juga masih disambut dengan suasana negara yang parah dengan penyalahgunaan kuasa; apabila amanah yang diberi rakyat untuk memimpin dikhianati dengan amalan kronisme dan rasuah, peningkatan drastik statistik jenayah, politik dendam yang tidak berkesudahan dan agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesama kita.

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran. Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan serta menggilap semangat perjuangan menegak yang hak dan yang adil serta menolak kezaliman dan kebobrokan.

Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.

ANWAR IBRAHIM

Percubaan Menggodam Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2012 10:36 AM PDT

Salam hormat.

Untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.

Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.

Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekian, harap maklum.

 

PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

 

Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar

Posted: 17 Aug 2012 07:08 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang