Khamis, 19 Julai 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Marhaban Ya Ramadhan

Posted: 18 Jul 2012 06:33 PM PDT


Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS?

Posted: 18 Jul 2012 01:28 AM PDT

Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato' Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.

Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.

Apa sudah jadi dengan anggota polis kita? Adakah mereka terlalu stres, sakit mental?

Posted: 18 Jul 2012 01:27 AM PDT

Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi
Rabu Julai 18, 2012 MYT 1:48:00 PM

SEPANG: Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.

Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.

Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.


"Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam." – Berita Harian

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011

Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang